The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SKBLM 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kesidangsklm, 2021-04-16 01:23:30

BPPIBG_7

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SKBLM 2021

Keywords: PIBG

Sabtu
17 April 2021

8.30 pagi
Dalam talian

https://meet.google.com/vyq-azmi-sjd
http://bit.ly/ekehadiran-PIBG-7

Notis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-7 2
Ucapan Aluan YDP PIBG 3
Ucapan Aluan Guru Besar SKBLM 4
Atur Cara Mesyuarat 5
Agenda Mesyuarat 6
Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG 7
Minit Mesyuarat PIBG kali ke-6 9
Laporan Tahun PIBG 2020/2021 17
Penyata Kewangan Mesyuarat Agung kali ke-6 19
Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2020-2022 22
Rekod Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG 23
Usul dan Cadangan 24
Catatan
Sekalung budi

2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;

Alhamdulillah, saya melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya
kita dapat bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG Sk Bandar Laguna Merbok, kali ke- 7
sesi 2021.

Saya amat berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian para waris ibu
bapa/penjaga kerana sudi meluangkan masa untuk ikuti mesyuarat kita pada tahun ini
walaupun secara dalam talian sahaja. Penyertaan ini menunjukkan bahawa kita sentiasa
memberi dorongan dan semangat kepada barisan pentadbir dan para guru sekolah ini untuk
bersama menjayakan agenda pendidikan demi kecemerlangan anak-anak kita pada masa
depan baik dalam bidang pendidikan mahupun sahsiah diri. Tanpa sokongan padu daripada
ibu bapa tidak mungkin pihak sekolah berjaya melahirkan modal insan berminda kelas
pertama. Syabas diucapkan kepada ibu bapa /penjaga yang sanggup meluangkan masa untuk
bersama-sama pada hari ini bagi menunjukkan keprihatinan dan melaksanakan tanggungjawab
sebagai ahli PIBG.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah atas
kejayaan demi kejayaan yang dicapai baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Pada tahun 2020, semua sedia maklum kita menghadapi PKP, namun aktiviti pdp dan pdpR
dan lain-lain masih berlangsung secara norma baharu. Semoga pada tahun ini lebih banyak
kejayaan akan dicapai. Justeru, setinggi-tinggi terima kasih kepada para guru atas usaha gigih
tanpa jemu dalam mencurahkan ilmu kepada anak-anak kami.

Akhir kata, saya merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah pada semua pihak yang
terlibat dalam menjayakan mesyuarat Agung PIBG kali ke-7. Saya berharap AJK PIBG sesi
2021/2022 terus menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin.
Sekali lagi saya ingin menyeru kepada ibu bapa agar tampil untuk menyalurkan idea-idea
yang bernas mahupun tenaga untuk digembleng sebagai inspirasi kepada PIBG supaya
sentiasa bertindak atas landasan yang cemerlang.
Sekian, terima kasih.

Salam hormat daripada, 3

MOHD SUKRI BIN JUSOH, S.A.P.,B.C.K,P.K.T.
Yang DiPertua PIBG
SK Bandar Laguna Merbok

Dengan izin dan limpah kurnia rahmatNYa, kita dapat bersama-sama merealisasikan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-7 ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan
kepada barisan AJK PIBG 2020/2022 kerana berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti yang
memberi manfaat kepada semua anak didik SKBLM serta warga sekolah ini.

Peranan PIBG amat penting dalam arus pemodenan ini . Anak-anak muda serta
murid SKBLM bakal menghadapi cabaran yang lebih mencabar. Serangan pandemik
Covid-19 di negara kita dan seluruh dunia telah membuka lembaran baru dalam dunia
pendidikan. Kita semua diseru berfikir di luar kotak untuk mengharungi dan menjalani
kehidupan dalam norma baharu. Guru-guru serta murid berpengalaman dalam pdpR dan
kreatif merangka serta merancang pengajaran agar tidak tertinggal dalam pengajaran dan
pembelajaran. Terima kasih sekali lagi kepada PIBG yang sanggup turun padang untuk
persiapan dan persediaan murid-murid sebelum pdp bersemuka pada awal tahun ini.

Akhir kata , sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
AJK PIBG sesi 2020/2022, guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-7 ini. Insya Allah niat dan usaha kia pasti mendapat rahmat
dan keredaanNya.
Sekian, Usaha Pasti Jaya.

Ikhlas daripada saya,

MOHAMAD FADZIELI BIN SAMAT
Guru Besar,
SK Bandar Laguna Merbok.

4

Mesyuarat Agung PIBG SKBLM kali ke-7

8.30 pagi - Pendaftaran (e-pendaftaran)
9.00 pagi - Aluan moderator
Nyanyian lagu “Negaraku”
- Bacaan doa
- Persembahan multimedia
- Mesyuarat Agung kali ke-7 dimulakan.
- Bersurai
11.00 pagi -

5

AGENDA 1 - Ucapan/ Pesanan Pengerusi
AGENDA 2 - Ucapan / Pesanan Penasihat
AGENDA 3 - Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat

Agung Kali ke- 6
AGENDA 4 - Perkara berbangkit
AGENDA 5 - Membentang Laporan Tahunan PIBG sesi 2020/

2021
AGENDA 6 - Membentang dan Meluluskan Penyata Kewangan

PIBG
AGENDA 7 - Membentang dan Membahas Usul-usul
AGENDA 8 - Hal-hal lain
AGENDA 9 - Ucapan Penangguhan

6

PENASIHAT : EN MOHAMAD FADZIELI B. SAMAT (GURU BESAR)
PENGERUSI : EN MOHD SUKRI BIN JUSOH S.A.P, B.C.K, P.K.T (YDP PIBG)
TIMBALAN PENGERUSI : EN MAHFUZ BIN RAMLI (NYDP PIBG)
PENOLONG KANAN PETADBIRAN : EN ASMIZAL BIN AZIZ
PENOLONG KANAN HEM : EN SHARIM SHAH BIN SAAD B.K.M
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM : EN DARUL SAMRI BIN DANIYAN
SETIAUSAHA : PN SHAHIZA BINTI ISMAIL
BENDAHARI : PN AZIZAH BT BAKAR

PN NURUL ASHIKIN BINTI MAT ALI NAPIYAH

PROTOKOL DAN SAMBUTAN SIAR RAYA

EN MOHAMAD FADZIELI BIN SAMAT EN NORHERMAN BIN ABDUL SAMAT (K)
EN DARUL SAMRI BIN DANIYAN EN MOHD BURHANUDDIN BIN GHAZALI
EN ASMIZAL BIN AZIZ PN MUNESWARY A/P SUBRAMANIAM
EN SHARIM SHAH BIN SAAD PN DZARIFAH BINTI CHE MUSTAFA
EN MOHD SUKRI BIN JUSOH (YDP) CIK SHAHRINA BINTI ABU BAKAR
EN MAHFUZ BIN RAMLI (NYDP) EN. SHABARU BIN IBRAHIM (AJK PIBG

PENAPISAN USUL PENDAFTARAN

EN MOHAMAD FADZIELI BIN SAMAT PN AZRIZA AZWA BINTI ZAKARIA( K)
EN ASMIZAL BIN AZIZ PN HALIMATUN SAKDIAH BINTI ABDULLAH
EN MOHD SUKRI BIN JUSOH (YDP) PN JHO RINA BINTI JAAFAR
EN MAHFUZ BIN RAMLI (NYDP) PN KOGILAWANI A/P GOVINDARAJ
AJK PIBG 2020/2022 PN FADILAH BINTI SHAFIE
PN FAUZIYAH BINTI AZIZ
BACAAN DOA ELI IMRAN BIN AMIR (AJK PIBG)

EN MOHD NIZAM BIN ABDUL MANAP PENGACARA MAJLIS / MODERATOR
EN MUHAMMAD RAFIQ HIJAZI B. AHMAD FAUZI
EN ZABRI B. ZAINOL ABIDIN
PENYELARAS ALATAN BILIK MESYUARAT
BUKU PROGRAM DIGITAL
EN MOHAMAD SYAHMI BIN HARUN(K)
EN MUHAMMAD AFIFI BIN ABDULLAH ZAWAWI PN SAKDAH BINTI ZAKARIA (K)
EN KARTHIKESU A/L SHANMUGAM CIK SITI INTAN FARAHANA BINTI MOHD FAUZY
EN MOHAMAD DAZARIF B. YUSOF (AJK PIBG) PN RUSNA BINTI AHMAD
PN NOR AZA BINTI ABDULLAH @ DOLLAH
DOKUMENTASI CIK AIN FARHANA BINTI ZAINUDIN
PN ASIAH BINTI AWANG TEH @ IDRIS
PN SITI NORASHIKIN BINTI HUSSIN (K) DR JUNAIDA BINTI ISMAIL (AJK PIBG)
PN SITI ROZIMAH BINTI HJ AHMAD
PN RASIDAH BINTI MOHD DIN TEKS UCAPAN
PN NORFAEZAH BINTI CHE ONN
PN YUHANA BINTI YAAKUB (GB)
PN ROZITA BINTI ABDUL WAHAB (YDP)

7

PENCATAT MINIT JURUFOTO/ VIDEO/ SLIDESHOW

PN ROZILA BINTI RASDI (K) PN MUNA HILMIYAH BINTI ISMAIL (K)
PN ANISMAZURA BINTI ABDULLAH PN NURUL ASHIKIN BINTI MAT ALI NAPIYAH
PN ZAZATULISMA BINTI MOHD DESA PN ROIHAN BINTI MOHD AZID@NAZID
CIK SITI SARAH BINTI ABDUL AZIZ PN ROHANI BINTI DAHALAN (AJK PIBG)
PN MASHITAH BINTI ISMAIL
PN AIDA ZULIANA BINTI AWANG KEBERSIHAN
PN MASNIJAH BINTI HAMIN
PN NOOR APIFAH BINTI HASSAN PN NUR ZAHIDAH BINTI SUBRI (K)
PN ROHAYA ANITA BINTI MOHAMED RAJAMAL
PERSIAPAN TEMPAT MESYUARAT PN SHARIZA BINTI AWANG
PN ZAILAWATI BINTI MAT ALI
EN ROHAIZAD BIN ABU TALIB (K) PN AINUL AKMAR BINTI HARUN
PN SUBASHINI A/P LINGARAJU PN ALAWIYAH BINTI MOKHTAR
PN ZAKHIROH BINTI ISMAIL PN AZLINA BINTI ABDUL SAMAD
PN NADIA BINTI HARUN PEKERJA SEKOLAH
PN MUNIYATI BINTI ABDUL KADIR
PN EMI ZURAIDAH BINTI HASHIM
PN ZAINIDAH BINTI MOHAMED ISA
PN KAVITHA A/P CHRISNASAMY
DATO’ HAJI MUSTAFA BIN IDRUS (AJK PIBG)

8

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR LAGUNA MERBOK,
KALI KE- 6

Tarikh : 15 FEBRUARI 2020

Hari : Sabtu

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Dewan Terbuka, SK Bandar Laguna Merbok.

Kehadiran : 150 orang

Agenda 1: Kata alu-aluan pengerusi

1.1 Tuan Pengerusi mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa, penjaga dan guru yang
telah sudi hadir ke Mesyuarat Agung ke-6 sesi 2020/2022. Beliau juga
mengucapkan salam dan ucapan terima kasih kepada semua waris yang memberi
kerjasama meluangkan masa untuk hadir pada hari ini.

1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Nor Azrina bt Surip kerana
sudi hadir untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-6 ini.

1.3 Pengerusi menyatakan beberapa kepentingan PIBG antaranya:
1.3.1 Sebagai pengantara waris dengan guru bagi membantu pihak sekolah
menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan sekolah.
1.3.2 Waris juga berperanan untuk memajukan sekolah dengan memberi sokongan
kepada agenda-agenda dan aktiviti yang dilaksanakan di sekolah.

1.4 Pengerusi juga akur dengan arahan daripada Kementerian Pendididkan Malaysia
bahawa tiada sebarang kutipan yuran dan wang sumbangan termasuk sumbangan
PIBG.

1.5 Pengerusi menyatakan bahawa SK Bandar Laguna Merbok menjadi tumpuan
penduduk di sekitar Sungai Petani kerana kejayaan-kejayaan yang berjaya dicipta
dalam bidang akademik khususnya.

1.6 Pengerusi menyatakan perasaan bangga dengan pentadbiran SKBLM dan guru-guru
sekolah ini yang telah memberikan pencapaian cemerlang kepada sekolah kerana
telah menjadi johan pertandingan anugerah 3K pada 2019. SKBLM juga telah
melahirkan jaguh-jaguh sukan dalam permainan antaranya dalam permainan
badminton kerana berjaya meraih johan peringkat daerah. Begitu juga dalam
akademik iaitu berlaku peningkatan setiap tahun dalam pencapaian UPSR.

9

1.7 Pengerusi memaklumkan antara perancangan daripada pihak PIBG :
1.7.1 Membina surau di belakang dewan dengan kapasiti yang dapat menampung
sejumlah 200 orang murid.
1.7.2 Membina pagar di belakang sebagai laluan kecemasan.
1.7.3 Menyediakan kemudahan bagi semua kelas tahun 1 untuk menjadikan kelas-
kelas tersebut Digital Classroom.
1.7.4 Akhir sekali YDP PIBG memohon agar semua waris dapat membantu pihak
sekolah demi kecemerlangan anak – anak di SK Bandar Laguna Merbok

1.8 Pengerusi menjelaskan tentang hasil daripada usul yang dibawa oleh pihak ibu bapa
dalam mesyuarat tahun lalu :

a) Penambahbaikan informasi kepada ibu bapa melalui media / saluran terkini seperti
Instagram / Facebook supaya maklumat dapat diterima secepat mungkin.
Telegram sekolah telah disediakan untuk menyampaikan semua maklumat yang
berkenaan kepada ibu bapa dan penjaga. Selain itu, dapat melatih murid bersikap
peka untuk fokus kepada pesanan guru-guru dalam perhimpunan untuk disampaikan
kepada ibu bapa.

Agenda 2 : Ucapan Penasihat

2.1 Tuan Guru Besar selaku Penasihat PIBG mengucapkan salam serta terima kasih
kepada Yang Berhormat Nor Azrina bt Surip, YDP PIBG, waris-waris dan semua `
guru yang hadir bersama- sama pada mesyuarat pada hari ini.

2.2 Guru besar memaklumkan bahawa sekolah kini menjadi sekolah penanda aras kepada
sekolah-sekolah lain serta seorang Guru Pendidikan Khas dan Intergrasi Cik Intan
Farhana berjaya menjadi Guru Inovasi PPKI.

2.3 Menurut beliau kecemerlangan dan kejayaan SK Bandar Laguna Merbok adalah hasil
kerjasama waris yang banyak menyumbang kepakaran bagi membantu kemenjadian
murid. Di samping itu, SK Bandar Laguna Merbok juga mempunyai barisan
pentadbir yang mahir dalam bidang masing- masing. Beliau juga menegaskan semua
guru SK Bandar Laguna Merbok yang berjumlah seramai 54 orang sangat komitmen
dalam memastikan kejayaan murid-murid SK Bandar Laguna Merbok.

2.4 Jelas beliau sekolah akan berusaha untuk menurut kehendak KPM demi
kecemerlangan SKBLM. Guru besar berterima kasih kepada semua pihak yang sama-
sama menjayakan aktiviti dan program yang telah dirancang oleh pihak sekolah
sepanjang 2019.

Agenda 3 : Ucapan Perasmi

3.1 Yang Berhormat Puan Nor Azrina binti Surip meluahkan rasa syukur kerana dapat

bertemu dengan semua hadirin. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kerana

menjemput beliau sebagai Perasmi Majlis Mesyuarat Agung pada hari ini. 10

3.2 YB Nor Azrina binti Surip juga meluahkan rasa bangganya dan ucapan tahniah
ditujukan kepada SK Bandar Laguna Merbok kerana telah berjaya dengan cemerlang
dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum berdasarkan pencapaian sebelum ini
sehingga menjadi contoh, penanda aras dan telah menjadi rujukan kepada sekolah-
sekolah lain.

3.3 YB Nurin Aina juga ada memaklumkan bahawa YDP PIBG telah membuat
permohonan kepada pejabat Parlimen Merbok untuk memohon sumbangan bagi
menyediakan “Digital Classroom” untuk kelas aliran tahun 1. Status permohonan
tersebut masih dalam pertimbangan YB.

3.4 YB Nor Azrina menekankan tentang pentingnya permuafakatan antara waris dan
guru dalam menentukan kejayaan sekolah.

3.5 Pesanan YB Nor Azrina kepada para waris, jangan tumpukan kuantiti gred “A”
dalam menentukan kejayaan anak-anak tetapi pandanglah pada usaha mereka.

Agenda 4 :Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung kali ke- 5.

4.1 Puan Setiausaha PIBG iaitu Puan Fadilah bt Shafie membentangkan minit mesyuarat
agung PIBG kali ke- 5 sesi 2019/2020.

4.2 Encik Ali Imran bin Amir mencadangkan agar minit mesyuarat agung PIBG kali ke-5
disahkan. Encik Mohd Khairul Anuar b. Husin menyokong cadangan tersebut.

Agenda 5: Perkara-perkara berbangkit

5.1 Tiada perkara berbangkit.

Agenda 6 : Membentang Laporan Tahunan PIBG sesi 2019/2020

6.1 Puan Fadilah bt Shafie membentangkan Laporan Tahunan PIBG sesi 2019/2020.

Agenda 7: Membentang dan meluluskan penyata kewangan PIBG sesi 2019/2020

7.1 Bendahari PIBG iaitu Puan Azizah bt Abu Bakar membentangkan penyata kewangan
PIBG bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember 2019.
Beliau membuat satu pembetulan pada tarikh yang terdapat dalam penyata
kewangan.

7.2 Encik Sufian bin Shuib mencadangkan agar penyata kewangan PIBG 2019
diluluskan dan mendapat sokongan daripada Encik Maini Rizal bin Ngatini.

11

Agenda 8 :Pembubaran AJK PIBG SK Bandar Laguna Merbok sesi 2019/2020.

8.1 YDP PIBG membubarkan AJK PIBG SK Bandar Laguna Merbok sesi 2019/2020.
8.2 Encik Sukri bin Jusoh mengambil alih tugas sebagai pengerusi sementara.
8.3 Cadangan untuk pelantikan AJK sesi 2020/2022.

Agenda 9 : Pelantikan AJK sesi 2020/2022

9.1 Lantikan AJK baharu bagi sesi 2020/2022 daripada waris berdasarkan undian on-line.
9.1.1 YDP - Tuan Mohd Sukri bin Jusoh -keputusan undian 37 %
9.1.2 NAIB YDP - Tuan Haji Mahfuz bin Ramli - 44%
9.1.3 AJK WARIS - AJK (WARIS) 1. EN. SHABARU BIN IBRAHIM
2. EN. ALI IMRAN BIN AMIR
3. EN. MOHAMAD DAZARIF BIN YUSOF
4. DATO’ HAJI MUSTAFA BIN IDRUS
5. PN. ROHANI BT DAHALAN
6. PN. ADZRINA BT IDRIS
7. DR. JUNAIDA BT ISMAIL

9.2 Mendapat sokongan sebulat suara.
9.3 AJK GURU 2020 /2022

1. PN. ASIAH BT AWANG TEH @ IDRIS
2. PN. NOR ZAHIDAH BT SUBRI
3. PN. AZLINA BT ABDUL SAMAD
4. PN. FAUZIAH BT ZAINUL
5. PN. KAVITHA A/P CHRISNASAMY
6. PN. SHAHIZA ISMAIL (SETIAUSAHA)
7. PN. AZIZAH BT ABU BAKAR (BENDAHARI)

Agenda 10: Membentang dan membahas usul.

10.1 Pihak PIBG amat menghargai segala cadangan dan komen yang diberi oleh pihak
waris. Hasil perbincangan bersama AJK PIBG terdapat dua usul yang akan
dibahaskan.

10.2 Usul pertama dibawa oleh Che Amran bin Haji Said, memohon agar sumbangan
PIBG sebanyak RM 50.00 bagi anak pertama dan RM 20 bagi anak kedua dan
seterusnya. Cadangan ini disokong oleh Encik Akibi bin Abdullah.
Dato’ Mustafa bin Idrus mencadangkan bayaran sebanyak RM 50.00 dikekalkan.
Keputusan sebulat suara dicapai untuk kekalkan bayaran RM 50.00 bagi setiap waris.
Tuan Pengerusi menjelaskan bahawa kita terpaksa akur dengan komitmen para
waris agar tidak membebankan.

12

10.3 Usul kedua dibawa oleh En Asmizal bin Aziz iaitu PK Pentadbiran.
Beliau mencadangkan tentang sumbangan atau dana bagi setiap aliran. Maklumat
lengkap tentang senarai sumbangan akan dikeluarkan. Cadangan beliau jumlah
kutipan dana bagi setiap aliran ialah seperti di bawah :

10.3.1 Tahun 1 : RM 115.00
Tahun 2 :RM 112.00
Tahun 3 :RM 112.00
Tahun 4 :RM 152.00
Tahun 5 :RM 152.00

10.3.2 Pengerusi memaklumkan bahawa senarai lengkap dana akan dilampirkan
bersama surat makluman pembayaran. Sumbangan ini amat diperlukan untuk
menjayakan segala perancangan aktiviti untuk murid SK Bandar Laguna
Merbok.

10.3.3 Pengerusi menjelaskan dana bagi tahun 6 telah diputuskan dalam perjumpaan
waris pada 9 Februari2020 iaitu sebanyak RM 200.00 Keputusan sebulat suara
diterima.

10.3.4 Pihak waris telah menyokong usul 1 dan usul 2 yang telah dibincangkan
dibawa dengan jumlah undian majoriti. Surat makluman akan dikeluarkan pada
penghujung Februari.

Agenda 11: Hal-hal lain
11.1 Saranan dan pandangan daripada para waris:

11.1.1 Puan Shahani bt Othman mencadangkan pihak sekolah membuat
penambahbaikkan untuk sesi orientasi darjah1. Sebagai contoh atur cara majlis
pendaftran Tahun 1 lebih teratur, penyusunan kelas sepatutnya dipilih lebih
awal,guru-guru bersedia lebih awal.Sepanjang 3 tahun saya mendaftar anak di
Tahun 1 majlis yang diadakan nampk kucar-kacir dan tidak terurus. Ibu bapa
terpinga-pinga apabila murid disuruh berpakaian lengkap tetapi tidak ada
aktiviti untuk mereka pun, semata-mata datang untuk mendengar taklimat
sahaja walhal bagi ibu bapa yang pertama kali menghantar anak Tahun 1
mereka penuh keterujaan tetapi pulang dengan hampa.

11.1.2 Cadangan Encik Mohd Suhaimi bin Abdul Latif agar membenarkan murid
menggunakan kasut sukan pada waktu Pendidikan Jasmani supaya kasut
sekolah tidak mudah rosak atau koyak.

11.1.3 Encik Muhammad Syukri Bin Ani dan dan PuanNoor Faiza bt Junus
mencadangkan penyediaan tandas bagi setiap aras bangunan untuk
keselamatan dan kemudahan murid-murid.

13

11.1.4 Murid patut diberi pilihan dalam persatuan yang diminati cadangan oleh Puan
Salhaida bt Salleh.

11.1.5 Tuan Khairun Farrizan bin Tuan Abdullah mencadangkan peperiksaan
penggal seperti biasa untuk melihat prestasi murid.

11.1.6 Norhafiza bt Hashimaya sangat kesal dengan pelajar-pelajar KAFA yang
menggunakan kelas 3 DLP.Murid kelas 3DLP telah membalut meja mereka
masing-masing.tetapi keesokkannya pelajar KAFA telah merosakkan kertas
pembalut tersebut. Mohon diambil tindakan atau mohon tiada penggunaan
kelas DLP digunakan utk kelas KAFA.

11.1.7 Mohamad Bin Abdullahmencadangkan pihak PIBG dapat menganjurkan
program motivasi & kecemerlangan kepada pelajar.

11.1.8 Banyakkan kerja sekolah cadangan daripada Azrun Din.

11.1.9 Encik Mohd Khairun Naim bin Mustaffa memohon diadakan kelas tambahan
tahun 6.

11.1.10 Azhar bin Ngah mencadangkan diadakan pembangunan sukan memanah.

11.1.11 Memohon PIBG menyediakan locker di dalam kelas untuk simpanan buku
teks murid-murid untuk menyelesaikan masalah beg berat oleh Zulkifli bin
Mansor dan Nurliyana Abas.

11.1.12 Mohd Nasir bin Mohamad mencadangkan pemasangan penutup longkang di
jalan susur masuk sekolah bagi tujuan keselamatan, memandangkan ramai
murid menunggu van sekolah di situ.

11.1.13 Che Fazalani bt Fathil meminta pihak PIBG lebih serius terhadap
jualan makanan di kantin dengan memantau secara berkala bersama dengan
guru mengikut garis panduan Pengurusan Kantin Sekolah yg diarahkan oleh
KPM agar pelajar mendapat makanan yang sihat dan selamat semasa di
sekolah.

11.1.14 Meminta pihak sekolah melarang sebarang penjualan di luar pagar sekolah
sama ada selepas sesi persekolahan pagi dan juga waktu KAFA petang
cadangan daripada Encik Mohd Hafiz Abu Bakar.

11.1.15 Kon laluan garisan kuning pejalan kaki di lebarkan supaya tiada kenderaan
park di kawasan itu cadangan oleh Encik Zaini b. Jamaludin.

14

11.1.16 Cadangan Faiza bt Mokhtar mewujudkan lebih banyak tong sampah di sekitar
kawasan sekolah.

11.1.17 Tile di tangga ada yang rosak, cadangan untuk diperbaiki daripada
Norshamsul Kamal Ariffin bin Abdul Majid.

11.1.18 Waktu balik boleh ditetapkan , supaya pengangkutan dapat diselaraskan.
Cadangan daripada Ramanathan A/L Govindasamy.

11.2 Jawapan Encik Mohd Sukri bin Jusoh (YDP PIBG)

11.2.1 Tuan guru besar memaklumkan bahawa tiada sebarang kutipan yuran semasa
pendaftaran tahun satu, jadi pihak sekolah hanya melaksanakan program tanpa
melibatkan kos seperti hadiah atau sebagainya.

11.2.2 Pihak sekolah tidak menghalang untuk memakai kasut sukan, namun jika
hilang pihak sekolah tidak bertanggungjawab.

11.2.3 Melibatkan kos yang tinggi dan sekolah ini belum dapat kelulusan CF.

11.2.4 Agihan ahli persatuan perlu seimbang bagi setiap persatuan.

11.2.5 Dasar KPM lebih kepada PBD bukan peperiksaan.

11.2.6 Guru besar telah bermesyuarat dengan guru-guru KAFA untuk jalan
penyelesaian.

11.2.7 Pelbagai program telah dirancang dan dibentangkan oleh guru besar dan
penyelaras tahun 6 semasa perjumpaan waris.

11.2.8 Kerja sekolah telah diberi mengikut kesesuaian dan keperluan.

11.2.9 Kelas tambahan bermula pada bulan Mac nanti.

11.2.10 Aktiviti memanah telah dilaksanakan dan guru melatih ikut jadual.
Peruntukkan perlu seimbang dengan aktiviti lain.

11.2.11 Masih kekurangan dana dan kos yang tinggi untuk sediakan locker.

11.2.12 Telah dimaklumkan kepada MPSPK dengan penghantaran surat aduan,
masih menunggu tindakan.

11.2.13 Telah dijalankan pemantauan oleh AJK kantin dan maklum kepada pihak

pengusaha.
15

11.2.14 Laporan bertulis kepada MPSPK telah dibuat, dan ada waris juga
pernah suarakan kepada perniaga sendiri.

11.2.15 PIBG akan tambah bilangan kon.

11.2.16 Tong sampah telah disediakan, dan akan cuba diperbanyakkan.

11.2.17 Perlu tunggu peruntukkan, membabitkan kos yang besar.

11.2.18 Pelarasan Tahap 1 dan Tahap 2. 12.45 Tahap 1 dan 1.15 Tahap 2 pulang.

Agenda 12 : Ucapan Penangguhan

12.1 YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua waris, guru-guru dan staf
kerana telah menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke -6 ini. Beliau juga
mengucapkan terima kasih atas kepercayaan dan sokongan ibu bapa yang masih
memilih beliau untuk menerajui kepimpinan PIBG. YDP juga mengingatkan agar ibu
bapa membayar yuran PIBG yang telah ditetapkan. Surat makluman akan diedarkan.

Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 6 ditangguhkan pada pukul 12. 45 tengah hari.

Pencatat minit:

Pn. Asiah bt Awang Teh @ Idris (Ketua)
Pn. Azlina bt Abdul Samad
Pn. Roihan bt Mohd Azid @ Nazid.
Pn. Halimatun Sakdiah bt Abdullah

Disediakan oleh; Disemak oleh,

............................................ …….....................................................................
(SHAHIZA BINTI ISMAIL) (MOHD SUKRI BIN JUSOH, (.A.P.,B.C.K,P.K.T.)
Setiausaha PIBG Yang DiPertua PIBG
SK Bandar Laguna Merbok SK Bandar Laguna Merbok

16

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR LAGUNA MERBOK

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 2020/ 2021

Salam sejahtera. Pengurusan sekolah akan menjadi lebih berkesan dengan penglibatan
PIBG sebagai ejen pembantu kepada program-program peningkatan sekolah di samping
menyediakan prasarana perhubungan yang berfokus, terancang dan mantap antara ibu bapa/
waris dengan semua peringkat pengurusan pendidikan sekolah.
Jalinan kerjasama yang erat akan menyakinkan warga sekolah dan ibu bapa / waris pelajar
untuk SKBLM cemerlang, gemilang dan terbilang di peringkat daerah, negeri mahupun ke
peringkat kebangsaan.

MAKLUMAT PROGRAM BERSAMA PIBG,
KOMUNITI SETEMPAT DAN SEKTOR SWASTA SERTA BADAN BERKANUN

2020/ 2021

MAKLUMAT TEMPAT BIL. PENGLIBATAN MURID & LAIN-LAIN SEKTOR/ BADAN
PROGRAM DIADAKAN TERLIBAT
BIL TARIKH
PIHAK SEKOLAH DENGAN
MURID IBU/ BAPA GURU KERJASAMA PIBG

1 MESYUARAT AGUNG 15 FEB DEWAN TERBUKA TIADA 100 50
PIBG 2020

PROGRAM JOM KE

2 SEKOLAH DAN 17 FEB DATARAN SKBLM 600 6 58 PIHAK SEKOLAH DENGAN
PROGRAM SEKOLAH 2020 KERJASAMA PIBG

PENYAYANG

SULAMAN KASIH

3 JUNJUNGAN BUDI 23 FEB DEWAN TERBUKA 500 4 58 PIHAK SEKOLAH DENGAN
PERSARAAN USTAZ 2020 TIADA 6 KERJASAMA PIBG
200
OTHMAN 500 5
TIADA 6
4 MESYUARAT AJK PIBG 5 MAC BILIK MESYUARAT TIADA 9 PIHAK SEKOLAH DENGAN
KALI PERTAMA 2020 SKBLM KERJASAMA PIBG

5 HARI SUKAN SEKOLAH 8 MAC PADANG SKBLM 58 PIHAK SEKOLAH DENGAN
2020 KERJASAMA PIBG

6 MESYUARAT AJK PIBG 5 JULAI BILIK MESYUARAT 10 PIHAK SEKOLAH DENGAN
KALI -2 2020 SKBLM KERJASAMA PIBG

7 PEMASANGAN TEMPAT 13 JULAI BANGUNAN KELAS PIHAK SEKOLAH DENGAN
BASUH TANGAN (SOP 10 KERJASAMA PIBG
PANDEMIK 19) 2020 SKBLM

11 JULAI

8 PROSES SANITASI BILIK 2020 / 13 KELAS -KELAS TIADA 10 5 PIHAK SEKOLAH DENGAN
KERJASAMA PIBG
DARJAH OGOS SKBLM

2020

17

MAKLUMAT TEMPAT BIL. PENGLIBATAN MURID & LAIN-LAIN SEKTOR/ BADAN
PROGRAM DIADAKAN TERLIBAT
BIL TARIKH
PIHAK SEKOLAH
MURID IBU/ BAPA GURU DENGAN KERJASAMA
PIBG
PEMBUKAAN 22
PIHAK SEKOLAH
9 SEKOLAH SELEPAS JULAI PAGAR SEKOLAH TAHAP 1 10 58 DENGAN KERJASAMA
PIBG DAN
PKP 1 2020 PERTUBUHAN MESRA
PENGGUNA
PENYAMPAIAN 11 PEJABAT TIADA 6 2 PIHAK SEKOLAH
10 SUMBANGAN OGOS KASTAM SG DENGAN KERJASAMA
2020 PETANI 6 5 PIBG DAN KASTAM
FACEMASK 4 9 PIHAK SEKOLAH
TIADA 54 DENGAN KERJASAMA
11 MAJLIS PENYERAHAN 26 BILIK TIADA 6 10 PIBG
ASET ALIH KASTAM OGOS MESYUARAT TIADA 6 8
DIRAJA MALAYSIA 2020 PIHAK SEKOLAH
11 15 10 DENGAN KERJASAMA
MESYUARAT AJK 20 BILIK TIADA PIBG
12 PIBG SEPT MESYUARAT 3 5
2020 2 5 PIHAK SEKOLAH
KALI -3 2 3 DENGAN KERJASAMA
10 10 PIBG
PROGRAM BILIK TIADA 20
MESYUARAT 4 7 PIHAK SEKOLAH
13 PENGHARGAAN 11 OKT SKBLM 2 15 DENGAN KERJASAMA
KECEMERLANGAN 2020 PIBG

UPSR PIHAK SEKOLAH
DENGAN KERJASAMA
KECERIAAN PRA 1 DEC HALAMAN PIBG
14 DAN HALAMAN 2020 SEKOLAH DAN
PRA PIHAK SEKOLAH
SEKOLAH DENGAN KERJASAMA
PIBG
15 MESYUARAT AJK 23 DIS BILIK TIADA PIHAK SEKOLAH
PIBG TIADA DENGAN KERJASAMA
2020 MESYUARAT PIBG
PIHAK SEKOLAH
KALI -4 DENGAN KERJASAMA
PIBG
GOTONG ROYONG 7 NOV TAPAK SURAU PIHAK SEKOLAH
16 PEMBERSIHAN 2020 / DENGAN KERJASAMA
9 DIS PIBG
TAPAK SURAU 2020 / PIHAK SEKOLAH
JAN DENGAN KERJASAMA
2021 PIBG
PIHAK SEKOLAH
17 PEMBAIKAN 6 JAN TANDAS TIADA DENGAN KERJASAMA
TANDAS 2021 SEKOLAH PIBG
PIHAK SEKOLAH
PEMASANGAN 13 JAN LAMAN MINDA TIADA DENGAN KERJASAMA
18 BUMBUNG LAMAN 2021 PIBG

MINDA

19 PEMBAIKAN PAGAR 25 JAN PAGAR SEKOLAH TIADA

SEKOLAH 2021 SKBLM

AKTIVITI SANITASI 28 FEB BANGUNAN TIADA
20 BILIK DARJAH DAN
2021 SKBLM TAHAP
BILIK-BILIK KHAS 1& 2

PEMBUKAAN 1&8 HADAPAN TIADA
21 SEKOLAH TAHUN MAC PAGAR
2021
2021

MESYUARAT AJK 7 MAC BILIK
22 PIBG
2021 MESYUARAT
KALI -5

23 PERBINCANGAN 11 APR BILIK TIADA
USUL
2021 MESYUARAT

18

18

20

21

BIL NAMA JAWATAN
Penasihat
1. Encik Mohamad Fadzieli b Samat (GB)
YDP
2. Encik Mohd Sukri b Jusoh S.A.P.B.C.K P.K.T (YDP Naib YDP
PIBG Setiausaha
Bendahari
3. Tuan Haji Mahfuz b Ramli (NYDP) AJK Waris
AJK Waris
4. Pn. Shahiza Bt Ismail AJK Waris
AJK Waris
5. Pn Azizah bt Abu Bakar AJK Waris
AJK Waris
6. En. Shabaru b Ibrahim AJK Waris
AJK Guru
7. En. Ali Imran b Amir AJK Guru
AJK Guru
8. Encik Mohamad Dazarif b Yusof AJK Guru
9. Dato’ Haji Mustafa b Idrus
PKP
10. Puan Rohani bt Dahalan PKHEM
PKKO
11. Dr. Junaida bt Ismail

12. Puan Adzrina bt Idris

13. Pn. Asiah bt Awang Teh @ Idris

14. Pn. Azlina bt Abdul Samad

15. Pn. Fauziah bt Zainul

16. Pn. Kavitha a/p Chrisnasamy

PEMERIKSA KIRA-KIRA
16. En Che Amran b Hj Said

17. Pn Roihan bt Mohd Azid @ Nazid

TURUT HADIR

18. En. Asmizal bin Aziz

19. En. Sharim Shah bin Saad

20. En. Darul Samri bin Daniyan

22

BIL NAMA JAWATAN 5MAC 5 JUL 20 SEPT 23 DIS 7 MAC
2020 2020 2020 2020 2021
1. Encik Mohamad Fadzieli b Penasihat
Samat(GB) O / / / /

2. Encik Mohd Sukri b Jusoh YDP / / / / /
S.A.P.B.C.K P.K.T (YDP PIBG
/
3. Tuan Haji Mahfuz b Ramli (NYDP) Naib YDP / / / / /
/
4. Pn. Shahiza Bt Ismail Setiausaha / / / / /

5. Pn Azizah bt Abu Bakar Bendahari / / / / O
O
6. En. Shabaru b Ibrahim AJK Waris / / / / O
O
7. En. Ali Imran b Amir AJK Waris / / O /
/
8. Encik Mohamad Dazarif b Yusof AJK Waris / / / O
O
9. Dato’ Haji Mustafa b Idrus AJK Waris / O O O O

10. Puan Rohani bt Dahalan AJK Waris / O O / /

11. Dr. Junaida bt Ismail AJK Waris O O / / O
O
12. Puan Adzrina bt Idris AJK Waris / O O O
/
13. Pn. Asiah bt Awang Teh @ Idris AJK Guru / / / / /
/
14. Pn. Azlina bt Abdul Samad AJK Guru / / / /

15. Pn. Fauziah bt Zainul AJK Guru / / O O

16. Pn. Kavitha a/p Chrisnasamy AJK Guru / O O O

PEMERIKSA KIRA-KIRA
16. En Che Amran b Hj Said

17. Pn Roihan bt Mohd Azid @ Nazid

TURUT HADIR PKP / / / /
18. En. Asmizal bin Aziz PKHEM / / O /
PKKO / / / /
19. En. Sharim Shah bin Saad

20. En. Darul Samri bin Daniyan

23

SENARAI USUL DAN CADANGAN SERTA JAWAPAN MESYUARAT AGUNG
KALI KE-7

BIL NAMA IBU NAMA TAHUN CADANGAN JAWAPAN
BAPA ANAK
Pihak sekolah telah berjaya
- mendapat kebenaran JPN
untuk tapak surau.
Mohd Sukri Muhammad Pembinaan surau di - Kebenaran untuk
bin Jusoh Syahmi bin bahagian bawah pengutipan wang
Mohd Sukri 4A bangunan,surau di atas pembinaan juga telah
tingkat 3 boleh diluluskan dan dalam
1 digunakan untuk kelas proses penyediaan buku
pelajar-pelajar. resit.
Pihak sekolah mengikut
- pekeliling tiada slip diberi.
Namun boleh dimohon.
2 Dr.Nuruddin Ayeas 3 DLP / 5 Memberikan salinan - Tahun 2020 tiada
kesempatan pentaksiran
Mohammed Mohammed DLP hasil keputusan untuk - dibuat oleh sebab PKP .

Nur Nur pelajar Pihak sekolah akan
bekalkan kepada guru
Saya mencadang - bertugas.

sekolah menyediakan Bangunan bawah telah
dikhaskan untuk kelas
mini hailer kepada PPKI.

pengawal keselamatan

sekolah dan guru-guru

bertugas untuk

3 Nur Syuhaila Nur Delisha 1 DLP mengendalikan
bt Ruslan Amanda bt kelancaran ketika
Mohd Dinie murid-murid pulang
bagi mengelak para

guru dan para pengawal

keselamatan yang

bertugas di pintu pagar

daripada menjerit

memanggil nama-nama

murid.

Cadangan untuk -

4 Ranjeta Lohith 1 DLP menempatkan murid -
Ramanathan Prabahkar murid tahun 1 di

tingkat bawah

24

https://meet.google.com/vyq-azmi-sjd
http://bit.ly/ekehadiran-PIBG-7

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih
diucapkan

kepada semua pihak
yang telah menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG SKBLM kali Ke-7

https://meet.google.com/vyq-azmi-sjd
http://bit.ly/ekehadiran-PIBG-7


Click to View FlipBook Version