The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PAKK20622P Rose Arisya Fitriah binti Roslan, 2023-09-28 10:34:34

PAKK3383 Pengurusan Grafik

PAKK3383 Pengurusan Grafik

PAKK3383 TUGASAN 1 : PENGURUSAN GRAFIK Rose Arisya Fitriah binti Roslan 2022142440096 Nama Pensyarah: Cik Alimah bin Hj Atan


Pengenalan Model Pendidikan Montessori diasaskan oleh Maria Montessori (1870-1952). Model Montessori dalam pendidikan awal kanakkanak muncul dalam awal abad ke 20. Teori perkembangan Montessori adalah konstruktivis. Matlamat pendidikan Montessori ialah membantu perkembangan individu secara menyeluruh dari aspek JERIS. MONTESSORI KSPK REGGIO EMILIA Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) diperkenalkan pada tahun 2010. bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun secara menyeluruh dalam aspek JERIS. KSPK dibina berdasarkan rekabentuk kurikulum berasaskan standard dan berbentuk modular berpaksikan kepada pengetahuan, kemahiran asas, dan nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran. Pendekatan Reggio Emilia dipelopori oleh Loris Malaguzzi dan diasaskan di bandar Reggio, daerah Emilia Romagna, Italy. Pendekatan ini mula diperkembangkan selepas perang dunia kedua oleh Loris Malaguzzi dan ibu bapa di sekitar Reggio Emilia. objektif pendekatan Reggio Emilia ini adalah untuk melahirkan kanak-kanak yang cerdas mengikut model kurikulum yang memfokuskan kepada kemajuan untuk kanakkanak.


1970an - KEMAS dan JPNIN memulakan kelas prasekolah awam 1986 - Buku Panduan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM 1992 - KPM memulakan Prasekolah 1993 - Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM 2003 - Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) S E J A R A H R I N G K A S P E R K E M B A N G A N P E N D I D I K A N P R A S E K O L A H M A L A Y S I A 2008/9 - KPK disemak semula


Banding beza Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dengan Reggio Emilia


TAHAP UMUR REGGIO EMILIA Kurikulum Reggio Emilia digubal bertujuan untuk kanak-kanak yang berumur 0 hingga 6 tahun KSPK Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal bertujuan untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun


PENEKANAN REGGIO EMILIA kurikulum emergent berasaskan projek kerjasama/kolaborasi guru sebagai peneliti dokumentasi lingkungan pembelajaran berdasarkan 6 asas : 1. 2. 3. 4. 5. 6. KSPK komunikasi kerohanian, sikap dan nilai kemanusiaan keterampilan diri perkembangan fizikal dan estetika sains & teknologi memberi penekanan berdasarkan 6 tunjang: 1. 2. 3. 4. 5. 6.


PENTAKSIRAN REGGIO EMILIA tidak mempunyai penilaian yang khusus kerana kurikulumnya bersifat fleksibel melainkan pemerhatian guru terhadap perbuatan kanak-kanak di dalam kelas melalui aktiviti yang dilakukan KSPK Proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan murid yang dirancang, dilaksana dan dilaporkan oleh guru yang berkenaan secara formatif atau sumatif berdasarkan semester / tahunan


A B C mementingkan kepentingan kerjasama dengan ibu bapa dan komuniti dalam menyokong pembelajaran kanak-kanak. menggalakkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan masyarakat untuk berganding bahu dalam proses pembelajaran kanakkanak. KSPK Reggio Emilia Persamaan PENGLIBATAN melibatkan ibu bapa dan komuniti setempat bagi memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada murid.


A B C menekankan pengalaman belajar yang holistik. Contohnya, melaksanakan projek berpusat secara berkumpulan Kedah Pembelajaran yang berasaskan PROJEK. Kepentingan : 1) dapat menarik minat kanak-kanak 2) memberi pengalaman bermakna 3) mencungkil kreativiti kanak-kanak KSPK Reggio Emilia Persamaan KAEDAH PEMBELAJARAN menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu.


A B C guru mendokumentasikan hasil kerja kanak-kanak, tanaman, dan koleksi yang dibuat oleh mereka. hasil kerja kanak-kanak juga dipamerkan di dalam kelas bagi menghargai usaha mereka. KSPK Reggio Emilia Persamaan PENGHARGAAN menyediakan sudut mata pelajaran di dalam kelas. mengumpul dan memaparkan hasil kerja kanak-kanak di ruang kelas. hasil kerja murid perlu diberi keutamaan sebagai bahan pameran. Dapat meningkatkan keyakinan dan memberi penggalakan kepada murid.


Banding beza Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dengan Montessori


Tahap Umur Asas Pembentukan Kurikulum digubal untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun KSPK Perbezaan KSPK dan Montessori Kurikulum digubal untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun MONTESSORI dibina berasaskan 6 tunjang iaitu: 1) komunikasi 2) kerohanian, sikap dan nilai 3) kemanusiaan 4) keterampilan diri 5) perkembangan fizikal dan estetika 6) perkembangan sains dan teknologi KSPK dibina berasaskan 4 konsep iaitu: 1) minda yang mudah menyerap 2) persekitaran tersedia 3) tempoh sensitif 4) bahan pembelajaran dan didikan diri MONTESSORI


Kandungan Kurikulum PerananGuru standard kandungan standard pembelajaran standard prestasi Mempunyai 3 standard utama iaitu: KSPK Perbezaan KSPK dan Montessori menitikberatkan penggunaan peralatan sensorial bagi membantu perkembangan. penekanan terhadap aktiviti amali dan penjagaan diri MONTESSORI guru berperanan sebagai : 1) perancang 2) fasilitator 3) play partner 4) pemerhati. KSPK guru memerhati kanakkanak dari jauh dan hanya melibatkan diri sewaktu membuat demontrasi kepada kanak-kanak. MONTESSORI


bertujuan untuk mengembangkan potensi murid yang berumur 4-6 tahun secara menyeluruh dalam aspek JERIS. untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membantuk konsep kendiri yang positif. KSPK Pendidikan adalah untuk menolong kanakkanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani. MONTESSORI KSPK dan Kurikulum Montessori bermatlamatkan memperkembangkan individu secara menyeluruh yang merangkumi aspek JERIS. PERSAMAAN : MATLAMAT KURIKULUM


mempraktikkan banyak strategi pengajaran dan pembelajaran, antaranya ialah: belajar melalui bermain. membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan pengalaman secara langsung dan semulajadi. KSPK MONTESSORI Kedua-dua kurikulum mempraktikkan dan menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran belajar sambil bermain. PERSAMAAN : STRATEGI PDP Montessori menekankan “Sensory Teaching and Learning”. Mengutamakan permainan dan kaedah pengajaran yang menggunakan deria dengan cekap supaya mendapat pengalaman


menekankan persekitaran pembelajaran yang interaktif dan kondusif. i) keselamatan dan kesihatan (kebersihan, pencahayaan) ii) susun atur (memberi peluang kepada murid untuk bergerak bebas) iii) ruang pembelajaran (kolaboratif dan individu) KSPK MONTESSORI KSPK dan Kurikulum Montessori mementingkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan bersih. susunan perabot, hiasan bilik darjah yang menarik dan pengudaraan yang baik mampu mengawal emosi kanak-kanak. PERSAMAAN : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN kawasan pembelajaran yang luas untuk kanakkanak bergerak bebas. peralatan dan perabot asas yang digunakan haruslah sesuai dengan umur kanak-kanak bagi mengelakkan sebarang kecederaan berlaku.


Penutup Secara kesimpulannya, pendidikan awal kanak-kanak ini amat penting bagi setiap kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, setiap kurikulum yang diasaskan ini mempunyai matlamat yang tersendiri yang turut membantu dalam perkembangan kanak-kanak. Sebagai contoh, kurikulum Montessori, KSPK, dan Reggio Emilia ini memfokuskan kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dari aspek JERIS. Pendidikan awal kanak-kanak ini juga amat penting bagi memberi persediaan kepada kanak-kanak sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan formal iaitu pada Tahun 1. Kanak-kanak ini akan lebih bersedia tidak kira dari aspek fizikal mahupun mental. Pendidikan awal kanak-kanak ini juga mampu membantu dari segi perkembangan kognitif kanak-kanak supaya seiring dengan umur mereka.


Rujukan 1 3 2 4


Rujukan 5 7 6 8


Terima Kasih . Sekian,


Click to View FlipBook Version