The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI KHAZULAHA BINTI HUSSEIN Moe, 2023-03-22 21:39:10

Buletin Ramadhan 1

Marhaban Yaa Ramadhan

“Sama-sama kita saling ingat-mengingati & memohon keampunan Illahi atas dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini” “Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak” Daripada : Unit Pendidikan Islam KV Matang AJK Surau Al-Islah Biro Agama MPP R amadhan... KEHADIRANMU DINANTIKAN “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” Surah Al-Baqarah: 183 “Apabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu” Hadis Riwayat Bukhari & Muslim PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN Menanti Ramadhan dengan penuh kegembiraan Menanti ketibaan Ramadhan dengan penuh kegembiraan serta mengharapkan agar dapat melaksanakan ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain sepanjang Ramadhan kali ini dengan baik dan diterima oleh Allah SWT. Mengulangkaji ilmu berkaitan dengan puasa Meneliti semula rukun, syarat, sunnah, adab-adab dan hikmah-hikmah ibadah puasa supaya ibadah ini dapat dilakukan dengan sempurna. Menguatkan azam Menguatkan keazaman dan kesungguhan untuk melaksanakan ibadah puasa sesempurna mungkin. Ramadhan adalah bulan untuk kita memperbanyakkan amalan, membersihkan diri dari segala noda dan dosa serta menghiasi diri dengan segala sifat yang mulia. Banyak berdoa Memperbanyakkan doa kepada Allah SWT agar dikurniakan kekuatan untuk melaksanakan ibadah puasa dengan hati yang penuh ikhlas, jujur dan tawadhu’. Semakan Amalan Bulan Ramadhan Iftar Bersama Tadarus Solat Tarawikh Menjaga Pandangan Memelihara Lidah Banyakkan Bersedekah Menghayati Perjuangan Rasulullah SAW & Para Sahabat


APA ITU PUASA? Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. DALIL WAJIB PUASA Surah al-Baqarah : 183 “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” SYARAT WAJIB PUASA 1) Islam 2) Mukallaf (‘Aqil—Berakal) (Baligh—Cukup Umur) 3) Tiada sebarang keuzuran yang menghalang puasa atau mengharuskannya berbuka RUKUN PUASA 1) Niat Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala 2) Meninggalkan semua perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. اَل َ َع ت ِ ِ َِلِلَّ ة َ َّسن ال ِ ه َذِ َن ه َ َضا م َ ِر ر ْ ِض َشه ْ فَ ر ِ اء َ أَد ْ َن ع َ غَدٍ م ْ ْ ُت َصو ي َ َو ن KELEBIHAN PUASA RAMADHAN Puasa bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam. Setiap detik sepanjang bulan Ramadhan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadhan berbanding dengan bulan-bulan yang lain. 1. DIBUKA SEMUA PINTU SYURGA SELUAS-LUASNYA Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, bersabda: Ertinya: “Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pinta syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Penyeru pun menyeru: “Wahai orang yang mengharapkan kebaikan! Terimalah. Wahai orang yang mengharapkan kejahatan! Berhentilah, dan (yang ikhlas) kerana Allah dibebaskan daripada api neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadhan”. (Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah) Hadis ini menerangkan beberapa keistimewaan bulan Ramadhan, antaranya akan dibuka semua pintu syurga untuk menerima amalan-amalan soleh yang begitu banyak yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Begitu juga akan ditutup semua pintu neraka kerana sedikitnya bilangan maksiat yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Syaitan-syaitan juga akan diikat apabila tiba bulan Ramadhan. 2. PUASA PENGHAPUS DOSA Kelebihan bulan Ramadhan juga ialah difardukan puasa di dalamnya. Puasa merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan puasa juga penghapus dosa-dosa atas maksiat yang dilakukan. Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda: Ertinya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan maka akan diampun segala dosa-dosanya yang terdahulu”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Click to View FlipBook Version