The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sarah08-332, 2021-09-19 05:45:49

BUKU LOG PDF

BUKU LOG PDF

5.0 SIMPULAN DAN IKATAN Simpulan
Tindih Kasih

• Untuk membuat ikatan yang
pantas dan tidak boleh menjerut
benda/binatang dan sebagainya.

• Sesuai digunakan untuk
menyelamat, mengikat leher
binatang dan sebagainya.

5.0 SIMPULAN DAN IKATAN Simpulan
Bunga Geti

• Kegunaannya adalah untuk
menyambungkan hujung
dua tali yang berlainan
jenis/berlainan saiz

5.0 SIMPULAN DAN IKATAN Simpulan
Lilit Balak

• Ikatan balak adalah ikatan
sementara untuk
menurunkan atau menarik
beban seperti tongkol kayu
dan sebagainya

5.0 SIMPULAN DAN IKATAN Simpulan
Belit Lucut

• Sesuai digunakan untuk
mengikat bot atau binatang
(contoh kuda)

• Boleh juga digunakan untuk
turun dari atas pokok dengan
menggunakan tali

5.0 SIMPULAN DAN IKATAN Ikatan
Seraya

• Ikatan seraya digunakan
untuk mengikat dua batang
kayu/dua batang buluh
yang bersilang.

5.0 SIMPULAN DAN IKATAN Ikatan
Serong

• Ikatan ini digunakan untuk
membuat jambatan, Menara dan
sebagainya.

• Mulakan dengan simpulan
pengikat balak pada tempat
kayu bersilang. Belitkan
membujur kemudian melintang
dan matikan dengan simpulan
manok.

5.0 SIMPULAN DAN IKATAN Ikatan
Lilit Kacang

• Mulakan dengan menggunakan
simpul manuk atau lilit balak.

• Ikat selang-seli pada buluh
lantai dari atas ke bawah tiang
sehingga selesai

• Digunakan untuk mengikat kayu
atau buluh bagi membuat lantai
sesuatu gajet

6.0 ASAS KAWAD KAKI Bahasa
Hukuman

• Sedia :
Sedia Skuad/Baris/Kontinjen Skuad/Baris/Kontinjen……Sedia
• Senang Diri :
Skuad/Baris/Kontinjen Skuad/Baris/Kontinjen….Senang Diri
• Gerakkan Skuad ke Kanan :
Bergerak ke kanan bertiga-tiga/Berturut-turut.. Ke kanan..
Pusing
• Gerakkan Skuad ke Kiri
Bergerak ke kiri bertiga-tiga/Berturut.. Ke kiri.. Pusing
• Berjalan
Berjalan dari kiri@Kanan.... Cepat Jalan
• Menghadap
Menghadap ke hadapan skuad/baris/kontinjen
skuad/baris/kontinjen…Akan Menghadap Menghadap ke
Hadapan Hadapan.. Ke Belakang.. Pusing

6.0 ASAS KAWAD KAKI KAWAD STAT IK

1. Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri denganmenggunakan
bahasa hukuman Bergerak ke kiri...kiri pusing

2. Ketua Platun mengarahkan ahli bergerak ke kanan dengan menggunakanbahasa
hukuman Begerak ke kanan....belakang pusing.
3. Ketua Platun mengarahkan ahli menghadap ke belakang menggunakan bahasahukuman Ke
kanan...pusing.
4. Ketua Platun mengarahkan ahli mengahadap ke hadapan pentas hormatmenggunakan
bahasa hukuman Mengadap ke hadapan...belakang pusing
5. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan hadapan berundur 1 langkahdan barisan
belakang maju 1 langkah secara serentak. Barisan tengah dalamkeadaan statik. Bahasa hukuman
yang digunakan ialah Tutup barisan ...gerak.6. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan
yang telah ditutup diluruskandengan menggunakan bahasa hukuman Ke kanan lurus dan
seterusnyaPandang depan setelah kekemasan barisan dalam keadaan memuaskan

6.0 ASAS KAWAD KAKI KAWAD DINAMIK

1. Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri
denganmenggunakan bahasa hukuman Bergerak ke kiri...kiri pusing.

2. Ketua Platun mengarahkan ahli berjalan dalam keadaan berkawaddengan
menggunakan bahasa hukuman Dari kiri / kanan....cepat jalan.
3. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahlimembelok ke
arah kiri menggunakan bahasa hukuman Kiri belok. Sebanyak 2kon yang akan dilalui pada
laluan ini.
4. Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah,Ketua Platun
mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tukar langkahsemasa berjalan
menggunakan bahasa hukuman Tukar Langkah (3 kalisebutan secara berturut-turut
selepas setiap perbuatan) dan disusuli denganperkataan Maju selepas perbuatan tukar
langkah yang ketiga.
5. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahlimembelok ke
arah kiri menggunakan bahasa hukuman Kiri belok. Sebanyak 4kon yang akan dilalui pada
laluan ini.

6.0 ASAS KAWAD KAKI KAWAD DINAMIK

6. Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah,Ketua Platun mengarahkan
ahli supaya membuat pergerakan tabik hormat kearah kanan semasa berjalan menggunakan bahasa
hukuman Hormat...hormatke kanan....hormat. Semasa ahli terakhir menghampiri kawasan pentas
hormat,Ketua Platun mengarahkan ahli menjatuhkan tabik hormat menggunakan bahasahukuman
Pandang...depan.
7. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan ahli berpatah balikke kawasan tengah litar
dengan menggunakan bahasa hukuman Bergerak kekanan...bertiga-tiga...belakang pusing.
8. Setelah ahli sampai ke bahagian tengah litar, Ketua Platun mengarahkanahli untuk berhenti dengan
menggunakan bahasa hukuman Skuad...henti.
9. Ketua Platun kemudiannya mengarahkan ahli menghadap ke hadapanpentas hormat
menggunakan bahasa hukuman Menghadap ke hadapan..kiripusing.
10. Ketua Platun kemudiannya berpusing menghadap ke hadapan pentashormat dan
mara mengadap ke hadapan Ketua Pengadil bersama – samakeseluruhan platun
menggunakan bahasa hukuman Skuad akan maramenghadap...dari tengah...cepat jalan.
Pergerakan adalah sebanyak 14langkah dan berhenti di hadapan Ketua Hakim. Ketua
Platun mengarahkansemua ahli memberi tabik hormat kepada Ketua hakim dengan menggunakan

6.0 ASAS KAWAD KAKI KAWAD FORMASI

1) Masuk Baris
- Arahan diberi oleh jurukawat / ketua perbarisan.
- Semua ahli pengakap masuk baris.

2) Sedia
- Arahan:
"Baris...Baris...Sedia"
- Tindakan:
Berdiri tegak dan hujung kaki dibuka lebih kurang 12cm hingga 15cm.

3) Senang Diri
- Arahan:
"Baris..Senang Diri"
- Tindakan:
Bukakan kaki kiri ke kiri.
Kedua-dua tangan disimpan di paras punggung.
Tangan kanan seperti hormat pengakap dan tangan kiri menggengamnya.
Melangutkan muka ke hadapan.

6.0 ASAS KAWAD KAKI KAWAD FORMASI

4) Rehatkan Diri
- Arahan:
"Rehatkan diri"
- Tindakan:
Tangan dinaikkan dan diletakkan di paras pinggang.

5) Ke Kanan Lurus
- Arahan:
"Ke Kanan Lurus..."
- Tindakan:
Baris paling kanan diam.
Ahli lain mengangkat tangan kanan yang digenggam dan diletakkan di bahu
rakan sebelah kanan sambil memalingkan muka ke kanan.
Kemudian, mengangkat kaki bermula kaki kiri dan menghentaknya. Diikuti
kaki kanan.
Seterusnya, luruskan barisan mengikut ahli yang paling kanan.

6.0 ASAS KAWAD KAKI KAWAD FORMASI

6) Pandang Depan
- Arahan:
"Pandang..Depan"
- Tindakan:
Pengakap akan memalingkan muka ke hadapan sambil menjatuhkan tangan
ke sisi.

7) Bergerak ke kanan/kiri
- Arahan:
"Baris, akan bergerak ke kanan/kiri,kanan/kiri....pusing"
- Tindakan:
Semua pergerakan dalam kawad menggunakan arah bahu kanan kecuali
bagi pergerakan ke kiri.

8) Bergerak ke belakang/hadapan
- Arahan:
"Baris, akan menghadap ke belakang/hadapan, ke hadapan/belakang...pusing"

6.0 ASAS KAWAD KAKI KAWAD FORMASI

9) Buka Barisan
- Arahan:
"Buka..barisan.....gerak"
- Tindakan:
Barisan hadapan akan bergerak 1 setengah langkah ke hadapan.
Barisan belakang akan bergerak 1 setengah langkah ke belakang.
Barisan tengah duduk diam.

10) Tutup Barisan
- Arahan:
"Tutup...barisan....gerak"
- Tindakan:
Barisan hadapan akan bergerak 1 setengah langkah ke belakang.
Barisan belakang akan bergerak 1 setengah langkah ke hadapan.
Barisan tengah duduk diam.

11) Keluar Baris
- Arahan:
"Baris...keluar..baris"
- Tindakan:
Baris akan bergerak ke kanan, berjalan keluar 3 langkah bermula dari
kaki kiri dan bersurai

7.0 ASAS PERTOLONGAN Tujuan
CEMAS
Prinsip 1. Menyelamatakan nyawa
2. Mengurangkan kesakitan
1. Bertindak segera, cekap dan penuh 3. Mengelakkan daripada keadaan
keyakinan. bertambah teruk
4. Mendapat bantuan doktor atau
2. Longgarkan pakaian jika perlu menghantar pesakit ke hospital
3. Hentikan darah jika berdarah
4. Kurangkan kejutan dan tenangkan

pesakit
5. Jangan gerakkan pesakit melainkan perlu
6. Dapatkan rawatan segera jika keadaan

teruk atau mencemaskan berhubung
dengan doctor di klinik atau rumah sakit
yang terdekat.

7.0 ASAS PERTOLONGAN Anduh dan
CEMAS Balutan

1. Anduh lengan
2. Anduh kepala
3. Anduh lutut/siku
4. Anduh pergelangan tangan
5. Anduh tapak kaki

7.0 ASAS PERTOLONGAN Anduh
CEMAS Lengan

1. Bucu atas kain anduh hendaklah
diletakkan pada siku lengan yang
tercedera.

2. Kemudian ikatan buku sila diikat pada
atas bahu.

3. Bucu atas kain anduh diletakkan pada
siku tadi boleh dipinkan atau dilipat
ke bahagian dalam untuk lebih
kemas.

7.0 ASAS PERTOLONGAN Anduh
CEMAS Lutut

1. Lipat sedikit kain anduh dan
letakkannya di atas lutut yang
tercedera

2. Tarik kedua-dua hujung kain anduh
melintasi bawah lutut kemudian
ikatkan buku sila padaatas bahagian
lutut

3. Tutup ikatan tersebut dengan bucu
atas kain anduh untuk lebih kemas

7.0 ASAS PERTOLONGAN Anduh Kepala
CEMAS
1. Lipatkan sedikit kain anduh tersebut
dan letakkannya pada atas dahi
mangsa dan biarkan bucu atas kain
anduh berada di belakang kepala.

2. Pegang kedua-dua hujung kain anduh
dan silang ke belakang kepala
kemudian di bawa ke dahi dan diikat
buku sila.

3. Lipatkan lebihan di belakang untuk
lebih kemas/

7.0 ASAS PERTOLONGAN Anduh
CEMAS Pergelangan

Tangan

1. Letakkan tapak tangan yang
tercedera di atas kain anduh,
kemudian Tarik dan letakkan bucu
atas kain anduh di atas tangan.

2. Silangkan kedua-dua bucu hujung
kain anduh di atas dan bawah

3. Ikatan buku sila kemudiannya diikat
pada atas pergelangan tangan

7.0 ASAS PERTOLONGAN Anduh
CEMAS Pergelangan

Tangan

1. Letakkan tapak kaki yang tercedera di
atas kain anduh, kemudian Tarik dan
letakkan bucu atas kain anduh di atas
tangan.

2. Silangkan kedua-dua bucu hujung
kain anduh di atas dan bawah

3. Ikatan buku sila kemudiannya diikat
pada atasbelakang tumit jika terdapat
kecederaan pada bahagian kaki

7.0 ASAS PERTOLONGAN Patah
CEMAS
d) Patah Remok (Comminuted fracture) Jenis-jenis patah
Patah yang berkeping-keping atau a) Patah tebu/tertutup (simple fracture)
beberapa bahagian. Patah yang tidak disertai dengan luka di
e) Patah Terenyok (Impacted fracture) bahagian patah.
Tulang patah kepada dua bahagian dan b) Patah riok (Compound fracture)
salah satunya terbenam ke dalam tulang Terdapat luka di tempat patah di mana
yang patah itu. hujung tulang yang patah tertonjol keluar
f) Patah Rebung (Green Stick fracture) di bahagian luar kulit.
Patah secara menyungkap dan tidak terus c) Patah melarat (Complicated fracture)
putus. Biasanya terjadi kepada tulang Patah yang menyebabkan organ lain turut
kanak-kanak dan bayi. mendapat kecederaan.
g) Pecah Remok (Depressed fracture)
Tulang yang pecah terbenam ke bawah
dan menghimpit organ lain. Contohnya,
tengkorak kepala yang terbenam
menghimpit otak.

7.0 ASAS PERTOLONGAN Patah
CEMAS
Tanda-tanda dan gejala patah
a) Sakit pada bahagian patah atau kawasan
berhampiran.
b) Bengkak dan lebam bahagian yang tercedera.
c) Sukar atau tidak dapat bergerak atau
mengangkat bahagian tercedera.
d) Terdapat kecatatan bahagian patah seperti
bengkok ataupun anggota menjadi lebih
pendek.
e) Dapat merasa geselan tulang bila dipegang
bahagian patah.
f) Tanda-tanda dan gejala lain kecederaan

7.0 ASAS PERTOLONGAN Patah
CEMAS
Rawatan Am Patah
a) Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah
hendaklah dilakukan di tempat kejadian kecuali keadaan
merbahaya di situ.
b) Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan
sedar.
c) Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan
nadinya. Lakukan CPR sekiranya nadi dan pernafasan
terhenti.Apabila mangsa pulih, rawatan pendarahan
hendaklah dilakukan. Hentikan pendarahan secara kaedah
langsung atau tidak langsung mengikut kesesuaian.
e) Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap
atau anduh mengikut keadaan dan tempat yang patah.
g) Dapatkan bantuan perubatan segera.

7.0 ASAS PERTOLONGAN Melecur
CEMAS
Kecederaan yang disebabkan oleh benda
panas yang yang lembab atau basah.
Contohnya wap, stim, air panas, minyak
panas, tar panas dan lain-lain.

Tanda-tanda dan gejala.
a) Sakit yang kuat.
b) Kulit menjadi bengkak, kemerahan, dan panas.
c) Terjadi gelembung air pada kulit.
d) Kulit mengelupas dan berwarna kehitaman terutama
sekiranya terbakar oleh asid atau alkali.
e) Tisu yang terdedah berwarna merah dan berair.
f) Terjadi tanda-tanda gejala am renjatan.

7.0 ASAS PERTOLONGAN Rawatan Am
CEMAS Melecur

Rawatan Am Terbakar dan Melecur
a) Pindahkan mangsa ke tempat yang selamt dan berudara.
b) Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan
menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena.
c) Tenangkan mangsa.
d) Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa.
Contohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya. Ini disebabkan tempat cedera
akan bengkak dan sukar untuk menanggalkan peralatan tersebut.
e) Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih
dahulu.
f) Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. Contohnya
pakaian yang melekat.
g) Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi mengelakkan
jangkitan.
h) Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera.
i) Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan.
j) Jika pesakit dalam keadaan stabil –beri minum air yang banyak bagi
menggantikan kehilangan cecair yang hilang.
k) Dapatkan rawatan perubatan segera.

7.0 ASAS PERTOLONGAN PITAM
CEMAS
Tanda-tanda dan gejala Pitam berlaku akibat kekurangan pengaliran darah ke bahagian
a) Mangsa mengadu pening otak yang menyebabkan terganggu fungsi tubuh badan
b) Badan sejuk dan mangsa sementara waktu. Ini menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri
berkeadaan lemah buat sementara.
c) Muka dan tangan jadi
pucat Punca-punca pitam
d) Berpeluh dengan banyak a) Mendapat perkhabaran buruk, sedih atau menakutkan.
e) Meloya dan kadang- b) Keletihan akibat dari berdiri terlalu lama atau terdedah
kadang disertai muntah kepada kepanasan.
f) Mangsa seperti mengantuk c) Kesakitan kuat akibat kecederaan.
dan menguap-nguap d) Kelaparan atau terlalu dahaga.
g) Hilang kesedaran. e) Keadaan lemah selepas baru sembuh dari penyakit

7.0 ASAS PERTOLONGAN PITAM
CEMAS
Rawatan am pitam
a) Bawa mangsa ke tempat yang teduh dan berudara.
b) Baringkan mangsa dan tinggikan bahagian kaki atau
dudukkan dan tundukkan kepala mangsa ke bawah
c) Longgarkan pakaian mangsa.
d) Tenangkan mangsa.
e) Dongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran
pernafasan jika sekiranyan mangsa telah pengsan.
f) Apabila mangsa telah pulih , berikan minuman.
g) Rawat kecederaan jika mangsa mengalami
kecederaan.
h) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.

7.0 ASAS PERTOLONGAN RACUN
CEMAS
• Racun merupakan bahan-bahan yang berbentuk cecair,
pepejal, debu atau gas yang bila mana ianya diambil atau
masuk ke dalam tubuh badan melebihi dari sukatan yang
sepatutnya, maka ianya akan menjejaskan kesihatan badan

• Tanda-tanda dan Gejala
a) Pening kepala dan tidak sedap badan.
b) Loya dan muntah-muntah.
c) Sakit perut sekiranya racun dimakan atau diminum.
d) Mengalami sesak nafas.
e) Mangsa di dalam keadaan gelisah.
f) Muka dan badan menjadi pucat dan sejuk.
g) Nadi berdenyut pantas dan dalam keadaan lemah.
h) Mengalami cirit-birit sekiranya racun masuk melalui saluran pemakanan.
i) Berpeluh dengan banyak.
j) Terdapat kesan terbakar atau melecur di mulut dan bibir sekiranya termakan atau terminum
racun. Mulut mangsa juga berbau bahan beracun yang dimakan.
k) Terdapat tanda suntikan atau bekas gigitan sekiranya bahan yang diambil secara suntikan atau
kerana gigitan.
l) Berlaku renjatan.

7.0 ASAS PERTOLONGAN RACUN
CEMAS
Rawatan Am Keracunan
a) Tenangkan mangsa.
b) Longgarkan pakaian mangsa.
c) Sekiranya mangsa dalam keadaan pengsan, periksa
gerak nadi dan penafasan. Beri bantuan CPR jika
perlu.
d) Cari punca-punca keracunan melalui tanda-tanda di
badan atau bekas-bekas yang terdapat di sekeliling
mangsa.
e) Letakan mangsa di dalam baringan separuh
meniarap sekiranya mangsa dalam keadaan pengsan.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

7.0 ASAS PERTOLONGAN PEMULIHAN
CEMAS PERNAFASAN

1.PEMULIHAN PERNAFASAN
Terdapat beberapa kaedah pemulihan pernafasan
yang boleh dipratikkan semasa mangsa mengalami
terhenti pernafasan. Kaedah-kaedah ini ialah:-
a) Pemulihan mulut ke mulut
b) Pemulihan mulut ke hidung
c) Pemulihan mulut ke lubang pernafasan di tengkok
d) Kaedah Holger Neilson
e) Kaedah Selvester’s
f) Kaedah Schafers

7.0 ASAS PERTOLONGAN PEMULIHAN
CEMAS MULUT KE MULUT

Cara pratiknya
• rapatkan mulut pemulih ke mulut si mangsa.
• tutup hidung mangsa secara picitan hidung.
• lakukan hembusan selama kira-kira 1 hingga 1.5 saat
sambil mata memerhatikan bahagian dada mangsa
• hembusan yang betul akan memperlihatkan pergerakan
dada naik dan tiada kebocoran dari celah bibir mangsa
• lepaskan picitan hidung mangsa agar udara dapat keluar
melalui hidung.
• lakukan sekali hembusan setiap 5 saat bagi mangsa orang
dewasa. Manakala, 1 hembusan setiap 3 saat bagi kanak-
kanak dan bayi.
• permulihan perlu dijalankan berterusan sehingga mangsa
dapat bernafas sendiri atau apabila tiba bantuan perubatan.

7.0 ASAS PERTOLONGAN PEMULIHAN
CEMAS MULUT KE HIDUNG

Kaedah ini boleh dilakukan sekiranya timbul masalah pada
bahagian mulut mangsa di mana kaedah pemulihan secara
mulut ke mulut tidak dapat dilakukan.
Cara pratiknya
• Rapatkan mulut pemulih ke bahagian hidung si mangsa.
• Tutup bahagian mulut mangsa supaya udara yang dihembus
tidak keluar melalui mulut.
• Pemulih menghembus udara dari mulut ke hidung mangsa.
Semasa hembusan, perhatikan naik dan turun bahagian dada
bagi menetukan udara masuk atau tidak ke paru-paru.
• Buka mulut mangsa dan biarkan udara keluar.
• Masa yang diambil bagi setiap hembusan adalah seperti
kaedah mulut ke mulut.

7.0 ASAS PERTOLONGAN PEMULIHAN PERNAFASAN
CEMAS MELALUI LUBANG

PERNAFASAN DI LEHER

c) Pemulihan pernafasan melalui lubang pernafasan di
leher.
Kaedah ini dilakukan bagi mangsa yang menjalani
pembedahan tebukan saluran pernafasan kerana
mengalami masalah tidak dapat bernafas melalui hidung.
Cara pratiknya.
• Rapatkan mulut pemulih ke lubang tiub getah mangsa
di bahagian leher mangsa.
• Beri hembusan sambil mata memerhati bahagian dada
mangsa bagi jarak menetukan dada mengembang atau
tidak.
• Jarak setiap hembusan adalah sama seperti kaedah
yang diterangkan dahulu.

7.0 ASAS PERTOLONGAN KAEDAH HOLGER
CEMAS NEILSON

Kaedah ini sesuai dilakukan bagi mangsa yang mengalami terhenti pernafasan. Kaedah ini
tidak sesuai dilakukan bagi mangsa-mangsa yang mengandung atau gemuk dan berperut
buncit.
Cara pratiknya.
• Mangsa dibaringkan dalam baringan meniarap dengan lengan dan tangan mangsa
mengampu bahagian kepala dan mukanya.
• Palingkan muka mangsa ke kiri/kanan dan donggakkan kepala mangsa ke hadapan supaya
saluran pernafasan mangsa terbuka.
• Pemulih duduk separuh melutut di bahagian kepala mangsa.
• Kedua-dua tangan pemulih diletakkan di bahagian kiri dan kanan tulang scapula.
• Kenakan tekanan dengan menggunakan berat badan selama kira-kira 2 saat di bahagian
tulang scapula mangsa.
• Angkat bahagian kedua-dua siku mangsa ke atas supaya rongga dada mangsa mengembang.
Lakukan selama kira-kira 2 saat.
• Letakkan kembali tangan pemulih ke bahagian tulang scapula mangsa.
• Kaedah ini di lakukan berulang kali sehingga mangsa bernafas kembali atau sehingga tiba
bantuan perubatan

7.0 ASAS PERTOLONGAN KAEDAH SELVESTERS
CEMAS
Cara pratiknya.
• Letakkan mangsa dalam baringan melentang.
• Pemulih melutut di bahagian kepala mangsa dengan bahagian lutut pemulih mengepit
bahagian kepala mangsa.
• Dongakkan kepala mangsa.
• Pegang kedua belah pergelangan tangan mangsa dan letakkan di bahagian dada
mangsa.
• Kenakan tekanan di bahagian dada menggunakan berat badan pemulih. Jangan
gunakan kaedah kekuatan tenaga menekan dada mangsa kerana ini boleh mencederakan
dada mangsa.
• Tekanan dilakukan selama kira-kira 2 saat.
• Angkat dan depangkan kedua-dua belah tangan mangsa supaya memberi ruang dada
dan mengembang kira-kira 2 saat.
• Kembalikan tangan ke bahagian dada dan lakukan kaedah ini berulangkali sehingga
mangsa pulih atau bantuan tiba.

7.0 ASAS PERTOLONGAN KAEDAH SCHAFERS
CEMAS
Cara pratiknya.
• Letakkan mangsa dalam baringan meniarap dengan bahagian tangan
mangsa mengampu bahagian kepalanya.
• Pemulih duduk melutut selari dengan bahagian pinggang / punggung
mangsa dengan muka mengarah ke arah kepala mangsa.
• Letakkan kedua belah tangan di bahagian pinggang mangsa. Kenakan
tekanan dengan menggunakan berat badan ke atas mangsa sekama kira-
kira 2 saat.
• Balikkan badan pemulih ke tempat melutut bagi melemahkan tekanan.
• Kaedah ini dilakukan berulang-ulang kali sehingga mangsa pulih atau
sehingga tibanya bantuan perubatan

8.0 LAPORAN MINGGUAN 1 &
LAPORAN MINGGUAN 2

LAPORAN MINGGUAN MINGGU 3

LAPORAN MINGGUAN MINGGU 4

LAPORAN MINGGUAN MINGGU 5

LAPORAN MINGGUAN MINGGU 6

9.0 RANCANGAN ORIENTASI

9.0 RANCANGAN ORIENTASI


Click to View FlipBook Version