SAYANGI ALAMSEKITAR (PLANETVSPLASTIK) KUMPULAN4
PENGENALAN OBJEKTIF LAPORAN AKTIVITI SEBELUM LAPORAN AKTIVITI SEMASA LAPORAN AKTIVITI SELEPAS PENILAIAN CABARAN REFLEKSI PROJEK RUMUSAN LAMPIRAN GAMBAR SEBELUM PROJEK LAMPIRAN GAMBAR SEMASA DAN SELEPAS PROJEK go green for life KANDUNGAN
Sempena sambutan Hari Bumi Sedunia kami telah memilih untuk melaksanakan satu program komuniti bersama - sama dengan murid dari Taska Smart Aulad Saidina Ali bertempat di Sri Serdang, Selangor. Perancangan program ini adalah kerjasama dari penyelaras subjek SPE3308 Kesihatan dan Kesejahteraan Komuniti iaiut DR. Roxana Dev Omar Dev. Kami telah merancang untuk melakukan aktiviti KOLAJ di Taska Smart Aulad Saidina Ali dengan penyertaan murid 6 tahun seramai 15 orang. Aktiviti KOLAJ ini bertujuan untuk memperkenalkan murid kepada bahan yang diperbuat daripada plastik dan keadaan bumi. Kami juga telah menerangkan sedikit sebanyak berkaitan kesan plastik terhadap bumi kepada murid - murid. go green for life PENGENALAN
Objektif bagi aktiviti ini adalah untuk menyokong perkembangan mereka dalam pelbagai aspek. Meningkatkan kemahiran motor halus melalui aktiviti memotong, mengoyak dan menampal bahan kolaj. 1. Mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah apabila mereka memikirikan cara untuk meletakkan bahan kolaj dengan baik. 2. Mengenalkan konsep asas seperti bentuk, warna, dan saiz melalui pemilihan dan penyusunan bahan kolaj. 3. Meningkatkan fokus dan ketekunan dengan menumpukan perhatian dan menyelesaikan sesuatu tugas dari awal hingga akhir. 4. Dengan objektif yang ditumpukan ini kami dapat menilai sejauh mana aktiviti kolaj membantu dalam perkembangan kanak-kanak. go green for life OBJEKTIF
Pada 15 Mei 2024 bersamaan hari Rabu dimana kami telah menubuhkan WhatsApp group bagi membincangkan tentang perancangan dan persediaan sebelum melaksanakan program komuniti ini bersama - sama dengan murid dari Taska Smart Aulad Saidina Ali bertempat di Sri Serdang, Selangor. Kami telah membahagikan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan sepanjang program komuniti ini. Tugas-tugas tersebut terdiri daripada pengarah, setiausaha, bendahari, pendanaan, persiapan tempat dan dokumentasi. Perancangan program ini dimana kami telah membincangkan aktiviti, jadual, dan lokasi program ini perlu dilaksanakan dan aktiviti ini berkaitan dengan matlamat dan objektif program tersebut. Seterusnya, kami juga telah menghubungi guru Taska ini untuk membincangkan tentang program komuniti ini. Seterusnya kami telah menentukan sumber yang diperlukan untuk melaksanakan program, termasuk dana, peralatan, dan hadiah yang mencukupi untuk mencapai matlamat program ini. go green for life LAPORAN AKTIVITI SEBELUM
go green for life Seterusnya, kami telah membuat perbincangan yang rapi mengenai agenda yang akan berlangsung pada hari itu supaya boleh mengelakkan sebarang masalah yang berlaku. Kami telah melaporkan segala persiapan kami dari semasa ke semasa kepada pensyarah kami. Beliau telah membantu kami untuk meningkatkan lagi mutu aktiviti yang kami bakal kendalikan pada hari program itu dana membetulkan beberapa kesalahan yang telah kami lakukan dalam beberapa perkara. Melalui pendanaan yang telah kami dapat, kami telah menyediakan peralatan yang perlu digunakan oleh murid Taska pada hari program komuniti itu dilaksanakan. Antara peralatannya ialah kertas yang mempunyai corak bumi dan plastik, gam kertas dan kertas warna. Kami juga menyediakan satu banner berkaitan program komuniti ini. Selepas itu, kami akan membuat satu contoh KOLAJ yang perlu ditunjukkan kepada murid-murid Taska pada hari kejadian program komuniti tersebut.
Pada 5 Jun 2024 bersamaan hari Rabu, kami berkumpul di Astaka Seni,UPM pada jam 8.00 pagi dan bergerak ke Taska Smart Aulad Saidina Ali pada jam 8.30 pagi. Kami telah melaksanakan aktiviti KOLAJ bermula dari 9:00 pagi sehingga 10:30 pagi. Setiap murid telah dibekalkan satu kertas yang mempunyai corak bumi dan plastik, gam serta kertas warna. Program komuniti ini berjalan dengan lancar mengikut jadual dan masa yang ditetapkan. Kami dapati murid memberikan respon yang positif sepanjang pelaksanaan program. Ada diantara mereka yang aktif dalam mengajukan soalan - soalan berkaitan dengan Plastik dan Kesannya kepada bumi. Ada juga diantara mereka yang bertanya cara bagaimana untuk mencegah daripada kerosakan bumi. Seterusnya, kami mengumpulkan data dan maklumat semasa pelaksanaan program untuk tujuan penilaian dan pelaporan. go green for life LAPORAN AKTIVITI SEMASA
Selepas sahaja aktiviti KOLAJ ini selesai, kami telah memberikan hadiah atau saguhati kepada muridmurid Taska Smart Aulad Saidina Ali. Kami juga memberikan cenderahati kepada guru taska tersebut sebagai kenangan kerana telah bekerjasama dalam menjayakan program komuniti sempena sambutan Hari Bumi Sedunia ini. Seterusnya, kami mengambil gambar bersama murid-murid dan guru Taska Smart Aulad Saidina Ali. Setelah itu, murid-murid kembali meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka. Melalui program komuniti ini kami mendapat pelbagai faedah, pengalaman, pengetahuan yang tidak boleh dipertimbangkan. Segala pengetahuan dan pengalaman daripada program komuniti ini akan diaplikasikan oleh murid-murid taska ini mengenai kepentingan sayangi alam sekitar. Murid - murid akan lebih mengetahui tentang kesan penggunaan plastik terhadap alam sekitar . go green for life LAPORAN AKTIVITI SELEPAS
Melalui aktiviti KOLAJ bertemakan Sayangi Alam Sekitar ini kami dapat tahu bahawa sejauh manakah murid mengetahui tentang pemahaman mereka terhadap pentingnya dan kesan penggunaan plastik kepada alam sekitar. Kami juga dapat menilai sama aktiviti KOLAJ ini dapat menarik perhatian dan memberikan kesan yang kuat tentang kepentingan menjaga alam sekitar terhadap murid-murid 6 tahun. Penilaian hendaklah dilakukan dengan adil dan objektif, serta mengambil kira usia, kemahiran, dan konteks peserta aktiviti kolaj tersebut. Selain daripada itu, penekanan juga harus diberikan kepada memberi pujian kepada setiap usaha yang dilakukan oleh peserta untuk menyumbang kepada kesedaran alam sekitar. go green for life PENILAIAN
Berikut merupakan penilaian terhadap aktiviti KOLAJ: go green for life PENILAIAN Kami menyediakan satu kertas dimana terdapat soalan berkaitan aktiviti KOLAJ ini dan kami menyoal murid-murid tersebut seterusnya menyuruh mereka untuk melekat sticker berwarna kuning ini dalam kertas tersebut mengikut tahap pemahaman mereka iaitu Ya, Tidak Tahu dan Tidak.
Antara cabaran yang dapat kenalpasti semasa kami menjalankan program ini ialah : Membantu murid-murid yang berumur 6 tahun memahami apa itu seni “KOLAJ” Menyampaikan mesej mengenai impak penggunaan plastik secara tidak terkawal dengan penyampaian yang mudah difahami Menarik minat semua murid-murid untuk mendengar arahan yang diberikan Mendapatkan dana bagi menjalankan program Ini merupakan cabaran yang telah kami kenalpasti untuk menjalankan program ini, namun kami berjaya mengatasi semua dengan baik. go green for life CABARAN
Program ini merupakan program yang sangat bagus bagi membina pengalaman baru kepada murid yang berumur 6 tahun. Kami telah menyampaikan ilmu mengenai kesan penggunaan plastik secara tidak berhemah, cara untuk menjaga kebersihan dan kebaikan yang dieroleh sekiranya menjaga kebersihan. Kami memilih pendekatan seni kolaj kerana kami ingin menarik minat murid sambil menyampaikan mesej yang penting. Selain itu, kami juga dapat mengasah kawalan motor halus murid kerana seni kolaj memerlukan kawalan motor halus untuk menghasilkan seni yang menarik. Kami tidak mementingkan seberapa cantik kolaj yang telah dihasilkan tetapi sejauh mana murid faham dampak penggunaan plastik kepada alam sekitar go green for life REFLEKSI PROJEK
RUMUSAN Kesimpulannya, sepanjang program dijalankan murid-murid menunjukkan tingkah laku yang positif dan gembira. Kami sebagai pembimbing dapat beramah mesra dengan murid-murid dan menjalin hubungan silaturahim dengan mereka. Murid-murid dapat menyelesaikan aktiviti dengan baik mengikut kreativiti mereka masing-masing. Guru-guru disana juga amat membantu bagi memudahkan program berjalan dengan lancar. Dengan kerjasama mereka objektif yang kami bentuk dapat difokuskan semasa aktiviti berjalan. Program ini amat penting untuk dilakukan terutama kepada golongan muda bagi memberikan mereka gambaran akan kepentingan penjagaan alam sekitar serta ilmu berkenaan kitar semula kepada murid agar murid-murid mendapat pemahaman yang lebih berkenaan penjagaan alam bila menyentuh zaman remaja dan dewasa. go green for life
go green for life LAMPIRAN GAMBAR SEBELUM PROJEK
LAMPIRAN GAMBAR SEMASA DAN SELEPAS PROJEK LINK VIDEO AKTIVITI https://youtu.be/56jaZiDvVF4?si=_n5jmHc_1_q5ef6O go green for life