The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asymarneyrah, 2024-02-19 18:05:45

E-Buletin PKPD Bachok 2023

E-buletin 2023

Keywords: PKPD BACHOK

PROMOSI PERGIGIAN 2 0 2 3 PEJABAT KESIHATAN PERGIGIAN DAERAH BACHOK E-BULETIN “Mulut sihat, pilihan saya ”


ISI KANDUNGAN 06 07 08 09 10 12 14 16 SEKAPUR SIREH SIDANG REDAKSI DEDICATED PROMOTION TEAM DENGAN ADIKADIK DI TABIKA KEMAS TERATAK PULAI E-BULETIN 2023 PAMERAN INFO KESIHATAN DAN PEMERIKSAAN PERGIGIAN SEMPENA HARI KOKURIKULUM DAN KEUSAHAWANAN SEKOLAH KEBANGSAAN SENENG SEMINAR KESIHATAN PERGIGIAN GURU PRASEKOLAH, TADIKA, TASKA, PASTI DAN PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI PKPD BACHOK FAMILY DAY PERGIGIAN DAERAH BACHOK 2023 HARI KESIHATAN PERGIGIAN DI PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI GUNONG HARI KESIHATAN PERGIGIAN CAKNA GIGI SI COMEL DI KLINIK DESA PAUH SEMBILAN 02


ISI KANDUNGAN 17 19 20 22 23 25 27 PERASMIAN PROGRAM KUMURAN FLORIDA DI SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI SENAK JOM SIHAT - 10 000 STEPS ANJURAN PKPD BACHOK HARI KESIHATAN PERGIGIAN KLINIK DESA PANTAI BARU E-BULETIN 2023 PROGRAM KOMUNITI KAMPUNG ANGKAT PERGIGIAN PKPD BACHOK MINGGU PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN 2023 DAN HARI KESIHATAN PERGIGIAN SEKOLAH KEBANGSAAN BERIS PANCHOR KURSUS BUDAYA KORPORAT DAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT PKPD BACHOK PROGRAM KOLABORASI KESIHATAN ORAL DAN AGAMA (KOA) DAN SARINGAN AWAL KANSER MULUT ANJURAN PKPD BACHOK 0329 SEMINAR KESIHATAN PERGIGIAN UNTUK GURU BESAR DAN PENGETUA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DAERAH PKPD BACHOK


ISI KANDUNGAN 31 32 34 36 37 38 40 PROGRAM ZERO JENAYAH ANJURAN PERTUBUHAN UKHWAH ANAK MELAWI (PUAM) PROGRAM CAKNA WARGA EMAS DI KLINIK PERGIGIAN GUNONG E-BULETIN 2023 HARI TERBUKA TODDLER KLINIK PERGIGIAN MESRA PROMOSI DI KLINIK PERGIGIAN BACHOK PROGRAM KOLABORASI BERSAMA PEJABAT KESIHATAN DAERAH BACHOK SEMPENA SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL PERINGKAT DAERAH BACHOK 2023 DENGAN KERJASAMA KOSPEN DAN AJK MASJID KG KUBANG TELAGA TAKLIMAT MODUL LATIHAN MEMBERUS GIGI BERIRAMA BAGI AHLI KELAB DOKTOR MUDA SEKOLAH RENDAH DAERAH BACHOK 04PROGRAM TRAINING OF TRAINERS (TOT) HEPILI KELAB DOKTOR MUDA PERINGKAT DAERAH BACHOK SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT PKPD BACHOK


ISI KANDUNGAN 41 43 45 46 E-BULETIN 2023 05LAWATAN PASUKAN PERGIGIAN DAERAH BACHOK KE PUSAT PEMINDAHAN BANJIR SEMINAR KELAB DOKTOR MUDA PERINGKAT DAERAH BACHOK BENGKEL TEAM BUILDING “SEP GIGI SOR HATI” DAN KOSPEN WOW ANJURAN PKPD BACHOK MAKAN MALAM PEJABAT KESIHATAN PERGIGIAN DAERAH BACHOK INFORMASI PERGIGIAN 48


Sekapur sireh Sekapur sireh Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Dr Rosasliza binti Ahmad P E G A W A I P E R G I G I A N D A E R A H B A C H O K Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT dan sekalung tahniah diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Sidang Redaksi Pejabat Kesihatan Pergigian Dearah (PKPD) Bachok yang telah berjaya menerbitkan E-buletin di peringkat Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Bachok bagi tahun 2023. Alhamdulillah dengan izinNya kita telah berjaya menapak hingga ke penghujung tahun 2023 dengan produktif yang hebat. Penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian kepada semua kumpulan sasaran termasuk toddler, kanak-kanak taska/tadika/prasekolah, pelajar sekolah rendah dan menengah, ibu mengandung, kanak-kanak istimewa, orang dewasa dan warga emas telah beroperasi secara optimum. E-buletin ini merupakan satu bahan dokumentasi dan rekod perjalanan segala aktiviti warga Pergigian Bachok yang memaparkan pelbagai program yang dijalankan sepanjang tahun 2023. Tahniah dan syabas kepada semua anggota PKPD Bachok atas segala pencapaian dan kejayaan sepanjang tahun 2023. Akhir kata, semoga dengan penghasilan E-buletin ini dapat membakar semangat warga kesihatan pergigian Bachok untuk terus menabur khidmat yang terbaik demi memastikan kesihatan pergigian yang lebih cemerlang. Mulut Sihat Pilihan Saya MyTEAM HEBAT Sekian, terima kasih. 06


D R N U R S Y A Z A A M N I D R N U R A D L I N D R N N A U R H A I F A J I H A H D R N U R A M I R A H SIDANG REDAKSI ketua penerbitan e-buletin D R W A N A I N A E L E E N A D R W A N N A D H I R A H D R M U H A M M A D 07


DEDICATED PROMOTION TEAM DENGAN ADIK-ADIK DI TABIKA KEMAS TERATAK PULAI, BACHOK Program ini telah dianjurkan oleh Dedicated Promotion Team Pergigian Bachok pada 19 Januari 2023 bertempat di Tabika Kemas Teratak Pulai. Program ini bertujuan untuk melatih kemahiran teknik memberus gigi yang berkesan kepada kanak-kanak. Program ini bukan sahaja disertai oleh para pelajar, malah ia juga disertai oleh guru-guru tabika. Ini kerana mereka adalah antara individu yang memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan oral para pelajar di tabika kemas tersebut. Antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut adalah ceramah pendidikan kesihatan pergigian, latihan memberus gigi berirama, caries busters dan latihan memberus gigi berkesan (BEGIN). Aktiviti seperti ini sangat menarik minat para pelajar sekaligus memberi semangat kepada mereka dalam menjaga kesihatan mulut. Pelajar tabika kemas ini memberikan kerjasama dan penglibatan yang baik dalam setiap aktiviti yang diadakan dengan bantuan para guru. Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak Tabika Kemas Teratak Pulai yang telah menerima baik kunjungan kami dan bersama-sama menjayakan program pada hari tersebut. 08


PAMERAN INFO KESIHATAN DAN PEMERIKSAAN PERGIGIAN SEMPENA HARI KOKURIKULUM DAN KEUSAHAWANAN SEKOLAH KEBANGSAAN SENENG Tarikh: 7 Februari 2023 Masa: 8.00am - 2.00pm Tempat: Sekolah Kebangsaan Seneng Program ini diadakan atas jemputan pihak sekolah sempena Hari Kokurikulum dan Keusahawanan untuk turut menjayakan program pada hari tersebut. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Antaranya ialah pameran info kesihatan pergigian, pemeriksaan dan rawatan pergigian, “Brush It Right Dentist Dino”, bercerita bersama Doraemon dan permainan dam ular gergasi serta kuiz. Aktiviti ini menarik minat dan perhatian para pelajar untuk mendengar dan mengetahui tentang kesihatan pergigian. Slogan ‘Ingat Hari Jadi, Ingat Doktor Gigi’ diterapkan ke dalam diri pelajar sekolah untuk memupuk mereka dalam menjaga kebersihan mulut dengan baik. Pihak Pergigian Bachok amat berbesar hati menerima jemputan pihak sekolah dan diharap agar program seperti ini diadakan lagi di kemudian hari. 09


SEMINAR KESIHATAN PERGIGIAN GURU PRASEKOLAH, TADIKA, TASKA, PASTI DAN PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI PKPD BACHOK TARIKH: 9 FEBRUARI 2023 MASA: 8.00AM - 1.30PM TEMPAT: DEWAN SRI UTAMA PKD BACHOK Pihak Kesihatan Pergigian Daerah Bachok telah mengadakan seminar kesihatan pergigian kepada guru-guru prasekolah, tadika, taska, pasti dan pusat pemulihan dalam komuniti. Seminar ini padat dengan ceramah-ceramah mengenai info kesihatan pergigian secara menyeluruh untuk disampaikan dan dipraktikkan kepada para pelajar. Antara penceramah yang dijemput ialah Dr Habibah binti Said (Pakar Pergigian Kanak-Kanak HRPZII), Dr Adlin Haslina binti Suhaimi (Pakar Pergigian Keperluan Khas HRPZII), Pn Nur Dalila binti Rudin (Pegawai Sains Pemakanan Klinik Kesihatan Gunong) dan Dr Mahathir bin Abdul Ghani (Pegawai Pergigian KP Gunong). Manakala, tajuk ceramah yang telah diberikan adalah pengurusan karies awal kanak-kanak, pergigian bagi kanak-kanak berkeperluan khas, pemakanan sihat dan pengenalan dan aktiviti program kesihatan pergigian pra sekolah dan tadika. Input-input yang telah diberikan sangat berguna kepada para guru dalam menguruskan pelajar di tempat mereka dan sekaligus memupuk mereka untuk memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan pergigian kanak-kanak. 10


Selain daripada ceramah, aktiviti seperti permainan interaktif juga turut diadakan. Ia bertujuan untuk memudahkan dan menguatkan lagi pemahaman para guru tentang ceramah yang telah diberikan. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pegawai Pergigian Daerah Bachok, Dr Rosasliza binti Ahmad dan beliau juga memberikan saguhati kepada para penceramah atas kesudian mereka untuk meluangkan masa dalam menjayakan seminar ini. Terima kasih diucapkan kepada peserta seminar yang telah memberi komitmen yang tinggi bagi menjayakan seminar ini. Semoga dengan ilmu yang dikongsi dapat dipraktikkan di tempat kerja dan juga dapat disampaikan kepada orang lain demi manfaat bersama. 11


FAMILY DAY PERGIGIAN DAERAH BACHOK 2023 Pergigian Daerah Bachok telah mengadakan sambutan Hari Keluarga yang bertemakan “U Smile I Smile” di bawah Unit Kospen WOW Pergigian Bachok. Program ini telah menghimpunkan keenam-enam buah klinik pergigian daerah Bachok. Penglibatan warga klinik pergigian dan ahli keluarga masing-masing dalam aktiviti seperti senamrobik, “ice breaking” dan sukaneka dilihat telah mengeratkan silaturahim sesama mereka. Ia telah memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan kakitangan pergigian. TARIKH: 18 FEBRUARI 2023 MASA: 7.45AM - 1.00PM TEMPAT: RAJA DAGANG RESORT, SEMERAK Semasa pandemik Covid-19, aktiviti yang dapat dilakukan bersama adalah sangat terhad. Selain itu, kekangan masa dalam kehidupan masyarakat hari ini ekoran tuntutan kerja di tempat kerja menyukarkan lagi ahli keluarga berkumpul dan meluangkan masa bersama secara produktif. Oleh itu, program Hari Keluarga kali ini memberi ruang dan peluang kepada anggota pergigian, ahli keluarga dan rakan untuk berkenalan lebih rapat dan mengeratkan silaturahim serta ukhuwah sesama mereka. 12


Program ini diakhiri dengan ucapan penutup oleh Pegawai Pergigian Daerah Bachok, Dr Rosasliza binti Ahmad dan beliau juga turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan sukaneka. Terima kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa, ahli keluarga anggota pergigian dan semua yang telah menjayakan sambutan hari keluarga kali ini. 13


Hari Kesihatan Pergigian di Pusat Pemulihan dalam Komuniti Gunong Tarikh: 20-21 Februari 2023 Tempat: PDK Gunong Pasukan Pergigian Bachok telah mengadakan Hari Kesihatan Pergigian di Pusat Pemulihan dalam Komuniti Gunong yang bertemakan PDKku Gigi Sihat. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan gigi dalam kalangan pelatih dan penjaga. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bersama pelatih di PDK Gunong antaranya: Pameran info kesihatan pergigian Borak santai bersama doktor gigi Persembahan boneka Latihan memberus gigi bersama Caries Busters dan Ikon Gigi Senamrobik bersama Dentist Dino dan Doraemon Pemeriksaan dan rawatan pergigian Penyampaian cenderamata Anugerah Gigi Paling Sihat 14


Sekalung terima kasih diucapkan kepada seluruh warga PDK Gunong atas kerjasama yang amat baik dalam menjayakan program pada hari tersebut. Terima kasih diucapkan kepada ikon gigi, Cik Mohd Faisal yang turut sama memeriahkan program ini. 15


HARI KESIHATAN PERGIGIAN KLINIK DESA PAUH SEMBILAN Pada 2 Mac 2023, Hari Kesihatan Pergigian bertemakan Cakna Gigi Si Comel telah dianjurkan bertempat di Klinik Desa Pauh Sembilan. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bersama Toddlers dan penjaga masing-masing. Antaranya : Pameran info kesihatan pergigian Borak santai bersama doktor gigi Latihan memberus gigi bersama Caries Busters Permainan interaktif Pemeriksaan dan rawatan pergigian Penyampaian cenderamata Anugerah Gigi Si Comel Sekalung terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Klinik Desa Pauh Sembilan atas kerjasama yang amat baik dalam menjayakan program pada hari tersebut. Bak kata pepatah ‘ meluntur buluh biarlah dari rebungnya ’. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa dan penjaga untuk memastikan anakanak diberikan didikan dan penjagaan yang secukupnya. Diharapkan program sebegini dapat memupuk kesedaran dalam diri penjaga dan ibu bapa tentang kepentingan kesihatan pergigian kepada anak-anak serta meningkatkan lagi penjagaan oral si kecil. 16


SEMINAR KESIHATAN PERGIGIAN UNTUK GURU BESAR DAN PENGETUA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH ANJURAN PKPD BACHOK Tarikh : 9 Mei 2023 Tempat : Dewan Bunga Raya, Pejabat Pendidikan Daerah Bachok Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. Oleh itu, hubungan baik antara pihak kesihatan pergigian daerah dengan guruguru amat penting bagi melestarikan penyampaikan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik kepada murid-murid di sekolah. Seramai 52 orang guru besar dan pengetua dari seluruh daerah Bachok telah hadir ke seminar ini bagi mewujudkan kesedaran untuk mengekalkan kesihatan pergigian dalam kalangan pelajar sekaligus meningkatkan status kesihatan pergigian sekolah secara amnya. Ceramah telah disampaikan oleh Dr Siti Hannie binti Muhadi, Dr Norezzati binti Sabri dan Dr Nadzirah binti Abdul Rahman, Pegawai Pergigian Oral Medicine and Oral Pathology dari Jabatan Bedah Mulut HRPZII. Slot berkaitan emosi remaja pula disampaikan oleh Puan Nor Syuhada Farhanis, Pegawai Psikologi Unit Kaunseling PKD Bachok. 17


Atas inisiatif Dr Rosasliza Ahmad, Pegawai Pergigian Daerah Bachok, penyampaian Anugerah Sekolah dengan Kesihatan Mulut Pelajar Terbaik kepada sekolah dengan prestasi kesihatan mulut pelajar terbaik secara keseluruhan telah dizahirkan bagi memangkin semangat guru-guru dalam memastikan pelajar sentiasa menitikberatkan kesihatan mulut. Sekolah Kebangsaan Sungai Dua dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok telah menerima Anugerah Sekolah dengan Kesihatan Mulut Pelajar Terbaik bagi tahun 2022. Diharapkan dengan adanya kerjasama dua hala yang baik mampu meningkatkan lagi mutu penyampaian perkhidmatan pergigian di sekolah seluruh daerah Bachok sekaligus meningkatkan kesihatan oral di kalangan para pelajar pada tahap yang optimum. 18


PERASMIAN PROGRAM KUMURAN FLORIDA Perasmian Program Kumuran Florida telah dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Bachok pada 17 Mei 2023 bertempat Sekolah Kebangsaan Pantai Senak. Program ini melibatkan pelajar dan guru kelas tahun 1 bertujuan untuk mengurangkan jumlah karies gigi dalam kalangan pelajar SK Pantai Senak. Perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Pergigian Daerah, Dr Rosasliza binti Ahmad diiringi oleh Guru Besar SK Pantai Senak, Tuan Haji Mohd Daud bin Salleh. Harapan utama program ini agar para pelajar dan guru-guru sedar akan kepentingan penjagaan kesihatan pergigian kerana mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Sekalung penghargaan diucapkan kepada guru-guru dan pihak SK Pantai Senak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu kami menjayakan program ini. 19


KOSPEN PLUS - JOM SIHAT 10,000 STEPs anjuran pkpd bachok Secara umumnya, objektif Program KOSPEN WOW dilaksanakan adalah untuk membina pekerja yang sihat dan produktif dengan persekitaran kerja yang kondusif ke arah pembentukan budaya kerja yang sihat. Objektif khusus adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pekerja agar mempraktikkan gaya hidup yang sihat, untuk pengesanan awal dan intervensi penyakit tidak berjangkit, meningkatkan produktiviti dan daya saing dalam organisasi. Program ini telah dijalankan selama 3 hari berturut-turut dan disertai oleh 86 anggota kesihatan pergigian dari seluruh daerah Bachok secara bergilir-gilir. TARIKH : 28, 29 & 30 MEI 2023 MASA: 8.00 AM - 10.00 AM TEMPAT: DEWAN TERBUKA PANTAI IRAMA , BACHOK 20


Program dimulakan dengan senamrobik dan acara memanaskan badan sebelum melakukan aktiviti berjalan 10,000 langkah disekitar Pantai Irama Bachok ke Klinik Bachok. 21


KD PANTAI BARU Hari Kesihatan Pergigian Tarikh: 31 Mei 2023 Program ini diharapkan berjaya meningkatkan tahap kesedaran semua peserta yang hadir dan memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah tentang kepentingan menjaga kebersihan mulut. Terima kasih juga diucapkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Bachok kerana memberi peluang kepada pihak pergigian untuk mempromosikan kesihatan pergigian kepada penduduk. Peserta program ini terdiri daripada ibu mengandung dan kanak-kanak yang berumur 1 hingga 4 tahun yang tinggal di sekitar kawasan KD Pantai Baru. Program ini telah dirasmikan oleh Dr Rosasliza binti Ahmad. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan kepada ibu mengandung dan kanak-kanak berumur bawah 4 tahun serta ibu bapa mereka tentang cara penjagaan gigi yang betul dan lebih efektif. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah kesihatan pergigian yang telah disampaikan oleh Dr Fatihah binti Yusoh, pemeriksaan pergigian dan latihan memberus gigi bersama Maskot Doraemon. 22


T A R I K H : 3 J U N 2 0 2 3 M A S A : 8 . 0 0 A M – 5 . 0 0 P M T E M P A T : P E R K A R A N G A N M A S J I D N U R S Y A F A A T , B U K I T M E R A K P R O G R A M K O M U N I T I K A M P U N G A N G K A T P E R G I G I A N P K P D B A C H O K Program ini adalah salah satu inisiatif dalam penyampaian perkhidmatan pergigian melibatkan kerjasama antara Bahagian Kesihatan Pergigian dan pihak pengurusan komuniti yang mana setiap klinik pergigian akan bertanggungjawab dalam penjagaan kesihatan pergigian masyarakat kampung di bawah jagaan masing-masing. Objektif umum program ini adalah untuk meningkatkan taraf kesihatan pergigian dalam kalangan komuniti kampung. Objektif khusus termasuk peningkatan pengetahuan dan kemahiran penduduk kampung mengenai penjagaan kesihatan pergigian, memastikan maklumat perkhidmatan kesihatan pergigian disampaikan secara berterusan, meningkatkan akses penduduk kampung kepada rawatan pergigian asas dan pencegahan, serta mewujudkan hubungan yang kukuh antara perkhidmatan kesihatan pergigian dan pihak pengurusan komuniti. Program tersebut telah dirasmikan oleh Dr Rosasliza binti Ahmad, Pegawai Pergigian Daerah Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Bachok. 23


Antara perkhidmatan yang telah disediakan adalah pemeriksaan gigi berkala, tampalan gigi, perskaleran, cabutan gigi dan sapuan fluorida. Selain itu, turut diadakan latihan memberus gigi, pameran kesihatan pergigian, ceramah kesihatan pergigian dan cabutan bertuah kepada komuniti kampung. 24


PERGIGIAN BACHOK Minggu Promosi Kesihatan Pergigian 2023 Sempena Hari Kesihatan Pergigian Sekolah Kebangsaan Beris Panchor Minggu Promosi Kesihatan Pergigian 2023 Sempena Hari Kesihatan Pergigian Sekolah Kebangsaan Beris Panchor Program ini dijalankan bersempena dengan Minggu Promosi Kesihatan Pergigian yang bertemakan ‘Mulut Sihat, Pilihan Saya’. Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang kesihatan pergigian mulut dalam kalangan pelajar sekolah. Klinik Pergigian Beris Panchor telah mendapat jemputan khas untuk mengadakan beberapa aktiviti yang menarik sepanjang program ini berlangsung. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah: Ceramah pendidikan kesihatan pergigian yang telah disampaikan oleh Dr Fatihah Pameran info kesihatan pergigian Demonstrasi memberus gigi oleh pasukan Caries Buster Pergigian Daerah Bachok dan Doktor Muda SK Beris Panchor Pemeriksaan dan rawatan pergigian yang dijalankan di dalam Mobile Dental Clinic (MDC) kepada guru-guru. Pertandingan mewarna dan melukis poster Kuiz interaktif Anugerah Gigi Cantik dan Sihat Ikrar Gigi daripada Doktor Muda SK Beris Panchor Masa: 8:00 am - 2:00 pm Tarikh: 6 Julai 2023 Tempat: SK Beris Panchor 25


PERGIGIAN BACHOK Pasukan pergigian telah berjaya bertungkus lumus memberikan penyampaian terbaik kepada warga SK Beris Panchor. Dengan penglibatan pelajar seramai 787 orang, aktivitiaktiviti yang dirancang telah berjaya dilaksanakan. 26


KURSUS BUDAYA KORPORAT DAN SAMBUTAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT PKPD BACHOK Tarikh: 30 Ogos 2023 Masa: 8:00 am - 5:00 pm Tempat: Bukit Keluang, Besut Terengganu Kursus Penerapan Budaya Korporat anjuran Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Bachok bagi tahun 2023 telah diadakan pada 30 Ogos 2023 serentak dengan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat PKPD Bachok. Kursus pada kali ini memberi satu kelainan kerana berkonsepkan pemupukan nilai-nilai teras budaya korporat melalui aktiviti outdoor. Objektif kursus ini adalah untuk mendedahkan anggota pergigian kepada amalan-amalan baik dalam budaya korporat serta “ soft skills ” untuk diterapkan dalam persekitaran kerja seharian. 27


Kursus ini dihadiri oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada anggota pergigian dari seluruh klinik di daerah Bachok. Pelbagai aktiviti yang menarik dan berilmu telah dilaksanakan sepanjang program. Kursus dimulakan dengan aktiviti “Ice Breaking ” dan pembahagian kumpulan. Seterusnya, aktiviti senaman pagi diadakan sebelum pendakian Bukit Keluang dimulakan. Acara diteruskan lagi dengan aktiviti latihan dalam kumpulan serta aktiviti BBQ. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Pegawai Pergigian Daerah, Dr Rosasliza Binti Ahmad dan diikuti dengan majlis penyampaian hadiah. Program berakhir dengan sesi fotografi sebagai kenangan kepada semua peserta. 28


Kolaborasi Kesihatan Oral dan Agama (KOA) dan Saringan Awal Kanser Mulut di Pusat Berisiko Anjuran PKPD Bachok Program Kolaborasi Kesihatan Pergigian dengan Badan Agama Buddha dan Saringan Awal Kanser Mulut di Pusat Berisiko telah diadakan oleh Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Bachok di Wat Photikyan Phutthaktham, Kampung Balai pada 23 September 2023. Program ini dirasmikan oleh wakil Pegawai Pergigian Daerah Bachok, Dr Norlida binti Ibrahim. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat warga Siam tentang kepentingan penjagaan kesihatan mulut dan gigi serta memberi kesedaran tentang kanser mulut. Hal ini demikian untuk memastikan kesedaran dan komitmen masyarakat terhadap kesihatan pergigian. Program Kolaborasi Kesihatan Oral dan Agama (KOA) bertujuan menggunakan institusi keagamaan sebagai salah satu platform untuk menyampaikan mesej kesihatan dan penjagaan pergigian kepada orang ramai. 29


Dengan kerjasama daripada Penghulu Kampung dan Ketua Wat, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti ceramah kesihatan pergigian oleh Pakar Pergigian Periodontik, Dr Siti Nurul Aini binti Ismail, pameran promosi pergigian, permainan interaktif, cabutan bertuah serta pemeriksaan dan rawatan pergigian di Wat Phothikyan Phutthakhtham. Di samping itu, saringan kanser mulut turut diadakan dan masyarakat Kampung Balai telah diberikan pendedahan cara untuk mengesan tanda-tanda awal gejala kanser mulut. 30


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT PKPD BACHOK Tarikh: 27 September 2023 Tempat : Dewan Sri Utama PKD Bachok Pejabat Daerah Pergigian Bachok telah mengadakan program ceramah bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 1444 Hijrah. Al-Fadhil Ustaz Mohd Taufik Tee bin Abdullah, Penolong Pegawai Daerah, Bahagian Dakwah, Hal Ehwal Islam Negeri Kelantan dijemput bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Penerapan Nilai-Nilai Murni Melalui Kisah Kelahiran dan Riwayat Hidup Rasulullah’. Dengan adanya sambutan Maulidur Rasul ini dapat meningkatkan lagi bukti cinta kita terhadap baginda Rasulullah S.A.W selain dapat mengamalkan sunnah baginda dan menjadikan Rasulullah sebagai idola sepanjang zaman. 31


PROGRAM TRAINING OF TRAINERS (TOT) HEPILI KELAB DOKTOR MUDA PERINGKAT DAERAH BACHOK Tarikh: 27 September 2023 Masa: 8:00 am – 4:00 pm Tempat: Dewan SMK Badak, Bachok Pada 27 September 2023, Program Training Of Trainers (TOT) Hepili Kelab Doktor Muda Peringkat Daerah Bachok telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Dengan adanya Kolaborasi Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Bachok dan Pejabat Kesihatan Daerah Bachok dalam menjayakan program Training of Trainers (TOT) Hepili Kelab Doktor Muda peringkat daerah Bachok turut membantu sedikit sebanyak dalam melancarkan program tersebut dengan lebih professional. Objektif utama program ini adalah untuk melatih guru-guru agar dapat memberi info yang terbaik dan sahih tentang kesihatan pergigian kepada murid. Selain itu, program ini juga bagi meningkatkan kerjasama antara jabatan kesihatan pergigian dengan jabatan pendidikan dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik dalam kalangan pelajar sekolah. Program Doktor Muda ini sebagai salah satu program promosi kesihatan yang diterajui di peringkat kebangsaan. 32


Antara aktiviti menarik yang diadakan sepanjang program ialah ceramah kesihatan pergigian, pameran dan pembentangan daripada pihak guru yang mana dapat meningkatkan pemahaman antara satu sama lain. Antara faedah yang diperolehi semasa program ini adalah tabiat kesihatan pergigian yang betul dapat dipupuk dalam kalangan murid di peringkat sekolah rendah. Secara tidak langsung, murid sekolah mendapat pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan pergigian dengan lebih jelas. Selain itu, murid dapat belajar menghargai kesihatan diri. Seterusnya, Doktor Muda memperoleh pengalaman dalam membantu pasukan kesihatan sekolah mengenai kesihatan asas murid, kebersihan diri dan juga dapat mencegah berlakunya keracunan makanan atau penyakit berjangkit. Secara tidak langsung, murid dapat membentuk sikap positif terhadap anggota kesihatan dan perkhidmatan kesihatan. 33


PERGIGIANBACHOK EBULETIN2023 ANJURANPERTUBUHANUKHWAH ANAK MELAWI (PUAM) Program ZERO Jenayah @Melawi Pada 7 Oktober 2023, terdapat satu Program Zero Jenayah @Melawi 2023 Anjuran Pertubuhan Ukhwah Anak Melawi (PUAM) bersama komuniti telah berjalan dengan lancar. Program ini dijalankan di Dataran Pantai Melawi. Program ini dijalankan di kawasan tersebut adalah untuk menarik perhatian lebih ramai lagi komuniti untuk menyertai program yang telah diadakan. Hal ini kerana dengan kawasan yang strategik tersebut dapat menjadi tumpuan ramai komuniti terutama dalam kalangan anak muda. Objektif utama program tersebut adalah untuk menerapkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan penjagaan gigi dan mencapai target “zero caries” di daerah Bachok. Program ini adalah kolaborasi Pejabat Kesihatan Pergigian Bachok bersama Bomba, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, dan juga Polis Diraja Malaysia. 34


PERGIGIANBACHOK EBULETIN2023 Antara aktiviti yang telah diadakan ialah taklimat jenayah oleh Polis Diraja Malaysia. Selain itu, terdapat juga pameran, pemeriksaan dan rawatan percuma oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Antara aktiviti yang menarik komuniti ialah pameran info kesihatan pergigian, demonstrasi latihan memberus gigi, pemeriksaan dan rawatan percuma, kuiz dan permainan interaktif dan juga saringan awal kanser mulut kendiri. Selain daripada itu, terdapat pameran dan demonstrasi oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Bomba. Sumbangan telah diagihkan kepada golongan asnaf, anak yatim, dan juga orang kurang berkemampuan. Sumbangan naskah Al-Quran diberikan kepada pelajar-pelajar Madrasah Al-Isaniyyah Melawi. Dengan berjayanya program ini, diharapkan telah memupuk kesedaran mengenai kebersihan gigi terutama dalam kalangan muda serta meningkatkan taraf kesihatan oral. 35


PROGRAM CAKNA WARGA EMAS di Klinik Pergigian Gunong Tarikh: 12 Oktober 2023 Masa: 8:00 am – 12:00 pm Program Cakna Warga Emas ini adalah untuk memberi pemeriksaan pergigian kepada warga emas dan memberi kesedaran kepada warga emas mengenai kebersihan penjagaan pergigian adalah penting dalam kehidupan seharian. Program dimulakan dengan aktiviti Regangan Dinamik bersama ahli kelab warga emas. Ceramah tentang kesihatan pergigian disampaikan oleh Dr Siti Hannie Muhadi yang merupakan Pegawai Pergigian Yang Menjaga (PPYM) Klinik Pergigian Gunong. Selain itu, pemeriksaan dan rawatan pergigian turut diberikan kepada peserta warga emas semasa program berlangsung. Aktiviti yang dijalankan oleh pihak KP Gunong telah mendapat sambutan yang meriah dan berjaya memberi kesedaran tentang pentingnya penjagaan gigi. 36


HARI TERBUKA TODDLER KLINIK PERGIGIAN MESRA PROMOSI, KLINIK PERGIGIAN BACHOK Hari Terbuka Toddler Klinik Pergigian Mesra Promosi, Klinik Pergigian Bachok diadakan pada 13 Oktober 2023. Program ini bertemakan “Cakna Gigi Si Comel Anda”. Dengan adanya tema itu secara tidak langsung ia melibatkan kehadiran keluarga bersama anak kecil mereka untuk menyertai hari terbuka tersebut. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan keluarga mengenai penjagaan kesihatan pergigian serta mewujudkan hubungan antara perkhidmatan kesihatan pergigian dengan ibu bapa dan kanak-kanak. Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan. Antaranya ialah ceramah kesihatan pergigian, sesi mewarna, memancing makanan sihat dan tidak sihat, pameran mini, pemeriksaan pergigian dan ‘puppet show’ yang juga dapat menarik perhatian kanak-kanak dalam penceritaan mengenai penjagaan gigi dan mulut. Selain daripada, latihan memberus gigi juga dijalankan bagi mendedahkan anak-anak mengenai memberus gigi dengan cara yang betul. Pasukan pergigian telah menyampaikan informasi yang terbaik kepada ibu bapa dan kanak-kanak. Dengan penglibatan tersebut, aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar. 37


Program Kolaborasi bersama Pejabat Kesihatan Daerah Bachok sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Peringkat Daerah Bachok 2023 dengan kerjasama KOSPEN dan AJK Masjid Kg Kubang Telaga Tarikh: 13 Oktober 2023 Masa: 8.00 am - 3.00 pm Tempat: Pekarangan Masjid Kg Kubang Telaga, Gunong Pada 13 Oktober 2023, satu program kolaborasi bersama Pejabat Kesihatan Daerah Bachok sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Peringkat Daerah Bachok tahun 2023 telah berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama KOSPEN dan AJK Masjid Kg Kubang Telaga. P E R GIGIA N B A C H O K Program kali ini disertai oleh penduduk Kg Kubang Telaga dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran penduduk mengenai kesihatan mental. 38


Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik yang dilaksanakan sepanjang program ini. Antara yang menjadi tumpuan para penduduk ialah perlawanan bola sepak dan pertandingan mewarna untuk kanakkanak. Terdapat juga pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan pergigian yang dijalankan secara percuma kepada para pengunjung. Pemeriksaan kesihatan dan pergigian ini membenarkan para pengunjung untuk mendapatkan pemeriksaan secara berkala terutamanya kepada penduduk yang tidak mempunyai akses atau sukar untuk ke klinik kesihatan. Selain itu, beberapa pameran telah dijalankan seperti pameran oleh pasukan farmasi, pameran kebersihan makanan, pameran kesihatan pergigian, pameran penyakit ‘Tuberculosis’ (TB) dan pameran kesihatan mental. Para pengunjung berpeluang untuk bertanya kepada petugaspetugas kesihatan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pameran yang ada. Ceramah KOSPEN dan kesihatan mental telah diberikan oleh pegawai kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Bachok. Beliau memperkenalkan kepada penduduk Kg Kubang Telaga mengenai program “Komuniti Sihat Pembina Negara” (KOSPEN) dan beliau juga turut menekankan tentang kepentingan kesedaran mengenai kesihatan mental. P E R GIGIA N B A C H O K 39


04 Satu taklimat Modul Latihan Memberus Gigi Berirama bagi Ahli Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah Daerah Bachok telah berlangsung di Klinik Pergigian Mahligai, Bachok pada 30 Oktober 2023. Taklimat ini disertai oleh Pegawai Pendidikan Daerah Bachok dan guru-guru penasihat Kelab Doktor Muda dari beberapa buah sekolah rendah di daerah ini. Taklimat ini dimulakan dengan ucapan daripada Pegawai Pergigian Daerah Bachok, Dr Rosasliza Binti Ahmad kepada para penasihat. Dalam ucapannya, beliau meminta kerjasama dari pihak sekolah untuk memberikan komitmen sepenuhnya untuk memastikan Program Latihan Memberus Gigi Berkesan (BEGIN) dapat berjalan secara berterusan menggunakan modul dalam taklimat ini. Taklimat Modul Latihan Memberus Gigi Berirama bagi Ahli Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah Daerah Bachok Taklimat ini diteruskan dengan penerangan modul oleh Dr Mahathir. Beliau menjelaskan dengan terperinci perihal program BEGIN dan menyampaikan hasrat untuk melibatkan doktor muda di sekolahsekolah rendah sebagai ‘trainer’ program BEGIN. Guru-guru penasihat diberikan sedikit cenderamata sebagai tanda penghargaan di atas penyertaan mereka dalam melaksanakan Modul Latihan Memberus Gigi Berirama di sekolah masing-masing. Tarikh: 30 Oktober 2023 Masa: 8.00 am - 1.00 pm Tempat: Bilik Mesyuarat KP Mahligai, Bachok 40


Bengkel ini melibatkan seramai 39 peserta yang terdiri daripada pegawai dan staf pergigian daerah Bachok. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan memantapkan hubungan silaturahim antara para peserta. Bengkel ‘team building ’ ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh penyelaras KOSPEN pergigian daerah Bachok iaitu Dr Ahmad Umar, seterusnya disusuli dengan bacaan doa oleh Dr Yusri. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan sebelum aktiviti pertama program ini bermula iaitu jalan lasak dan pandu arah. Para peserta dikehendaki untuk mendaki bukit dan berjalan merentasi alur sungai mengikut ‘ check point’ yang telah ditetapkan. Aktiviti ini mencabar ketahanan fizikal para peserta sekaligus menguji kerjasama antara ahli kumpulan. BENGKEL TEAM BUILDING “SEP GIGI SOR HATI” DAN KOSPEN WOW Tarikh: 2 November 2023 Masa: 8.00 am - 5.00 pm Tempat: Lalang ’ s Resort & Spa, Jeli 41


Selesai solat zohor dan makan tengah hari, beberapa aktiviti berkumpulan dijalankan. Pertandingan karaoke antara kumpulan berlangsung dengan penuh meriah. Setiap ahli kumpulan memperlihatkan bakat masing-masing semasa menyanyikan lagu-lagu yang telah ditetapkan. Seterusnya aktiviti memanah dijalankan dengan panduan daripada fasilitator setiap kumpulan. Para peserta dilihat begitu bersemangat untuk memanah tepat pada titik ‘bullseye ’. Aktiviti ini memberi peluang kepada para peserta untuk mencuba perkara baru di samping menguji koordinasi dan fokus peserta. Ucapan penutupan diberikan oleh Dr Rosasliza selaku Pegawai Pergigian Daerah Bachok, kemudian disusuli dengan acara penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan. Program ini telah berlangsung dengan jayanya hasil daripada kerjasama setiap para peserta dan usaha daripada pihak penganjur. 42


Seminar Kelab Doktor Muda Peringkat Daerah Bachok 2023 Pada 27 November 2023 bertempat di Dewan Seri Utama Pejabat Kesihatan Daerah Bachok telah berlangsung Seminar Kelab Doktor Muda yang melibatkan muridmurid sekolah rendah dari daerah ini. Seramai 26 murid dari 13 buah sekolah rendah telah menyertai seminar ini yang diketuai oleh Dr Athirah Binti Razali. Program dimulai dengan ucapan perasmian oleh Pegawai Pergigian Daerah Bachok, Dr Rosasliza Binti Ahmad. Dalam ucapan beliau, beliau menekankan bahawa pentingnya penjagaan kesihatan oral dan kesannya terhadap kesihatan badan secara menyeluruh. Beliau juga menanamkan minat terhadap kesihatan pergigian kepada peserta-peserta program ini. 43 Tarikh: 27 November 2023 Masa: 8.00 am - 5.00 pm


Program diteruskan dengan ceramah kesihatan pergigian bertajuk “Amalan Kesihatan Pergigian yang Berkesan” yang disampaikan oleh Dr Wan Nadhirah Sakinah. Beliau berkongsi mengenai pengetahuan asas pergigian dan mengajar cara-cara penjagaan kesihatan oral dalam ceramah beliau. Kemudian, Dr Abdul Aziz telah mengendalikan Kuiz Kesihatan Pergigian berdasarkan ceramah yang telah disampaikan. Pertandingan Mencipta Bento Sihat yang dikendalikan oleh Dr Nur Amirah telah mengetengahkan bakat memasak dan sikap proaktif para peserta. Seminar Kelab Doktor Muda tahun ini berakhir dengan majlis penyampaian hadiah oleh Dr Rosasliza kepada para pemenang kuiz dan pertandingan bento sihat. Semoga progam ini dapat memupuk minat murid-murid terhadap kesihatan oral dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan pergigian. 44


Pasukan Pergigian Daerah Bachok telah menyantuni mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang telah dibuka SK Jelawat dan SMK Beris Panchor. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pemeriksaan pergigian, konsultasi masalah pergigian, aktiviti mewarna, latihan memberus gigi serta agihan kit penjagaan gigi. Semoga lawatan yang telah dilakukan ini, dapat memberi manfaat kepada orang ramai khususnya mangsa- mangsa banjir. Lawatan Pasukan Pergigian Bergerak ke Pusat Pemindahan Banjir di Daerah Bachok Lawatan ke PPS Beris Panchor pada 30 November dan 4 Disember 2023. Lawatan di PPS Jelawat dilakukan pada 4 Disember 2023. 45


MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN ANJURAN KP BERIS KUBOR BESAR DENGAN KERJASAMA PEJABAT KESIHATAN PERGIGIAN BACHOK Program ini bertujuan meraikan dan menghargai hasil kerja keras yang dilakukan oleh anggota kakitangan pergigian daerah Bachok sepanjang tahun 2023 yang menjadi pemangkin kejayaan pergigian daerah. Bertemakan “Arabian Glam and Glitters”, program yang diadakan di Royal Safwah, Kg Budi ini telah dihadiri oleh anggota kakitangan terdiri daripada pegawai pergigian daerah, pegawai pergigian, pembantu tadbir, staf sokongan, dan pemandu kenderaan dari seluruh klinik pergigian di daerah Bachok. Tempat: Royal Safwah, Kg Budi Tarikh : 28 Disember 2023 Majlis pada malam itu dimulakan dengan bacaan doa serta ucapan alualuan daripada Pegawai Pergigian Daerah Bachok, Dr Rosasliza Bt Ahmad. Seterusnya disusuli dengan jamuan makan dan tayangan video yang telah disediakan pihak penganjur. Turut mewarnai majlis pada malam itu ialah persembahan fashion show oleh kanak-kanak, persembahan nyanyian berduet, persembahan dari wakil pegawai, wakil anggota sokongan, wakil pejabat dan wakil bekas anggota kakitangan PKPD Bachok. 46


Majlis dihangatkan lagi dengan acara penyampaian pertukaran hadiah dan hadiah cabutan bertuah. Dr Rosasliza menyampaikan hadiah hari lahir kepada anggota pergigian yang lahir pada Jun sehingga Disember sebagai tanda ingatan. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perpisahan pegawai yang dirai, Dr Wan Nur Amni Binti Abdul Rahman dari Klinik Pergigian Beris Kubor Besar yang akan bertugas di Jabatan Pediatrik, HRPZ II diringi dengan acara memotong kek. Majlis kemudiannya diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan. Sekalung penghargaan kepada penganjur majlis makan malam kali ini, kerana berjaya mengeratkan dan mengukuhkan lagi jalinan silaturahim dalam kalangan warga pergigian daerah Bachok. 47


#INFOPERGIGIANE-BULETIN 2023 MULUT SIHAT, PILIHAN SAYA DAERAH BACHOK 48


UBAT GIGI BERFLUORIDA DAPAT Secalit < 3 TAHUN <600 PPM PENGGUNAAN UBAT GIGI BERFLUORIDA PADA KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KE BAWAH UBAT GIGI PENGGUNAAN UBAT GIGI BERFLUORIDA PADA KANAK-KANAK MENGUATKAN ENAMEL DAN MENCEGAH KARIES 3-6 TAHUN Sebesar kacang pis Jangan terus berkumur selepas memberus gigi Ajar anak untuk tidak menelan ubat gigi Pengambilan fluorida berlebihan boleh menyebabkan kecacatan gigi (Fluorosis) American Dental Association


Kepentingan Mengelakkan pengurangan mineral dalam struktur gigi F L U O R I D A Meningkatkan kadar pematangan enamel gigi. Mencegah tanda karies awal. Menguatkan gigi daripada pembetukan karies. Mengganggu mikroorganisma plak.


Click to View FlipBook Version