E-BOOK
MPU 21032
PENGHAYATAN DAN
ETIKA PERADABAN
PUAN JUNNAINI BINTI JOHAN
USAHA USAHA UNTUK
MEWUJUDKAN BANGSA
IDAMAN MALAYSIA
TAJUK : USAHA – USAHA
UNTUK MEWUJUDKAN
BANGSA IDAMAN
MALAYSIA
PENSYARAH :-
PUAN. JUNNAINI BINTI JOHAN
MUHAMMAD MUHAMMAD MUHAMMAD
AFIQ BIN AZLAN IMAN NUR EIRFAN BIN
(08DKA21F2070)
RAFIQ BIN BUKHARI
A.WAHID (08DKA21F2022)
(08DKA21F2068)
PENGENALAN
• Negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang
diimpikan oleh sesebuah negara melalui konsep
satu bangsa, satu identiti. Konsep ini menjurus
kepada sesebuah negara yang berdaulat dengan
rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh
sentiment perkauman, keturunan, agama, bahasa,
budaya, wilayah dan sebagainya yang boleh
membawa perpecahan. Identiti, negara dan bangsa
adalah tiga perbahasan utama dalam persoalan
nasional. Dari sejarah, masyarakat Malaysia
bukanlah terbentuk semenjak tahun 1957. Latar
belakang dan latar hadapan kepada projek negara –
bangsa Malaysia memainkan peranan penting
dalam memberi makna kepada apa yang dinama
sebagai Bangsa Malaysia. Malaysia, yang berlatar
belakang empat tiang utama agama, bahasa,
budaya dan raja telah memberikan citra utama
kepada identiti kebangsaan. Keempat – empat tiang
ini menjadi unsur utama kepada kebudayaan
Melayu. Bangsa merujuk kepada sekumpulan
manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan
(Mahayuddin, 1998).
KONSEP
BANGSA
IDAMAN
1. Bangsa Idaman sebelum merdeka
• Sebelum Merdeka
• pergerakan nasionalisme; masing-masing merancang untuk
berjuang
mendapatkan kemerdekaan dalam kerangka bangsa idaman
masingmasing, yang bermaksud sifat dan wajah bangsa Malaysia
yang mereka
inginkan sesuai dengan agenda ekonomi, politik, sosial dan budaya
masing-masing
• CONTOH: di kalangan kelompok strategik nasionalis Melayu
terdapat
tiga jalur bangsa idaman
• pertama,
‘Melayu Raya’ anjuran kelompok strategic kiri Melayu
• kedua, ‘negara Islam’ anjuran kelompok strategik berorientasi
Islam
• dan ‘masyarakat majmuk pimpinan Melayu’ (Malay-led plural
society
nation) kelompok strategi tiga rangkai etnik diterima kolonial.
• Pemerintah kolonial memilih, menyokong dan mempromosi jalur
ketiga
melalui CLC 1949 (Communities Liaison Committee 1949).
2. Bangsa idaman selepas
merdeka
• Selepas Merdeka
• Keinginan kolektif untuk
mempunyai suatu ‘identiti
nasional
sepunya,’ atau sebuah bangsa.
Idea dan wacana mengenai
identiti nasional sepunya ini
adalah sebuah pernyataan
mengenai
bangsa idaman, atau wajah
Malaysia yang mereka inginkan.
• Antara Bangsa Idaman utama
pasca Merdeka 1957, konsep
‘Malaysian Malaysia’ anjuran
kelompok strategik daripada
Singapura (awal 1960an) dan
daripada Malaysia (akhir
1990an).
• Bangsa Idaman pegangan
pemerintah 1957-2018,
‘masyarakat majmuk pimpinan
Melayu’ (Malay-led plural society
nation).
Bangsa Idaman Era Malaysia
Baharu
Bangsa idaman Era Malaysia baru bermula pada
Mei 2018 sehingga Ogos 2019 iaitu selama 15
bulan.Berlaku persaingan hebat diantara beberapa
bangsa idaman dimana Tun Dr Mahathir ingin
mengekalkan bangsa idaman “masyarakat majmuk
pimpinan melayu” sebagai payung untuk Wawasan
2020 dan Bangsa Malaysia. Manakala PPBM, UMNO
dan PAS masih ingin mengekalkan bangsa idaman
ini walaupun terdapat antara ahli dua kelompok
parti berbeza pendapat. Disini juga terdapat
kehadiran DAP sebagai komponen strategik utama
dakan kerajaan terdapat unsur-unsur konsep
Bangsa Idaman Malaysian Malaysia direalisasikan.
Kepelbagaian Idea Bangsa
Idaman
• Konsep nation of intent
berpendirian bahawa sebuah
negara bangsa adalah project
work in progress.
• Sentiasa berlaku contestation
bangsa dalam negara itu
hingga yang wujud adalah
negara tetapi bangsanya tidak
terbina seperti di Malaysia.
• Pembentukan bangsa terjadi
dalam dua fasa iaitu sebelum
dan selepas merdeka.
• Konsep Melayu Raya yang
digagaskan oleh pergerakan
Kiri Melayu, konsep Negara
Islam yang diperkenalkan oleh
kelompok Islam dan konsep
masyarakat majmuk yang
dipimpin oleh orang Melayu.
Cabaran Mewujudkan Bangsa Idaman
• Pelbagai cabaran dan kekangan yang dihadapi dalam
membentuk sebuah bangsa idaman seperti pluralisme,
liberalis medan kepelbagaian budaya.
Pluralisme: iaitu sifat kepelbagaian yang terbentuk
daripada proses kepelbagaian penduduk dan biasanya
terbina daripada hasil perjajahan pada zaman dahulu.
Liberalisme: bermaksud kesederhanaan atau keterbukaan.
Kepelbagaian budaya: pembentukan masyarakat majmuk
didalam proses perkembangan sesebuah negara yang
mewujudkan dilemma baru kepada penduduk di negara ini.
• Nilai Budaya Malaysia hendaklah menjadi asas kepada
kemajuan bangsa dan negara.
• Setiap masyarakat hendaklah memainkan peranan yang
penting dalam mewujudkan bangsa idaman yang
menepati matlamat dan menjadikan perpaduan negara
yang stabil.
• Masyarakat hendaklah memupukkan nilai-nilai yang baik
dalam diri mereka begitu juga golongan pemimpin
negara hendaklah menunjukkan contoh yang baik dan
mejalankan tugas dengan Amanah dan taat agar
perpaduan dan kemajuan negara dapat dicapai dengan
mudah.
Bangsa Dalam Malaysia Baharu
• Pembangunan bangsa pasca PRU14 tidak banyak
mengalami perubahan.
• Konsep bangsa idaman inilah yang diangkat oleh
parti-parti politik seperti Bersatu, UMNO, dan PAS.
• Penekanan banyak diberikan kepada hubungan
antara kaum atau“inter-ethnic” tetapi
meminggirkan peri penting hubungan dalam kaum
atau“intra-ethnic”.
• Kepelbagaian dan perbezaan yang wujud antara
kaum di negara ini adalah sesuatu yang perlu
diraikan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Masyarakat harus berganding bahu
dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata mata
dalam mewujudkan perpaduan kaum. Jangan kita
bersikap evasive mahupun “Bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing masing “kerana
perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua
kaum menjalankan obligasi masing masing dengan
sempurna dan bersikap bertolak ansur.Selain itu juga
kita sebagai masyarakat hendaklah memupuk nilai
nilai murni dalam kehidupan seharian kita. Kita
perlulah sentiasa menghormati antara satu sama lain.
Sikap toleransi perlu dimiliki setiap masyarakat agar
keharmonian dan ‘ bangsa idaman’ dapat diteruskan
dan membawa banyak impak positif ke Negara dan
bangsa. Sikap ini juga perlu dipupuk dan
diperkenalkan kepada remaja dan masyarakat pada
masa kini supaya ‘bangsa idaman’ dapat dikekalkan.
Hal ini senang dicapai apabila semua masyarakat
berganding bahu menyemai nilai nilai murni.
RUJUKAN
• https://www.bharian.com.my/rencana/
komentar/2017/08/319408/merealisasi
kan-bangsa-malaysia
• https://penanginstitute.org/news/highl
ights-at-penang-institute/syarahan-
bangsa-idaman-sebuah-kupasan-
mengenai-usaha-merintis-malaysia-
baharu/
• https://www.facebook.com/100535331
856042/posts/antara-cabaran-dan-
kekangan-dalam-membentuk-sebuah-
bangsa-idaman-pluralisme-
sifa/102186325024276/