TAJUK: TOKOH-TOKOH KEMERDEKAANAN Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-66
Penghargaan Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Melalui peluang keemasan ini,saya Nur Aleeya Isabella binti Mohd Isa ingin merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan ibu bapa saya dan guru sejarah iaitu Rahimah binti Mamat kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar. Selain itu,buku skrap ini dapat menjadi salah satu proses mengulangkaji bagi saya.Saya berharap percapaian saya dalam matapelajaran ini akan bertambah baik. Akhir sekali,saya ingin menyusun sepuluh jari kemaafan seadainya terdapat sebarang kesalahan yang tidak disengajakan dalam buku skrap ini. Sekian,terima kasih. 2
Tokoh kemerdekaan merupakan individu yang perlu kita sanjungi kerana mereka adalah pejuang negara di dalam mencapai kemerdekaan.Tanpa mereka,belum tentu kita dapat hidup aman damai seperti sekarang. Antara tokoh kemerdekaan yang perlu kita dikenang adalah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,Tun Dr Ismail Dato Haji Abdul Rahman,Tun Sri Henry Lee Han-Shik,Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan dan Abdul Rahman bin Tunku Iman Nuh.Mereka merupakan individu penting di dalam mencapai kemerdekaan negara dan memastikan negara kita berada di dalam keadaan aman damai. Negara kita telah mencapai kemerdekaan yang ke -66.Justeru itu,sebagai generasi muda,kita seharusnya mengambil contoh dan iktibar daripada tokoh-tokoh tersebut. Kita perlu mengetahui latarbelakang,pendidikan,kerjaya politik dan sumbangan tokoh berkenaan terhadap negara. Dengan mengetahui latarbelakang dan sumbangan tokoh kemerdekaan,akan dapat menyemai semangat cintakan negara.Seterusnya,kita akan merasa bersyukur terhadap nikmat kemerdekaan yang dikecapi sekarang. Pendahuluan 3
Tunku Abdul Rahman Putral Al-Haj Hasil Kajian •Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903-6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957sehingga 1970. •Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia". Tunku Abdul Rahman 4
•Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. •Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand. •Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika iu. •Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik- beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya. Pendidikan •Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu • •Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang. •Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin. Seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet. •Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid ('kulit berwarna') masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf. •Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. •Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun 1930. Selepas pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Kehidupan Peribadi 5
Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun berikutnya. •Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah •Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah jawatan yang beliau memegang sehingga 1976. •Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikumiakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. •Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid. Dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang juga merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah. •Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura. •Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen. •Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. •Datuk Onn Jaafarmengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union (sila lihat: Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkanjawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun. Keluarga Kerjaya Politik 6
•Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam(PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya. •Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951. •Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusis di dalam OIC. •Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988 •Dalam tahun-tahun terakhimya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang. Apabila sakit beliau dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur .Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87. •Jenazah dibawa ke kediamannya di Bukit Tunku dan esoknya disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star. Kegiatan Islam Meninggal Dunia 7
•1903: Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin. •1913 (umur 10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman. Tunku belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok. •1916 (umur 13): Pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School. •1919 (umur 16): Belajar di England. •1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dengan bantuan dan kerjasama dari sahabatnya Taib Andak. •1927 (umur 24): Dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. •1930 (umur 27): Lulus semester pertama, jurusan undang-undang di Inner Temple. •1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah dengan gaji sebanyak RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Jajahan di Kulim. •1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan di Kuala Nerang. •1933 (umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan Cina-Siam, anak tauke lombong Cina di Alor Setar.• Akhir 1933, Mariam melahirkan anak perempuan dan dinamakan Tunku Khatijah ibni Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki bernama Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul Rahman. •1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Tunku berkahwin dengan kekasih lamanya Violet Coulson di Geylang Serai, Singapura. •1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British, Clayton. Selain itu, perkahwinan Tunku dengan Violet kurang direstui. • 1937 (umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani.Beliau juga bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. •1938 (umur 37): Pergi ke England buat kali ke-3 untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang. Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku berbaik semula dengan isterinya yang telah diceraikan, Violet Coulson. •1939 (umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan meletus di Eropah. Berkahwin dengan Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah Syarifah Rodziah Syed Syeikh Barakbah ialah adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah. Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun. •1940 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah. •1941 (umur 38): Jepun menyerang Kota Bharu, Kelantan pada 8 Disember. Garis Masa 8
•1947 (umur 44): Berangkat semula ke England untuk menyambung pengajian •1948 (umur 45): Dipanggil ke bar di Inner Temple. •1949 (umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya, beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan kemudiannya, dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi. •1946: Menyertai UMNO. •1951 (umur 48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan. Menganjurkan Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat negeri yang pertama di Kedah. •1954 (umur 51): Mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi kunjungan itu tidak berhasil. •1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang pertama diadakan, dan Parti Perikatan (Barisan Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Satu lagi rombongan ke London diadakan. •1956 (umur 53): England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sebaik pulang dari England, Tunku mengisytiharkan berita gembira ini buat kali pertamanya pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka. •1957 (umur 54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos. Memperkenalkan kejohanan Pestabola Merdeka, yang merupakan pertandingan bolasepak antarabangsa. •1958 (umur 55): Dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football Confederation (AFC) (1958-1976). •1960 (umur 57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu golongan mualaf dalam menyesuaikan hidup baru sebagai muslim. •1961 (umur 58): Memulakan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) yang menggabungkan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama. •1963 (umur 60): Membentuk Malaysia pada 16 September, apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah). •1967 (umur 64): ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan yang lebih besar, iaitu Association of Southeast Asian Nations. •1969 (umur 66): Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama. 9
1971 (umur 68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein. 1982 (umur 79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) (1982-1988). 1990 (umur 87): Mangkat pada 6 Disember, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar di Alor Star. 10
11
12
Tun Dr Dato Haji Abdul Rahman Tun Dr. Ismail Al-Haj bin Dato' Haji Abdul Rahman (4 November 1915-2 Ogos 1973) merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak. Beliau juga mempunyai abang yang bernama Dato' Suleiman Abdul Rahman. Ismail Abdul Rahman 13
Beliau dilahirkan pada 4 November 1915 di Johor Bahru, Johor. Beliau berasal dari keluarga yang berstatus elit. Bapanya, Dato' Abdul Rahman Mohamed Yassin pernah bekerja sebagai kerani, pesuruhjaya daerah, majistret dan bendahari negeri.[2] Bapa beliau juga merupakan Speaker Dewan Negara yang pertama. Bapanya juga berperanan untuk menubuhkan Persatuan Melayu Johor yang fungsinya adalah untuk menentang Malayan Union. Sebagai ketua Orang Tujuh, mereka menuntut Sultan Ibrahim meletak jawatan sebagai Sultan Johor kerana menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union 1946 yang bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Anak kelahiran Johor Bahru ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah dan kemudian melanjutkan pelajaran di English College, kedua-duanya di Johor Bahru. Setelah lulus dengan cemerlang dalam pendidikan peringkat menengah, beliau melanjutkan pelajaran ke King Edward College of Medicine, Singapura dari tahun 1936 hingga 1939. Setelah itu, beliau telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Queen's College, The University of Melbourne, Australia sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1945. Beliau mendapat penghargaan dan menjadi kebanggaan negara kerana menjadi anak melayu pertama lulus Ijazah Perubatan dari Universiti tersebut. Sekembali ke Tanah Air, beliau menyertai Jabatan Kesihatan Johor buat seketika dan kemudian membuka klinik perubatannya sendiri yang dikenali sebagai Klinik Tawakkal di Johor Bahru. Kehidupan Awal Pendidikan 14
Beliau terdorong untuk menceburi politik selepas perletakan jawatan Dato' Onn Jaafar sebagai Presiden UMNO dan digantikan oleh Tunku Abdul Rahman. Beliau menceburkan arena politik setelah dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO pada 1951. Beliau merupakan duta pertama dari Malaysia ke Amerika Syarikat pada tahun 1957. Beliau juga diberikan pentauliahan untuk menjadi duta negara ke Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu. Jawatan ini dipegang oleh beliau sehingga tahun 1959. Beliau pernah menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 1 September 1960 sehingga 21 Mei 1967, apabila beliau meninggalkan kabinet atas sebab-sebab kesihatan. Kekosongan jawatannya sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah diisi oleh Tun Abdul Razak. Beliau sekali lagi dilantik oleh Tun Abdul Razak menjadi menteri Hal Ehwal Luar Negeri pada 14 Mei 1969 berikutan peristiwa berdarah 13 Mei. Tun Abdul Razak mempengerusikan MAGERAN dan meminta beliau untuk menjadi Timbalan Pengarah MAGERAN (Mei 1969-Februari 1971). Beliau kembali menjawat jawatan Kabinet dan kekal sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri sehingga 1 Ogos 1973. Semasa hayat beliau, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Jawatan terakhir yang dipegang oleh beliau adalah sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau juga merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kedua selepas Tun Abdul Razak pada 1970. Jasa yang paling besar dilakukan oleh beliau adalah mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan Malaysia. Berikut merupakan kata-kata yang dikeluarkan oleh Tun Suffian mengenai jasa beliau. Jawatan Sepanjang Hayat PADA 2 OGOS 1973, TUN DR. ISMAIL MENINGGAL DUNIA KERANA SERANGAN JANTUNG DAN JENAZAHNYA TELAH DISEMADIKAN DI MAKAM PAHLAWAN, MASJID NEGARA, KUALA LUMPUR DAN MENJADI PEMIMPIN PERTAMA YANG DISEMADIKAN DI SITU. Makam Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Meninggal Dunia 15
Jangan sapu ke bawah permaidani. Ini adalah ungkapan popular beliau. Peribahasa ini timbul berikutan permasalahan ekonomi orang Melayu yang sangat daif tetapi cuba ditutup begitu sahaja sehingga akhirnya tercetus Peristiwa 13 Mei. •Pidato Tun Dr. Ismail diadakan sekali setiap dua tahun oleh Akademi Perubatan Malaysia untuk memperingati beliau. Pidato ulung itu telah diberikan oleh Yang Amat Arif Tun Mohamed Suffian bin Mohamed Hashim, Ketua Hakim Negara pada bulan Ogos 1974. •Sebuah tempat di kawasan Segambut, Kuala Lumpur telah dinamakan Taman Tun Dr. Ismail sebagai memperingati jasanya. •Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) di UTM Skudai sempena memperingati jasa beliau kepada negara. •Kolej Tun Dr. Ismail di UPM, Serdang dinamakan untuk memperingati beliau. Salah sebuah kolej yang ternama dan unggul dalam bidang sukan, kebudayaan dan akademik. Beberapa tokoh terkenal negara sempat meluangkan masa bersama warga kolej KTDI UPM. •Kolej kediaman Tun Dr. Ismail di UTHM, Batu Pahat juga diberikan dengan menggunakan nama beliau •Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail di UKM, Cheras (PPUKM) mengambil nama beliau sempena memperingati jasa beliau sebagai seorang doktor dan negarawan yang banyak berjasa kepada tanah air ini. Ungkapan Terkenal Penghormatan 16
Tun Sir Henry Lee Hau-shik, lebih dikenali sebagai Tun H. S. Lee (19 November 1900-22 Jun 1988) merupakan antara tokoh yang terlibat dalam mendapatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian menjadi Menteri Kewangan pertamanya dalam Jemaah Menteri Malaya pertama. Beliau juga pernah menjadi Menteri Pengangkutan dalam kabinet sementara sebelum kemerdekaan. H. S. Lee merupakan anak sulung kepada seorang usahawan dari Gaozhou, Guangdong Lee Kwai-lim dan isterinya Kam Kwok-chun. Pada 1924, H. S. Lee berpindah ke Malaya bagi membantu perniagaan bapanya. Beliau dengan cepat menyesuaikan diri dan aktif berpersatuan. Selepas perang, Tun H. S. Lee merupakan antara tokoh yang terlibat dalam menubuhkan MCA, dan kemudian bertanggungjawab memulakan kerjasama antara kaum sehingga mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan. H.S.Lee Tun Sir Henry H S Lee 17
Henry Lee Hau Shik dilahirkan pada 19 November 1900 di Hong Kong, anak sulung pengusaha terkemuka dan kaya Lee KwaiLim dan Kam Kwok-Chun. Keluarganya menjalankan sebuah syarikat perdagangan sutera, Kam Lun Tai, dan juga terlibat dalam penghantaran dan perlombongan, dengan pejabat di Hong Kong dan Singapura. Dia mempunyai dua saudara lelaki dan dua adik perempuan. Datuk saudaranya telah menjadi pegawai kanan semasa pemerintahan Empayar Tongzhi dari dinasti Qing manakala datuknya adalah seorang ulama terkenal dan dermawan di kampung halamannya Zhenlong, Xinyi di Guangdong.Inyatakan menurut siapa? Lee menerima pendidikan menengah di Guangzhou pada tahun 1914, sebelum menghadiri Queen's College di Hong Kong. Beliau memperoleh ijazah dalam bidang Ekonomi dan Undang-undang di University of London dan St John's College. Cambridge, di mana beliau mengenali King George VI³ Kerja pertama Lee adalah sebagai pegawai kerajaan di Hainan, yang dia berhenti selepas tiga hari kerana bosnya hanya akan bermain mahjong sepanjang hari. Beliau kemudiannya bekerja di P&O Bank di Hong Kong. Lee datang ke Malaya bercuti pada tahun 1924 dan terus bertandang setelah memperoleh lombong bijih timah di Kepong, kemudiannya mendirikan dirinya sebagai pemilik tambang utama di Selangor dan Perak. Di Malaya, Lee terlibat dalam persatuan Cina dan puak dan menjadi pemimpin yang diiktiraf oleh masyarakat Guangdong dan Gaozhou. Beliau membantu membentuk Persatuan Kwantung, Persatuan Perlombongan Cina dan Dewan Perdagangan China. Beliau juga pernah menjadi Presiden Persatuan Pelombong Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang dari tahun 1938 hingga 1955 dan Presiden Persatuan Pelombong Timah Seluruh Malaya antara 1946 dan 1955. Pada masa yang sama, beliau adalah presiden Persatuan Kwang Tung Selangor, Persatuan Kwang Tung Kebangsaan, Persatuan Pan-Malayan Kochow, Persatuan United Lees, Persekutuan Persatuan Palang Merah Malaya dan Kuen Cheng Girls School. Apabila Jepun menyerang China pada tahun 1937, Lee, yang dikenali dengan persekutuannya dengan Parti Kuomintang China, mengetuai Dana Bantuan China Selangor untuk menyokong China. Beliau kemudiannya menjadi Ketua Angkatan Pertahanan Pasif Kuala Lumpur pada tahun 1941. Berikutan usaha perang anti-Jepun, Lee terpaksa melarikan diri dengan keluarganya ke Mumbai melalui Chongqing ketika perang sampai Malaya pada tahun yang sama dan Jepun satu pemberian kepadanya. Lee telah dijadikan kolonel dalam tentera Kuomintang, kemudian berpusat di Burma, selepas bertemu Chiang Kai-shek di Chongqing. Kemudian, Lee juga dijadikan kolonel Tentera British di India dan dihubungkan antara dua tentera Sekutu sepanjang sempadan China-Burma untuk baki perang. Kehidupan Awal dan Perdidikan Kehidupan di Tanah Melayu 18
Selepas Perang Dunia II, Lee dilantik ke jawatankuasa yang ditugaskan untuk membina semula ekonomi Malaya, yang telah menderita semasa pendudukan Jepun. Apabila peraturan darurat telah dikenakan oleh British pada tahun 1948 sebagai tindak balas kepada pemberontakan komunis, beliau telah dilantik ke Majlis Penasihat Malayan Union, Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Eksekutif Persekutuan. Lee juga merupakan penasihat kepada Pengarah Operasi yang mewakili masyarakat perlombongan dan pertanian, dan berjaya memujuk Pesuruhjaya Tinggi British untuk Malaya Gerald Templer untuk menyusun semula Pengawal Rumah di Lembah Kinta supaya mereka dapat mempertahankan lombong timah. Untuk penentangan aktifnya terhadap komunis, dia dilabelkan sebagai "anjing yang menjalankan British" dan sejumlah 60,000 dolar Malaya diletakkan di kepalanya, Pada masa yang sama, Lee merasakan perlu bagi masyarakat Cina untuk membezakan dirinya daripada penyokong komunis etnik Cina dan membentuk Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) Selangor, dengan sokongan Dewan Perdagangan dan Kesatuan Cina Cina di negeri ini. Negeri-negeri lain akhirnya mengikutinya dan menubuhkan persatuan mereka sendiri. Lee kekal ketua MCA Selangor sehingga 1955, apabila beliau kehilangan jawatan itu kepada Ong Yoke Lin.19 Lee juga terlibat dalam penubuhan badan pusat MCA pada tahun 1949. Beliau membuat peraturan dan peraturan parti bersama-sama dengan Yong Shook Lin dan Khoo Teik Ee, dan memainkan peranan penting dalam mendapatkan Tan Cheng Lock menjadi ketua jawatankuasa pemandu MCA dan presiden pertama Kerja Politik 19
Lee memainkan peranan penting dalam memajukan susunan ad hoc dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk bertanding dalam pilihan raya tempatan 1952 yang kemudiannya akan berkembang menjadi Parti Perikatan, pendahulu kepada gabungan Barisan Nasional yang memerintah Malaysia sejak kemerdekaan.[2] Lee, dalam kapasitinya sebagai ketua MCA Selangor, dan Pengerusi UMNO Kuala Lumpur Yahya Razak bersetuju untuk meletakkan calon tunggal di Kuala Lumpur untuk menentang Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang dahsyat. IMP dipimpin oleh pengasas UMNO Onn Jaafar dan mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin MCA - termasuk presiden MCA, Tan Cheng Lock - kerana sikap bukan komuniti parti itu.[25][10] Lee telah menarik perhatian Yahya dengan manifesto pilihan raya yang beliau tulis untuk MCA Selangor, yang mengisytiharkan bahawa "kepentingan ahli komuniti lain juga harus diwakili" walaupun penduduk China yang besar di Kuala Lumpur. Yahya kemudian menghubungi rakan sekolah bekas Victoria Institution Ong Yoke Lin, seorang lagi pemimpin MCA, yang menetapkan mesyuarat perwakilan dari MCA dan UMNO. Pada 7 Januari 1952, kedua-dua pihak bersetuju untuk bertanding bersama dalam pilihan raya, membariskan 12 calon - lima orang Melayu, enam orang Cina dan satu orang India, [10] Pakatan pilihan raya tempatan pada mulanya ditentang dari dalam kedua-dua MCA dan UMNO. Pemimpin MCA kanan Tan Siew Sin dan Khoo Teik Ee mengumumkan semasa tempoh kempen bahawa jawatankuasa kerja pusat parti itu tidak meluluskan perikatan itu dan meminta pengundi untuk menyokong IMP bukan kaum. Yahya dituduh menjual orang Melayu dengan bekerja dengan orang Cina dan ketua bahagiannya Datin Putih Mariah meletak jawatan beberapa hari sebelum pilihan raya sebagai protes,(10) Akhirnya, tiket UMNO-MCA memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan di Kuala Lumpur, gagal memenangi manamana kerusi di Bangsar. Dalam minggu-minggu selepas pilihan raya Kuala Lumpur, Lee bersentuhan dengan presiden UMNO Tunku Abdul Rahman, yang mengutuk pakatan aliansi kedua-dua parti. Walaupun beberapa keengganan awal, Tan Cheng Lock, yang lebih suka bekerja dengan Onn, akhirnya bersetuju untuk bertemu dengan Tunku bersama Lee pada 18 Mac 1952 untuk membincangkan penggabungan itu. Selepas beberapa pusingan perbincangan dengan pemimpin MCA yang lain, Parti Perikatan diinstitusikan.(2) Lee telah berjaya membawa Tan ke sudut pandangannya dengan memberitahunya kepada Laporan Jawatankuasa Pilihan Ordinan Imigresen 1950, di mana Onn adalah penandatangan kepada Laporan Majoriti dengan cadangan yang tidak menguntungkan orang Cina dan ditentang oleh ahli Cina Majlis Undangan. Ini menimbulkan keraguan dalam minda Tan mengenai komitmen Onn terhadap keadilan pelbagai kaum.[10] Perikatan akan terus menyapu pilihan raya tempatan yang diadakan di tempat lain pada tahun itu dan secara tegas memenangi pilihan raya umum 1955 untuk membentuk kerajaan pertama yang dipilih secara tempatan, dengan Tunku sebagai ketua menteri. Lee dilantik sebagai menteri pengangkutan, salah satu daripada tiga portfolio yang dipegang oleh MCA dalam Kabinet Tunku, Parti Perikatan 20
Pada tahun 1956, Lee dan Tan Tong Hye dipilih untuk mewakili MCA sebagai sebahagian daripada perwakilan Perikatan yang pergi ke London untuk menekan Britain untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Lee adalah satu-satunya penandatangan Cina kepada perjanjian kemerdekaan yang disimpulkan di London pada tahun itu. Dengan kemerdekaan pada tahun 1957, Tunku, sekarang perdana menteri, telah melantik Lee sebagai menteri kewangan pertama Malaya. Tugas utamanya termasuk mewujudkan dasar kewangan negara dan penciptaan Bank Negara Malaya. Lee meletak jawatan dari jawatan itu dua tahun kemudian kerana sakit.[5] Selepas bersara daripada politik pada tahun 1959, Lee mengambil alih jawatan Pengerusi Kewangan untuk Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang Malaya sehingga 1961. Pada tahun 1966, beliau menubuhkan Bank Pembangunan dan Perdagangan (Bank D&C), yang menjadi bank kelima terbesar di Malaysia. Beliau akan mengetuai bank itu sehingga kematiannya pada tahun 1988. Lee adalah seorang olahragawan yang berminat dan pemain golf yang gemar. Beliau dilantik sebagai presiden Kelab Golf Senior serta Persatuan Golf Malaya pada tahun 1957. Antara 1957 dan 1959, beliau mengetuai Majlis Sukan Olimpik Persekutuan Tanah Melayu. Di samping itu, beliau mengamalkan taijiquan atas sebab-sebab kesihatan. Lee adalah presiden pertama Oxford dan Cambridge Society of Malaysia (12) Beliau juga mengasaskan China Press pada tahun 1946 untuk menentang pengaruh komunis Min Sheng Pao, satu-satunya akhbar tempatan China pada masa itu. Jalan ke Kemerdekaan Percapaian Lain 21
Lee bertemu isteri pertamanya, Dawn Kathleen Glen, seorang pelajar Bahasa Inggeris, ketika belajar di Cambridge. Mereka mempunyai dua anak lelaki, Douglas dan Vivien Leslie, di Hong Kong. Glen kembali ke Britain dengan baik dengan Vivien selepas terjatuh dari ibu Lee, yang tidak menyukai cita-cita menantu perempuan untuk merokok dan kereta sukan. Lee berkahwin dengan isteri keduanya, Kwan Choi Lin, yang mempunyai tujuh anak lagi. Beliau menamakan anak-anaknya sempena tempat-tempat di mana mereka dilahirkan.[13] Dua anaknya juga memasuki politik. Douglas Lee Kim Kiu berjaya bertanding pada pilihan raya 1952 Kuala Lumpur manakala Alexander Lee Yu Lung secara ringkas di MCA sebelum menyertai Gerakan dan menerima beberapa jawatan timbalan menteri antara 1989 dan 1995. Lee telah dilantik sebagai Panglima Perintah Kerajaan British (CBE) pada tahun 1948 oleh Raja George VI dan Panglima Kesatria Perintah Kerajaan British (KBE) pada tahun 1957 oleh Ratu Elizabeth II sebagai pengiktirafan perkhidmatannya kepada kerajaan penjajah British. Pada tahun 1959, Lee dianugerahi Seri Maharaja Mangku Negara, yang membawa gelaran "Tun", atas sumbangannya yang signifikan terhadap perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu dan pembinaan negara. Beliau adalah penerima ke-10 anugerah itu.[7] Jalan Bandar, yang pada asalnya dikenali sebagai High Street, telah dinamakan semula Jalan Tun H.S. Lee di dalam penghormatannya pada November 1988. Kehidupan Peribadi Pengiktirafan 22
Dilahirkan di kawasan pedalaman Sungai Siput, Negeri Perak, Sambanthan bersekolah di Sekolah Clifford di Kuala Kangsar, Perak. Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya dan kemudian memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai di India Utara. Sejak kecil lagi, Sambanthan sangat aktif dalam pelbagai kegiatan sekolah dan universiti. Kehidupan Awal Di dalam nama orang India, nama Sambanthan ialah nama bapa, bukannya nama keluarga, dan orang berkenaan harus dirujuk oleh nama yang diberikan, Veerasamy Thirunyana. Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan (16 Jun 1919-18 Mei 1979) ialah Presiden kelima Kongres India Malaya (MIC), sebuah parti politik Malaysia, serta menteri penuh dalam pelbagai kementerian dalam kerajaan Malaysia. Tun V Sambathan 23
Kepimpinannya terserlah apabila dilantik menjadi Presiden pertama Kongres India Malaya (MIC) ketika berusia 36 tahun. Pada tahun 1955, Sambanthan membawa MIC masuk Parti Perikatan, satu parti campuran antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu. Beliau bertanding di kawasan pilihan raya Kinta, Negeri Perak. Sambanthan menang dan diberi kepercayaan untuk menjadi Menteri Buruh. Cabaran gentir ketika itu pula adalah pemecahan kawasan perladangan yang merupakan punca pencarian sebahagian besar rakyat India Malaysia. MIC kemudiannya berusaha menubuhkan koperasi bagai mentakbir ladang tersebut dan dengan itu mendorong kepada penubuhan NLFCS (National Land Finance Cooperative Society). Pada 31 Ogos 1957 apabila kemerdekaan dicapai, Tun V.T. Sambanthan merupakan salah seorang dari yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan. Lalu Sambanthan dilantik menjadi Menteri Kesihatan. Seterusnya pada tahun 1959, Sambanthan dilantik menjadi Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Jawatan yang terakhir dipegang oleh Sambanthan ialah Menteri Perpaduan Negara. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet, begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Sambanthan, terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum. Sambanthan juga turut berjasa dalam menyatukan masyarakat India di Fiji dengan masyarakat pribumi. Sebagai ahli politik Perikatan/ MIC di Malaysia, beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Sungai Siput, negeri Perak (1958-1964). Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat, bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi. Pada tahun 1973, Sambanthan meletakkan jawatan Presiden Kongres India serta Menteri Perpaduan Negara disebabkan usianya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1979, akibat penyakit jantung. Bagi mengenang jasanya kepada negara, jalan Brickfields di Brickfields, Kuala Lumpur ditukar kepada Jalan Tun Sambanthan sejak 1982. Serta, Monorel Kuala Lumpur juga ada nama stesen sempena namanya Tun Sambathan, iaitu Stesen Monorel Tun Sambanthan. Politik Pilihan Raya 1959 Meninggal Dunia 24
Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato' Bahaman ialah Orang Besar yang menentang penjajah British di Semantan, kawasannya di negeri Pahang, Tanah Melayu. Dato Bahaman Abdul Rahman bin Tuanku Iman Nuh 25
Dato Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Kota Raja, Acheh, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan. Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman digelarkan 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British. Beberapa versi tentang tempat kelahiran Dato' Bahaman, antaranya beliau berasal dari Acheh. Terdapat juga versi mengatakan beliau berasal dari Kampung Rantau Panjang di Lanchang. Pada hari ini, terdapat sebuah sekolah yang dinamakan SMK Datuk Bahaman di Lanchang. Lanchang suatu ketika dahulu digelar sebagai Semantan, kerana itu Dato' Bahaman mendapat jolokan Pahlawan Semantan. Dato' Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan Ahmad menaiki takhta, Dato' Bahaman terus menabur bakti kepada tanah aimya. Dato' Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang, Selangor. Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato' Bahaman telah dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat tersebut, kedudukan Dato' Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak berunding oleh baginda Sultan Ahmad. Rencana utama: Perang Semantan . Punca utama Perang Semantan ialah ketidakpuasan hati Orang-orang Besar Pahang terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka. Ketegangan itu bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua yang terletak di kawasan Dato' Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya. Apabila Hugh Clifford, Pemangku Residen British Pahang, mengetahui hal tersebut, beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat disiasat. Oleh sebab Dato' Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan. Tindakan itu menyakitkan hati Dato' Bahaman. Keadaan ini menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada 15 Disember 1891 ketika beliau menyangka Desborough datang untuk menangkapnya. Dalam serangan tiba-tiba itu, pihak Desborough telah kalah dan mereka melarikan diri ke bandar Temerloh Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai British Pahang menyediakan tentera untuk melawan pembangkang-pembangkang Melayu. Ekoran dari itu pada 26 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi ditewaskan Asal Usul Anugerah Perang Semantan 26
Pada Januari 1892, pihak Inggeris telah menjadi orang yang paling kuat danmemaksa Sultan Wan Ahmad untuk menamatkan kebangkitan Dato' Bahaman di Pahang. Satu pasukan yang dinamakan "Gerakan Tentera" telah dilancarkan pada 22 Januari 1892 dengan kekuatan 800 orang. Seramai 140 daripadanya mempunyai senjata api yang dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato' Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap. Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Untuk sementara waktu, daerah Semantan telah diletakkan dibawah jagaan Abdullah Bera. Pada Mac 1892, pasukan Dato' Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato' Bahaman menjadi lebih hebat kerana dibantu oleh Tok Gajah. Pihak Inggeris kalah dan Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera. Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato' Bahaman terhadap Inggeris. Pada Mei 1892, Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi. Pejuang Pahang terpaksa berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paluh telah menyemarakkan semangat pejuang Pahang untuk berjihad menentang Inggeris. Pada 14 Jun 1894, Kuala Tembeling dan Jeram Ampai berjaya ditawan oleh Dato' Bahaman bersama 100 orang pengikutnya. Pada 29 Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan Inggeris yang diketuai oleh Jeneral Walker menyerang kumpulan penentang Inggeris yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang. Dalam serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang bernama Wise, terbunuh bersama empat anggota polis. Serangan tersebut menyebabkan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Ini menandakan berakhimya perang menentang Inggeris di Pahang. Sir Hugh Clifford, Residen Bristish di Pahang melancarkan serangan secara besar- besaran yang menelan belanja yang banyak, memburu mereka hingga ke Terengganu dan Kelantan. Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1895 apabila Datuk Bahaman, Pawang Nong dan Mat Lela dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi diberi tempoh perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1896, manakala Tok Gajah dan Mat Kilau diberitakan meninggal di Terengganu. Buruan Orang British 27
Memandangkan keadaan tidak selamat, Dato' Bahaman dan pengikutnya telah mengambil keputusan pergi ke Siam. Sebelum itu satu persetiaan telah dilakukan di Kg. Bukit Haji Pak Jedih, Tanah Merah, dimana para pejuang bersumpah akan menggunakan nama lain dan tidak akan mendedahkan siapa diri mereka sebenarnya. Seramai 7 orang terlibat dalam sumpah persetiaan itu, iaitu Dato' Bahaman (Panglima Kakap), Mat Kilau (Mat Siam, Mat Dahan, Mat Dadu, Mohamed Ibrahim), Mat Lela (Kilat Senja, Gong Poh), Mamat Kelubi (Tok Janggut). Pada tahun 1911, Dato' Bahaman telah kembali ke Kelantan manakala Mat Lela pergi ke Indonesia, sementara 2 orang pejuang lagi telah meninggal dunia di Patani, Siam. Pada tahun 1920, Dato' Bahaman balik ke Kuantan dan tinggal di Kg. Paya Lalang (Padang Lalang) dengan memakai nama Lebai Deraman. Pada tahun 1926, Dato' Bahaman berpindah ke Kg. Peramu dan dikenali sebagai Tok Guru Peramu. Mat Kilau pula dikatakan berpindah ke Kg Aur Rompin, Tanjung Medang, Kg. pasir Panjang, Kg. Batu Tering Pekan, Kg. Batu Lima Jalan Gambang. Mamat Kelubi dan Panglima Hitam tidak diketahui kisahnya. Dato' Bahaman tinggal di Kg. Peramu sehingga kematiannya. Terdapat dakwaan dan laporan yang mengatakan bahawa seorang individu yang bernama Tok Guru Peramu ialah Dato' Bahaman. Tok Guru Peramu meninggal dunia pada 23 Julai 1977 tanpa mengakui identiti beliau yang sebenar. Persetian sumpah Tok Guru Peramu 28
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana saya telah berjaya menyiapkan buku skrap ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang memberi tunjuk ajar di dalam menyiapkan buku skrap ini terutamanya kepada kedua ibu bapa saya, guru-guru dan rakan-rakan. Ribuan terima kasih juga diucapkan khusus kepada guru mata pelajaran sejarah saya iaitu Cikgu Rahimah binti Mamat yang sentiasa memberi bimbingan. Melalui buku skrap ini saya dapat mempelajari banyak perkara. Di antaranya adalah mengenai pengorbanan dan jasa tokoh kemerdekaan Negara di dalam mencapai kemerdekaan. Oleh sebab itu, sebagai generasi muda, kita seharusnya menghayati erti kemerdekaan yang sebenar dan sentiasa bersyukur kerana dapat menjadi rakyat Malaysia. Harapan saya agar buku skrap ini akan dijadikan contoh tauladan sepanjang zaman kepada semua pembaca khususnya dan rakyat Malaysia semua umumnya. Semoga tokoh kemerdekaan ini akan dijadikan iktibar merentasi sepadan dan zaman. Sekian, terima kasih. Kesimpulan 29