The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MUHAMMAD SYAHMI 'IMRAN BIN CHE MEE

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 854-3-syahmi, 2022-04-12 10:18:13

KESANTUNAN BERBAHASA

MUHAMMAD SYAHMI 'IMRAN BIN CHE MEE

Keywords: EDUCATION

TUGASAN 2 BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA

KESANTUNAN BAHASA
MELALUI

MEDIA SOSIAL
NAMA PENSYARAH:
CIK ASNIZA BINTI ZAKARIA


NAMA PELAJAR:
MUHAMMAD SYAHMI 'IMRAN BIN CHE MEE F2K

PENDAHULUAN

Dalam meniti arus kemodenan ini, perkembangan teknologi era digital yang
semakin pesat telah mempengaruhi kesantunan bahasa. Masyarakat pada hari
ini semakin bijak dalam dalam memanfaatkan produk-produk teknologi
termasuk dalam memanfaatkan media sosial sebagai alat untuk mendapatkan
maklumat dan berkomunikasi. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa
teknologi komunikasi menjadi sebahagian daripada norma hidup masyarakat
Malaysia seperti kehadiran media sosial seperti Instagram, Twitter,
Youtube, WhatsApp dan sebagainya yang memberi impak tersendiri bagi
kehidupan masyarakat. Kesopanan berbahasa dapat diperhatikan melalui tata
cara berbahasa yang diamalkan oleh masyarakat dalam media sosial
tersebut. Menurut Sara & Inderawati (2015) penggunaan tatacara berbahasa
yang kurang sesuai dan menyalahi norma dalam masyarakat, seseorang itu
diibaratkan ego,sombong dan tidak berbudaya.

KESANTUNAN MENURUT TOKOH

Awang Sariyan (2007) mentakrifkan kesantunan bahasa sebagai

penggunaan bahasa yang beradab, sopan dan baik. Namun

begitu, terdapat segelintir masyarakat yang kurang mengambil

perhatian tentang kesantunan berbahasa dalam penggunaan

media sosial.


Menurut Asmah Haji Omar (2000)
, kesantunan mengikut perspektif

Melayu ialah penggunaan bahasa sehari hari yang tidak menimbulkan
kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.
Jadi, orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam
hubungan masyarakat. Bahasa halus dan tersirat digunakan supaya
tidak mengecil hati orang lain.

BUKTI DAN JUSTIFIKASI
BAHASA KURANG
SANTUN YANG

DILONTARKAN OLEH
MASYARAKAT

TERUTAMANYA DI
MEDIA SOSIAL

BUKTI
PENGGUNAAN
BAHASA KURANG

SANTUN DI
MEDIA SOSIAL

JUSTIFIKASI

Ini merupakan contoh perkataan kurang sopan atau lucah yang kerap
digunakan dalam perbualan di platform media sosial seperti whatsapp.
Gelaran yang tidak santun kepada individu dapat membunuh karakter
seseorang terutamanya dalam kalangan masyarakat. Perkara ini dapat dilihat
apabila individu tersebut marah terhadap rakannya yang mendiamkan diri
selepas melanggar keretanya. Individu tersebut memulakan perbualan dengan
menggunakan perkataan kurang sopan atau kesat yang kurang enak dibaca.
Perkataan 'kimak' merupakan perkataan 'puki mak' yang disingkatkan
membawa makna kemaluan wanita. Individu menggunakan perkataan sebegitu
kononnya untuk melepaskan geram sehingga menyapa dengan bahasa kurang
sopan iaitu dengan menyamakan manusia dengan perkara yang tidak
sepatutnya. Hal ini juga boleh mencetuskan sikap ketidakpuasaan hati antara
satu sama lain apabila penggunaan bahasa ketika berinteraksi tidak pratikkan
dengan baik.

BUKTI
PENGGUNAAN
BAHASA KURANG

SANTUN DI
MEDIA SOSIAL

JUSTIFIKASI

Isu kesantunan yang seterusnya dapat berlaku di laman media sosial dapat
diperhatikan melalui seseorang individu atau netizen yang melabelkan individu
yang lain dengan perkara yang kurang santun dan kasar. Perkara ini dapat
dilihat apabila seorang netizen telah memberikan komen yang menyifatkan
seorang isteri kepada pengaruh media sosial yang terkenal iaitu Ryzal Ibrahim
sebagai seorang yang senggal dan berlakuan seperti budak tidak cukup umur.
Perkara ini mungkin dilihat remeh dalam kalangan pengguna media sosial
akan tetapi menunjukkan sikap kurang santun dan secara tidak langsung
mencerminkan diri sendiri sebagai seorang yang tidak mempunyai akhlak dan
adab baik. Malah, komen sebegitu juga akan menyinggung perasaan penerima
serta boleh memberi kesan kepada kesihatan mental.

BUKTI
PENGGUNAAN
BAHASA KURANG

SANTUN DI
MEDIA SOSIAL

JUSTIFIKASI

Berdasarkan tangkapan skrin tersebut menunjukkan perbualan dua individu secara atas talian
menggunakan dialek secara meluas dan membuktikan kesantunan berbahasa telah dipengaruhi
oleh persekitaran. Perkara ini dapat dibuktikan dengan wujudnya penggunaan perkataan
'mende'. Penggunaan perkataan tersebut dapat dikaitkan dari aspek kesalahan ejaan yang mana
sebetulnya adalah benda. Kesalahan ejaan lain yang ditonjolkan dalam perbualan tersebut
adalah sepertu perkataan 'bgtaw' yang perlu dibetulkan kepada beritahu dan perkataan 'dluuu'
yang sepatutnya dahulu. Selain itu, terdapat juga penggunaan bahasa Inggeris iaitu perkataan i
dan u (you). Namun sebahagian besar perkataan lain dalam perbualan tersebut adalah terdiri
daripada bahasa Melayu. Perkara ni telah menimbulkan isu penggunaan bahasa rojak yang
merupakan musuh utama bahasa Melayu iaitu pecampuran dua bahasa yang berbeza dalam
satu masa. Penggunaan kesalahan bahasa sebegini dalam media sosial akan memberikan
impak negatif terhadap keunggulan bahasa Melayu di persada dunia.

CARA DAN CADANGAN
MENANGANI

PENGGUNAAN
BAHASA KURANG SANTUN

DIDIKAN IBU BAPA

Dalam usaha untuk meningkatkan kesantunan berbahasa di negara kita, ibu
bapalah yang memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak-anak
mereka sejak kecil. Melalui didikan ibu bapa yang berkualiti, maka anak akan
memiliki amalan budi bahasa dalam diri mereka. Ibu bapa seharusnya mendidik
dan membimbing anak-anak dalam membentuk cara berkomunikasi dengan
menggunakan bahasa yang sopan dan teratur. Ibu bapa juga disarankan untuk
melakukan pemantauan terhadap aktiviti dan cara berkomunikasi anak-anak
mereka. Apabila ibu bapa dapat mengesan unsur-unsur negatif dan bahasa
kurang sopan dalam kalangan anak-anak mereka, ibu bapa tersebut harus
menegahnya secepat mungkin. Pembezaan antara bahasa sopan dan kurang
sopan haruslah di perkenalkan kepada anak-anak sama ada dalam bentuk
teguran mahupun nasihat.

SEKOLAH

Umum mengetahui bahawa sekolah merupakan rumah kedua
bagi setiap murid. Mereka banyak menghabiskan waktu harian
berada di sekolah. Oleh itu, pihak sekolah juga memainkan
peranan untuk meningkatkan amalan budi bahasa di negara
kita. Pihak sekolah seperti kelab bimbingan dan kauseling boleh
memberi nasihat kepada pelajar agar sentiasa mengamalkan
nilai-nilai murni seperti menuturkan perkataan atau pertuturan
yang baik. Cara ini dapat membolehkan pelajar menjadi pelajar
yang beradab dan santun apabila berkomunikasi dengan orang
sama ada lisan mahupun tulisan.

KERAJAAN

Dalam usaha menangani fenomena isu kesantunan berbahasa dalam media sosial,
kerajaan juga perlu memainkan peranan untuk mengekang masalah ini. Pihak kerajaan
boleh mewujudkan kempen-kempen yang dapat meningkatkan kesedaran orang ramai
tentang kepentingan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan baik. Antara kempen
yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan adalah "Bulan Bahasa Kebangsaan" iaitu
dilaksanakan pada bulan Oktober setiap tahun dan "Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai
Murni di media-media cetak dan elektronik. Tujuan kempen sebegini dilancarkan adalah
untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang amalan berbudi bahasa dalam
kehidupan seharian. Pihak kerajaan juga memainkan peranan untuk meletakkan syarat-
syarat tertentu kepada stesen-stesen radio dan televisyen iaitu seperti perlu menapis
bahan-bahan sebelum disiarkan dan mematuhi nilai-nilai budaya dan kesantunan bahasa
Melayu. Oleh itu, tayangan yang menerapkan unsur-unsur kesantunan bahasa dan budaya
yang baik akan menjadi ikutan masyarakat.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, aspek kesantunan bahasa semakin digugat dengan kehadiran dunia
teknologi era digital. Kewujudan dunia komunikasi era digital ini sepatutnya
dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kemajuan dan perkembangan positif
kesantunan bahasa yang mengambarkan kebijaksanaan bangsa Melayu dan bangsa-
bangsa lain. Bahasa sepatutnya dimartabatkan dalam dunia siber ini supaya
dipandang tinggi oleh dunia luar. Sebagai masyarakat sepatutnya tidak mengabaikan
kemurnian kesantunan bahasa sendiri dalam mengejar arus kemodenan dan
inginkan kemajuan. Kemajuan akan lebih tercapai apabila setiap individu
memartabatkan bahasa Melayu untuk dibawa dan ditunjukkan pada mata dunia. Oleh
itu, isu kesantunan bahasa dalam dunia era digital perlu dikawal supaya tidak
mempengaruhi generasi akan datang.

Rujukan

Asmah Haji Omar.2000. Wacana Perbincangan Perbahasan dan Perundingan.
Dewan Kuala Lumpur: Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. 2007. Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Sara Beden, Inderawati Zahid. 2015. Analisis kesopanan bahasa dalam novel
melunas rindu: Aplikasi Maksim Leech dan Grice. Jurnal Bahasa 15: 143-172.

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version