BUKU SCRAP TOKOH
KEMERDEKAAN:
TUNKU ABDUL
RAHMAN PUTRA
AL-HAJ
Wong Jean Jie
0
KANDUNGAN
Pendahuluan ---------------------------------------------------------- 1
Biodata Pelajar ---------------------------------------------------- 2
Biodata Tokoh ----------------------------------------------------- 3
Rasionalisasi Pemilihan Tokoh ---------------------------------- 4
Kelebihan Tokoh------------------------------------------------------- 4
Bukti Kredibiliti Tokoh---------------------------------------------- 5
Jasa Dan Sumbangan Tokoh --------------------------------- 6
Penutup ------------------------------------------------------------------ 7
1
PENDAHULUAN
Buku skrap ini dibina sempena program Semarak Bulan Kebangsaan
Peringkat Negeri Johor. Tujuan buku skrap ini adalah untuk kita memahami
sejarah dan mengenali Tokoh-tokoh Kemerdekaan di Malaysia. Sempena
Hari Kebangsaan yang ke-64 buat negara kita, penghasilan buku skrap ini
membolehkan murid-murid memahami sejarah pembentukan Bangsa
Malaysia dengan lebih mendalam. Pembelajaran sejarah dalam penghasilan
buku skrap ini membolehkan murid-murid menghayati dengan lebih
mendalam usaha yang dicurahkan pelbagai tokoh-tokoh negara demi
membentuk negara yang kita miliki hari ini.
1
BIODATA PELAJAR
Nama : Wong Jean Jie
Tarikh Lahir : 16 Mei 2011
Sekolah : Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Foon Yew 4, Jalan Cendedasari,
80350 Johor Bahru, Johor
Kelas :4D
Alamat : 45, Jalan Gaya 9, Taman Gaya, 81800 Ulu Tiram, Johor
Emel : [email protected]
Hobi : Membaca buku komik dan berbasikal
Cita-cita : Jurutera
2
BIODATA TOKOH
Nama : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Tarikh Lahir : 8 Februari 1903
Tempat Lahir : Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah
Pendidikan
1911 – Makktab Sultan Abdul Hamid
1916 – Penang Free School, Penang
1924 – B.A, Cambridge University
1926 – L.L.B., Inner Temple, London
Kerjaya – Bertugas sebagai Pegawai Daerah (D.O.) Kerajaan Kedah untuk
1946 Langkawi, Kulim dan Sungai Petani. Dilantik Penolong Pendakwa Raya
Kuala Lumpur dan Presiden Mahkamah Session Selangor.
1951
1956 - Dilantik sebagai Presiden UMNO dan mula menceburi politik.
1957
1962 – Rombongan Merdeka ke London.
1963
1970 – Dilantik Perdana Menteri selepas Malaya Merdeka
– Rombongan ke London – Gagasan Malaysia
– Pembentukan Gagasan Malaysia 16 Sep 1963
– Bersara daripada Politik
3
RASIONALISASI PEMILIHAN TOKOH
Tunku Abdul Rahman memainkan peranan yang terpenting dalam proses
pencapaian kemerdekaan negara kita. Selepas penyerahan tentera Jepun pada 10 Oktober
1945. Tunku mula memberi ucapan di pelbagai mesyuarat dan perhimpunan atas
tujuannya untuk mencapai kemerdekaan dengan secara aman. Oleh yang demikian,
Tunku merupakan tokoh yang utama menyebarkan idea kemerdekaan serta bekerja keras
untuk mencapai kemerdekaan negara.
KELEBIHAN TOKOH
Tunku Abdul Rahman memiliki pendidikan yang tinggi berbanding dengan
masyarakat yang ada semasa penjajahan British. Selain itu, beliau juga seorang yang
karismatik dan memiliki sifat kepimpinan yang tinggi. Ini terbukti apabila beliau diterima
sebagai pengerusi parti UMNO yang diterajui oleh Dato Onn Bin Jaafar. Di samping itu,
kelebihan beliau berpolitik membolehkan strategi gabungan dengan MCA membawa
kepada kemenangan pertama dalam pilihanraya perbandaran Kuala Lumpur.
4
BUKTI KREDIBILITI TOKOH
Almarhum Tunku Abdul Rahman mula membuktikan kredibilitinya dengan parti
gabungan UMNO-MCA memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan sebagai
ujian pilihanraya di peringkat Perbandaran Kuala Lumpur. Strategi yang diterajui oleh
Tunku, tidak sahaja berjaya di Kuala Lumpur, malah memenangi semua kerusi yang
dipertandingkan di bandar Johor Bahru. Ini memberi keyakinan kepada Tunku untuk
menuntut kemerdekaan negara daripada pihak British. Delegasi Tunku besama T.H. Tan
dan Abdul Razak ke London untuk membuktikan perikatan UMNO dan MCA mendapat
sokongan rakyat pada masa itu. Tetapi pihak British menolak permintaan Tunku untuk
memberi kemedekaan kepada Malaya. Maka bermulanya boikot pemerintahan British
oleh parti Perikatan Tunku. Selepas itu, pihak British mula memberi laluan untuk pilihan
raya Majlis Preundangan Persekutuan dijalankan. Maka bermulanya pilinan raya yang
bakal menguji kekuatan parti Perikatan Tunku iaitu UMNO-MCA. Selepas pilihan raya,
parti Tunku memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Dengan itu,
bermulalah perjalanan oleh Tunku untuk membawa negara kita ke arah kemerdekaan.
5
JASA DAN SUMBANGAN TOKOH
1952 – Membentuk perikatan untuk menangani Pilihan raya perbandaran Kuala
Lumpur.
1953 – Delegasi ke London untuk membentangkan permintaan untuk kemerdekaan
Malaya
1956 – Delegasi ke London untuk perbincangan asas Perlembagaan negara. Ucapan
Tunku di Lancester House sebagai Misi Merdeka lalu berjaya ditandatangani oleh
beliau dengan Lennox-Boyd sebagai Persetujuan Kemerdekaan yang pada masa
itu ditetapkan pada Ogos 1957.
1957 – Membawa kemerdekaan kepada Malaya
1957 – Menjadi Perdana Menteri pertama di Malaya
1963 – Pembentukan Persekutuan Malaysia yang merangkumi Semenanjung Malaysia
bersama Sabah, Sarawak dan Singapura.
6
PENUTUP
Menjelang 31 Ogos setiap tahun, saya berasa gembira kerana hari tersebut
merupakan cuti umum negara. Tetapi, selepas mengetahui sejarah kemerdekaan negara,
sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini menjadi lebih bermakna. Keamanan yang kita
miliki dan ketenteraman yang kita kecapi rupa-rupanya adalah titik peluh para pejuang
tokoh-tokoh negara yang membawa kita ke arah kemerdekaan. Saya berharap rakan-
rakan yang terbaca buku skrap saya sedikit sebanyak dapat mempelajari lebih mendalam
tokoh kemerdekaan pilihan saya. Lantas, kita bersama-sama dapat meraikan hari
kemerdekaan ini dan yang seterusnya harapan negara kita akan terus maju.
7