Adat
Perkahwinan
Kaum India
Di Malaysia
SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA
SEMESTER 1
SESI 2021/2022 (A221)
KUMPULAN Q
TEMA
BUDAYA DAN ADAT
TAJUK
PERKAHWINAN KAUM INDIA DI MALAYSIA
DISEDIAKAN UNTUK:
DOKTOR RASHIDAH MAMAT
DISEDIAKAN OLEH:
KUMPULAN 6
NO NAMA NO MATRIK
1. AMMAR TASNIM BIN ROBANGI 292488
2. SYARFA BINTI SALHI 292588
3. NORHAYATI BINTI AHMAD 292657
4. ANG YONG CHEN 293567
5. ANGELINE HO 293570
Isi Kandungan
PERKARA MUKA
Pengenalan SURAT
1-2
Objektif Kajian dan Metodologi Kajian 3
Dapatan dan perbincangan 4 - 14
Budaya dan Adat Perkahwinan Kaum India
Proses yang dilakukan Sebelum, Semasa
dan Selepas Perkahwinan Kaum India
Kesimpulan 15
Pengenalan
Perkahwinan merupakan adat masyarakat yang telah
wujud sejak dulu lagi. Malaysia merupakan negara yang
unik dengan pelbagai etnik dan mempunyai adat tradisi
perkahwinan setiap kaum. Kajian ini berfokuskan
tentang keunikan adat perkahwinan kaum India.
Perkahwinan kaum India hampir sama prosesnya
dengan masyarakat Melayu dari segi adat dan budaya.
Hal ini dikatakan demikian kerana, pada zaman dahulu
bangsa Melayu purba percaya kepada agama Hindu. Oleh
itu, adat dan budaya resam masyarakat India pada masa
kini hampir sama dengan bangsa Melayu. Orang India di
Malaysia berasal daripada negara India kerana pada
zaman penjajahan British mereka datang ke negara
Malaysia sekitar abad ke 18 dan 19. Sejarah juga
membuktikan bahawa kaum India masuk ke Tanah
Melayu sejak zaman keagungan Dinasti Chola.
Di samping itu, kaum India adalah bangsa ketiga
di Malaysia yang terbesar, iaitu sebanyak 6.7%.
Selain itu, Hindu merupakan agama terbesar dianuti
oleh bangsa India. Oleh itu, adat perkahwinan kaum
India dipengaruhi agama Hindu. Kajian ini
mempunyai objekrif dimana ianya adalah untuk
mengenal pasti proses serta mengkaji adat istiadat
perkahwinan kaum India. Kajian ini telah
dilaksanakan menggunakan metodologi jenis data
primer dan data sekunder iaitu, teknik temu bual dan
laman sesawang.
Kesimpulannya, kajian ini berfokuskan tentang
adat atau tradisi perkahwinan kaum India di
Malaysia. Keunikan adat tradisi kaum India menjadi
salah satu khazanah budaya keunikan Malaysia.
Adat dan budaya yang pelbagai di Malaysia
menjadikan negara ini luar biasa dan istimewa
berbanding dengan negara lain. Oleh itu, rakyat
Malaysia perlulah bangga dengan kewujudan adat
dan budaya serta memeliharanya agar keharmonian
dapat dicapai.
Objektif Kajian
Kajian ini telah menetapkan dua objektif iaitu:
1.Mengkaji budaya dan adat perkahwinan kaum india
2.Mengenal pasti proses yang dilakukan sebelum, semasa
dan selepas perkahwinan india.
Metodologi Kajian
Data primer: Temu Bual
Data sekunder: Laman sesawang
Adat dan Budaya
Perkhawinann
Kaum India
Merisik
Merisik merupakan peringkat pertama sebelum pasangan
berkahwin. Merisik bertujuan untuk melihat atau meninjau
keadaan bakal pengantin lelaki dan perempuan yang akan
mengambil kira pelbagai faktor. Proses merisik akan dibantu oleh
orang tengah (tirimana taraga) atau ejen perkahwinan yang
berdaftar pada hari ini
Kunjungan ke Rumah Pengantin
Adat ini dikenali sebagai pen
paarttal oleh kaum India atau
dalam bahasa dikenali sebagai
melihat bakal isteri bertujuan
untuk melihat dengan
sendirinya paras rupa dan
perwatakan bakal pengantin.
Kemudian, sesi perbincangan hal perkhawinan akan dilakukan
oleh kedua-dua pihak yang diwakili oleh bapa atau ahli
keluarga. Semasa kunjungan, buah tangan akan dibawa
sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan
untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Menilai tahap keserasian
Dalam kaum India, adat penyesuaian bakal pengantin ini
dikenali sebagai Thirumanam Poruttam Paartal. Hal ini
dikatakan demikian kerana dalam ajaran Hindu tidak ada
konsep penceraian. Terdapat 21 aspek yang diambil kira
untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin
dengan cara tilikan dimanak hindu. Terdapat pelbagai jenis
cara tilikan seperti Tina Poruttam, Kana Poruttam dan
Petikka Porutam.
Ikat Janji
Dalam tradisi kaum india, ikat janji dikenali sebagai
niccayam. Setelah mendapat persetujuan kedua-dua pihak
untuk perkhawinan tersebut, kedua-dua pengantin akan
menukar hantaran sebagai tanda ikatan. Setelah berbincang
mengenai hari perkahwinan dan belanja untuk pengantin
perempuan, kad jemputan dan sebagainya. Upacara
niccayam akan dilakukan dengan bertukar-tukar sirih pinang
yang dinamakan taambuulan marrutal.
Majlis pertunangan
Dalam tradisi kaum India, majlis pertunangan juga
diadakan yang dikenali sebagai parisam. Adat Parisam ini
terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa dan udan parisam.
Parisam biasa dijalankan lebih awal daripada hari
perkahwinan dimana aktiviti pemberian hadiah akan
dilakukan manakala udan parisam adalah pemberian hadiah
pada waktu pagi yang dilakukan pada hari yang sama
sebelum perkahwinan.
Pakaian tradisional masyarakat India akan dipakai oleh
bakal pengantin lelaki dengan membawa parisam ke rumah
pengantin perempuan. Naatasawaram dan meelem
merupakan alat muzik tradisional yang akan dimainkan
pada hari tersebut. Pihak pengantin perempuan akan
menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana
kumbum yang diletakkan di ruang tamu. Kuttu vilakku iaitu
lampu minyak diletakkan bersebelahan puurana kumbum
sebagai tanda kurniaan tuhan.
Adat ini dimulakan dengan upacara sembahyang atau
ritual. Parisam yang mengandungi sari akan dibawa oleh
bapa pengantin perempuan kemudian diberikan kepada
anaknya. Pengantin perempuan menulis sesuatu dengan
menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada
tuhan pada masa yang sama. Pada hari tersebut, bakal
pengantin perempuan akan dipimpin keluar oleh seorang
wanita lain ke ruang tamu dan memakai sari parisam.
Kalungan bunga akan dipakaikan kepada bakal
pengantin perempuan oleh beberapa orang saudara -
mara. Ini dikenali sebagai orraimaalai atau kalungan
tunggal. Kad jemputan akan diberikan kepada kedua-dua
pihak pengantin oleh pengiring.
Proses yang
dilakukan
Sebelum, Semasa
dan Selepas
Perkahwinan
Kaum India
Sebelum Majlis Perkahwinan
Kad Jemputan
Beberapa keping kad jemputan akan
dibawa bersama ke kuil untuk upacara
ritual (arccanai).Kad ini akan
diletakkan di atas dulang bersama sirih,
wang ringgit, kelapa, pinang dan
sebagainya yang melambang kekayaan.
(paanam paaku).Sirih pinang akan
diberikan sebagai tanda jemputan
perkahwinan secara rasmi.
Penyediaan Thaali
(Tjrumaanggalyam)
Thaali merupakan lambang suci
perkahwinan yang dikalungkan pada leher
kedua-dua pengantin. Thaali tersebut diikat
segumpal benang putih yang disapu dengan
kunyit.Adat penyediaan
thaali ini dilakukan 7-9 hari
sebelum hari perkahwinan.
Mukuurtta Kaal
5 hari sebelum hari perkahwinan , Adat ini dijalankan dengan
menebang pokok yang masih muda dan lurus untuk dijadikan
mukuurtta kaal. 5 orang perempuan yang sudah berkahwin
akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu
tersebut dan diikat dengan daun ara atau mangga dengan
kain merah. Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan
bahan-bahan tadi dimasukkan kedalam lubang tersbut sebagai
lambang kekayaan.
Semasa Majlis Perkahwinan
Perkahwinan masyarakat India dikenali sebagai Thirumanan
(penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan
suami isteri agar kekal hingga akhir hayat)
Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat India iaitu,
Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya
Thairumanam
Segala persiapan seperti upacara
niccayam (ikat janji) , pemberian
hadiah dan kad jemputan perlu
dilakasanakan terlebih dahulu.
Begitu juga upacara Kanggenam
yang dilakukan tiga hari sebelum
majlis perkahwinan. Pengantin
lelaki dilarang daripada keluar
selama tiga hari sebelum majlis
perkahwinan untuk mengelak
perkara yang tidak ingini
berlaku.
Pengantin Bersanding
Upacara perkahwinan dilakukan
oleh Pedanda dengan berdoa
supaya pengantin bahagia
hingga hari tua . Selepas acara
penyarungan cincin, Pedanda
akan menabur sembilan jenis
bijirin .
Pengantin lelaki akan
mengalungkan thaali kepada
pengantin perempuan .Kedua-dua
pasangan memberi hormat kepada
ibu bapa dan mertua dengan
menukar dulang berisi buah-buahan
dan menyapu debu suci pada dahi
pengantin.
Pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan
bunga sebanyak 3 kali dan berkongsi minum air susu
bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini
menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi
suami isteri.
Antara adat yang dilakukan
untuk menghormati dan
mendapat restu termasuklah
menyerah sebiji kelapa yang
dilubangkan pada bahagian
atasnya, menuang air susu ke
dalamnya, memberi sirih,
mencium tapak kaki ibu bapa
(membasuh kaki ibu
bapa),mmemberi hadia dhoti
kepada bapa mertua serta sari
kepada ibu mertua dan wang.
Selepas Majlis Perkahwinan
Pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah
pengantin lelaki sebagai menghormati suami
Pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah
pengantin perempuan selama tiga hari.
Selepas tiga hari perkahwinan,
khemah lazimnya akan dirobohkan.
Jamuan perkahwinan juga diadakan
selepas upacara perkahwinan. Di
Malaysia masyarakat berbilang
kaum, jamuan akan dihidangkan
mengikut kesesuaian tetamu
jemputan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, kajian ini untuk menyelidik
perkahwinan dalam kaum India di Malaysia.
Perkahwinan dalam kaum India merupakan adat dan
tradisi yang masih diteruskan sehingga kini
walaupun terdapat pembaharuan yang berlaku
mengikut peredaran zaman. Tak kenal maka tak cinta
merupakan ungkapan yang sesuai bagi
memperkenalkan adat ini kepada orang ramai yang
tidak mengetahui bagaimana perkahwinan kaum
India ini dilaksanakan. Oleh itu, pengetahuan am ini
haruslah diambil rakyat Malaysia supaya lebih
memahami dan meningkatkan mutu rasional dalam
diri masyarakat, seterusnya perpaduan lebih erat
dapat dicapai.
Sekian,
Terima Kasih