The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ictskjb1, 2021-01-18 07:32:15

MESYUARAT GURU SKJB1 BIL 1 2021

MESYUARAT GURU SKJB1 BIL 1 2021

SK JALAN BUKIT SATU

NOTA MESYUARAT GURU SK JALAN BUKIT SATU
BILANGAN 1/2021

TARIKH : 18 JANUARI, 2021
HARI : ISNIN
MASA : 9.00 PAGI
MEDSOS : MICROSOFT TEAMS
KEHADIRAN : SEMUA GURU

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

Pengerusi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, telah melaksanakan tugas
cemerlang sepanjang tahun 2020 dengan norma baharu dan cabaran baru. Pembelajaran PDPR 99% oleh
guru dan 94% murid menggunakan GC. Mudahan Allah permudahkan urusan kita semua bagi persekolahan
2021.

1.1 DAPATAN MESYUARAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH 14HB DESEMBER 2020,
BERSAMA PPDHL SEKTOR PEMBELAJARAN.

1.1.1 En Zaiazman bin Mohd Zainuddin menyampaikan penghargaan di atas kesungguhan pelaksanaan
PdPR oleh guru-guru. Pemerhatian yang dijalankan oleh pegawai-pegawai Sektor Pembelajaran
PPDHL semasa aktiviti Learning Walk mendapati terdapat elemen pembelajaran kolaboratif dalam
proses PdPR.

1.1.2 Beliau juga menekankan menekankan kepentingan daya tahan di kalangan guru agar dapat
menghadapi segala cabaran dengan baik.

1.1.3 Beliau memohon supaya mengelakkan unsur denial syndrome yang akan membantutkan proses
pemerkasaan sekolah dalam apa jua situasi. Ini kerana orang yang bertanggungjawab untuk
menyelesaikan semua permasalahan di sekolah, tidak lain dan tidak bukan adalah Guru Besar dan
warga sekolah itu sendiri.

1.1.4 Pembentangan Pelan Strategik Organisasi Sektor Pembelajaran PPD Hulu Langat bagi tempoh 2021
hingga 2025. Matlamat strategik ialah untuk meningkatkan peratus mencapai tahap minimum
(MTM) sehingga 90%. Sekolah perlu membina pelan strategik tahun 2021 hingga 2025 yang
menyambut matlamat strategik Sektor Pembelajaran untuk bahagian kurikulum iaitu meningkatkan
MTM sehingga 90%. Pihak sekolah perlu menyediakan Pelan Strategik Organisasi untuk tempoh
2021 hingga 2025 sebelum sesi persekolahan 2021 bermula .

1.1.5 Pembentangan dan pembinaan Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL), satu intervensi instruksional
yang patut dilaksanakan di peringkat sekolah. Program intervensi adalah berbeza daripada program
peningkatan prestasi. Langkah pembinaan adalah seperti berikut :

Pembentangan pembinaan

i. Mengenalpasti kumpulan tumpuan
ii. Mengesan punca masalah
iii. Membincangkan cadangan intervensi

(Perlu wujud Intervention Assistant Team
iv. Memilih keutamaan intervensi
v. Menyediakan pelan tindakan (rujuk lampiran).

Mesyuarat Guru/Kurikulum/HEM/KoKu SK Jalan Bukit Satu Bil 1/2021| 1

Setelah semua langkah dijalankan, ia dilengkapkan dengan proses semakan Plan, Do, Check,
Action (PDCA). Kitaran intervensi yang berkesan ialah antara enam hingga lapan minggu. Selepas
lapan minggu, perlu ada satu check point untuk menilai impak program.

1.1.6 Unit SISC+ - Puan Sutinah binti Yahaya Dapatan bimbingan bersemuka pada bulan September
menunjukkan terdapat dua aspek yang mencapai peratus yang rendah iaitu aspek 4.4.1, Guru sebagai
Pendorong Minda dan aspek 4.6, Murid sebagai Pembelajar Aktif. Isu kritikal bagi aspek 4.4.1 ialah
penyoalan KBAT tidak ditekankan, PdPc berpusatkan guru, aktiviti tidak kolaboratif dan tiada
pembelajaran terbeza. Isu kritikal bagi aspek 4.6 ialah aktiviti tidak berpusatkan murid, kurang
respon dari murid, kurang berkolaboratif, kurang penyelesaian masalah dan kurang kaitan isi
pelajaran dengan kehidupan harian (rujuk lampiran).

1.1.7 Hasil daripada pemantauan PdPR telah dijalankan dari 14 Oktober hingga 10 Disember 2020.
Dapatan menunjukkan dua aspek yang mencapai peratus yang rendah iaitu aspek 4.4.1, Guru
sebagai Pendorong Minda dan aspek 4.6, Murid sebagai Pembelajar Aktif. Isu kritikal bagi aspek
4.4.1 ialah kurang penerokaan aktiviti kolaboratif dalam talian, kurang penyoalan KBAT, kurang
aktiviti penyelesaian masalah dan tiada aktiviti pembelajaran terbeza. Isu kritikal bagi aspek 4.6
ialah kurang penyoalan oleh murid (PdPR lebih sehala), kurang perbincangan untuk menyelesaikan
masalah, kurang komunikasi (murid-guru; murid-murid) dan kurang bahan yang dibentangkan oleh
murid bagi memperoleh pengetahuan dan kemahiran. Pelaksanaan flipped classroom dicadangkan
untuk memperbanyakkan bahan bagi aktiviti PdPR. Selain itu, aspek 4.4.2 iaitu Guru sebagai
Pengawal Suasana Pembelajaran, khusus bagi pembelajaran PdPR juga perlu ditambah baik .
Sekolah hendaklah melaksanakan program atau intervensi berkesan untuk menambah baik
kelemahan dalam aspek 4.4.1 dan 4.6 seperti yang dinyatakan

1.1.8 Penataran KSSR Semakan 2017 Tahun 5 telah dilaksanakan secara dalam talian pada 20 September
hingga 31 Oktober 2020 untuk semua mata pelajaran Sains Sosial iaitu Pendidikan Seni Visual,
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Muzik, Sejarah dan Pendidikan Moral. Latihan
dalaman mengikut panitia perlu dilaksanakan jika ada guru yang tidak mengikuti kursus dalam
talian. Laporan latihan dalaman perlu disediakan dan disimpan dalam fail panitia berkaitan.

1.1.9 Pengurusan Pemulihan hendaklah menggunakan Instrumen Pengurusan Program Pemulihan Khas
yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Selangor, meliputi item Kepimpinan Sekolah , Data
Pemulihan Khas, Sokongan Ibu bapa, Prasarana Kelas Pemulihan, Pengurusan Fail Pemulihan
Khas dan Pengurusan Rekod Murid.

1.1.10 Unit Sumber Teknologi Pendidikan - Encik Yusri bin Abd Hamid memaklumkan Pusat Kegiatan
Guru ( PKG ) masih berfungsi dan beroperasi sehingga kini. PKG kini di bawah pengurusan Unit
Sumber Teknologi Pendidikan (USTP ) yang terdiri daripada 5 orang Penolong PPD USTP PPD
Hulu Langat. Sekiranya pihak sekolah memerlukan khidmat penggunaanlokasi PKG, pihak sekolah
perlu membuat surat permohonan penggunaan lokasi tersebut kepada pihak PPD Hulu Langat.
PPPD USTP akan bertugas selama tiga hari dalam seminggu di PKG manakala baki dua hari akan
bertugas di PPD Hulu Langat.

1.1.11 DELIMA / Google Classroom- Encik Ahmad Alfian bin Ahmad Fauzi Penggunaan platform
DELIMa dan google classroom sekolah daerah Hulu Langat menunjukkan trend yang amat baik.
Pada bulan November, log in oleh guru berada di tangga ke-2 dalam negeri Selangor dan log in
oleh murid berada di tangga ke-3. Pada bulan Disember, log in oleh guru berada di tangga pertama,
manakala log in oleh murid kekal berada di tangga ke-3.

1.1.12 Pentaksiran Bilik Darjah - Semua Panitia perlu menganalisis data PBD pencapaian murid TP1
hingga TP 6. Panitia juga hendaklah mengenal pasti isu dan intervensi yang bersesuaian melalui
Dialog Prestasi PBD , sepertimana yang dinyatakan dalam Bab 8, Panduan Pelaksanaan PBD Edisi
Kedua. Guru-guru perlu mencatat pentaksiran murid dalam Borang Rekod Perkembangan Murid.

Mesyuarat Guru/Kurikulum/HEM/KoKu SK Jalan Bukit Satu Bil 1/2021| 2

Borang ini dahulunya dikenali sebagai borang transit. Rujukan mendalam boleh dilakukan pada
muka surat 46, perkara 5.1.3, Buku Panduan Pelaksanaan PBD Edisi Kedua. Guru-guru hendaklah
menjalankan tanggungjawab dengan baik bermula dari rekod pemberian pentaksiran hingga
pemberian TP. Mereka hendaklah sentiasa menjadikan standard prestasi mata pelajaran sebagai
rujukan. Guru besar hendaklah memastikan semua guru menyediakan Borang Rekod
Perkembangan Murid yang teratur dan lengkap dari masa ke semasa.

1.1.13 Pelaksanaan Kajian Tindakan akan diedarkan melalui surat ke semua sekolah. Guru besar dimohon
untuk melantik seorang penyelaras Kajian Tindakan sekiranya masih belum ada. Beliau akan
bertindak sebagai pengantara untuk melancarkan proses dan menerima maklumat terkini daripada
pihak PPD Hulu Langat. Setelah pelawaan pelaksanaan kajian tindakan diedarkan, warga sekolah
perlu menghasilkan kertas cadangan terlebih dahulu untuk dihantar kepada pihak
bertanggungjawab iaitu Puan Fauzan Izzati binti Roselan selaku penyelaras kajian tindakan di PPD
Hulu Langat.

1.2 DAPATAN TAKLIMAT PELAKSANAAN KURIKULUM 2021 OLEH DR. LATIF, BPK
(BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM) - RUJUK SOFTCOPY
TAKLIMAT PELAKSANAAN TRANSISI 2021 – RUJUK SOFTCOPY

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
3.0 PERKARA BERBANGKIT

4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 PENCAPAIAN DAN KPI SEKOLAH

( RUJUK LAMPIRAN PENCAPAIAN DAN KPI SEKOLAH )

a. Program Peningkatan akademik sekolah perlu dijalankan dengan melaksanaan PILL bagi
memastikan murid yang lemah tidak tercicir.

b. Ketua Panitia serta ahli perlu merancang aktiviti yang bersesuaian dan aktivitit intervensi yang
akan dilaksanakan bagi tahun 2021.

c. Perancangan Pelan Strategik Organisasi 2021-2025

4.2 PEMBENTANGAN KEWANGAN SEKOLAH - (RUJUK LAMPIRAN KEWANGAN)
a. Tahniah kepada semua guru kerana dalam pengurusan kewangan pihak sekolah telah
mengekalkan audit cemerlang 2016 hingga 2019. Mudahan audit cemerlang untuk tahun 2020.
b. Semua Ketua Panitia perlu merancang perbelanjaan panitia masing-masing untuk tahun 2021
dengan mengambil kira baki yang ada dan baki semasa. Ketua Panitia perlu membentangkan
belanjawan atau baki tahun 2020.

4.3 PENGAGIHAN TUGAS (RUJUK MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2021)
a. Bacaan ikrar, Tandatangan guru dan cop jawatan (rujuk rekod pengajaran dan pembelajaran
b. Bidang Tugas Guru : (rujuk manual pengurusan 2021)
i. Pengurusan Pentadbiran
ii. Pengurusan Kurikulum
iii. Pengurusan Hal Ehwal murid
iv. Pengurusan Kokurikulum
v. Pencapaian sekolah 2019/2020 dan KPI target 2021
vi. Takwim 2021

4.4 Mesyuarat Panitia:
Peranan Panitia untuk meningkatkan pengajaran dan pemudahcaraan. Membudayakan
Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK 21) dan PLC di sekolah. Fokus utama guru menjadikan murid
berpengetahuan.

Mesyuarat Guru/Kurikulum/HEM/KoKu SK Jalan Bukit Satu Bil 1/2021| 3

4.4.1 Agenda Mesyuarat Panitia:
a. Mesyuarat Pertama: (Kurikulum/Panitia)
1. Matlamat dan Objektif Kurikulum / Visi Misi
2. Dasar / Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum –termasuk Pengagihan Tugasan.
3. Post Mortem Peperiksaan (mengikut kesesuaian)
4. Post Mortem PBD / Pentaksiran Sekolah
5. Pelan Strategik Panitia
6. Anggaran Belanjawan Mengurus (PCG Mata Pelajaran)

b. Mesyuarat Kedua/ Ketiga: (Program
1. Dasar / Ketetapan (dibangkit jika perlu/ada)
2. Laporan Pemantauan/Penilaian/Keberkesanan/Tindakan Penambahbaikan

Induk @Panitia/ Pencerapan/ Kewangan )
3. Post Mortem Peperiksaan (mengikut kesesuaian)
4. Post Mortem PBD / Pentaksiran Sekolah

c. Mesyuarat Keempat:
1. Laporan Pemantauan / Penilaian / Keberkesanan / Penambahbaikan

(Program/Pencerapan/ Kewangan)
2. Post Mortem PBD / Pentaksiran Sekolah
3. Post Mortem Peperiksaan.(mengikut kesesuaian)
4. Penyediaan/Pemurnian/Kemaskini Dokumen/Laporan
5. Penarafan Kendiri Sekolah SKPMG2
6. Perancangan Tahun Hadapan

4.4.2 Pelaksanaan Program j-QAF

Jawi:
i. Pengajaran dan pembelajaran Jawi dilaksanakan dalam bentuk kelas.
ii. Pemulihan Jawi dilaksanakan dalam bentuk kem 2 kali setahun
iii. Setiap kem dilaksanakan selama 12 jam (2hari)

Khatam Al-Quran
i. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara kolaboratif mengikut

nisbah bilangan murid dan guru:
1 -14 murid / 1 guru, 15-29 murid / 2 guru, 30 ke atas / 3 guru

Tasmik
i. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara kolaboratif mengikut

nisbah bilangan murid dan guru

i. 14 murid / 1 guru, 15-29 murid / 2 guru, 30 ke atas / 3 guru
ii. 2 waktu seminggu dikira sebagai waktu mengajar rasmi
iii. Rancangan Pelajaran Harian disediakan

Bahasa Arab
i. Mata pelajaran Elektif KSSR dengan peruntukan 3 waktu seminggu

Kem Bestari Solat
i. Dilaksanakan 2 kali setahun.

ii. Tempoh masa 5 jam setiap kem dengan 6 LDK

4.5 Memaklumkan mengenai buku kerja yang telah dipersetujui telah pun dijual di kedai buku hendaklah
digunakan sebagai pengayaan murid dan pastikan disemak.

4.6 Pengenalan kepada Asean – wujudkan sudut Asean (KP Sejarah) diteruskan 2021
4.7 Semua Kelas Pembelajaran abad 21:

a. Kelas yang terlibat susun atur

Mesyuarat Guru/Kurikulum/HEM/KoKu SK Jalan Bukit Satu Bil 1/2021| 4

b. Pembelajaran pintar dibantu internet
c. Penggunaan KBAT/i-THINK dan Penggunaan platform DELIMa dan google classroom

sekolah
d. Bahan pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah

4.8 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
a. PBS merupakan pentaksiran holistik yang terdiri daripada dua komponan iaitu akademik dan
bukan akademik.

b. Pengurusan Pengoperasian PBS mestilah mengikut garis panduan yang ditetapkan.

c. PBS terdiri dua kategori akademik iaitu Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentaksiran Sekolah (PS)

d. Pentaksiran Sekolah dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
e. Penjaminan kualiti PBS adalah tanggungjawab sekolah yang melibatkan:

i. Pementoran ii. Pengesanan iii. Pemantauan iv.Penyelarasan
f. Mengadakan 4 kali mesyuarat setahun.

g. Mesyuarat pertama – menetapkan hala tuju, matlamat, menyediakan jadual aktiviti dan

sebagainya.

h. Mesyuarat kedua – kajian suku tahun pertama
i. Mesyuarat ketiga – kajian suku tahun kedua

j. Mesyuarat ketiga - kajian suku tahun ketiga

k. Mesyuarat keempat – Post Mortem Pelaksanaan
l. Semua keputusan mesyuarat diminitkan dan menjadi dasar atau punca kuasa kepada

pengoperasian/pelaksanaan semua komponen PBS di sekolah

m. Perlantikan KP untuk Latihan, Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan, Pentaksir Pusat dan

Pentaksir Sekolah, PPsi dan PAJSK dan JU setiap matapelajaran.
n. PBD Penilaian dalam bentuk formatif dan sumatif

o. Data softcopy di simpan dan mudah untuk di akses.
p. Format Pelaporan Pentaksiran Berasaskan Sekolah diselaraskan dan semua guru Tahun 1

hingga Tahun 6 hendaklah mengikut format berkenaan.
q. Persetujuan menjalankan Sumatif 1, 2 dan 3 untuk menyokong PBS secara formatif bagi tahun

4 hingga tahun 6.
r. Pengurusan Pengumpulan Data PBS

4.9 PBS MELALUI UJIAN SUMATIF / PEPERIKSAAN UNTUK TAHAP DUA
a. Ketua-ketua pentaksir perlu meletakkan dan menyimpan kertas soalan di
bilik Peperiksaan. Prosedur peperiksaan dipatuhi melibatkan semua matapelajaran.
b. Tarikh Ujian sumatif tahap 2 (2021) : Sumatif 1 = Mulai 04.03.2021
Sumatif 2 = Mulai 28.04.2021 Sumatif 3 = Mulai 10.11.2021-12.11.2021
15 – 16.11.2021
c. Semua panitia atau guru perlu menggunakan gred dalam SAPS seperti berikut:
A = 80 – 100 B = 79 - 65 C = 64 - 50 D = 40 - 49 E = 1 - 39
d. TOV murid berdasarkan akhir tahun / Sumatif 3, 2019.
e. Analisa peperiksaan penting untuk digunakan semasa membuat post mortem mata
pelajaran mengikut prosedur yang ditetapkan.

4.10 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR SEMAKAN THN 1, THN 2 ,

THN 3, THN 4, THN 5 DAN KSSR THN 6)

Semua guru dikehendaki menyediakan DSKP, Standard Prestasi, Standard

Kurikulum(KSSR)/KSSR Semakan , Rancangan Pelajaran Tahunan. Guru-guru Tahap Satu dan

Guru Tahun 4 dan 5, (rujuk kepada SEMAKAN KSSR) pelaksanaan berdasarkan semakan

terkini.

4.11 PROGRAM TUNAS PERMATA / PEMULIHAN

a. Pemulihan akan dijalankan di peringkat sekolah

b. Mesyuarat Pertama Persekolahan 2021 pada 12.01.2021

4.12 PEMBELAJARAN KELAS ABAD 21 5
Mesyuarat Guru/Kurikulum/HEM/KoKu SK Jalan Bukit Satu Bil 1/2021|

Semua kelas dikehendaki melaksanakan pembelajaran kelas abad 21. Lima unsur yang wajib ada
dalam pembelajaran abad 21 adalah: Komunikatif, kolaburatif, kreatif, kritis dan nilai.

4.13 KBAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN

Kemahiran Belajar Aras Tinggi dalam setiap pengajaran dan pemudahcaraan

4.14 MBMMBI

a. Program melibatkan dasar kerajaan dilaksanakan dan jawatankuasa yang dilantik membuat
perancangan diteruskan.

b. Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 5 Tahun 2011: Garis Panduan Pelaksanaan
Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Antara
pengisian program MBMMBI di sekolah rendah:
i. Analisa Prestasi Bahasa Melayu semua tahun
ii. Analisa Prestasi Bahasa Inggeris semua tahun
iii. Pelaksanaan majlis rasmi sekolah – Perhimpunan mingguan dan majlis rasmi
iv. Program Transisi Tahun 1
v. Program Pemulihan / Tunas Permata (Tahun 1,2 dan 3)

vi. Pelaksanaan KSSR Semakan (Tahun 1 hingga Tahun 5 ) KSSR (Tahun 6)
vii. Pembudayaan PBS (Tahun 1 hingga 6)
viii.Program pemulihan Tahun 4
ix. Penutur Jati
x. Program Akademik / Koakademik Bahasa
xi. Kursus Dalaman berkaitan bahasa
xii. Kursus bahasa anjuran KPM, JPN, PPD dan agensi lain berkaitan bahasa.
xiii.Pelancaaran Bulan Bahasa Kebangsaan (Oktober)
xiv. Bijak Kamus
xv. Program Bacaaan NILAM

c. Persekitaran sekolah: 6
Pelabelan, papan tanda dan petunjuk arah – memenuhi dasar MBMMBI
Persekitaran kondusif untuk membantu peningkatan Bahasa
1. Ruang atau sudut bahasa
2. Bilik atau Makmal bahasa
3. Papan kenyataan
4. Sudut ilmu
5. Sudut pengucapan awam

4.15 DIALOG PRESTASI PERINGKAT SEKOLAH
A. Cadangan Tarikh Dialog Prestasi Peringkat sekolah

(RUJUK TAKWIM)

B. AGENDA DIALOG PRESTASI: CONTOH
1. Perutusan Pengerusi
2. Pengesahan Rumusan dan Maklumbalas Dialog Prestasi Yang lalu
3. Perkara berbangkit
4. Pembentangan Kertas Kerja / Isu / Laporan

4.1 Kedatangan Purata Kedatangan Sebelumnya
4.1.1 Purata Kedatangan Sebelumnya
4.1.2 Kekerapan Ketidakhadiran Murid

4.2 Pencapaian Dalam Ujian / Peperiksaan dan Intervensi
4.3 Disiplin Murid dan Intervensi

4.3.1 Statistik Kes Disiplin (Umum)
4.3.2 Kekerapan Murid Terlibat Dalam Kes Disiplin
4.3.3 Tindakan Pencegahan
4.4 Keberadaan Guru

Mesyuarat Guru/Kurikulum/HEM/KoKu SK Jalan Bukit Satu Bil 1/2021|

4.5 Kualiti Kepimpinan dan Kualiti Guru (SKPMG2 Std 1 dan 4)
4.6 Lawatan Bimbingan : Ketua PPD / SIPartners+ / SISC+
4.7 Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Inggeris
4.8 ICT Dalam Pendidikan: Penyelenggaraan dan Penggunaan.
5. Rumusan
6. Hal-Hal Lain
7. Penutup

4.16 FAIL REKOD MENGAJAR
a. Mematuhi pekeliling Iktisas Bil. 3/1999, membaca pekeliling yang terkandung dan
tandatangan setelah memahami isi kandungan.
b. Peringatan untuk guru-guru agar menyediakan DSKP, Standard Prestasi, Standard
Kurikulum (KSSR) / KSSR Semakan , Rancangan Pelajaran Tahunan selewat-lewatnya
pada 29hb, Januari, 2021. Guru-guru Tahap Satu, Tahun 4 dan 5, Rujuk Kepada
SEMAKAN KSSR dan pelaksanaan berdasarkan semakan terkini.
c. Guru-guru yang dipertanggungjawabkan menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan
disediakan selaras untuk setiap matapelajaran dan selaras mengikut takwim yang
ditetapkan. (42 Minggu Persekolahan / 36 Minggu Akademik)

d. Penulisan RPH mengandungi sekurang-kurangnya perkara berikut (SPI Bil 3/1999).
o Kelas, masa dan matapelajaran

o Tajuk/Tema

o Standard Kandungan

o Standard Pembelajaran

o Objektif pembelajaran

o Kriteria Kejayaan

o Bermula dengan set induksi dan Aktiviti (ada unsur KBAT/ Peta i-THINK / Google
Classroom dll.)

o Bahan bantu mengajar

o Penilaian/Pentaksiran

o Catatan/ refleksi /Impak

*****Sila rujuk format RPH terkini KSSR Semakan / KSSR. (RPH TS25 yang disertakan)
e. Semua guru diingatkan agar mencatat setiap perbincangan di belakang Fail Rekod

Mengajar. Fail Rekod mengajar perlu dibaca dan diisi dengan lengkap dan ditandatangani
sebelum /pada 29hb. Januari 2021.
f. Hari pertama persekolahan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan baik.
g. Fail Rekod Mengajar dihantar pada setiap minggu pada hari Jumaat tanpa
gagal. Surat tunjuk sebab dihantar kepada guru, jika gagal berbuat demikian.

4.17 PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. Penyediakan Pelan Strategik, Pelan Taktikal, Pelan Operasi P. Sumber
2. Pemilihan buku/bahan sumber yang baik untuk sumber pembelajaran
3. Menyediakan peraturaan penggunaan bahan sumber, pinjaman buku, jadual penggunaan

pss untuk kedua-dua sesi persekolahan.
4. Mesyuarat Pusat Sumber Sekolah 3 kali setahun membincangkan:

Mesyuarat Pertama membincangkan:
i. Pengurusan dan Pentadbiran
• Struktur organisasi

• Aktiviti tahunan

• Pemantauan PSS

• Pengurusan Kewangan

• Pemilihan buku

ii. NILAM

Mesyuarat Guru/Kurikulum/HEM/KoKu SK Jalan Bukit Satu Bil 1/2021| 7

Mesyuarat Kedua membincangkan:
• Laporan kewangan
• Laporan aktiviti
• Pemantauan aktiviti
• Laporan Penilaian aktiviti
• Penambahbaikan aktiviti

Mesyuarat Ketiga membincangkan:
• Laporan Kewangan
• Laporan Aktiviti (Post Mortem)
• Laporan Prestasi NILAM
• Hal-hal lain

4.18 MMI
MMI ialah singkatan daripada tiga rangkai kata, iaitu Melindungi Masa Instruksional. Masa
Intruksional ialah masa sebenar yang digunakan untuk pelaksanaan PdP yang berkesan tanpa
sebarang gangguan.

MMI bukan dasar tetapi merupakan amalan dalam kepimpinan instruksional.
MMI bukan satu dasar baharu KPM. MMI sememangnya telah menjadi amalan warga
pendidik sejak sistem pendidikan negara dibangunkan, iaitu penekanan konsep guru
mengajar dan murid belajar. Oleh yang demikian, MMI diberikan jenama baharu dan
diberikan penekanan semula oleh pihak KPM.

MMI sangat perlu dilaksanakan di sekolah bagi memastikan peningkatan keberkesanan
pembelajaran murid berteras konsep ” Guru Mengajar dan Murid Belajar”. Murid akan
mendapat masa pembelajaran yang maksimum jika MMI dilaksanakan dengan berkesan di
sekolah. Manakala guru yang menghayati MMI akan berupaya meningkatkan keberkesanan
pembelajaran murid.

4.19 PLC
Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan
bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk
mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka. Tahniah kerana 2020 sekolah
mencapai 100% pelibatan guru dalam PLC. Fail perlu dibuka untuk setiap tahun.

Perkara-perkara yang perlu ada dalam Fail Penyelaras PLC Sekolah:

1. Carta Organisasi

2. Surat Panggil dan Minit Mesyuarat

3. Perancangan Tahunan

4. Kitaran 1 - Pelaporan PLC setiap Panitia

5. Kitaran 2 - Pelaporan PLC setiap Panitia

6. Laporan PLC ke PPD

7. Lampiran - Tool kit (Borang) - Buku Panduan PLC

4.20 PENCERAPAN PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN 8
BERDASARKAN SKOR SKPMg2 (RUJUK LAMPIRAN)
Menggunakan Instrumen standard 4 dalam SKPMg2

4.21 PROGRAM PENINGKATAN SEKOLAH
PELAKSANAAN PILL ( PELAN INTERVENSI LIMA LANGKAH)
1. Mengenalpasti masalah
2. Memahami punca
3. Menyenaraikan cadangan intervensi
4. Langkah keutamaan
5. Pelan tindakan

Mesyuarat Guru/Kurikulum/HEM/KoKu SK Jalan Bukit Satu Bil 1/2021|

4.22 PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KEMENJADIAN MURID 2021
KEBITARAAN SEKOLAH: OLAHRAGA, MERENTAS DESA DAN SAINS
1. Penganjuran Karnival Olahraga dan Sains 2021

2. Program Peningkatan Prestasi Kecemerlangan dan kemenjadiaan 2021
3. Pengantarabangsaan 2021
4. Penyertaan setiap guru dalam kebitaraan sekolah 2021
5. Aktiviti Penandaarasan, jalinan dan jaringan 2021

6. Sudut Sains, sudut olahraga dan merentas desa, dokumentasi kebitaraan
7. Bilik kebitaraan Sains (Makmal Sains) dan Bilik kebitaraan olahraga dan merentas desa.
8. SKJB1 Sekolah Contoh 1 Murid 1 Sukan Negeri Selangor

4.23 POST MORTEM PENTAKSIRAN BILIK DARJAH / PENTAKSIRAN SEKOLAH
(Rujuk Manual Pengurusan Sekolah 2021)
Pencapaian Sekolah dan KPI 2021.

4.24 KAJIAN TINDAKAN
Semua guru digalakkan membuat kajian tindakan mengikut bidang masing-masing.

4.25 PEMBENTANGAN BIDANG TUGAS GURU DALAM PENGURUSAN PENTADBRAN
DAN KURIKULUM
( Rujuk Manual Pengurusan Sekolah 2021)

4.26 PENGURUSAN DAN PENILAIAN SKPMg2 2021
a. Pengisian data fasa 1, Januari hingga Jun dan penyediaan eviden
b. Pengisian data fasa 2, Julai hingga November dan penyediaan eviden
c. Audit SKPMg2

STANDARD 1 : KEPEMIMPINAN
PERNYATAAN STANDARD :
Pengetua/Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi yang berupaya
menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah
dan meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran (PdP)

ASPEK/STANDARD KUALITI
1.1 PGB SEBAGAI PENERAJU
1.1.1 PGB menetapkan hala tuju sekolah secara terancang
1.1.2 PGB mengetuai penyediaan Rancangan Pemajuan Sekolah secara terancang dan

sistematik
1.1.3 PGB mengetuai pemantauan pengoperasian sekolah secara terancang dan sistematik
1.1.4 PGB menerajui aktiviti instruksional dalam pelaksanaan PdP secara profesional dan

terancang
1.1.5 PGB menerajui aktiviti instruksional dalam pelaksanaan pencerapan PdP secara

profesional dan terancang
1.1.6 PGB menerajui aktiviti instruksional dalam pelaksanaan pemantauan kemajuan dan

pencapaian murid secara sistematik dan terancang.
1.1.7 PGB menangani masalah pengoperasian sekolah secara profesional dan terancang

1.2 PGB SEBAGAI PEMBIMBING
1.2.1 PGB memberi bimbingan kepada guru dan AKP secara profesional dan terancang
1.2.2 PGB memberi bimbingan kepada barisan pemimpin yang diturun kuasa secara
profesional dan terancang

Mesyuarat Guru/Kurikulum/HEM/KoKu SK Jalan Bukit Satu Bil 1/2021| 9

1.3 PGB SEBAGAI PENDORONG
1.3.1 PGB mendorong warga sekolah dengan menjadi suri teladan secara profesional dan
terancang
1.3.2 PGB menggalakkan warga sekolah memberi input berkaitan pemajuan sekolah secara
profesional dan terancang.
1.3.3 PGB menggerakkan warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab secara
terancang

STANDARD 2 : PENGURUSAN ORGANISASI
PERNYATAAN STANDARD :
Organisasi sekolah diurus secara cekap dengan mengambil kira potensi dan keperluan warga
sekolah, kemudahan, sumber dalaman dan luaran untuk meningkatkan keberkesanan
pengoperasian sekolah.

ASPEK/STANDARD KUALITI
2.1 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
2.1.1 Sumber manusia diurus secara sistematik dan terancang.

2.1.2 Pembangunan sumber manusia diurus secara terancang.

2.2 PENGURUSAN ASET
2.2.1 Aset alih dan aset tak alih diurus secara sistematik dan terancang.

2.3 PENGURUSAN KEWANGAN
2.3.1 Kewangan diurus secara sistematik dan terancang.

2.4 PENGURUSAN SUMBER PENDIDIKAN
2.4.1 Sumber pendidikan diurus secara sistematik dan terancang.

2.5 IKLIM
2.5.1 Persekitaran fizikal diselenggara secara sistematik dan terancang.

2.5.2 Suasana yang selesa dan harmoni diwujudkan secara sistematik dan terancang.

2.6 PENGURUSAN PERPADUAN
2.6.1 Pemahaman dan penerimaan terhadap kepelbagaian masyarakat Malaysia diurus

secara terancang.

2.7 PERMUAFAKATAN STRATEGIK
2.7.1 Permuafakatan strategik diusahakan secara profesional dan terancang.

STANDARD 3.1 : PENGURUSAN KURIKULUM
PERNYATAAN STANDARD :
Bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid diurus secara cekap dan berkesan untuk

melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras
dengan hala tuju sekolah.

ASPEK/STANDARD KUALITI
3.1.1 KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM
3.1.1.1 Pelaksanaan kurikulum diurus secara sistematik dan terancang.
3.1.2 PENGURUSAN MATA PELAJARAN - Mengikut Panitia Mata Pelajaran
3.1.2.1 Pelaksanaan mata pelajaran diurus secara profesional dan terancang.

3.1.2.2 Program peningkatan kualiti pengajaran guru diurus secara terancang.
3.1.2.3 Program peningkatan pencapaian murid diurus secara profesional dan terancang.
3.1.2.4 Bantuan geran per kapita mata pelajaran dimanfaatkan secara sistematik dan

terancang.

3.1.3 KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM 10
3.1.3.1 Masa pelaksanaan PdP diurus secara sistematik dan terancang.

Mesyuarat Guru/Kurikulum/HEM/KoKu SK Jalan Bukit Satu Bil 1/2021|

3.1.4 PENGURUSAN MATAPELAJARAN
3.1.4.1 Peperiksaan dan pentaksiran diurus secara sistematik dan terancang.

STANDARD 3.2 PENGURUSAN KOKURIKULUM
PENYATAAN STANDARD
Bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid diurus secara cekap dan berkesan untuk
melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan

hala tuju sekolah.

ASPEK/STANDARD KUALITI
3.2.1 KETETAPAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM
3.2.1.1 Pelaksanaan kokurikulum diurus secara sistematik dan terancang

3.2.2 PENGURUSAN KELAB/PERSATUAN
3.2.2.1 Kelab/persatuan diurus secara sistematik dan terancang

3.2.3 PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM
3.2.3.1 Badan beruniform diurus secara sistematik dan terancang.

3.2.4 PENGURUSAN SUKAN/PERMAINAN
3.2.4.1 Sukan/permainan diurus secara sistematik dan terancang

3.2.5 PENGURUSAN PROGRAM KECEMERLANGAN KOKURIKULUM
3.2.5.1 Program kecemerlangan kokurikulum diurus secara profesional dan terancang

3.2.6 PENGURUSAN SUKAN UNTUK SEMUA
3.2.6.1 Aktiviti Sukan Untuk Semua diurus secara profesional dan terancang

3.2.7 PENGURUSAN PENTAKSIRAN KOKURIKULUM
3.2.7.1 Pentaksiran kokurikulum dilaksanakan secara sistematik dan terancang.

STANDARD 3.3 : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
PERNYATAAN STANDARD :
Bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid diurus secara cekap dan berkesan untuk
melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras
dengan hala tuju sekolah.

ASPEK/STANDARD KUALITI
3.3.1 KETETAPAN PELAKSANAAN HAL EHWAL MURID
3.3.1.1 Pelaksanaan hal ehwal murid diurus secara sistematik dan terancang.

3.3.2 PENGURUSAN DISIPLIN MURID
3.3.2.1 Disiplin murid diurus secara profesional dan terancang.

3.3.4 PENGURUSAN KESELAMATAN MURID
3.3.4.1 Keselamatan murid diurus secara sistematik dan terancang.

3.3.5 PENGURUSAN KESIHATAN MURID
3.3.5.1 Program dan perkhidmatan kesihatan murid diurus secara sistematik dan terancang.

3.3.6 PENGURUSAN BANTUAN PELAJARAN MURID
3.3.6.1 Bantuan pelajaran murid diurus secara sistematik dan terancang.

3.3.7 PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
3.3.7.1 Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling diurus secara profesional dan terancang.
3.3.7.2 Pentaksiran psikometrik diurus secara sistematik dan terancang.

STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN
PERNYATAAN STANDARD :
Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang
berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan meningkatkan

pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.

ASPEK/STANDARD KUALITI
4.1 GURU SEBAGAI PERANCANG
4.1.1 Guru merancang pelaksanaan PdPc secara profesional dan sistematik.

Mesyuarat Guru/Kurikulum/HEM/KoKu SK Jalan Bukit Satu Bil 1/2021| 11

4.2 GURU SEBAGAI PENGAWAL
4.2.1 Guru mengawal proses pembelajaran secara profesional dan terancang.
4.2.2 Guru mengawal suasana pembelajaran secara profesional dan terancang.
4.3
4.3.1 GURU SEBAGAI PEMBIMBING
4.4 Guru membimbing murid secara profesional dan terancang.
4.4.1
GURU SEBAGAI PENDORONG
4.4.2 Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran secara
profesional dan terancang.
4.5
4.5.1 Guru mendorong emosi murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran secara
4.6 profesional dan terancang.
4.6.1
GURU SEBAGAI PENILAI
Guru melaksanakan penilaian secara sistematik dan terancang.

MURID SEBAGAI PEMBELAJAR AKTIF
Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara berkesan.

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Pengurusan Pentadbiran Sekolah (Rujuk Manual Pengurusan Sekolah 2021)
a. Waktu persekolahan Sesi Pagi dan Sesi Petang , dan Pra sekolah
b. Perhimpunan Rasmi Sekolah
c. Perhimpunan Rasmi Unit Beruniform pada setiap minggu ketiga
d. Pemakaian pakaian unit beruniform pada setiap hari Rabu oleh semua guru
e. Kehadiran guru dan Keluar masuk waktu bertugas
f. Cuti Rehat Khas, Cuti Sakit dan cuti yang terlibat
g. Pakaian dan Tanda Nama

5.2 Pembentangan bidang tugas Guru ( Rujuk Buku Manual Pengurusan Sekolah 2021):
a. Pengurusan
b. Kurikulum
c. Hal Ehwal Murid
d. Kokurikulum

5.3 Takwim Persekolahan: -
a. Mesyuarat Agung PIBG -
b. Cakna Akademik Bersama-sama Ibubapa -
-
c. Sukan Tahunan -
d. Majlis Anugerah Kualiti -
e. Majlis Apresiasi Tahun 6
f. Hari Penetapan Target Tahun 6

5.4 Pembinaan Dasar Dan Ketetapan Perlaksanaan Kurikulum Sekolah 2021.
5.5 Pembinaan Dasar Dan Ketetapan Perlaksanaan HEM Sekolah 2021
5.6 Pembinaan Dasar Dan Ketetapan Perlaksanaan Ko-kurikulum Sekolah 2021

Waktu persekolahan:
5.7 Pengurusan Pendidikan PraSekolah 2021

Waktu persekolahan:
5.8 APDM – Kehadiran murid 2017- 81.90 %

2018 - 81.3% , 2019- 83.3%, 2020- -----%, KPI perlu capai 2021- 86%

a. kehadiran dipengaruhi cuti akibat cuti sakit, masalah keluarga murid, masalah peribadi dan kes
ponteng serta pandemik COVID-19.
b. PK HEM dipertanggungjawabkan untuk melengkapkan kehadiran murid dalan jadual
kedatangan dan Sistem Pengurusan Murid APDM setiap hari. Guru waktu pertama PDPC

mesti peka dengan kehadiran murid dan laporkan danlam i-WHATSAPPS APDM.

5.9 KWAPM – penerima 2021, ----- orang.
a. Data diambil daripada Sistem Pengurusan Murid.

b. KWAPM tahun 1, semua maklumat murid mesti dilengkapkan sebelum 29 Januari 2021.

Mesyuarat Guru/Kurikulum/HEM/KoKu SK Jalan Bukit Satu Bil 1/2021| 12

5.10 E-Kasih - penerima 2021, orang.
a. Maklumat diperolehi melalui data Bantuan Rakyat Termiskin.

5.11 Bantuan Awal Persekolahan (RM100.00) #Tertakluk kepada pekeliling KPM
a. Maklumat murid dalam SPS/Pengurusan Murid mesti disemak dan dilengkapkan dengan betul
berdasarkan data terkini.
b. Pendapatan ibubapa dibawah RM3000.00 layak menerima bantuan.

a. RMT - orang termasuk orang murid MBK
MBK iaitu, masalah fizikal, pendenganran dan pertuturan, masalah pembelajaran dan
disleksia.

b. Layak secara automatik menerima RMT tanpa mengambilkira pendapatan ibubapa.
c. Pendapatan perkapita melayakkan menerima RMT adalah RM130.00 dan ke bawah.

5.12 Disiplin - KPI 0.00%
a. Untuk mencapai KPI Pengarah, minimumkan murid yang terlibat dalam masalah disiplin di
SKJB1.

5.13 Program Guru Penyayang (i-SENYUM)
a. Guru bertugas mingguan hendaklah hadir awal dan bertugas menyambut murid di pintu masuk
sekolah (pintu B).
b. KPM, JPN, PPDHL akan membuat pemantauan Program Transisi dan Program Sekolah
Penyayang pada minggu pertama dan kedua. (Tertakluk Kepada situasi semasa).

5.14 Program 1 Murid 1 Sukan
Akan dilaksanakan sepanjang tahun bagi mengenalpasti bakat peserta untuk tahun berikutnya.
(Tertakluk kepada situasi semasa). KPI Target kokurikulum rujuk Lampiran.

5.15 Bagi perjumpaan unit kokurikulum Tahun 2021 , semua perjumpaan perlu diadakan sebanyak 12
kali atau lebih bagi setiap unit mendapatkan markah kehadiran yang tinggi.

5.16 Waktu perjumpaan akan bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada 4.00 petang. Sila semak jadual
pemantau di muka surat ..... . Guru yang memantau akan dibantu oleh semua guru unit
kokurikulum yang terlibat. (Rujuk Manual Pengurusan Sekolah)

5.17 Guru sesi petang juga terlibat dengan unit kokurikulum dalam pengurusan penglibatan murid ke
pertandingan dan mengemaskini fail walaupun murid tahun3 dikecualikan daripada aktiviti
kokurikulum. Sila rujuk tugasan di manual pengurusan.

5.18 Bidang tugas , jadual perjumpaan dan tindakan setiap guru penasihat sudah pun tersenarai dalam
manual pengurusan . Sila maklum dan bertindak mengikut masa yang ditetapkan agar tidak berlaku
kelewatan penghantaran fail,laporan aktiviti dan laporan.

5.19 Isu keselamatan mestilah dititikberatkan. Beberapa panduan dan tindakan guru terdapat di manual
buku pengurusan.

5.20 E-prestasi (penilaian PBPPP)

1. E-prestasi (Penilaian PBPPP) penilaian telah tamat untuk 2020 pada 15hb. November 2020.
2. Rekod keberhasilan guru, satu Salinan disimpan dalam fail PBPPP bersama dengan eviden

masing-masing.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 13
a. Kurikulum Vitae
b. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
c. Skop Kerja
d. Sasaran Kerja Tahunan

Mesyuarat Guru/Kurikulum/HEM/KoKu SK Jalan Bukit Satu Bil 1/2021|

PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL
e. Matlamat Pengajaran
f. Cadangan aktiviti utk penambahbaikan
g. Penyertaan dalam aktiviti PPB (Pembangunan
Profesionalisma berterusan)

SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI/PROFESION
h. Senarai tugas dan tanggungjawab
i. Sumbangan kepada KPM/JPN/PPD
j. Penulisan/penerbitan

BAHAN BUKTI PDP/KEPIMPINAN
k. Rancangan Tahunan
l. Rancangan mengajar
m. Penilaian
n. Pelan Strategik (Contoh Hasil Kerja)/Keberhasilan

ANUGERAH DAN PENCAPAIAN
o. Anugerah Perkhidmatan
p. Anugerah Dalam PDP Kepimpinan/lain-lain
q. Jemputan untuk Konsultasi, Bengkel
r. Penulisan dll.

PENILAIAN PDP/KEPIMPINAN
s. Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/Kepimpinan
t. Rakaman Video Pengajaran /Kepimpinan
u. Maklum balas dan penilaian daripada murid dan ketua jabatan

6.0 KERTAS KERJA/PROGRAM/KEWANGAN
6.1 ORIENTASI DAN TRANSISI TAHUN SATU DAN PRASEKOLAH
6.2 PROGRAM TRANSFORMASI DIRI
6.3 KEWANGAN PANITIA (PCG)

7.0 Ucapan Penangguhan
Ucapan terima kasih dan tahniah atas komitmen dan kehadiran ahli Mesyuarat Kurikulum SK Jalan Bukit
Satu, Bil 1/2021. Mesyuarat ini adalah penting sebagai garis panduan dalam menentukan hala tuju
sekolah dalam bidang Pengurusan, Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Pengerusi
menegaskan semua guru hendaklah melaksanakan tanggungjawab sebaiknya. MENDIDIKLAH
DENGAN JIWA GURU. Mudahan Allah permudahkan urusan kita semua DALAM MENDEPATI
PANDEMIK DAN ISU SEMASA DALAM PENDIDIKAN.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul .....

Mesyuarat Guru/Kurikulum/HEM/KoKu SK Jalan Bukit Satu Bil 1/2021| 14


Click to View FlipBook Version