The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1073-15-fatin, 2023-03-26 04:08:10

PERMAINAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

PERMAINAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

01


08 Permainan tradisional merujuk permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Permainan tradisional dimainkan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk mengisi masa lapang. Merupakan satu cara masyarakat pada zaman dahulu berhibur


CONTOH PERMAINAN TRADISIONAL


1. Dua pemain akan berhadapan dengan strategi masing-masing. Papan congkak dengan lima atau tujuh lubang sebaris yang dipanggil ‘kampung’ dan hujungnya terdapat lubang ibu yang dipanggil ‘rumah’ diisi dengan buah congkak. Kedua-dua orang pemain akan serentak memasukkan buah ke dalam ‘rumah’ sendiri mengikut putaran jam sehingga dianggap ‘mati’ sekiranya berhenti di ‘kampung’ yang kosong. Begitulah pusingan yang diulang-ulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah untuk diisi dan dikira kalah.


Pemain akan memasukkan jumlah guli yang telah dipersetujui oleh pemainpemain lain di dalam sebuah bulatan. Setiap pemain mengikut giliran akan cuba untuk mengeluarkan sebanyak mana guli yang boleh dalam bulatan hasil dari membaling guli, dengan harapan guli akan mengena. Di sini, skil membaling dengan ketepatan dan kekuatan yang jitu diperlukan.


Permainan ini mengggunakan daun pelepah pokok pinang atau upih pinang yang luruh. Seorang pemain akan duduk di atas pelepah, manakala seorang lagi akan menariknya. Yang duduk pastinya seronok merasa tiupan angin, tetapi yang menariknya pula, pasti tidak sabar menunggu saat gilirannya ditarik pula!


Pemain harus membaling lima biji Batu Seremban ke udara dan menangkapnya kembali. Mulakan dengan sebiji, kemudian naikkan kepada dua, tiga, empat dan akhirnya lima. Jika gagal pada salah satu pusingan, pemain harus kembali ke pusingan awal dengan jumlah Batu Seremban yang paling sedikit.


Layang-layang yang diikat kepada gulungan benang akan diterbangkan secara strategik mengikut tiupan angin. Jika perlu, pemain harus berlari anak supaya layang-layang mampu naik ke atas sedikit demi sedikit.


Dua orang ‘penjaga’ akan berfungsi sebagai penghalang dengan ‘menanda aras’ menggunakan ukuran tapak tangan. Manakala pemain pula akan melompat mengikut aras yang dibina dengan nyanyian atau kiraan “Satu lompat tikus, dua lompat tikus..” dan seterusnya. Permainan ini bermula dari satu tapak tangan, kemudian ditambah sehingga tangan yang keempat dan seterusnya, disusuli halangan di mana kedua-dua penghalang tadi akan mencantumkan tangan mereka dan membentuk ‘lubang tikus’ dan si pemain perlu melompat melepasi halangan tersebut tanpa menyentuh mana-mana penghalang


Permainan ini juga dikenali sebagai Pick Up Sticks, permainan ini sering dimainkan di dalam rumah. Senang sahaja, segenggam lidi akan dilepaskan dalam satu longgokan. Para pemain pula ditugaskan untuk mengangkat lidi yang tertentu tanpa menyentuh langsung lidi-lidi yang lain.


End


Click to View FlipBook Version