S K S E R I S E L A M A T , L O R O N G S E L A M A T , 3 2 0 0 0 , S I T I A W A N , P E R A K Mesyuarat Kali Ke-49 T a r i k h D a n H a r i T e m p a t Agung PIBG D E W A N B E S T A R I , P P D M A N J U N G 2 7 / 4 / 2 0 2 4 S A B T U
Bil Perkara Muka Surat 1 Isi kandungan 1 2 Notis Mesyuarat Agung PIBG 2-3 kali ke-49 3 Aturcara Majlis Mesyuarat Agung 4 4 AJK PIBG Sesi 2023/2024 5 5 AJK Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 6-8 6 Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 9-19 7 Laporan Aktiviti PIBG 2023/2024 20 8 Penyata kewangan PIBG 21-22 9 Permohonan Kutipan Tambahan 23 10 Cadangan / Usul 24-28 11 Takwim PIBG Sesi 2024/2025 29 12 Penghargaan 30 Isi kandungan 1
Notis Mesyuarat Agung 2
Borang Usul 3
A t u r c a r a / A g e n d a M e s y u a r a t 7.30 a.m : Pendaftaran AJK PIBG, Guru dan Ibu bapa (Bersemuka / Online) 8.00 a.m : Nyayian Lagu Negaraku, Negeri Perak Bacaan Doa Ucapan Pengerusi Majlis Ucapan Pengerusi YDP PIBG - En Wan Sanusi bin Wan Ali Ucapan Penasihat PIBG (GURU BESAR SKSS) 9.00 a.m : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 dimulakan AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2024/2025 Membentangkan dan Mengesahkan Laporan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-48 Perkara berbangkit Membentangkan dan Mengesahkan Penyata Kewangan yang berakhir 31 Disember 2023 Laporan Akhir Tahun 2023 Peletakan jawatan AJK PIBG Sesi 2023/2024 Pelantikan jawatan AJK PIBG Sesi 2024/2025 Membincangkan usul Lain-lain hal Ucapan Penangguhan 11.30 a.m : Majlis bersurai 4 Aturcara / Agenda Mesyuarat
AJK PIBG Sesi 2023/2024 PENASIHAT PIBG SK SERI SELAMAT EN. CHE AZHAR BIN AHMAD (GURU BESAR) PENGERUSI PIBG SK SERI SELAMAT EN. WAN SANUSI BIN WAN ALI NYDP PIBG EN. MOHD FAHIMI BIN OMAR SETIAUSAHA PN. TENGKU ANIS DIANA BINTI TENGKU NASIR NAIB SETIAUSAHA PN. NUR HARFIZA BINTI BAHARIN BENDAHARI PN. CHEK MEZUIN BINTI HAMID AJK PIBG (GURU) PN. CHE JAMALIAH BT AWANG PN. ROZIATUL MARLIA BT MUSTAPA EN. MUHAMAD ZUHAIRI B ZAKARIA AJK PIBG (IBU BAPA) EN. SHAHRIL BIN MOHAMAD SALLEH PN. NOR HAMILAH BINTI WAN AHMAD PN. SHARIFAH BINTI MAKHTAR PN. LATIFAH BINTI MANSUR PN. FATIN DIYANAH BINTI RIEDWAAN HARTLEY EN. AZLIN BIN ALIAS JURU AUDIT JURU AUDIT 1: EN. HAIRUN NIZAM BIN IDRIS JURU AUDIT 2: EN. SHAHRIZAL AFZAN BIN MOHD KHAIRI 5
AJK Pelaksana AJK NAMA TUGAS 1)Sambutan/P rotokol EN. CHE AZHAR BIN AHMAD (GURU BESAR SK SERI SELAMAT) EN. WAN SANUSI BIN WAN ALI (YDP PIBG SK SERI SELAMAT) EN. MOHD NORMAN BIN MOHD FUAD (PK PENTADBIRAN) PN. NOR IZZAH BINTI ABDUL KARIM (PK HAL EHWAL MURID) PN. ROZILAWATI BINTI MAN (PK KOKURIKULUM) EN. ABDUL RAHMAN BIN MAT ALI (PK PENDIDIKAN KHAS) 1.1) Mengalu-alukan kedatangan AJK PIBG 1.2) Memastikan tempat duduk AJK PIBG dan sekitar dihias bersih dan ceria. 2)Pencatat Minit Mesyuarat PN. SITI AISYAH BT ABD AZIZ PN. HAZILA BT ABDUL HAMID PN. YUSMIZANA BT ABDUL KADIB CIK NAZIFAH BT NAZRI 2.1) Mencatat minit mesyuarat agung semasa mesyuarat 2.2) Setelah ditaip dan dikemaskini perlu diserahkan kepada setiausaha PIBG. 3)Pendaftaran / Fotografi PN. V.JIVA KALA A/P VELOO EN. HARIS FADILA BIN YUSOFF PN. ROZIATUL MALIA BT MUSTAPA PN. MASTURA BT RAZALI PN. JUNADIAH BT MOHD TAHIR 3.1) Menyediakan borang pendaftaran yang sesuai. 3.2) Memastikan meja pendaftaran kemas. 3.3) Membuat pendaftaran ibu, bapa dan guru. 3.4) Mengedarkan Buku Program 3.5) Mengambil gambar yang bersesuaian untuk didokumentasikan. 3.6) Mendokumentasikan majlis dalam bentuk gambar dan menyerahkan kepada pihak pengurusan. 6
AJK NAMA TUGAS 4)Pengacara Majlis PN. NUR LIYANA SYAZWANI BT DALI 4∙1) Menyediakan skrip untuk mengacarakan majlis. 4∙2) Mengacarakan majlis hingga selesai. 5)Buku program PN. TENGKU ANIS DIANA SHAHIRA BT TG NASIR 5.1) Mendapatkan maklumat diperlukan untuk buku program 5.2) Menyediakan bahan-bahan untuk buku program. 5.3) Menaip dan menyemak maklumat yang diperoleh. 5.4) Menghias buku program VIP 5.5) Menyerahkan buku program kepada JK Pendaftaran. 6)Bacaan doa EN. AB WALID B ABDUL WAHAB 6.1) Menyediakan teks doa yang sesuai. 6.2) Membaca doa semasa majlis. 7)Persiapan Dewan EN. SAMSUL BAHARIN B MOKHTAR EN. VIJAYAN A/L RAMAKUTIR EN. MOHD SHAH BIN MD SANI PEKERJA SWASTA 7.1) Memastikan segala keperluan dan peralatan disediakan. 7.2) Menyediakan pembesar suara dan rostrum di dewan. 7.3) Memastikan pembesar suara berfungsi sepenuhnya 7.4) Menyediakan peralatan untuk mesyuarat iaitu papan putih. 7.5) Memastikan keadaan dalam dan luar dewan berada dalam keadaan bersih. 7.6 Menghias kawasan di dalam dan luar dewan 7.7) Mengemaskan dewan setelah majlis berakhir. 7.8) Memastikan persekitaran tempat duduk VIP dihias AJK Pelaksana 7
AJK Pelaksana AJK NAMA TUGAS 8) Hiasan pentas/ Backdrop PN. ZETI ARNIZA BT MOHD ARSHAD PN. ISMAZAWATI BT MAMAT@ISMAIL PN. CHEK MEZUIN BT HAMID 8.1) Menghias pentas dengan pasu bunga yang bersesuaian dengan bantuan pekerja. 8.2) Mengemaskan pentas setelah majlis berakhir. 8.3) Mendapatkan maklumat back drop/banner daripada Naib Setiausaha PIBG. 8.4) Menyediakan dan menyiapkan back drop 2 hari sebelum majlis berlangsung 9)PA Sistem & Teknikal Google Meet EN. SALLEH BIN IBRAHIM EN. MOHD HAZWAN BIN CHE MAHADI PN. HALIMATUN SAADIAH BT ABDULHALIM 9.1) Memastikan supaya siaraya pada hari majlis berfungsi dengan baik. 9.2) Menyediakan mikrofon untuk tetamu 9.3) Menyediakan link Google Meet dan memastikan kelancaran rangkaian Google Meet sepanjang mesyuarat berlangsung. 10)Banner PN. NUR HARFIZA BT BAHARIN 10.1) Memastikan banner ditempah dan disediakan pada hari pemasangan. 11)Kebersihan Dewan PN. FAEZAH BT ALI ISHAR PN. SITI SALEHA BT HUSSAIN PN NORSYILA BT MOHD HAIRY PEKERJA SWASTA 11.1) Memastikan kebersihan sebelum dan selepas majlis teratur dengan baik 8
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SELAMAT LORONG SELAMAT, 32000 SITIAWAN PERAK DARUL RIDZUAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 48 TAHUN 202 3 TARIKH : 1 APRIL 2022 (SABTU) MASA : 8.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI TEMPAT : DEWAN BESTARI KEHADIRAN : 143 ORANG 1. UCAPAN PENASIHAT PIBG 1.1 Ucapan salam dan selamat datang serta mengalu-alukan kedatangan Puan Tan Ko Shin (Ahli Majlis Zon 12, Manjung), Encik A.Zamri bin Husin (Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah), Puan Nor Azmila binti Ali (Pen olong PPD Pendidikan Khas ), AJK PIBG sesi 202 3/2024 , barisan pentadbir SK Seri Selamat, ibu bapa dan guru -guru SK Seri Selamat ke Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Selamat kali ke - 48. 1.2 Ucapan syukur dan terima kasih atas kerjasama antara barisan kepimpinan AJK PIBG dan guru -guru SK Seri Selamat untuk mengadakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48. 1.3 Tuan Penasihat memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG mesti dilaksanakan selewat-lewatnya sebelum 30 Jun 2023. Sekiranya gagal dilaksanakan, maka surat tunjuk se bab perlu dihantar dan AJK PIBG akan dipanggil untuk disoal siasat atas faktor ketidaksahihan mesyuarat AJK PIBG yang diadakan sepanjang tahun. 1.4 Tuan Penasihatberkongsi tentang pencapaian guru-guru dan murid-murid di SK Seri Selamat melalui visi dan misisekolah iaitu mengangkat kualiti guru dan menyatakan bahawa guru- -guru yang berada di SK Seri Selamat adalah di antara yang terbaik di daerah Manjung dari segi kelulusan, kreativiti, kredibiliti serta kebolehan untuk terlibat dalam aktiviti - aktiviti di sekolah. 1.5 Antara pencapaian yang telah diraih sepanjang tahun 2022 adalah penyertaan semua murid SKSS di peringkat antarabangsa melalui GYCC (Global Young Changemaker and Conference) selain berjaya mendapat tempat pertama dalam penyertaan tinggi dalam kalangan murid. SKSS juga telah mendapat pencapaian tempat ketiga dan keempat dalam Dance Arena Global Virtual Competition juga di peringkat antarabangsa. Dari segi akademik, kesemua subjek telah mencapai kelulusan yang baik iaitu 90% ke atas. Sebilangan murid tahun 6 juga berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke 9
Sekolah Berasrama Penuh. Sehubungan itu, Tuan Penasihat merakamkan ucapan terima kasih dan tahniahpada murid-murid dan guru-guru yang telah terlibat.Akhir kata, Tuan Penasihat menyeru kepada semua ibu bapa untuk sama-sama ambil peduli dan berganding bahu dalam menjadikan SK Seri Selamat setanding dengan sekolah-sekolah yang hebat. 1. UCAPAN ALUAN DAN PERASMIAN NAIB PENGERUSI PIBG 1.1 Ucapan salam dan alu-aluan kepada Puan Tan Ko Shin (Ahli Majlis Zon 12, Manjung), Encik A.Zamri bin Husin (Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah), Puan Nor Azmila binti Ali (Penolong PPD Pendidikan Khas), AJK PIBG sesi 2023/2024, barisan pentadbir SK Seri Selamat, ibu bapa dan guruguru SK Seri Selamat ke Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Selamat kali ke-48. 1.2 Encik Mohd Fahimi bin Omar, NYDP PIBG mewakili Encik Wan Sanusi YDP PIBG mengucap terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa, guru-guru dan ibu bapa yang hadir ke Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 tahun 2023 SK Seri Selamat. 1.3 Harapan naib pengerusi PIBG agar program dan aktiviti untuk meningkatkan kecemerlangan para pelajar SKSS dapat diteruskan dari tahun ke tahun agar potensi para pelajar dapat dicungkil dan diperkasakan. Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Tuan Guru Besar atas kejayaan beliau menerajui SK Seri Selamat ke arah kecemerlangan akademik dan kemantapan sahsiah bagi menyahut seruan kerajaan melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dari segenap aspek seiring dengan perjalanan Program Transformasi Sekolah TS25. Ucapan penghargaan buat guru-guru atas pencapaian cemerlang pelajar dalam peperiksaan. 1.4 Beliau juga memaklumkan mengenai sumbangan ibu bapa telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu program-program sekolah yang bertujuan meningkatkan pencapaian akademik dan juga meningkatkan serta membaik pulih prasarana sekolah bagi kemudahan serta keselesaan bersama. Di samping itu, beliau juga mengharapkan sokongan daripada semua ibu bapa untuk sama-sama menjayakan program sekolah. 1.5 Ucapan tahniah kepada barisan AJK PIBG di atas komitmen yang telah diberikan dan diharapkan mampu untuk meneruskan usaha dan kerjasama dengan pihak sekolah demi kejayaan bersama. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 10
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 1. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 47 3.1 Puan Tengku Anis Diana Shahira binti Tengku Nasir selaku Setiausaha PIBG SK Seri Selamat, membentangkan minit Mesyuarat Agung kali ke-47. 3.2 Pencadang untuk pengesahan Minit Mesyuarat Agung kali ke-46: Encik Shahrul Anuar bin Zainal Disokong oleh: Encik Mohd Shafik Bin Mohd Fazil 2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG 2.1 Puan Chek Mezuin bt Hamid selaku Bendahari PIBG SK Seri Selamat membentangkan penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022. 4.2 Pencadang untuk pengesahan penyata kewangan: Encik Tengku Zulhilmi Fazilah Disokong oleh: Encik Shahrul Anuar bin Zainal 5. PERKARA BERBANGKIT DARI MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-47 - Tiada 6. PERKARA BERBANGKIT DARI PENYATA KEWANGAN PIBG YANG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2022 - Tiada 7. LAPORAN AKHIR TAHUN 2022 7.1 Tuan Penasihat berkongsi serba sedikit rentetan laporan aktiviti sekolah pada tahun lepas dan beberapa sambutan dan aktiviti yang telah berjaya diadakan sepanjang tahun 2022. Tuan Penasihat juga mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan kerjasama dari pihak ibu bapa yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program-program yang dirancang. 11
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 5. PERMOHONAN KUTIPAN TAMBAHAN 2023/2024 Bil. Tajuk/Jenis Kutipan yang dibenarkan Thn 1 (RM) Thn 2 (RM) Thn 3 (RM) Thn 4 (RM) Thn 5 (RM) Thn 6 (RM) 1. Sumbangan kepada PIBG (Perkeluarga) 20.00 2. Program Peningkatan Akademik (1 tahun) 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 3. Program Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan (1 tahun) 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 4. Kelas Komputer PIBG (1 tahun) 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 Jumlah Besar 45.00 45.00 45.00 45.00 45.00 45.00 8.1 Makluman dari pada Tuan Penasihat, kutipan sumbangan PIBG ini telah ditetapkan sebanyak RM20 untuk seorang murid . Kutipan tambahan pula sebanyak RM25 adalah pecahan kepada sumbangan untuk: i) Program Peningkatan Akademik (RM10), ii) Program Keselamatan, Kesihatan dan Keceri aan (RM 5) dan iii) Kelas Komputer PIBG (RM10) 8.2 Jumlah keseluruhan sumbangan PIBG seorang murid ialah RM 45. Sekiranya terdapat adik beradik lain, bayaran akan dikurangkan untuk sumbangan PIBG perkeluarga. 8.3 Tuan NYDP memohon kepada semua yang hadir untuk menyemak kutipan sumbangan 202 3/2024 . 8.3.1 Penasihat PIBG mencadangkan agar kutipan pada tahun ini dikekalkan. 8.3.2 Permohonan kutipan tambahan ini telah disokong sebulat suara dalam mesyuarat. 8.4 Kutipan ini akan dibuat bermula pada awal ta hun iaitu pada hari penjualan buku teks sesi 2024. 12
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 13 5. CADANGAN DAN USUL 5.1 ISU: KESESAKAN DI LALUAN PAGAR 3 i. NAMA : SHAHRIMAN BIN JAMALUDIN NAMA MURID : NUR SARAH ALYA BINTI SHAHRIMAN (2 ZAMRUD) USUL : Pertanyaan / Rungutan : Kenapa anak murid perlu di hantar ke pintu 3 dan tidak seperti biasa di pintu 1/2. Pihak sekolah / guru besar patut menilai kesesuaian pintu tersebut. Dimana pada waktu puncak pagi dan tengahari keadaan menjadi sangat sesak. Perlu juga dinilai keadaan lorong tersebut yang sangat kecil dan pokok pokok semak yang terbiar dan menghalang laluan. Cuma 1 lorong sahaja dimana waktu tenghari ibu bapa menunggu ditepi lorong tersebut memyebabkan ianya sesak dan memyukarkan pergerakan. Adakah dengan menutup pintu 1 dan 2 akan menyelesaikan masalah kesesakan atau sebenarnya memberikan kemudahan kepada pegawai PPD dan guru sahaja untuk mengelakkan kesesakan? Ibu bapa terpaksa tersekat dalam kesesakan di pagi hari disebabkan kerana perubahan ini. ii. NAMA : MOHD MUJAHIDDIN BIN CHE SULAIMAN NAMA MURID : ADAM ADLI (5 ZAMRUD), ADELIA ADNI (4 DELIMA) USUL : Mohon buat pelarasan tentang makanan Kawasan pintu pagar ke 3 terlalu sempit dan laluan keluar sekali dengan kereta yang sekolah menengah Pintu pagar kecil sebelah pintu besar kena dikunci semasa murid keluar untuk mengelak murid2 keluar sebelum ibubapa sampai iii. NAMA : SYAFAWATI NAMA MURID : MUHAMMAD AYDIL ZHAFRAN (4DELIMA) , NUR AYDINA WAFEERA (2ZAMRUD) USUL: Tolong bagi Ibu Bapa untuk drop anak di tempat selalu. Terima kasih. iv. NAMA : MUAZ BIN JAMALUDIN NAMA MURID : MUHAMMAD HAADIB AL HARAZ BIN MUAZ (PRASEKOLAH), NUR HANAA MILLIYYA BINTI MUAZ (2 DELIMA) USUL : Memperluaskan lagi tempat parking untuk menghantar dan mengambil anak. v. NAMA : SAKBIAH BINTI YUSSUF NAMA MURID : NUR AIN SYAKIRA BINTI SAIFUL USUL : Memberi kupon/ pas kepada murid RMT ada yg tercicir bile keluar rehat lambat terpaksa berlapar sehingga waktu pulang sbb RMT habis
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 14 i. NAMA: AHMAD AZLI BIN ZAKARIA NAMA MURID: NUR FARQISYA DAMIA (6ZAMRUD), NUR FASYA ALYA (5DELIMA) USUL: Diminta agar gate 2 dapat dibuka kembali untuk laluan anak masuk kesekolah. laluan menggunakan gate 3 agar sibuk dan tidak praktikal. ii. NAMA: SHAHRUL ANUAR BIN ZAINAL NAMA MURID : NUR IZARA SAFIYYA (5DELIMA), MUIZ MUHAIMIN (1ZAMRUD) USUL: PERLU PENAMBAHBAIKAN BAGI ALIRAN TRAFIK DI PAGAR 3AGAR LEBIH LANCAR Buat garisan parking supaya parking lebih tersusun Buat tanda arah jalan (cat) arah keluar/masuk kenderaan Jadikan jalan sehala untuk masuk/keluar kenderaan iii. NAMA: ZALWI BINTI ALZAMAH SHARI NAMA MURID: MUHAMMAD AQIL ZAFRAN (2ZAMRUD) USUL: Buka semula pintu 2 dan 3 untuk hantar dan ambil anak pulang dari sekolah. iv. NAMA: MOHD AZIZUL HAKIM NAMA MURID : ALEESYA HUMMAIRAH (2 DELIMA) USUL: Penambahbaikan laluan masuk ke sekolah v. NAMA: NORBAINON BINTI NASARUDDIN NAMA MURID : AISYAH AQILAH (2 ZAMRUD) USUL: Tempat pengambilan dan penghantaran anak terlalu padat. berharap pintu 1 dan 2 dapat digunakan semula. vi. NAMA: NURFATIN FARHANA BINTI HAIRY NAMA MURID: AARON HARITH (5ZAMRUD), ADAM HARITH (1DELIMA) USUL: Berkenaan parking dan kawasan mengambil anak. vii. NAMA: MUHAMAD NASIR BIN MD DESA NAMA MURID: MUHAMMAD NABHAN (6DELIMA), NURAIN NADHIRAH (3DELIMA), MUHAMMAD NAZHAN (1 ZAMRUD) USUL: Mohon kepada pihak berkenaan untuk menghalang kenderaan berat keluar masuk pada waktu kemuncak (waktu datang dan pulang sekolah)
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 15 i. NAMA : ERMA ESMAH BT MOHD SAYUTI NAMA MURID : MUHAMMAD AL FATEH BIN ZOLKIPLEE (1 ZAMRUD), MUHAMMAD AL AHNAF BIN ZOLKIPLEE (PRASEKOLAH) USUL : Mempertimbangkan untuk menurap jalan di laluan pintu kecil (pagar 3). Permukaan yang tidak rata dan berbatu boleh membawa kepada risiko kecederaan ringan sebagai contoh murid berlari dan terjatuh. Terima kasih. ii. NAMA: AHMAD NAZIR BIN MOHAMAD NATU NAMA MURID : MUHAMMAD ZHAREEF RAYYAN (4 DELIMA) USUL: Memohon jalan laluan ke pagar 3 diturap kerana ada jalan yang berlubang dan tidak rata. iii. NAMA: MUHAMMAD ALI BIN RAMLI NAMA MURID: NUR AUNI HUSNA (1 ZAMRUD) USUL: Isu waktu balik selaraskan. Isu turap jalan susur masuk pagar 3. Tempat jalan kaki masuk bawah bumbung di pintu 3 terdapat banyak najis kucing. Jawapan Tuan Guru Besar: Pagar 2 telah ditutup dan hanya pagar 3 yang digunakan adalah atas isu keselamatan. Hal ini untuk mengelak daripada sebarang kemalangan berlaku kerana laluan di pagar 2 adalah laluan utama yang sibuk dan melibatkan banyak kenderaan dan muatan berat. Laluan pagar 2 adalah laluan yang tidak dapat ditutup kerana laluan tersebut adalah laluan utama yang diwartakan. Selain itu, hasil dari pemerhatian dan pengawalan Guru Besar dan beberapa orang guru serta pengawal mendapati laluan untuk ke pagar 3 tidaklah sesibuk seperti yang didakwa. Namun begitu, cadangan diberi agar ibu dan bapa segerakan perkara yang dapat dibuat seperti salam, buka pintu, angkat beg untuk mendapat kelancaran trafik. Beberapa orang ibu bapa juga telah sukarela untuk menggunakan jentolak untuk membersihkan persekitaran kawasan pagar 3. Bagi isu permukaan jalan yang tidak rata, pihak sekolah sudahpun memaklumkan pihak yang berkenaan untuk menurap jalan. Pihak sekolah juga sedang ikhtiar untuk memasang 4 lampu di kawasan pagar 3. Jika terdapat sebarang aktiviti gotongroyong pada masa akan datang, diharap agar ibu bapa dapat turun padang untuk sama-sama memperbaiki kawasan sekolah. Kerjasama dari pihak ibu bapa tanpa menuding jari ke mana-mana pihak amatlah diharapkan. Pihak sekolah juga memohon maaf atas sebarang kesulitan.
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 16 9.2 ISU : INFRASTRUKTUR / KEMUDAHAN SEKOLAH i. NAMA: SYED ABDUL HANIF BIN SAYE ABDUL HAMID NAMA MURID: SYED AQIL HADHIR (3 DELIMA) USUL: Kebersihan tandas lelaki tidak memuaskan (berbau dan pam rosak) ii. NAMA: IZWANA KAMARUDDIN NAMA MURID : ADRESIA INARA BT AZRIL (1 DELIMA) USUL: Membaiki keselesaan tandas murid. kebersihan tandas perlu dititik beratkan. iii. NAMA: MOHAMAD FIKRIE BIN OSMAN NAMA MURID: MUHAMAD ADAM FAIZ (1 ZAMRUD), AISYA AQLIMA (PRA ZAMRUD) USUL: Adakan loker bagi setiap murid sekolah untuk meletakkan buku teks atau sebagainya bagi mengurangkan bebanan beg berat dan tertinggal buku teks semasa sesi pembelajaran. iv. NAMA: MUHAMMAD ALHAFIZ BIN SAMSUDIN NAMA MURID : NURZULAIKHA (5 DELIMA), NURZALFALINA (1 DELIMA), NURZARALISA (3ZAMRUD) USUL: Cadangan untuk sediakan bangku pada murid ketika di kawasan tapak perhimpunan agar pakaian mereka tidak kotor akibat duduk bersila di atas lantai. Berikan penerangan mendalam pada pelajar tahun 1 tentang kebersihan diri dan disiplin diri yang baik untu membentuk mereka. Lokasi di pintu 3 kelihatan agak gelap pada jam 7. Seharusnya pihak sekolah berbincang dengan pihak tnb untuk mendapatkan pencahayaan yang baik di lokasi tersebut supaya pelajar serta ibu bapa dapat lalu kawasan tersebut dengan terang. Jawapan Tuan Guru Besar: Tandas sentiasa dibaiki dan diselenggara jika ada kerosakan. Namun, sikap kurang tanggungjawab dari murid-murid telah membuatkan tandas menjadi kotor dan sebagainya. Sebagai contoh, pintu rosak, pam tandas putus. Oleh itu untuk menyelesaikan isu ini, beberapa orang ibu bapa telah dilantik menjadi AJK Iklim dan keselamatan yang bertanggungjawab menyelenggara dan menjaga tandas dan juga kawasan persekitaran sekolah. Selain itu, ibu bapa yang mempunyai kemahiran dalam kerja tukang atau baiki tandas diminta untuk bersama-sama membantu menyelesaikan isu ini dari semasa ke semasa. Untuk isu loker, pihak sekolah telahpun merangka satu projek untuk membina loker untuk setiap kelas dan bayaran untuk loker akan dikenakan pada murid tahun 1 setiap kali pendaftaran untuk kegunaan selama 6 tahun. Yuran loker yang dicadang adalah sebanyak RM55. Pemasangan loker akan dilakukan pada awal bulan Mei secara berperingkat. Cadangan untuk menyediakan bangku tidak dapat diterima kerana tiada tempat penyimpanan bangku di sekolah, namun pihak sekolah umumnya tidak akan mengadakan perhimpunan pada hari hujan, jadi pakaian murid tidak akan kotor. Pihak sekolah juga sedang ikhtiar untuk memasang arena tertutup di tapak perhimpunan. Berkenaan isu waktu pulang, masa pulang tidak dapat diselaraskan kerana jumlah masa yang dijadualkan oleh KPM berbeza mengikut tahap. Pemberian kupon kepada murid RMT telah pun bermula pada sesi ini.
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 17 9.3 ISU : YURAN PIBG i. NAMA : FARAH WAHIDA NAMA MURID : MUHAMAD AFIQ DANIEL (6 ZAMRUD), DANIA NUR QHAISARAH (4 ZAMRUD) USUL: Kenapa sekolah lain yuran PIBG 1 keluarga 1 yuran makna jika sudah abang membayar yuran PIBG, adik beradik lain tidak perlu lagi membayar. bukan semua keluarga berkemampuan. Jawapan Tuan Guru Besar: Pembahagian yuran PIBG telah dijelaskan di mukasurat 23 dalam buku program. Yuran tersebut telah disokong sebulat suara dalam mesyuarat. 9.4 ISU : HAL EHWAL MURID i. NAMA: TENGKU ZULHILMI BIN TENGKU HARIFFADZILLAH NAMA MURID : TENGKU AQIL LUQMAN (4ZAMRUD), TENGKU AYMAN AARYAN (PPKI) USUL: Bagi membanteras kes buli di sekolah, saya cadangkan agar pihak sekolah dapat menyediakan saluran alternatif untuk para pelajar yg menjadi mangsa buli untuk buat aduan. sebagai contoh, kenalkan kotak khas aduan buli di bilik guru kerana kadangkala mangsa buli takut untuk laporkan kepada guru secara bersemuka. Saluran ini juga boleh digunakan untuk aduan lain seperti ejek-mengejek dan sebagainya kerana perkara ini boleh mendatangkan gangguan emosi kpd pelajar. ii. NAMA: NUR LIYANA BINTI BOASTAMAM NAMA MURID: PUTERI HANIS IRDINA (3 ZAMRUD), PUTERI HUMAIRA IMANI (2 DELIMA) USUL: Lebihkan latihan bertulis bahasa inggeris bagi memantapkan penulisan. Untuk Bahasa Arab cikgu berikan maknalebih jelas (salin maksud bawah ayat arab). Sediakan kad latihan 1 kad setiap hari untuk anak-anak salin dan buat di rumah. Cikgu remind dalam group jika ada apa-apa kerja atau borang yang diberi pada anak iii. NAMA: ERNANE BINTI ALIASGAR NAMA MURID: MOHD KHAIRY RIDWAN (4ZAMRUD), MOHD ZHARIFF FIRDAUS (2ZAMRUD), NAEILAH ALEESYA (PRASEKOLAH) USUL: Harapan agar kaedah buku teks dan buku lain masih disimpan di kelas akan diteruskan. iv. NAMA : NUR HAMIDAH BINTI MOHD ABDULLAH AKHIR NAMA MURID : MUHAMAD ALIFF RIZKI (4 DELIMA) USUL: Amalkan budaya belajar berkumpulan dan gotong royong di dalam kelas.
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 i. NAMA: NURUL ATIQAH BINTI MOHAMAD FAUZI NAMA MURID : MUHAMMAD RAYYAN UZAYR (3 DELIMA), MUHAMMAD RIYADH AYDAN (1DELIMA) USUL: Mohon penilaian pelaporan pentaksiran bilik darjah samada pertengahan tahun atau akhir tahun dimaklumkan di dalam whatsapp group ibu bapa untuk persedian anak ulangkaji dan kertas ujian diberikan untuk dibawa pulang selepas semakan guru supaya ibu bapa tahu kelemahan anak-anak. ada sesetengah guru pulangkan, jadi saya boleh minta anak lakukan pembetulan di rumah untuk ulangkaji. Cadangan untuk cikgu update kerja sekolah dalam whatsapp group supaya murid darjah 1 dapat dipantau di rumah oleh ibu bapa kerana kadang-kadang mereka tidak jelas dan tidak tahu ada kerja rumah. contoh: kerja sekolah matematik, buku aktiviti m/s 122, due date: 1/4/2023. ii. NAMA: MOHD HELMI BIN ABD RAZAK NAMA MURID: AMIR HAMZA (2 ZAMRUD) USUL: Murid sentiasa dibenaran untuk menjalankan aktiviti kelas pendidikan jasmani. Ini kerana menurut perhatian dan laporan anak saya, murid sering disuruh duduk di dalam kelas sahaja hanya kerana sebab/ alasan sperti tiada guru pj, padang basah walaupun pada masa itu cuaca elok sahaja. iii. NAMA: SHAIDATUL AFIZA BINTI RAZALLI NAMA MURID: M. AFEEF RAYQAL (3 ZAMRUD) USUL: Mencadangkan jadual waktu persekolahan bagi setiap subjek dipanjangkan selama 2 waktu ini kerana jika 1 waktu sahaja tidak mencukupi untuk pelajar memahami sesuatu topik tambahan pula bagi subjek teras seperti matematik. Jawapan Tuan Guru Besar: Pihak sekolah akan menyediakan kotak aduan di pejabat. Namun, aduan secara google form telah ditolak kerana saluran itu kurang praktikal kerana dikhuatiri akan ada aduan yang tidak rasional. Cara lain yang dapat dilakukan adalah, ibu bapa boleh berjumpa dengan guru-guru di sekolah untuk berbincang jika terdapat sebarang masalah. Ibu bapa juga perlu terapkan amalan baik di rumah agar isu yang tidak diingini seperti buli ini terjadi. Guru-guru juga sentiasa kemaskini maklumat yang hendak disampaikan dalam media WhatsApp/ Telegram. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa cakna dan peka tentang maklumat yang disampaikan. Untuk isu pengajaran bahasa seperti Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris, guruguru sudahpun mengajar mengikut silibus yang disedia KPM. Selebihnya, ibu bapa boleh ikhtiar dengan menggunakan buku bacaan tambahan di rumah seperti Peter and Jane (Bahasa Inggeris) supaya murid dapat kefahaman yang lebih dalam sesuatu bahasa. Berkenaan isu pemakluman peperiksaan atau PBD, tiada makluman yang akan diberi malah pentaksiran bilik darjah adalah secara berterusan dan begantung pada penilaian guru-guru. UASA adalah sesuatu yang baru dan akan dimaklumkan jika akan dijalankan. Untuk isu Pendidikan Jasmani, murid-murid sentiasa ke padang untuk melakukan aktiviti namun akan dibatal jika hari hujan. Pendidikan Kesihatan (teori) adalah pengajaran di dalam kelas. Pemakaian vest adalah mengikut jawatan. Jika murid bertukar jawatan, maka hendaklah tukar vest mengikut jawatan yang disandang. 18
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 5. HAL-HAL LAIN 5.1 Tuan Penasihat membentang takwim tahunan sesi 2023/2024 berpandukan mukasurat 29 dan 30 dalam buku program. 5.2 Tuan Penasihat menerangkan tentang EDU Tourism Camp yang terdapat dalam takwim PIBG iaitu sebuah perkhemahan yang melibatkan murid dan berfokus untuk meningkatkan softskill yang akan dilalui sendiri oleh murid melalui ‘real life situation’. Ibu bapa juga amatlah digalakkan untuk menyertai perkhemahan ini bersama anak-anak. Perkhemahan pada kali ini akan diadakan di Beruas. 5.3 Tuan Penasihat memaklumkan berkemungkinan pada tahun 2025, sesi persekolahan akan bermula pada bulan Januari. 5.4 Tuan Penasihat juga ingin memfokuskan tentang program menabung yang diadakan sepanjang Tahun iaitu ibu bapa bolehlah membekalkan wang kepada murid untuk menabung di tabung sendiri (akaun BSN) atau di tabung kebajikan. Tabung kebajikan ini akan digunakan untuk membantu murid- murid yang memerlukan. 6. UCAPAN PENANGGUHAN Tuan NYDP PIBG mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana Mesyuarat Agung pada kali ini telah dapat dilaksanakan dengan baik, dan usul-usul yang dikemukakan pada kali ini adalah dinamik demi mencapai matlamat yang utama iaitu untuk melonjakkan tahap kemenjadian murid juga penglibatan ibu bapa dalam memajukan anak-anak dan juga nama sekolah. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.50 pagi. Disediakan oleh: Disahkan oleh: …………………….. ……………………………….. (TENGKU ANIS DIANA SHAHIRA BT TENGKU NASIR) (MOHD FAHIMI BIN OMAR) Setiausaha PIBG Naib Yang DiPertua PIBG SK Seri Selamat SK Seri Selamat 19
Laporan Aktiviti PIBG 2023/2024 PENUTUP Adalah menjadi harapan PIBG pada tahun ini akan terus dapat menjana idea dan tenaga bagi mewujudkan suasana harmoni kepada guru-guru serta murid dan terus menjalinkan hubungan yang lebih bermanfaat antara ibu bapa di dalam platform PIBG ini selari dengan arus pendidikan abad ke21. Saya juga mewakili urusetia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua barisan ahli jawatankuasa PIBG, guru-guru, ibu bapa dan semua individu yang terbabit menjayakan semua program PIBG. Segala aktiviti yang dijalankan adalah untuk membangunkan sekolah dan memajukan anak-anak didik SK Seri Selamat. PENDAHULUAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya PIBG SK Seri Selamat telah melaksanakan aktiviti yang dirancang. Antara aktiviti dan sumbangan PIBG SKSS kepada pihak sekolah pada tahun 2023: 20
Penyata Kewangan PIBG 2023/2024 21
22
Permohonan Kutipan Tambahan 2024/2025 Bil. Tajuk/Jenis Kutipan yang dibenarkan Thn 1(RM) Thn 2(RM) Thn 3(RM) Thn 4(RM) Thn 5(RM) Thn 6(RM) 1. Sumbangan kepada PIBG (Perkeluarga) 20.00 2. Program Peningkatan Akademik (1 tahun) 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 3. Program Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan (1 tahun) 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 4. Kelas Komputer PIBG (1 tahun) 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 5. Program Transisi Tahun 1 10.00 - Jumlah Besar 55.00 45.00 45.00 45.00 45.00 45.00 23
Cadangan / Usul ISU : MAKANAN 1.Mohon pantau makanan ringan yang banyak dijual di sekolah a) Mohd Mujahiddin Che Sulaiman (Adam Adli 6Z) 2.Harga makanan kantin agak mahal. Mohon pihak sekolah pertimbangkan. a) Norfarahwahida binti Zabidi ( Muhamad Aqil Irfan PPKI, Khaulah Az Airar 1Z) 3.Pelbagaikan makanan di kantin supaya anak-anak tidak jemu. a) Muhammad Nazirul Akmar (Nur Afiqah Batrisyia 1D) ISU : KEMUDAHAN SEKOLAH 1.Tinggalkan buku teks di laci meja sekolah. a)Mohd Khairul Anuar b Azman (Muhammad Miqdad 1D) b)Hazirah binti Abd Hamid (Nur Farha Afia 2D) 2.Sediakan loker atau kotak berkunci untuk buku-buku murid. a)Hidayat (Armel Khalisha 4Z) 24
Cadangan / Usul ISU : PARKIR DAN LALU LINTAS DI PAGAR 3 1. Mohon pihak sekolah meletakkan pengawal keselamatan untuk mengawal lalu lintas keluar masuk kerana ada yang melawan arus masuk ke laluan salah. a) Hidayat (Armel Khalisha 4Z) 2. Mohon pengawal keselamatan lebih peka pada pergerakan kereta keluar masuk supaya tiada kereta yang menghalang laluan utama a) Shahriman Jamaludin (Nur Sarah Alya 3Z) 3. Mohon penambahbaikan kawasan parkir kereta di pagar 3 kerana kereta makin banyak a) Mohd Mujahiddin bin Che Sulaiman ( Adam Adli 6Z, Adelia Adni 5D) b) Borhanorfuad bin Ab Samah (Adrien Muhammad Qaiser 3Z, Nuradriana Qarirah 3D) c) Katijah binti Hasan (Mohammad Nadhif Fayyadh 6Z) d) Lizawati binti Hasbullah (Nur Asyifa Nabila 2D) 4. Mohon untuk dikuatkuasakan dengan lebih ketat peraturan semasa mengambil anak balik dari sekolah untuk kelancaran trafik. (Didapati ada yang menongkah arus, park kereta ditengah-tengah laluan untuk memanggil anak menyebabkan kesesakan lalu lintas sampai ke jalan besar Kg Selamat) a) Wan Sanusi bin Wan Ali (Wan Nurain Umairah 2Z) b) Mohamad Iskandar (Safa Adawiyah 5Z, Muhammad Aqil Qhalish 4D, Haura Mardhiah prasekolah) 5. Cadangan untuk memasang aluminium foil (penebat haba) di bumbung tempat murid-murid menunggu ibu bapa untuk kurangkan rasa panas. Untuk dana, boleh buat kutipan ikhlas dan sesiapa saja boleh menyumbang. a) Zuraini bt Ahmad Shabri (Muhammad Ariq Hail 2Z) 25
Cadangan / Usul ISU : PERSEKITARAN SEKOLAH 1.Mohon pihak sekolah tambak tempat takungan air sebelum keluar dari pagar sekolah kerana boleh membahayakan anak murid dan boleh mendatangkan pembiakan nyamuk kerana tempat tersebut bertakung apabila hujan. a) Nur Hidayah (Nur Jannah Humaira 2Z) ISU : PPKI 1.Cadangan supaya kelas PPKI diperbesarkan supaya lebih ramai pelajar yang memerlukan boleh ditempatkan di kelas tersebut dan menyediakan lebih banyak kemudahan dalam kelas PPKI untuk kegunaan murid a) Mohd Kamal b Mohd Ghazali (Kaisara Malaika PKPB IRIS) 2.Perbanyakkan aktiviti luar untuk murid PPKI a) Anrizamani @ Aminuddin bin Sanusi (Heidhir PKPB IXORA) ISU : PEMBELAJARAN 1.Cadangan supaya sesi pembelajaran disambung dengan kelas KAFA selepas rehat waktu tengahari supaya anak-anak dapat pulang awal. a) Hazirah binti Abd Hamid (Nur Farha Afia 2D) 26
Cadangan / Usul ISU: HAL-HAL LAIN 1. Dicadang untuk diwujudkan Tabung RM1 setiap hari Jumaat. Tujuan tabung untuk memberikan pendekatan konsep sedekah dalam diri murid-murid dan sebagai ruang untuk ibubapa yang ingin menyumbang. Wang kutiapan boleh digunakan untuk penyelenggaraan / pembaikan segera kemudahan sekolah, insentif / hadiah untuk apa-apa pertandingan dalaman sekolah atau apa-apa program yang berkaitan. Setiap perbelanjaan dilaporkan. Tiada paksaan dalam menderma. 2. Diwujudkan Jualan Bundle Amal RM1 pada cuti penggal sebelum bermula sesi baru persekolahan. Memberi ruang kepada yang ingin menyumbang dan membantu ibubapa yang memerlukan untuk mendapatkan baju-baju sekolah, kasut, beg dan pakaian harian lain. Urusan 'sorting' pakaian dicadangkan dibawah PIBG. Setiap penyumbang diberi penegasan untuk hanya menyumbang barangan yang masih elok sahaja. Sekiranya masih ada pakaian yang tidak elok, pakaian ini akan dihantar ke pusat kitar semula. Bagi ibu bapa yang tidak berkemampuan, pakaian diberikan secara PERCUMA 3. Dicadangkan untuk dibuat kutipan pada kadar minimum untuk apa-apa jamuan kelas menggantikan kaedah potluck seperti sekarang. Menu bergantung kepada jumlah kutipan. Ibubapa boleh menyumbang lebih atau bawa menu tambahan sekiranya berhajat. Kaedah ini lebih memudahkan dan boleh mengurangkan pembaziran. a) Wan Sanusi bin Wan Ali (Wan Nurain Umairah 2Z) 27
Cadangan / Usul ISU: PIHAK SEKOLAH 1. Program ‘Smart Style Squad’ program merapi atau menggunting rambut murid yang tidak mengikut kriteria/ciri-ciri rambut yang ditetapkan dalam peraturan Sekolah 2. Kehadiran murid - masalah ponteng murid hadir lambat 3. Disiplin murid - larangan membawa ‘vape’ ke sekolah vandalisma (perkataan ‘BABI’) di sekitar sekolah larangan membawa gunting 4. Khatam Al-Quran - masih ramai murid tahun 5 & 6 belum khatam 5. Cuaca panas - aktiviti di luar bilik darjah tertakluk kepada suhu semasa 6. Jadual waktu & Beg beratmurid tak bawa buku ikut jadual 7. Penggunaan bangku untuk murid di tapak perhimpunan 8. Penggunaan medium ‘WhatsApp’ kelas sebagai penyebaran maklumat rasmi sahaja 9. Waktu pulang - Ibu bapa ambil anak pulang sekolah lewat 10. Ibu bapa dan petak kuning 11. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah 12. Pemakluman jumlah murid terkini 520 orang murid (PPKI 32 , Prasekolah 50, Perdana 438) 13. Pemakluman Prasekolah sebagai ahli PIBG bermula tahun 2024 Tambahan kutipan untuk Program Transisi Tahun 1 sebanyak Rm10 14. Pencapaian murid Tahun 6 2023/2024 tawaran murid ke MRSM/SBP/SMKA/SMAN/SABK MIA/KAA/KSN/KSD SMKA Slim River, Sultan Azlan Shah MCKK SM Sains Tapah, Bagan Datuk SABK MIA SBPI Gopeng MRSM 28
Takwim PIBG 2024/2025 29
Sekalung penghargaan Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 bagi tahun 2024/2025. Burung elang terbangnya sangat tinggi Hinggap sebentar di sebuah pohon jati Terima kasih saudara dan saudari Memberi tumpuan sepenuh hati Kalau ada sumur di ladang Boleh saya menumpang mandi Kalau ada umur yang panjang Boleh kita berjumpa lagi. 30