PROJEK JAWAB UNTUK JAYA (JUJ)
NEGERI PAHANG
TAHUN 2019
(SET 1)
BAHASA MELAYU
KERTAS 1
Dua Jam Lima Belas Minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.
2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.
3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak
Bahagian A
[30 Markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]
Maklumat di bawah merupakan sebahagian daripada kepentingan amalan
membaca.
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan amalan membaca dalam kalangan
remaja. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
KEPENTINGAN AMALAN MEMBACA
Cemerlang Meningkatkan Menambah ilmu
dalam pelajaran keyakinan diri pengetahuan
Bahagian B
[100 markah]
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.
1. Pengisian masa lapang secara terancang memberikan pelbagai faedah
kepada murid.
Bincangkan.
2.
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa berkorban nyawa.
Berdasarkan penyataan di atas, jelaskan tanggungjawab anak-anak untuk
membalas jasa kedua-dua ibu bapa mereka.
3. Hubungan akrab dalam kehidupan bermasyarakat sangat penting.
Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk
“Manfaat-manfaat Hubungan Akrab dalam Kehidupan Bermasyarakat”
Tulis rencana itu selengkapnya.
4. Pelarian negara-negara serantau seperti dari Bangladesh, Myanmar dan
Kemboja telah memberi kesan kepada negara-negara jiran.
Huraikan kesan-kesan kemasukan pelarian kepada negara-negara terlibat.
5. Karya sastera seperti novel dan cerpen yang bermutu akan menarik minat
masyarakat untuk membaca karya tersebut.
Jelaskan keistimewaan yang dapat menarik minat anda untuk terus membaca
karya tersebut.
KERTAS SOALAN TAMAT
PROJEK JAWAB UNTUK JAYA (JUJ)
NEGERI PAHANG
TAHUN 2019
(SET 2)
BAHASA MELAYU
KERTAS 1
Dua Jam Lima Belas Minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.
2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.
3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak
Bahagian A
[30 Markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]
Maklumat di bawah menunjukkan sebahagian daripada langkah menjaga
keselamatan anak-anak di rumah.
Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah menjaga keselamatan anak-
anak di rumah.
Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
LANGKAH-LANGKAH
MENJAGA
KESELAMATAN
ANAK-ANAK DI RUMAH
Tidak berhubung dengan
orang yang tidak dikenali
Tidak membiarkan anak-
anak bermain
bersendirian
Menyimpan peralatan
berbahaya di tempat
selamat
Bahagian B
[100 markah]
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.
1. Remaja hari ini merupakan pemimpin pada masa hadapan.
Bincangkan ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh remaja untuk menjadi pemimpin
berwibawa.
2. Kebejatan sosial dalam kalangan anak-anak membimbangkan ibu bapa dan
masyarakat.
Jelaskan tanggungjawab anak-anak dalam menjaga maruah keluarga.
3. Prinsip Rukun Negara kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan menerapkan
amalan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat.
Jelaskan kepentingan nilai-nilai murni yang wajar dihayati oleh masyarakat
Malaysia.
4. Perairan antarabangsa sering diceroboh oleh kegiatan pelanunan,
penyeludupan dan penculikan.
Huraikan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh negara-negara serantau
untuk memastikan keselamatan perairan negara terkawal.
5. Anda ingin menyertai pertandingan menulis cerpen sempena sambutan bulan
kemerdekaan peringkat sekolah. Tajuk cerpen tersebut berdasarkan
peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung yang bermaksud
mengikut adat dan budaya setempat.
Tulis cerpen itu selengkapnya.
KERTAS SOALAN TAMAT
PROJEK JAWAB UNTUK JAYA (JUJ)
NEGERI PAHANG
TAHUN 2019
(SET 3)
BAHASA MELAYU
KERTAS 1
Dua Jam Lima Belas Minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.
2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.
3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak
Bahagian A
[30 Markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]
Maklumat di bawah merupakan sebahagian daripada langkah mengatasi obesiti.
Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah mengatasi obesiti dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI OBESITI
Melakukan senaman secara berkala Budaya pengambilan makanan berkhasiat
Mengelakkan pengambilan makanan segera
Bahagian B
[100 markah]
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.
1. Sekolah anda telah mengadakan Hari Koperasi sempena minggu
keusahawanan. Selaku setiausaha kelab koperasi sekolah, anda diminta
menulis laporan tentang aktiviti hari koperasi tersebut.
Tulis laporan itu selengkapnya.
2. Ibu bapa perlu menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan anak-anak
sejak kecil lagi.
Bincangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa dalam
menerapkan semangat patriotisme kepada anak-anak.
3. Golongan siswazah pada hari ini memilih untuk menceburi bidang perniagaan
kerana bidang ini menjanjikan pendapatan yang lumayan.
Nyatakan persiapan-persiapan yang perlu dilakukan oleh mereka sebelum
menceburi bidang perniagaan.
4. Keunikan dan kecantikan negara-negara antarabangsa seperti Indonesia,
Malaysia dan Korea mampu menarik kedatangan pelancong dari serata
dunia.
Huraikan faktor-faktor yang mendorong kedatangan pelancong ke negara-
negara tersebut.
5. Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah
(Gurindam dua belas fasal yang ketiga)
Maksud petikan gurindam di atas ialah seseorang yang menjaga tutur kata
akan mendapat banyak manfaatnya.
Jelaskan manfaat-manfaat tersebut.
KERTAS SOALAN TAMAT