Analisis Fungsi Bahasa Melayu A M A N I N A J I H A H B I N T I A Z M A N M A S R Y A U D H A T U L N A J E E H A B I N T I M O H D S Y A R U L N U R I R S H A B I N T I S H A H I D A N S U R E S H MPU3112m
PENDAHULUAN
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2010), bahasa merupakan satu sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran. Bahasa juga boleh didefinisikan sebagai kata-kata yang disusun menurut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dalam percakapan atau tulisan. Bahasa merupakan suatu medium yang sangat penting untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan kerana ia merupakan alat komunikasi utama untuk menyampaikan maklumat atau mesej antara satu pihak dengan pihak yang lain. Bahasa juga memainkan peranan yang sangat signifikan sebagai simbol dan identiti sesebuah negara. Di Malaysia, bahasa rasmi yang digunakan adalah Bahasa Melayu. Hal ini sekaligus menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang mempunyai berbagai-bagai fungsi dan peranan kerana digunakan sebagai medium integrasi nasional. Kehidupan seharian warganegara Malaysia menggunakan Bahasa Melayu untuk pertuturan dalam urusan formal dan tidak formal.
BAHASAMELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI
Antara fungsi Bahasa Melayu adalah Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Perkara ini termaktub di dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Malaysia tanpa menafikan kedudukan hak dan bahasa lain yang digunakan. Bahasa kebangsaan memainkan peranan sebagai jambatan penghubung antara masyarakat apatah lagi Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum dan etnik. Masyarakat yang bukan berbangsa Melayu perlu menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pada masa yang sama, masyarakat Melayu hendaklah menerima hak orang bukan melayu untuk menggunakan dan mempelajari bahasa ibunda mereka seperti yang termaktub di dalam perlembagaan (Muslim et al., 2011). Natijahnya, ia dapat mengelakkan salah faham yang mampu menjurus kepada ketegangan dan konflik dari berlaku.
Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan juga boleh menyatupadukan rakyat negara kita. Hal ini kerana, apabila hal budaya dan agama diketengahkan, sukar untuk setiap etnik berkompromi kerana ia merupakan isu yang sensitif. Oleh hal yang demikian, Bahasa melayu yang dikongsi bertindak menjadi medium integrasi nasional kerana boleh dikompromi dan digunakan sebagai alat penyatuan etnik di Malaysia. Sebagai contoh, kesepaduan dan penyatuan rakyat negara Malaysia boleh dilihat melalui pertubuhan sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil yang terbuka kepada semua kaum. Dengan itu, wajarlah Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara kerana menjadi medium yang penting dalam perhubungan dan kesepaduan masyarakat Malaysia.
BAHASAMELAYU SEBAGAI BAHASA PERPADUAN
Di samping itu, salah satu faktor Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi negara adalah untuk memupuk perpaduan nasional dan menyatukan rakyat. Slogan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ merupakan slogan yang telah digunakan sejak awal kemerdekaan lagi untuk menggambarkan perkaitan rapat diantara ‘Bahasa’ dan ‘Bangsa’ (Sohaimi Esa et al., 2021). Tiada bangsa tanpa bahasa. Ini kerana bahasa merupakan milik mutlak sesuatu bangsa dan merupakan identiti kebangsaan. Tamsilnya, Bahasa Melayu yang menjadi identiti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini. Berbalik semula kepada fungsi bahasa yang kedua, Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara menghuraikan bagaiman Bahasa Melayu merupakan cara rakyat Malaysia mewujudkan hubungan sosial diantara semua rakyat Malaysia.
Dengan adanya hubungan sosial yang mesra diantara semua kaum dan etnik di Malaysia, rakyat akan hidup dengan aman dan saling bertolak ansur antara satu sama lain. Tegasnya, penggunaan Bahasa Melayu mencerminkan jalinan hubungan rakyat Malaysia yang harmoni hasil kemampuan rakyat yang mampu menuturkan bahasa tersebut (Siti Nor Azhani & Siti Nor Baya, 2019). Sikap ini membantu membina Malaysia ke arah negara yang harmoni dan seterusnya menjadi medium integrasi nasional. Perkara ini dapat dibuktikan dan telah juga tercatat dalam sejarah negara Malaysia dimana Bahasa Melayu merupakan asbab negara berjaya membina perpaduan dan menerima kemerdekaan pada tahun 1957. Jelas disini bagaimana Bahasa Melayu berfungsisebagai bahasa perpaduan.
BAHASAMELAYU SEBAGAI BAHASA PERANTARA
Akhir sekali, fungsi Bahasa Melayu dari dahulu kalanya telah digunakan sebagai bahasa perantara antara umat manusia sehingga sekarang. Kekayaan negara kita dengan pelbagai kaum telah menunjukkan kepelbagaian bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian. Namun, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai bahasa yang digunakan sebagai medium integrasi nasional dalam mencapai hasrat negara. Ini dapat dibuktikan dengan bukti sejarah bahawa Bahasa melayu dilabel sebagai lingua franca yang digunakan oleh setiap peniaga dari seluruh dunia. Kesannya, Kerajaan Melayu Melaka mampu menjadi pelabuhan yang termasyur pada suatu ketika dahulu dengan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara. Kejayaan penggunaan Bahasa Melayu pada zaman tersebut telah menjadi bukti yang kukuh atas kelayakannya untuk menjadi bahasa perantara utama antara setiap bangsa.
Hal ini dapat dilihat dari perspektif negara kita yang berbilang kaum menyebabkan Bahasa Melayu diangkat martabat sebagai bahasa rasmi di Malaysia. Dalam pada itu, Bahasa Melayu telah menjadi menjadi contoh bahawa penggunaan bahasa yang sama membawa kepada hubungan diplomatik yang erat antara masyarakat dunia. Bahasa Melayu juga turut dilihat masih relevan digunakan pada zaman ini kerana terdapat banyak negara yang masih bertutur menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan seperti Singapura, Brunei dan Indonesia. (Adnan, 2022) menekankan bahawa Malaysia dan Indonesia telah mencapai kata sepakat untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar antara dua negara. Tuntasnya, Bahasa Melayu wajar dijadikan bahasa perantara dalam meluaskan lagi hubungan sesama masyarakat.
KESIMPULAN
Sebagai penutup wacana, Bahasa Melayu memainkan peranan yang penting bagi mengekalkan kedaulatan negara Malaysia kerana Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan, bahasa perantara dan bahasa perpaduan. Dalam negara yang berbilang kaum dan etnik ini, tajuk perbincangan ini perlu dititikberatkan untuk mencapai keamanan dan keharmonian negara. Sejak Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan, kesemua fungsi yang diharapkan berkesan telah terbukti menjadi dengan melihat perpaduan negara kini. Oleh itu, diharapkan semua rakyat mampu mempertahankan apa yang dimiliki saat ini dan perjuangkan lagi Bahasa Melayu agar negara Malaysia mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara dunia pertama yang lain di masa akan datang.
RUJUKAN Adnan, A. S. (2022, April 1). Malaysia, Indonesia setuju guna Bahasa Melayu sebagai perantara di sidang antarabangsa. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/04/827473/malaysiaindonesia-setuju-guna-bahasa-melayu-sebagai-perantara-di-sidang Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan Edisi keempat (4th ed.). Esa, Mohd. S., Ationg, R., Othman, I. W., & Jupiter, H. (2021). Isu dan Cabarab Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan di Ambang Kemerdekaan Tanah Melayu. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 6(41), 111–125. https://doi.org/10.35631/ijepc.641009 Muslim, N., Hassan, Z., Latif, A., & Abstrak, S. (2011). Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan: Kedudukan dan Peranannya dalam Konteks Komunikasi Perpaduan. International Journal of the Malay World and Civilisation, 29(1),103–120. http://journalarticle.ukm.my/3311/1/Bahasa_Melayu_dalam_perlemb agaa_Persekutuan.pdf Nor, S., & Nor, S. (2019). Sistem Pendidikan dan Pemartabatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di Malaysia. Usim.edu.my. https://doi.org/9789675852442