NAMA : NURUL IZZAH BINTI MOHAMED ZULKUNINE NO.IC : 030226-06-0098 NO.ANGKA GILIRAN : 2021232340502 NAMA PENSYARAH : PUAN MASNI BINTI JAMIN
KISAH HUTAN AJAIB
Di suatu hutan yang sangat indah, hiduplah pelbagai jenis haiwan dan tumbuhan. Mereka hidup bersama dengan harmoni dan membina sebuah hubungan yang damai. Cerita ini bermula dengan seekor beruang bernama Budi, seekor gajah bernama Abu, dan seekor burung hantu bernama Miko. Budi, Abu dan Miko merupakan sahabat yang baik. Mereka sering berkumpul di bawah pohon-pokok Jambu untuk bercerita dan berkongsi pengalaman mereka. Budi adalah seekor beruang yang berani dan kuat, Abu pula seekor gajah yang gagah perkasa dan prihatin , manakala Miko seekor burung yang baik dan bijaksana.
Di pagi hari, Abu,Miko dan Budi bersiar-siar di dalam hutan untuk menikmati keindahan alam hutan ajaib. “Wah! Indah sungguh air sungai yang mengalir di hutan ini”. kata Abu. “Ya, air sungai di hutan ini sangat cantik dan dipenuhi dengan pelbagai alam yang sangat ajaib”. Kata Miko. “Apa yang ajaib itu Miko?’ Tanya Budi kepada Miko dengan mimik muka yang ingin tahu. “Banyak yang ajaib. Ada macam-macam haiwan yang unik dan ada sekumpulan haiwan yang ganas di hutan ini”. Kata Miko kepada kawannya itu.
Suatu hari, hujan lebat melanda hutan tersebut, menyebabkan banjir besar berlaku. Haiwan-haiwan di hutan berasa bimbang akan keselamatan dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Kemudian, Budi, Abu dan Miko berasa sangat cemas melihat suasana yang berlaku itu. “Eh! betul ke apa yang awak cakap ini Miko, haiwan apa yang ganas itu ?’ Kata Abu kepada Miko dengan muka yang terkejut. “Betul, haiwan itu seekor monyet yang sangat menakutkan dan tidak ada yang berani lalu di kawasannya”. Kata Miko kepada Abu .
“Apa yang terjadi ini?’ Tanya Budi kepada Abu dan Miko. “Ada masalah besar yang berlaku di hutan kita”. Kata Abu dengan mimik muka yang sangat cemas dan terkejut. “Ya, hutan kita dilanda banjir yang sangat besar”. Kata Miko dengan mimik muka yang sangat gerun. “Apa yang perlu kita lakukan ini? ‘ Kata Budi kepada Abu dan Miko. Budi dan rakan-rakannya terdiam lalu memikir satu jalan penyelesaian untuk membantu dan selamatkan haiwan-haiwan yang berada di hutan tersebut. Tidak lama kemudian, Budi mendapat satu idea untuk menyelamatkan haiwan-haiwan itu daripada ditimpa banjir besar yang berlaku.Dengan itu, Budi memberi arahan kepada rakannya iaitu Abu dan Miko untuk sama-sama membantunya menyelamatkan haiwanhaiwan itu.
“Miko, awak ada kelebihan iaitu mempunyai sayap untuk terbang ke atas . Awak boleh lihat apa yang berlaku dan juga boleh lihat dimana tempat yang selamat untuk kita singgah sementara banjir di hutan ini reda”. Kata Budi kepada Miko. “Betul juga kata awak itu Budi. Saya akan menggunakan sayap saya untuk terbang dan melihat kawasan yang lebih selamat serta menyelamatkan kawan-kawan kita yang lain” . Kata Miko kepada Budi dengan penuh semangat.
“Jadi, bolehkah awak tunjukkan jalan menuju ke tempat yang selamat supaya kita dapat menyelamatkan diri kita dan juga haiwan-haiwan yang lain?’ Kata Budi kepada kawannya Miko dengan penuh yakin. “Boleh, saya akan cuba sebaik yang mungkin”. Kata Miko kepada Budi. “Baiklah. Abu, awak juga ada kelebihan iaitu mempunyai badan yang besar dan gagah perkasa untuk membawa kami melawan arus sungai yang deras ini ke tempat yang lebih selamat”. Kata Budi kepada Abu. “Baiklah, saya akan pastikan mereka berada dalam keadaan yang selamat”. Kata Abu kepada Budi.
Dengan itu, Miko pantas menjalankan tugasnya dengan menunjukkan arah tempat yang lebih selamat supaya haiwan-haiwan itu dapat hidup dengan baik dan selamat. Abu pula memikul haiwan yang kecil di atas badanya yang besar itu dan membantu haiwan lain untuk melalui air sungai yang deras sambil bernyanyi dengan riangnya dan melihat suasana di dalam hutan. Di dalam hutan belantara, Burung belatuk membuat rumah Tok’ tok’ tok’ burung bertukang Bekerja pagi sehingga petang Ikan di sungai berenang-renang Di celah rimbunan daun hutan Cengkerik hidup berkawan-kawan Krik’ krik’ krik’ terasa tenang Suasana hutan sungguhlah nyaman
Tidak lama kemudian, Miko ternampak sekumpulan haiwan yang sangat ganas di kawasan yang gelap itu. Lalu, Miko terus berpatah balik untuk memberitahu kepada kawankawannya itu. “Budi, Abu! “ . Miko menjerit. “Kenapa awak menjerit Miko?’ . Kata Budi kepada Miko. “ Kenapa muka awak cemas Miko?’ . Kata Abu kepada Miko pula. “Kita dikepung oleh sekumpulan monyet yang liar di hadapan sana”. Kata Miko kepada kawannya dengan mimik muka yang cemas. “Hah! itukah haiwan yang liar di kawasan hutan ajaib ini? “. Kata Abu. “ Ya, mereka sangat menakutkan”. Kata Miko. “ Tidak mengapa, kita jangan berpecah dan teruskan sahaja perjalanan menuju ke tempat yang selamat”. Kata Budi.
Tiba-tiba datanglah sekumpulan monyet yang ganas itu. Mereka dikepung dengan sekumpulan monyet yang liar yang diketuai oleh Malik. Lalu, Malik memberitahu bahawa kawasan ini merupakan tempat mereka dan tidak boleh masuk kecuali dengan syaratnya. “ Mengapa kamu semua berada di kawasan ini? ”. Kata Malik kepada Budi dengan mimik muka yang garang dan tegas. “ Kami mencari tempat tinggal yang selamat daripada banjir yang berlaku di kawasan hutan ini”. Bantulah kami mencari tempat yang selamat” . Kata Budi kepada Malik.
“ Boleh, tapi dengan satu syarat. Kamu perlu menjawab teka-teki dahulu. Jika dapat menjawab, kami akan melepaskan kamu semua dan menunjukkan tempat yang selamat “. Kata Malik. “Baiklah”. Kata Budi,Miko dan Abu. Kemudian, Malik memberi teka-teki itu kepada mereka.“ Hah! haiwan apa yang mempunyai empat kaki tetapi tiada ekor dan sentiasa bunyi pada waktu malam? ”. Kata Malik. Lalu, Miko,Budi dan Abu berbincang dan menyelesaikan teka-teki yang diberikan oleh Malik itu bersama-sama untuk membuktikan bahwa mereka mesti berjaya menjawab teka-teki itu . “ Hah! jawapannya seekor kucing yang dilahirkan tiada ekor”. Kata Budi dengan penuh yakin. “ Ha,Ha,Ha. Salah, semua kucing ada ekor ”. Kata Malik sambil ketawa.
Tiba-tiba Miko ternampak seekor katak yang sedang duduk di atas batu tepi sungai itu. Kemudian, Miko terfikir akan haiwan yang dikatakan oleh Malik sebentar tadi. Lalu Miko berbincang dengan Budi dan Abu. “ Budi,Abu. Saya tahu jawapannya”. Bisik Miko kepada kawannya itu. “ Cuba kamu lihat di tepi sungai itu, ada seekor katak yang sedang duduk di atas batu”. Kata Miko sambil menunjuk ke arah seekor katak itu. Lalu Abu dan Budi melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Miko itu.“ Tidak ada, saya tidak nampak apa-apa haiwan di sana”. Kata Abu dan Budi serentak. Miko berasa pelik dan melihat semula di kawasan sungai itu. Masih ada seekor katak duduk di atas batu itu, Miko berasa dia tidak salah lihat haiwan yang ada di tepi sungai itu. Tanpa membuang masa, Miko terus mendapat jawapan untuk menjawab teka-teki tersebut.
“Hmm, saya tahu jawapannya, adakah haiwan itu seekor katak?”. Kata Miko kepada Malik. “ Wah! Tepat sekali. Itulah jawapannya. Dalam hutan ini ada pelbagai haiwan tetapi tiada seekor katak yang wujud di sini .Tetapi,bagaimana kamu tahu jawapannya seekor katak?”. Kata Malik. “ Ouh, saya ternampak seekor katak di tepi sungai itu”. Kata Miko. “ Wah! beruntung kamu boleh melihat seekor katak pada waktu ini di dalam hutan ajaib.Seekor katak yang kamu lihat itu merupakan haiwan yang ajaib dan unik di dalam hutan ini.Kata Malik dengan gembira. Malik sangat teruja kerana mereka dapat menjawab tekateki yang sukar dan dapat melalui kawasan larangan itu. Oleh itu, Malik membantu mereka dan haiwan lain ke tempat yang lebih selamat.
“Terima kasih Miko, kerana telah selamatkan kami daripada banjir dan juga sekumpulan monyet itu”. Kata Budi dan Abu . Abu dan Budi sangat terharu akan sikap Miko yang sangat baik hati kerana membantu mereka menyelamatkan haiwan lain daripada ditimpa banjir. Walaupun Miko boleh terbang jauh dan boleh selamatkan diri sendiri, tetapi Miko tetap membantu dan tidak mengabaikan keselamatan rakannya itu. “ Sama-sama, kita semua saling bantu-membantu antara satu sama yang lain untuk menyelamatkan haiwan-haiwan ini”. Kata Miko. Akhirnya, mereka sampai ke tempat yang lebih selamat. Haiwan-haiwan yang lain turut gembira dan seronok dapat tempat tinggal yang nyaman dan selamat.
Mereka hidup dengan aman dan harmoni serta sentiasa hidup sepakat muafakat. Haiwan-haiwan yang lain berasa sangat bangga dengan tiga sekawan iaitu Miko,Abu dan Budi yang baik hati dan sentiasa bekerjasama untuk membantu haiwan lain.Mereka ibarat ‘berat sama dipikul ringan sama dijinjing ‘. Mereka menunjukkan contoh kepada haiwan-haiwan ini tentang pentingnya bekerjasama dalam membuat sesuatu perkara supaya menjadi lebih mudah. Mereka juga sentiasa mengeratkan perpaduan dengan haiwan lain untuk mencapai matlamat yang baik.
- T A M A T -