The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI KHAZULAHA BINTI HUSSEIN Moe, 2020-11-19 10:19:50

KEWAJIPAN MEMELIHARA KEHORMATAN DIRI

KEWAJIPAN MEMELIHARA KEHORMATAN DIRI

KEWAJIPAN MEMELIHARA
KEHORMATAN DIRI

Surah an-Nur : 30 - 31

InsyaAllah, di akhir pelajaran, pelajar akan dapat :

1. Membaca ayat 30 hingga 31 surah an-Nur dengan betul dan
bertajwid.

2. Menyatakan intisari ayat 30 hingga 31 surah an-Nur.
3. Menjelaskan tuntutan menjaga pandangan daripada melihat

perkara yang diharamkan.
4. Menjelaskan batas-batas pergaulan dan aurat dalam Islam.
5. Menjelas pengajaran ayat 30 hingga 31 surah an-Nur.
6. Sentiasa memelihara aurat dan maruah diri.



TERJEMAHAN AYAT

30. Katakanlah (wahai Muhammad) kepada
orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka
menyekat pandangan mereka (daripada
memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih
suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat
Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang
mereka kerjakan.

31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya
menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua
mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau
saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang
lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang
gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan
kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang
aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk
diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang
beriman, supaya kamu berjaya.



INTISARI AYAT

Ayat ini menjelaskan perintah Allah SWT berkaitan
dengan :
1.     Kewajipan memelihara kehormatan

diri
2.     Memelihara pandangan daripada

perkara haram
3.     Batasan aurat dan golongan yang

dibenarkan melihat aurat wanita





MENJAGA PANDANGAN DARIPADA
MELIHAT PERKARA HARAM

1. Islam mewajibkan setiap umatnya
menjaga pandangan daripada melihat perkara
yang diharamkan.

 
2. Contoh perkara yang haram dilihat :
         a)     Melihat aurat orang lain
         b)    Gambar / video lucah 
         c)     Perkara-perkara maksiat





BATAS-BATAS PERGAULAN &
AURAT DALAM ISLAM



1.     Batas pergaulan antara lelaki dan perempuan:

         a)     Dilarang memandang orang yang
bukan mahram kecuali dalam situasi
yang dibenarkan seperti menuntut
ilmu, mendapatkan rawatan dan
bermuamalat.

         b)    Dilarang berjabat tangan antara lelaki
dan perempuan

 



c)     Dilarang bersentuhan anggota badan

  d)    Wanita dilarang melunakkan suara
ketika berbicara dengan lelaki bukan
mahram

   e)     Dilarang berdua-duaan antara
lelaki dan perempuan.

2.     Batasan aurat :

         a)    Lelaki dalam semua keadaan
kecuali bersama isteri -  pusat
hingga lutut.

         b)    Perempuan dengan lelaki
mahram  -  pusat hingga lutut

         c)    Perempuan dengan lelaki bukan
mahram dan perempuan bukan
Islam – seluruh tubuh kecuali
muka dan tapak tangan.



3. Golongan yang dibenarkan melihat
aurat wanita ialah :

    a)  Suami / bapa / bapa mertua / anak /
adik beradik / anak saudara lelaki /
hamba/ kanak-kanak / lelaki tua uzur
yang putus nafsu



PENGAJARAN AYAT

1. Kita wajib menghindari perkara-perkara yang
haram dilihat.

2. Umat Islam wajib memelihara kehormatan diri
dengan menjauhi perkara-perkara haram
seperti zina, liwat dan musahaqah, onani dan
sebagainya.

3. Kita wajib menjaga aurat dan batas-batas
pergaulan.

NILAI

Sentiasa memelihara aurat dan
maruah diri














Click to View FlipBook Version