KETETAPAN PELAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA KEMUNING
“Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik
darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik
darjah.”
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali
sebagai ‘Kegiatan Kumpulan’.
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta
Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrifKokurikulum iaitu :
Penyertaan dalam sukan permainan
Penyertaan dalam persatuan dan kelab
Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam
Lain-lain kegiatan sebagimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan
DASAR UTAMA (1)
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN
Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertiingkatkan nilai moral
yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”
(Subperaturan 3(1) Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yqng diterbitkan sebagai PU (A) 531/97.
MELAKSANAKAN KOKURIKULUM
DI SEKOLAH ADALAH WAJIB
Kegagalan / keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang jika disabitkan bersalah boleh
dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya sekali di bawah penalti am.
Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) : Penalti Am.
“(1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, boleh,
apabila disabitkan, didendatidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau
kedua-duanya”.
“(2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalan hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila
disabitkan, dikenakanhukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa
penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari
kesalahan itu terus dilakukan”.
1
DASAR UTAMA (2)
PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH WAJIB
“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap murid. Setiap pelajar hendaklahmengambil bahagian
sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerjapakaian seragam, satu kegiatan persatuan dan kelab dan satu kegiatan sukan
dan permainan”.
[Perkara 5.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP (BS) 8591/Jld. II (29)]
Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan kokurikulum yang mereka minati.
[Untuk tujuan ini Pengetua / Guru Besar telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan kelab/persatuan di sekolah seperti dalam
Peraturan 4 Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai PU(A) 196/98.]
Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah direkodkan dan diberi penilaian.
[Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtsas Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986]
Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri untuk menyertainya adalah suatu
kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas
kesalahan ponteng sekolah atau ponteng kelas.
[Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam buku Undang-Undang dan Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh murid-murid dan ibu
bapa mereka]
2
DASAR UTAMA (3)
PENYERTAAN SEMUA GURU ADALAH WAJIB
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau perkhidmatan awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan
kokurikulum di sekolah adalah wajib.
“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesananpelaksanaan gerakerja kokurikulumdi sekolah” (
Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985)
Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan tanggungjawab yang spesifik, terperinci dan kuantitatif
dalam bidang kokurikulum di sekolah seperti yang dilakukan dalam bidang kurikulum.
Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diperuntukan adalah suatu kesalahan daripada segi
keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggungjawaban penjawat awam atau pun moral dan wibawa keguruan
yang boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut “Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) (Bab D).”
DASAR UTAMA (4)
PERLAKSANAAN “KEGIATAN KOKURIKULUM”
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegitan yang dirancang lanjutan daripada
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah,
mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajaridalam bilik darjah.” [Peraturan 2 dalam
Peraturan – Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997]
Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendklah dirancang dengan maksud mempunyai matlamat, objektif, kaedah
pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta skema penilaian yang pragmatis dan progresif.
Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungielemen-elemen pengetahuan, pengalaman dan
kemahiran baru serta nilai-nilai murni yang membantumembangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid secara
seimbang.
PENYERTAAN ‘BERAMAI-RAMAI’
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur
diskriminasi atau paksaan tetapi memfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid-
murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).
Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah bersifat eksklusif. Penyertaan adalah terbuka kepada semua
murid.
DASAR-DASAR SOKONGAN
DALAM PELAKSANAAN KOKURIKULUM
DI SEKOLAH
“Sekolah – sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah mengalakkan murid-
muridnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untukmasyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki
kawasan sekolah ; gerekerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebaganya yang sesuai
bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.”
[Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS) 8591/Jld. 929]
-Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.
[Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk ‘Sekolah Sebagai
Institusi Masyarakat’]
3
-“Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam keguatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di
sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti
perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh petubuhan
bukan kerajaan yang berdaftar”. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).
“Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu
persekolahansecara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-
lawatan tersebut”. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).
“Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di
sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkanpotensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi
insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani’. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).
“Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan murid-murid atau orang perseorangan (atas penyertaan ,
penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada
kejayaan/kemenangan semata-mata,tetapi hendaklah juga diberi kepada murid-murid yang mempunyai sifat disiplin yang baik”.
(Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).
Sekolah mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi diri masing-masing dalam bidang-bidang
kokurikulum yang mereka minati ke peringkat yang lebih tinggi sehinggalah ke peringkat antarabangsa.
Murid-murid juga sebaik-baiknya diberi peluang memperagakan bakatdan kecemerlangan masing-masing.
ISTILAH
PU(A) PUBLICATIONS ACT
A.P.U AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG
MASA PELAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA KEMUNING
TAHUN MASA
TAHUN 3 dan 4 60 minit seminggu
TAHUN 5 dan 6 120 minit seminggu
JUMLAH BILANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM 12 kali setahun
12 kali setahun
UNIT BERUNIFORM 12 kali setahun
KELAB/PERSATUAN
SUKAN/PERMAINAN
KAD REKOD KOKURIKULUM (PAJSK)
Untuk tujuan pematauan,setiap murid wajib memiliki empat unit kad rekod / aktiviti kokurikulum yang akan diguna pakai
sepanjang tempoh setahun.Kad ini hendaklah diserahkan kepada guru penasihat aktiviti untuk tujuan merekod kehadiran dan
aktiviti yang dijalankan sewaktu perjumpaan. Guru penasihat hendaklah membuat pengesahan dalam buku ini dengan
menandatangani pada ruang yang berkenaan pada setiap kali perjumpaan. Buku ini hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan
diserahkan kepada Setiausaha Kokurikulum/GPK Koku pada setiap akhir penggal untuk tujuan pemantauan.Buku ini juga akan
digunakan sebagai bahan rujukan bagi tujuan merekod markah koku pelajar di akhir sesi persekolahan setiap tahun.
4
MASA AKTIVITI
Agihan masa bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti unit-unit kokurikulum adalah seperti berikut:
Unit-unit koku Kekerapan Hari / Masa Tempoh
Pa Pasukan pakaian 2 2 2 kali sebulan Se Sepanjang tahun
Se -Seragam(unitberuniform) Ra Rabu
7.30 pg – 9.30 pg
-Taekwando
Ta 1 1 kali sebulan Ra Rabu Se Sepanjang Tahun
Kel Kelab/Persatuan 2 7.30 pg – 9.30 pg Se Sepanjang Tahun
AA Akademik/ bukan akademik
Kel Kelab Sukan dan Permainan 1 Kali sebulan Sel Rabu Se Berdasarkan
1 7.30 pg – 9.30 pg takwim
La Latihan Rumah Sukan
1. 1.Merah Sel Rabu
2. 2.Biru 1 Berdasarkan takwim suka4n. 7.30 – 9.30 pg
3. 3.Hijau
4. 4.Kuning tahunan
PENYERTAAN DAN PERTANDINGAN
Pihak sekolah akan sentiasa menggalakkan badan-badan kokurikulum mengambil bahagian dalam sebarang pertandingan samada
di peringkat sekolah, zon, daerah, negeri atau kebangsaan. Penyertaan dalam pertandingan adalah sangat penting sebagai kayu
pengukur keberkesanan program kokurikulum yang dirancang. Malah apa yang lebih penting ialah penglibatan murid di samping
mencapai kecemerlangan yang akan memberi kepuasan kepada murid untuk mendapatkan sijil demi kepentingan kerjaya dan
masa depannya.
PENGHARGAAN
Kecemerlangan adalah matlamat utama sekolah ini. Oleh itu setiap pencapaian yang cemerlang samada diperingkat zon,, daerah,
negeri dan kebangsaan akan menerima penghargaan dan pengiktirafan daripada pihak sekolah. Penghargaan dan pengiktirafan
boleh diterjemahkan dalam pelbagai bentuk seperti :
1. Ucapan tahniah dan penghargaan serta kata-kata perangsang oleh pihak pentadbiran, guru-guru dalam majlis rasmi atau
perhimpunan sekolah.
2. Memberi sijil-sijil penghargaan.
3. Memberi hadiah-hadiah khas dalam bentuk cenderahati, jamuan, lawatan dan sebagainya.
4. Mempamerkan gambar-gambar dan sijil-sijil penghargaan pada papan kenyataan.
PANDUAN PENILAIAN MARKAH KOKURIKULUM
MANUAL : PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM
(Manual ini hendaklah dirujuk ketika menilai markah koku pelajar)
Penilaian berdasarkan kepada 4 aspek dengan pecahan peratusan seperti berikut :-
Kehadiran = 50%
Jawatan disandang = 10%
Penglibatan = 20%
Pencapaian = 20%
Jumlah = 100%
5
1. Kehadiran minimum bagi setiap kegiatan setahun ialah
Unit Beruniform = 18 kali
Kelab Persatuan = 12 kali
Sukan dan Permainan = 12 kali
2. Kiraan bagi kehadiran adalah seperti di bawah :-
Jumlah kehadiran =a
Jumlah perjumpaan =b
Tidak hadir (kebenaran) =c
Markah kehadiran = a X 50
b–c
3.Markah aspek jawatan disandang ialah 10%
3.1 Tempoh memegang jawatan sekurang-kurangnya selama 9 bulan.
3.2 Badan Beruniform KPM / KRS
JAWATAN MARKAH
Pegawai Waran I & II (KRS), Pegawai Waran II (PKBM), Pegawai Kadet Kanan (PA), Pegawai Kadet
(Bomba), Sub-Inspektor (Polis) dan Inspektor Kadet (Koreksional / Penjara) 10
Staf Sarjan (KRS), Syaf Sarjan / Bintana Kanan / Flight Sarjan (PKBM), Pegawai Waran Kadet (PA), Ketua
Kadet (Bomba) dan Sarjan Mejar (Polis dan Penjara) 08
Sarjan, Bintara Muda (PKBM-L) dan Ketua Platun (Bomba) 07
Koperal, Laskar Kanan (PKBM-L) dan Penolong Ketua Platun 1 (Bomba) 06
Lans Koperal, Laskar Muda (PKBM-L), Laskar Udara (PKBM-U) dan Penolong Ketua Platun 11 (Bomba) 05
Ahli Aktif 04
Ahli Biasa 01
BADAN BERUNIFORM (NGO)
JAWATAN MARKAH
Ketua Trup, Ketua Pasukan / Pengerusi, Pegawai Muda, Ketua Puteri, Ketua Kadet, Band Major,Bengkung Merah dan Tali 10
Pinggang Hitam (untuk merahhitam = 09 markah)
Penolong Ketua Trup, Ketua Kumpulan, Ketua Utama Seksyen, Ketua Pasukan (S/Usaha), Sarjan, Drum Major / Asst. 08
Band Major, Bengkung Hijau 3 dan Tali Pinggang Merah 2 07
Ketua Patrol, Setiausaha, Ketua Seksyen, Ketua Pasukan (Bendahari), Koperal, Percussion
Leader, Bengkung Hijau 2 dan Tali Pinggang Merah 1 06
Penolong Ketua Patrol, Bendahari, Pen. Ketua Seksyen Kanan, Ketua Pasukan (AJK), Lans 05
Koperal, Section Leader, Bengkung Hijau 1 dan Tali Pinggang Biru 2
Kuartermaster, Penolong Setiausaha, Pen. Ketua Seksyen, Ketua Kumpulan, Asst. Section Leader, 04
Cula 3 dan Tali Pinggang Hijau 1 03
Ahli Aktif, Pen. Ketua Kumpulan, Class 3, Cula 2 dan Tali Pinggang Hijau 1 & 2 01
Tali Pinggang Kuning 1 & 2
Ahli Biasa, Class 4 & 5 dan Cula 1
6
Kelab Persatuan / Sukan / Permainan
JAWATAN MARKAH
Pengerusi / Presiden / Kapten Pasukan / Ketua Pasukan Sukan / Permainan Ketua Rumah 10
T Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi 08
S Setiausaha / Bendahari 07
P N. Setiausaha / Pen. Bendahari 06
Ah Ahli Jawatankuasa 05
Ah Ahli Aktif 04
Ah Ahli Biasa 01
Markah Aspek Penglibatan ialah 20%
Markah ini diberikan kepada semua ahli berdasarkan komitmen dan sumbangan di dalam semua aktiviti yang dijalankan dan tahap
penglibatan yang disertai. Peruntukan markah adalah seperti berikut :-
ASPEK MARKAH
08
Se Sekolah 11
Zo Zon / Daerah 14
Ne Negeri 17
Ke Kebangsaan 20
An Antarabangsa
Markah Aspek Pencapaian ialah 20%
Markah ini diberi atas pencapaian berdasarkan peringkat dan hanya melibatkan Johan, Naib Johan dan ke 3 sahaja. Peruntukan
markah adalah seperti berikut :-
Peringkat Johan Markah Ketiga
Pertandingan 08 N. Johan 06
11 09
Se Sekolah 14 07 12
Zo Zon / Daerah 17 10 15
Ne Negeri 20 13 18
Ke Kebangsaan 16
An Antarabangsa 19
Markah Bonus
Diberikan berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan dan bertujuan membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah.
JAWATAN MARKAH BONUS
Ke Ketua Murid 10
08
Timbalan / Penolong Ketua Murid
Ke Ketua / Pengerusi Badan-Badan Perkhidmatan atau Pengurusan Utama yang ditubuhkan 07
06
untuk membantu sekolah / Pengawas / Ketua KRS 05
Pe Pengawas Pusat Sumber 03
Be Bendahari / Setiausaha / PRS 02
AJ AJK Kecil Biro / Ketua Kelas
Pe Penolong Ketua Kelas
7
Anugerah Khas MARKAH BONUS
10
Diberikan atas kecemerlangan pada aktiviti yang diusahakan sendiri.
05
BIL PENCAPAIAN
1. Pin Pingat Hang Tuah Kebangsaan / Tunas Jaya 03
02
Kebangsaan 05
Pe Pencapaian Aktivti Kokurikulum Di Luar Negara 05
At atas Pembiayan Sendiri
2. JoJ Johan
Na Naib Johan
K Ketiga
3. NI NILAM
4. Lai Lain-lain anugerah yang setara
Gred Keseluruhan
Bermaksud gred keseluruhan dari 2 jenis kegiatan kokurikulum yang mempunyai prestasi terbaik berserta markah bonus. Jumlah 2
markah tertinggi dijadikan purata bagi 2 markah tersebut. Nilai purata pula dicampurkan dengan bonus yang diperolehi. Hasil
tambah tersebut dipadankan dengan gred sebagaimana yang telah ditetapkan.
Contoh :
Jumlah markah :
Un Unit Beruniform = 80
Kel Kelab / Persatuan = 60
Su Sukan / Permaianan = 85
M Markah Purata = (80 + 85) / 2
= 82.5
M Markah Bonus = 10
( Ketua murid = 82.5 + 10
= 92.5
G Gred Keseluruhan =A
Gred Penilaian Kegiatan Kokurikulum Gred
A
Markah B
80 - 100 C
60 - 79 D
40 - 59 E
20 – 39
19 ke bawah
8