The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 887-16-aziman, 2024-04-16 20:57:44

BUKU CERITA KISAH PENGEMBARAAN JATI LATEST_compressed

BUKU CERITA KISAH PENGEMBARAAN JATI LATEST

KISAH PENGEMBARAAN KISAH PENGEMBARAAN JATI Buku cerita kanak-kanak Izzatul Laily Subanderio


Cetakan Pertama 2024 ©Izzatul Laily Binti Subanderio(Cerita), dan Mohamed Arash Ubaidillah Bin Mohamed (ilustrasi). Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak bahagian cerita, ilustrasi, dan isi kandungan buku cerita ini dalam apa jua bentuk dan cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin penulis. Comicwin Printing SDN. BHD Dicetak oleh: Comicwin Printing SDN. BHD., No.49, Jalan Dato Haji Harun, Taman Taynton View, Cheras 56000, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.


KATA PENGANTAR Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya. Buku cerita kanak-kanak “ Kisah Pengembaraan Jati” berjaya dihasilkan. Buku cerita ini dihasilkan bagi memenuhi tugasan pentaksiran berterusan bagi subjek Kesusasteraan Kanak-Kanak dalam Pendidikan Bahasa Melayu BMMB3283. Bagi Dr. Roslan Bin Abdul Wahid selaku pensyarah penasihat bagi subjek ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas segala tunjuk ajar beliau sepanjang proses menyiapkan buku cerita kanak-kanak ini. Kanak-kanak merupakan kain putih yang perlu dicorakkan dengan nilai-nilai murni yang baik. Justeru itu, buku ini dihasilkan dengan menerapkan pelbagai pengajaran dan nilai murni yang boleh diterapkan dalam diri kanak-kanak. IZZATUL LAILY BINTI SUBANDERIO Penulis. PISMP JUN 2021/2026 BM3 APRIL 2024


Di sebuah kampung yang aman dan ceria, terdapat sejenis nasi yang sangat istimewa. Nasi ini bukan sahaja lazat untuk dimakan, tetapi juga mempunyai kuasa ajaib. Nasi tersebut mampu menangis dan ia dikenali sebagai "Jati". Kuasa ajaib Jati bukanlah air mata sedih, tetapi ia mempunyai kuasa untuk membawa kebahagiaan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya. Jati tinggal bersama seorang penjual nasi yang baik hati, Pak Hassan. Setiap hari, mereka berdua akan membuka gerai nasi di pasar kampung. Jati dengan ceria akan menyebarkan kegembiraan kepada pelanggan dengan air matanya. 1


2


Pada suatu hari kehidupan mereka berdua mengalami perubahan yang sangat besar. Pak Hassan jatuh sakit secara tibatiba, Pak Hassan mengalami tanda-tanda seperti muntahmuntah dan tidak boleh berjalan. Pak Hassan terpaksa baring dan tidak boleh melakukan aktiviti hariannya. Dia juga tidak dapat menjual nasi lagi. Akibatnya, mereka berdua mula menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan kehidupan. 3


4


Jati sangat keliru dan dia tidak tahu bagaimana hendak menolong Pak Hassan, tetapi dia tahu dia perlu melakukan sesuatu. Dalam keadaan sedih Jati mengambil keputusan untuk pergi mencari penawar bagi penyakit Pak Hassan. Perjalanan Jati mencari penawar dimulakan dengan keazaman yang kuat dan hati yang tekad, dia meninggalkan pasar kampung untuk mencari pengalaman dan penyelesaian kepada penyakit Pak Hassan. 5


6


Dalam perjalanan mencari penawar untuk Pak Hassan, Jati memasuki hutan lebat yang misteri. Jati menghadapi cabaran yang belum pernah dia lihat sebelum ini tetapi dengan semangat yang tinggi, Jati menghadapi rintangan satu demi satu. 7


8


Sewaktu Jati berjalan di dalam hutan, mereka bertemu dengan Makhluk Rimba, sejenis makhluk kecil yang bertugas menjaga keseimbangan alam. Makhluk Rimba memberitahu Jati bahawa penawar untuk penyakit Pak Hassan terletak di puncak Gunung Sakti, iaitu sebuah gunung yang sangat tinggi dan berbahaya. 9


10


Tanpa ragu-ragu, Jati membuat keputusan untuk mendaki Gunung Sakti. Perjalanan Jati sangat mencabar, dengan tebing-tebing curam dan cuaca yang tidak menentu. Mereka terpaksa menghadapi ribut, salji, dan bahaya yang tersembunyi di dalam hutan. Namun, apabila Jati hampir sampai ke puncak, Jati dikejutkan dengan kehadiran Raksasa Salji yang ganas. Raksasa Salji menghalang laluan Jati dengan menyerangnya dengan bebola salji gergasi yang banyak. Namun, dengan keberanian, Jati berhasil mengalahkan Raksasa Salji dan terus ke puncak Gunung Sakti bagi mendapatkan penawar untuk Pak Hassan. 11


12


Di puncak gunung, mereka bertemu dengan Tukang Ramal, seorang bijak pandai yang mengetahui rahsia penawar bagi penyakit Pak Hassan. Namun, Tukang Ramal menguji keberanian mereka dengan ujian-ujian yang sukar. Antara ujian yang perlu dihadapi Jati adalah Jati perlu cuba menelan semangkuk muntah manusia. Tukang Ramal tidak memberitahu tujuan utama kenapa Jati perlu menelan muntah. Ia hanya cabaran yang diberikan kepada Jati untuk mendapatkan penawar bagi Pak Hassan. 13


14


Setelah berjaya melepasi semua ujian, Tukang Ramal mendedahkan rahsia penawar tersebut kepada Jati bahawa sejenis herba ajaib yang hanya boleh ditemui di dalam gua tersembunyi di dasar gunung. Tanpa membuang masa, Jati segera meneruskan perjalanan ke gua tersebut. Tetapi ada sesuatu yang perlu dikorbankan oleh Jati jika ingin memasuki gua tersebut. 15


16


Di hadapan gua terdapat Penjaga Gua yang akan menghalang sesiapa sahaja yang ingin memasuki gua. Penjaga Gua meminta Jati meminta sesuatu yang boleh dia beri bagi membenarkan dia memasuki gua. Jati terfikir ingin memberi air matanya. Penjaga Gua meminta Jati untuk memberikan semangkuk air matanya. Jati pun berjaya masuk ke dalam gua. 17


18


Di dalam gua, Jati berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk perangkap dan hantu-hantu yang menakutkan. Jati perlu berhati-hati sepanjang perjalanan di dalam gua kerana terdapat tanah jelus. Jika tidak berhati-hati Jati akan tersekat dalam tanah jelus itu. Di dalam gua juga jati telah dikejar hantu yang bermata merah, gigi taring yang tajam dan besar berlumuran darah. 19


20


Tetapi dengan keberanian dan ketabahan, Jati akhirnya berjaya melepasi semua cabaran dan menemui herba yang dicari. Jati membawa pulang herba itu dengan penuh gembira dan yakin bahawa herba ajaib akan menyembuhkan Pak Hassan. 21


22


Ketika Jati kembali ke pasar kampung, dia disambut dengan sorakan dan kegembiraan oleh orang kampung. Jati merebus herba ajaib itu dengan penuh harapan dan perasaan yang gembira. Selepas herba ajaib siap direbus, Jati terus memberikan segelas air herba kepada Pak Hassan. Pak Hassan minum air herba itu secara perlahanlahan. 23


24


Selepas beberapa hari, Jati mendapati bahawa keadaan Pak Hassan tiada perubahan yang menunjukkan Pak Hassan akan semakin baik. Jati berasa kesal kerana usaha dia mengembara mendapatkan herba ajaib sia-sia. Namun, Jati tidak putus asa mencari penawar untuk Pak Hassan. 25


26


Suatu hari, Jati teringat bahawa dia memiliki air mata yang istimewa. Jati mendapat idea untuk merebus herba ajaib yang dia dapati dengan air matanya. Jati merebus herba tersebut dengan berharap Pak Hassan akan pulih seperti biasa selepas minum herba ajaib yang direbus dengan menggunakan air matanya. Jati memberikan air rebusan tersebut kepada Pak Hassan. 27


28


Kemudian, secara tiba-tiba Pak Hassan beransur pulih dan lebih sihat. Pak Hassan cuba bangun secara perlahan-lahan dari tempat tidurnya dan cuba berjalan sedikit demi sedikit. Tidak lama kemudian badan Pak Hassan sihat dan boleh memasak dan menjual nasi seperti rutin hariannya. 29


30


Sejak itu, Jati dan Pak Hasan terus berkhidmat di kampung. Jualan nasi Pak Hassan juga semakin laris. Disebabkan Pak hassan mendapat untung yang banyak, Pak hassan berjaya membuka sebuah kedai yang lebih besar di seberang kampung. Di sana juga terdapat ramai pelanggan membeli nasi Pak Hassan. Sejak itu, Pak Hasan dan Jati terus menyebarkan kegembiraan kepada semua yang datang berkunjung membeli nasi di kedai mereka. Kisah Jati serta pengembaraannya yang penuh keajaiban dan kasih sayang terus diceritakan oleh penduduk kampung, menjadi pengajaran berharga buat semua. 31


Tamat 32


Dalam cerita "Kisah Pengembaraan Jati, ” sebuah nasi ajaib bernama Jati bersama penjual nasi Pak Hassan menghadapi kesusahan ketika Pak Hassan jatuh sakit. Jati memulakan perjalanan penuh cabaran untuk mencari penawar. Jati menghadapi halangan alam,makhluk misteri dan Raksasa Salji. Setelah melalui ujian dari Tukang Ramal dan pengorbanan untuk memasuki gua tersembunyi, Jati berhasil mendapatkan herba ajaib. Namun, herba tersebut tidak berkesan untuk menyembuhkan Pak Hasaan. Adakah Jati akan berjaya menyembuhkan penyakit Pak Hassan? Kisah ini mengajarkan nilai keberanian, kasih sayang, dan keajaiban yang berasal dari tindakan yang penuh cinta. Dalam cerita "Kisah Pengembaraan Jati, ” sebuah nasi ajaib bernama Jati bersama penjual nasi Pak Hassan menghadapi kesusahan ketika Pak Hassan jatuh sakit. Jati memulakan perjalanan penuh cabaran untuk mencari penawar. Jati menghadapi halangan alam,makhluk misteri dan Raksasa Salji. Setelah melalui ujian dari Tukang Ramal dan pengorbanan untuk memasuki gua tersembunyi, Jati berhasil mendapatkan herba ajaib. Namun, herba tersebut tidak berkesan untuk menyembuhkan Pak Hasaan. Adakah Jati akan berjaya menyembuhkan penyakit Pak Hassan? Kisah ini mengajarkan nilai keberanian, kasih sayang, dan keajaiban yang berasal dari tindakan yang penuh cinta. SINOPSIS


Click to View FlipBook Version