The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1073-15-fatin, 2022-03-26 00:15:29

MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM SELOKA

MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM SELOKA

MANIFESTASI

AKAL BUDI


DALAM SELOKA

PENGENALAN

Istilah Seloka berasal daripada

perkataan Sanskrit shloka bermaksud

berseloroh, berjenaka atau menyindir.
Sebagai satu bentuk puisi tradisional

yang bercorak karangan berangkap atau


bahasa berirama, seloka lebih

merupakan pepatah, bidalan atau

perumpamaan yang mengandungi unsur

jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan


sindiran.

FUNGSI SELOKA

1. Digunakan untuk mengkritik sebarang perbuatan
negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung
perasaan individu yang disasarkan.

2.Digunakan untuk menyindir, mengejek dan melahirkan
rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia.

3.Digunakan untuk memberi pengajaran dan panduan
kepada seseorang.

4.Sebagai alat kawalan sosial.

CIRI-CIRI

SELOKA

1. 2. 3.

Merupakan puisi Tidak mempunyai Bilangan baris
bebas atau pembayang dalam serangkap
tidak terikat
5. tidak sama
4.
Jumlah suku kata 6.
Jumlah perkataan dalam sebaris
dalam setiap baris tidak tetap Rima akhir dalam
serangkap juga
tidak sama
tidak tetap

SELOKA

PAK


KADUK

Aduhai malang Pak kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,

Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,

Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Aduhai malang Pak Kaduk

MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM SELOKA PAK KADUK

Seloka Pak Kaduk bertujuan untuk memberi hiburan dan

jenaka disamping menyelitkan pesanan serta makna

seloka tersebut kepada pendengar.

Pak Kaduk seorang yang tidak berfikir ketika membuat

keputusan. Dia sanggup berjudi dengan mempertaruhkan

ayamnya demi duit atau harta sehinggalah mengakibatkan

kampungnya tergadai.

Banyak sikap negatif yang ditunjukkan dalam seloka Pak

Kaduk ini.

MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM SELOKA PAK KADUK

Jelaslah bahawa masyarakat yang membaca atau mendengar

seloka ini mestilah mengelakkan diri daripada menjadi seorang

yang tamak akan harta dan mengabaikan keluarga.
Aspek akal budi juga dapat dilihat apabila pengarang sendiri

mengkritik sikap kita yang tidak memberi faedah kepada orang.

Keseluruhan isi seloka Pak Kaduk menyindir tentang sikap

sebahagian daripada masyarakat Melayu yang bersikap negatif.
Watak Pak Kaduk mempamerkan sikap keturunan Melayu yang

perlu diberi teguran supaya mengubah sikap kepada yang lebih

baik.

TEMA Seloka Pak Kaduk bertemakan kebodohan
iaitu ketidakmampuan untuk berfikir
secara rasional dalam melakukan sesuatu
perbuatan atau bertindak melakukan
sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu.
Kebodohan yang dilakukan oleh diri sendiri
mengakibatkan diri seseorang itu akan
ditimpa nasib malang. Sebagai contoh,
kebodohan Pak Kaduk bertindak tanpa
menggunakan akal fikiran secara waras
menyebabkan hidupnya sentiasa ditimpa
nasib malang.

PERSOALAN




Kebodohan dalam bertindak tanpa menggunakan akal fikiran yang

waras akan merugikan diri sendiri. Sebagai contoh, Pak Kaduk

mengalami kerugian dalam hidupnya kerana tindakannya yang

bertukar ayam dengan Raja dibuat tanpa berfikir panjang.
Kesan buruk perbuatan suka berjudi. Sebagai contoh, sikap Pak

Kaduk yang suka berjudi menyebabkan hidupnya sentiasa ditimpa

nasib yang malang.

Manusia sanggup bertindak kejam kerana dipengaruhi perasaan

marah. Sebagai contoh, perbuatan Pak Kaduk yang sanggup


membunuh isteri sendiri kerana marahkan isterinya yang selalu

menegur perbuatan bodohnya itu.

Sikap suka membazir. Sebagai contoh, Pak Kaduk membuang nasi

menyebabkan dia berada dalam kelaparan.

BENTUK DAN

CIRI-CIRI

1. 2. 3.

Berbentuk Mempunyai 7 Rima akhirnya
bebas atau hingga 9 suku kata terdiri daripada
tidak terikat dalam setiap baris a,b,c,c,d,e,f,c,c

4. 5.

Mengandungi satu Mempunyai 3
rangkap hingga 5 patah
perkataan sebaris.

GAYA BAHASA

Metafora Contohnya, mudik menongkah surut, hilir menongkah pasang
Aliterasi Contohnya, ayamnnya menang kampungnya tergadai (pengulangan

Asonansi konsonan n)
Sinkope Contohnya, aduhai malang Pak Kaduk (pengulangan vokal a)

Contohnya, nyaris mati oleh tak makan

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bersabar apabila menghadapi sesuatu masalah. Sifat

sabar perlu ada dalam diri setiap individu kerana kesabaran yang tinggi

mampu menguji kekuatan iman seseorang dalam meyelesaikan
sesuatu masalah.

2. Kita seharusnya berfikir dahulu sebelum melakukan perbuatan yang

merugikan diri sendiri. Dalam melakukan apa jua tindakan, seseorang

itu perlu berfikir terlebih dahulu demi memastikan tindakan yang

dilakukan memberi kesan yang baik bukan sebaliknya.

3. Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan

membazir. Sifat suka membazir tidak kiralah dari segi masa, wang

dan sebagainya perlu dielakkan kerana hanya merugikan diri

sendiri.

SEKIAN,

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version
Previous Book
วิจัยในชั้นเรียน 2.64
Next Book
แคมเปญทรูคูปอง