ADAB BEKERJA
SIFAT ISTIQAMAH
THIQAH
ADAB BEKERJA
Pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapat :
• Menyatakan maksud adab bekerja
• Menyenaraikan adab-adab bekerja
• Menerangkan akibat tidak menjaga adab
semasa bekerja
• Sentiasa menjaga adab bekerja
ADAB BEKERJA
Tatacara atau etika melaksanakan
sesuatu pekerjaan agar berjalan
lancar dan beroleh keberkatan
daripada Allah
ADAB-ADAB KETIKA BEKERJA
• Mulakan kerja dengan basmalah dan doa untuk
mendapat keberkatan.
• Berpakaian bersih, kemas dan menutup aurat.
• Selesaikan kerja yang diamanahkan dalam waktu
ditetapkan dan tidak bertangguh.
• Bertoleransi dan bekerjasama dalam kerja
berpasukan.
• Patuh arahan ketua dan prosedur kerja semasa
bekerja.
AKIBAT TIDAK MENJAGA ADAB
KETIKA BEKERJA
• Kerja yang diamanahkan tidak sempurna.
• Matlamat yang disasarkan gagal dicapai.
• Hasil pengeluaran tidak berkualiti.
• Melahirkan pekerja yang tidak berdaya saing.
• Menghalang kemajuan sesebuah negara.
SIFAT ISTIQAMAH
Pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapat :
• Menyatakan maksud istiqamah
• Menjelaskan ciri-ciri istiqamah
• Menerangkan akibat tidak beristiqamah
• Sentiasa beristiqamah dalam kehidupan
ISTIQAMAH
• Tetap teguh di atas jalan yang benar iaitu jalan
Islam dan berterusan (konsisten) beramal
dengan amalan yang baik menurut Islam.
30. Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan Kami ialah
Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, Maka Malaikat
akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut
dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan syurga
yang telah dijanjikan Allah kepadamu".
(Surah Fussilat: 30)
Amalan yang berterusan walaupun sedikit
adalah lebih disukai Allah SWT
CIRI-CIRI ISTIQAMAH
• Konsisten berpegang teguh dengan akidah
tauhid.
• Konsisten dalam menjalankan syariat agama,
sama ada suruhan atau larangan.
• Konsisten dalam memperjuangkan keadilan
dan kebenaran serta menentang kezaliman
dan penipuan (amar makruf nahi mungkar).
AKIBAT TIDAK ISTIQAMAH
• Mudah berputus asa dan kecewa.
• Tidak mencapai matlamat yang disasarkan.
• Berleluasanya perkara-perkara mungkar.
Bagi menyemai sifat istiqamah dalam diri,
amalkanlah wasatiyah (sederhana) dalam
kehidupan. Seseorang yang baru mendapat
kesedaran untuk solat, janganlah terus melakukan
semua jenis solat sunat dalam sehari. Ini kerana
dibimbangi individu tersebut rasa terbeban dan
akan berhenti terus dari amalan tersebut. Tapi
mulailah dengan menunaikan solat fardhu secara
tetap, di samping ditambah dengan solat sunat
secara sedikit demi sedikit. Sesungguhnya Allah
tidak pernah jemu memberi pahala, tetapi
manusialah yang mungkin akan jemu beramal jika
tidak betul caranya.
TAHAP-TAHAP ISTIQAMAH
Istiqamah Hati
Istiqamah Lisan
Istiqamah Perbuatan
ISTIQAMAH HATI
• Sentiasa teguh dalam mempertahankan
kesucian iman dengan cara menjaga kesucian
hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat
mazmumah (tercela) seperti riak dan
menyuburkan hati dengan sifat mahmudah
(terpuji) terutamanya ikhlas. Dengan kata-
kata lain Istiqamah hati bermaksud
mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap
kebenaran.
ISTIQAMAH LISAN
• Bererti memelihara lisan atau tutur kata
daripada kata-kata supaya sentiasa berkata
benar dan jujur, setepat kata hati yang
berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur,
tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan
tidak berdolak dalik. Istiqamah lisan terdapat
pada orang yang beriman, berani menyatakan
dan mempertahankan kebenaran dan hanya
takut kepada Allah Taala.
ISTIQAMAH PERBUATAN
• Tekun berkerja atau melakukan amalan atau
melakukan apa saja usaha untuk mencapai
kejayaan yang diredhai Allah. Dengan kata-
kata lain istiqamah perbuatan merupakan
sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu
pekerjaan, perusahaan atau perjuangan
menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa,
lemah semangat atau putus asa. Sikap ini
menjadi begitu rupa kerana dorongan hati
yang istiqamah.
SIFAT THIQAH
Pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapat :
• Menyatakan maksud sifat thiqah
• Menyenaraikan ciri-ciri sifat thiqah
• Menjelaskan kelebihan sifat thiqah
• Menerangkan akibat tidak bersifat thiqah
• Sentiasa mengamalkan sifat thiqah dalam
kehidupan
SIFAT THIQAH MUSLIM
Thiqah berasal dari kata kerja wathiqa, yathiqu
yang bermaksud mengikat, meneguhkan dan
mempercayai (orang lain dalam bab memegang
amanah). Kata mithaq pula lahir daripada kata
ini yang bermaksud ikatan perjanjian yang
sangat kukuh.
CIRI-CIRI SIFAT THIQAH
Mempunyai Iman yang teguh terhadap Allah dan Rasul.
Istiqamah melaksanakan segala tuntutan syariat sama ada yang berbentuk suruhan
mahupun larangan
Sentiasa bersyukur dengan nikmat redha berfikiran positif dan sabar terhadap
musibah
Berakhlak dengan akhlak mahmudah dan menjauhi akhlak mazmumah
Memohon pertolongan hanya kepada Allah dalam menghadapi sesuatu kesulitan.
Beramal soleh, menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran
Mempunyai Iman Yang Teguh
Terhadap Allah Dan Rasul
Walaupun diri dizalimi, diuji dengan penderitaan
dan kepayahan namun imannya tidak pernah
luntur dan tetap teguh atas landasan tauhid
kepada Allah. Begitu juga bila di ancam dengan
ancaman hiburan melampau dan menggugat
aqidahnya atau ancaman nyawa dan harta,
mukmin yang punyai jati diri pasti tidak akan
mudah goyaH sepertimana iman Bilal bin Rabah,
Sumayyah dan kelurga Ammar bin Yassir
Istiqamah Melaksanakan Segala Tuntutan
Syariat Sama Ada Yang Berbentuk Suruhan
Mahupun Larangan
Contohnya sentiasa menjaga aurat dan batas
pergaulan, dan sentiasa menjaga solat walau di
mana jua berada dan dalam keadaan apa
sekalipun
Sentiasa Bersyukur Dengan Nikmat,
Redha, Berfikiran Positif Dan Sabar
Terhadap Musibah
Mukmin sejati akan sentiasa berlapang dada
dan redha menerima takdir qadha dan qadar
dan dalam masa yang sama mereka yakin
kesabaran mereka akan beroleh pahala dan
sentiasa optimis bahawa ada hikmah di sebalik
ketentuan Allah
Berakhlak Dengan Akhlak
Mahmudah Dan Menjauhi Akhlak
Mazmumah
• Mukmin sejati akan sentiasa berbuat baik pada dirinya dan
menjaga akhlak sesama muslim, akhlak dengan orang
bukan Islam, akhlak dengan binatang dan alam sekitar.
• Contohnya Islam melarang umatnya meniru perbuatan atau
budaya orang kafir yang bercanggah dengan Islam seperti
budaya tari menari, menyanyi berpelukan dalam filem
dengan bukan mahram, budaya homoseksual dll.
• Namun bagi umat Islam yang lemah jati diri mereka akan
mudah terikut dan terpengaruh dengan tidak mampu
menghoindar diri dari perkara tersebpi sesuatu kesulitan
Memohon Pertolongan Hanya
Kepada Allah Dalam Menghadapi
Sesuatu Kesulitan
• Orang yang lemah imannya selalu resah gelisah
dan akan mencari pertolongan kepada sesiapa
sahaja yang dianggapnya dapat meringankan
kesulitan yang dideritainya itu. Walaupun
pertolongan itu sifatnya hanya sementara sahaja.
• Mukmin yang punyai jati diri akan mengharap
pertolongan Allah, memohon terus kepadanya
tanpa apa-apa perantaraan.
Beramal Soleh, Menyeru Ke Arah
Kebaikan & Mencegah
Kemungkaran
KELEBIHAN SIFAT THIQAH
• Merupakan lambang identiti dan keperibadian umat
Islam yang sejati dan bermaruah serta menjadi umat
terbaik yang Allah bangkitkan di atas muka bumi ini
• Membentuk peribadi muslim yang bersyukur dengan
nikmat iman dan Islam kurniaan Ilahi. Maka nikmat ini
akan sentiasa dijaga, dipelihara dengan sebaik-baiknya.
• Melahirkan peribadi muslim sejati yang sentiasa peka
dan prihatin dengan hal dan keadaan saudara-saudara
seakidah yang dizalimi dan ditimpa musibah
KELEBIHAN SIFAT THIQAH
• Menjadikan seseorang muslim itu sentiasa
berada di atas landasan akidah yang benar
berdasarkan akidah Ahli Sunnah Waljamaah
• Menjadikan seseorang muslim itu kuat dan tahan
uji ketika menghadapi sebarang cabaran dan
dugaan dalam kehidupan.
• Mempunyai keteguhan hati dalam
mempertahankan prinsip
• Dihormati oleh orang ramai dan disukai oleh
Allah dan Rasul
AKIBAT TIDAK BERSIFAT THIQAH
• Umat Islam akan mudah terpesong akidah
kepada ajaran akidah yang salah dan sesat
• Umat Islam akan mudah terpengaruh dan
terikut-ikut dengan budaya luar yang
melalaikan dan merosakkan.
• Umat Islam tidak akan dihormati bahkan
ditertawa dan dipandang hina oleh
masyarakat bukan Islam
AKIBAT TIDAK BERSIFAT THIQAH
• Segala nilai-nilai akhlak dan sunnah Rasulullah
akan dilupakan oleh generasi seterusnya
kerana tiada lagi orang yang mengamalkannya
• Tidak mempunyai pendirian yang teguh
• Sering menimbulkan masalah kepada negara
seperti rasuah.
• Akan melakukan kerja yang sia-sia.