Disempurnakan Oleh : EN. MOHD AZAHAR BIN HASHIM PENGETUA SMK PAHI 04 APRIL 2024 ( KHAMIS ) DEWAN SERI PAHI, SMK PAHI 10.00 PAGI
TENTATIF MAJLIS OBJEKTIF 04 APRIL 2024 ( Khamis) 10.00 pagi : Guru Dan Pelajar Berkumpul Di Dewan 10.10 pagi : Majlis Khatam Al-Quran & Bacaan Doa Khatam 11.00 Pagi : Majlis Perasmian Penutupan Ihya’ Ramadhan 1445 H Dan Program Masih Ada Yang Sayang Alunan Asmaul Husna Bacaan Doa Penyampaian Hadiah Pertandingan Sempena Program Ihya ‘ Ramadhan Penyampaian Sumbangan Zakat & Sedekah Ucapan Perasmian Penutupan Ihya’ Ramadhan ( Tn. Pengetua : En. Mohd Azahar Bin Hashim ) Tayangan Montaj 12.30 Tghri : Agihan Duit Raya & Majlis Bersurai Membiasakan warga SMKP dengan amalan-amalan yang perlu dilakukan pada bulan Ramadhan terutama Membaca al-Quran yang merupakan antara amalan yang terbaik di bulan Ramadhan. Menghormati kesucian bulan Ramadhan dengan pengisian aktiviti yang bermanfaat Membentuk warga SMKP yang suka berinfaq dan bersedekah bagi membantu meringankan beban insan yang memerlukan.
JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi : En. Mohd Azahar bin Hashim Tim. Pengerusi : En. Mohamad bin Sidik Naib Pengerusi : En. Mohd. Nazir bin Ibrahim : En. Mohd Sukeri bin Setapa : En. Mohd Basri bin Mohamed Penyelaras : Ustaz Abdul Rahim bin Abd Rahman Pengarah Program : Ustaz Muhamad Faizol bin Jali Setiausaha : Ustazah Shanorita binti Hassan Bendahari : Ustzh. Radziah @ Che Rodziah binti Aripin Buku Program : Ustazah Nur Farihah binti Che Mood@Mahyiddin Fotografi / Banting : Ustaz Muhamad Haris bin Hasan Kawalan Pelajar : En. Mohd Rozafarin bin Mohd Noor : En. Mohd Zaki bin Abd. Wahab Siaraya : Tn. Hj. Roduan bin Hasan Hadiah/Cenderahati: Ustazah Hjh. Fuziah binti Mahmood : Cik Norihan binti Daud : Pn. Nur Amalina binti Kamaluddin : Pn. Azilawati binti Mat Nor Montaj : En. Ubaidillah bin Mohamed Pengacara Majlis : Pn. Norhayati binti Mohamed Sumbangan / : Pn. Ana Iliani binti Mat Husin Bantuan Zakat/ : Ustazah Haniah binti Maluhi Hamper : Cik Hamidah binti Hashim Pengurusan Pelajar : Pn. Siti Norizan binti Hamzah : Pn. Hjh Nora’ini binti Abu Bakar Data APDM : En. Sri Sivabalasundram a/l Krishnan :
PENGHARGAAN Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Khatam al-Quran, Program Masih Ada Yang Sayang dan Penutupan Program Ihya’ Ramadhan 1445 H Peringkat SMK PahiTahun 2024. Terima kasih juga kepada semua penyumbang Tabung Infaq Ramadhan. Semoga kita semua sentiasa dalam perlindungan Allah dan mendapat balasan syurga di akhirat kelak. Terima Kasih
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. Dan selawat dan salam ke atas rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Ya Allah, Tuhan kami terimalah doa kami dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Yang Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Mengasihi. Tunjuki dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat al-Quran. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingtkanlah kami apa yang telah kami lupa dari al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan siang, dan jadikanlah al-Quran itu sebagai hujjah untuk kami. Wahai Tuhan pemelihara sekalian alam. Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan al-Quran, muliakan kami dengan kemuliaan al-Quran, dan serikan kami dengan ketinggian martabat al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata al-Quran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan al-Quran. Ya Allah, jadikanlah al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan-Mu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah. Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk al-Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan al-Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan sebab kelebihan al-Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca al-Quran, ya Allah, Tuhan Yang Empunya segala macam kelebihan dan ehsan. Wahai Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka. Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan MAJLIS KHATAM ALQURAN peringkat sekolah 1445H/2024