The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1.SITI NUR ZAAHIRAH BINTI MOHD JAFRI (C19A0774)
2.NUR AINNUL HUMAIRAH BINTI MOHD YUSOFF(C19A0458)
3.NUR AIN FARIHAH BINTI MOHAMMAD FIDRY C19A0450
4.MUHAMMAD AIMAN BIN ZULKEFLI C19A0275

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaahirah.c19a0774, 2023-01-11 13:03:00

WAU SOBEK KUMPULAN 5

1.SITI NUR ZAAHIRAH BINTI MOHD JAFRI (C19A0774)
2.NUR AINNUL HUMAIRAH BINTI MOHD YUSOFF(C19A0458)
3.NUR AIN FARIHAH BINTI MOHAMMAD FIDRY C19A0450
4.MUHAMMAD AIMAN BIN ZULKEFLI C19A0275

Keywords: WAU SOBE KELANTAN

11 January 2023

tokoh Warisan

WAU SOBEK

ABE MIE SERING

WAU SOBEK

Seni kraf wau mempunyai nilai astetika yang tersendiri dan penuh
dengan seni halus. Asalnya, wau merupakan permainan masa
lapang petani terutamanya pesawah padi. Wau diperbuat
daripada kertas yang berangka (daripada buluh). Wau ini juga
lebih popular di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Wau ini ini juga merupakan permainan tradisi dari sejak dahulu
lagi dan wau ini juga di dimainkan semasa musim menuai padi.
Wujud sejak 3000 tahun lalu di negeri China, wau digunakan
untuk menghantar makanan kepada mereka yang terperangkap
di bukit dan ada juga mengatakan wau ini untuk digubakan oleh
pembesar untuk menghantar utusan kepada masyarakat. Seni
pembuatan wau sobek iaitu wau tradisional diperbuat daripada
kertas bukan hanya menjadi aset kemahiran seni kraftangan
warisan, bahkan ia menjadi sumber pendapatan sampingan.

11 January 2023

BIODATA TOKOH
WARISAN

Muhammad Azimi B Muhammad Nor atau lebih
mesra di panggil Abe Mie. Berusia 44 Tahun. Beliau
merupakan anak kelahiran negeri Kelantan dan
berasal dari Kampung Petani Sering. Beliau bekerja
di Hospital USM Kubang Kerian dan beliau juga
mengajar anak-anak muda yang berminat untuk
mengenali dan mengetahui cara penghasilan wau
dan Abe mie juga merupakan tukang pembuat
wau yang tersohor di negeri Kelantan. Selain itu,
Abe mie pernah berkhidmat untuk seketika di
Universiti Malaysia Kelantan untuk mengajar cara
penghasilan wau tersebut .

Latar Belakang

Beliau mula menceburi bidang ini dari kecil
lagi, beliau mula tertarik dengan wau ini
disebabkan arwah ayah Abe mie seorang
pembuat wau dan beliau mengikuti ke
mana-mana sahaja ayahnya pergi. Selain
itu, Abe mie sering mengikuti ayahnya ke
festival-festival wau dan ini membuatkan
minat Abe mie semakin betambah terhadap
wau sangat mendalam. Bakat yang memang
mengalir dalam diri Abe mie juga salah satu
faktor Abe mie terus membuat wau ini.

January, 2023

Beliau mengambil masa sekurang-
kurangnya seminggu untuk
menyiapkan seunit wau kerana perlu
membahagikan masa dengan kerjaya
hakiki. Katanya, antara wau yang
dibuat olehnya adalah Wau Bulan,
Wau Kucing, Wau Jalur Budi dan kalau
di Kelantan, yang terkenal ialah Wau
Puyuh, dan juga menambah seunit
wau berukuran empat kaki (1.219
meter) dijual pada harga RM800
bergantung kepada lapisan sobek dan
buluh duri yang digunakan. Mohd
Azeimi berkata beliau pernah menjual
wau Bulan pada harga RM2,500 di
Perancis kerana perlu mengukir tujuh
lapisan sobek untuk menghasilkannya.

Bakat yang memang mengalir
dalam diri Abe mie juga salah
satu faktor mengapa Abe mie
terus membuat wau ini.
Pengalaman 38 tahun dalam
seni pembuatan wau
membawa Abe Mie terbang
jauh dan mengharumkan
nama Malaysia ke persada
dunia.

SUMBANGAN TOKOH

Tahun berganti tahun dalam tempoh PENCAPAIAN TOKOH
Abe Mie menghasilkan wau kerana
hobi atau mengisi masa lapangnya,
beliau telah bermula memasuki
pertandingan pada tahun 2005
apabila “Persatuan Pelayang Negeri
Kelantan” menawarkan beliau untuk
mewakili Negeri Kelantan bagi
festival “Layang-layang Pasir
Gudang” untuk bertanding. Beliau
memberanikan diri untuk menyertai
pertandingan tersebut bagi
mengambil pengalaman . Beliau tidak
meletakkan harapan yang tinggi
kerana ilmu dan juga kemahiran yang
beliau ada pada ketika itu masih
tidak mencukupi untuk mengalahkan
peserta-peserta yang hebat dalam
membuat wau. Namun begitu,
kekalahan pada tahun 2005 tidak
mematahkan semangat beliau untuk
terus berkarya dalam mengasah
bakat pembuatan wau ini.

PERTANDINGAN 2023

PIAACUF 2016

Jakarta Indonesia

B eliau pernah membeli wau hasil tangan
Pak Ali dari Terengganu, dan menjadikan
wau tersebut contoh bagi beliau untuk
menghasilkan wau yang menarik .
Beliau tidak pernah berputus asa atas kekalahan
itu dan menjadikan kekalahan itu sebagai
pemangkin semangat untuk memberikan yang
terbaik buat dirinya. Pada 2006, pihak Pelayang
Negeri Kelantan telah memanggil beliau untuk
memasuki pertandingan. Namun beliau telah
menolaknya kerana baginya masih lagi belum
mencukupi ilmu dalam menghasilkan wau yang
terbaik untuk memasuki pertandingan tersebut.

Pada 2007, beliau telah
diamanahkan untuk memasuki
pertandingan dan mewakili
Kelantan bagi tukang-tukang wau
dan belia telah mendapat pingat
johon dalam acara tersebut dan
secara tidak langsung telah
mengalahkan Pak Ali yang
merupakan seorang tukang yang
hebat yang mana pernah menjadi
mentornya dalam penghasilan
wau ini. Sehingga kini, beliau masih
mengekalkan kejuaran antara
tukang pada setiap tahun dalam
penghasilan wau sobek dan sering
mendapat pingat johan dan naib
johon dalam acara tersebut.

Beliau juga pernah mewakili
Malaysia dalam demonstrasi
penghasilan wau, pertandingan
dan mempromosi wau tradisi di
negara luar. Beliau bertanding di
beberapa buah negara seperti
China, Perancis, Itali, Indonesia, dan
Thailand bagi mewakili Malaysia di
peringkat antarabangsa. Beliau
pernah mewakili Malaysia dan
memenangi pertandingan
menghasilkan Demonstrasi terbaik
di Turkiy pada tahun 2018. Beliau
memenangi pertandingan ini atas
penilaian kreativiti dan kehalusan
seni negara masing-masing.

SEORANG Beliau juga sering dipanggil sebagai tenaga
TENAGA pengajar di negeri Kelantan ini bagi mengajar
PENGAJAR bakat-bakat baru agar dapat meneruskan
legasi permainan tradisional ini. Beliau juga
Selain itu juga, beliau juga merupakan salah pernah dijemput ke negeri Johor untuk
seorang tenaga pengajar yang mengajar di menjadi tenaga pengajar bagi bakat-bakat
Univeriti Sains Malaysia (USM) di Kubang baru yang ingin mempelajari seni ukiran
Kerian, Kelantan. Beliau mengajar pelajaran pembuatan wau ini.
seni wau tradisional di bawah bahagian
kokurikulum di sana sehingga kini. Beliau juga Bergiat Secara Aktif
pernah menjadi sebahagian tenaga pengajar
di Univerisiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi
kursus Kesenian Wau.

WAU SOBEK
WAU SOBEK
WAU SOBEK

Beliau juga masih bergiat aktif dalam kesenian
di negeri Kelantan ini. Beliau merupakan
seorang ketua Kesenian Kebudayaan Sering
yang sering bergiat aktif dalam pelbagai
aktiviti yang melibatkan kesenian dan
kebudayaan.

ABE MIE

SERING

AHLI
JANUARY 11 2023

KUMPULAN


1.SITI NUR ZAAHIRAH BINTI MOHD JAFRI (C19A0774)
2.NUR AINNUL HUMAIRAH BINTI MOHD YUSOFF (C19A0458)
3.NUR AIN FARIHAH BINTI MOHAMMAD FIDRY (C19A0450)
4.MUHAMMAD AIMAN BIN ZULKEFLI (C19A0275)

GAMBAR BERSAMA ABE MIE SERING KETIKA SESI TEMUBUAL

JANUARY 7 2023 | WAU SOBEK KELANTAN


Click to View FlipBook Version