PENULIS: FATIN AMSYA BINTI AZHAR SI KUDUNG
Buku ini adalah sebuah siri bacaan yang menarik dan direka khusus untuk memupuk tabiat membaca di kalangan murid sekolah rendah. Buku ini juga sesuai digunakan untuk murid tahap 2. Penulis: Fatin Amsya Binti Azhar Email: [email protected] No.telefon: 019-9842084 SI KUDUNG
WATAK Leha Amin Samad
Leha dan Samad merupakan pasangan suami isteri. Sudah lapan tahun mereka berkahwin tetapi mereka belum dikurniakan anak lagi. “Bang…kalau suatu hari nanti kita dapat anak, abang suka anak lelaki ke perempuan?” tanya Leha. 1
“Abang lebih suka anak lelaki.” jawab Samad. “Leha pula tak kisah anak perempuan atau lelaki bang. Janji anak kita.” jawab Leha sambil tersenyum. Pada suatu hari, Leha telah disahkan hamil sudah tiga bulan. Samad dan Leha berasa amat gembira. 2
“Bang, leha hamil bang,” jerit Leha dengan bahagianya kepada Samad. “Wah, penantian kita selama ini tidak sia-sia. Kalau dapat anak lelaki ni mesti seronok. Boleh teman saya memancing supaya saya tidak bosan nanti.” kata Samad. 3
Beberapa bulan kemudian, perut Leha semakin membesar dan sudah tiba masanya untuk Leha bersalin. 4
“Aduh, bang perut Leha bang… sakit. Cepat telefon ambulan sekarang.” jerit Leha kesakitan. “Baik, saya telefon sekarang.” jawab Samad. Beberapa minit kemudian, ambulan pun sampai dan membawa Leha ke hospital. 5
“Uwek…uwek…” terdengar suara tangisan bayi di bilik hospital itu. Leha sudah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel. 6
Samad dengan pantasnya terus masuk ke dalam bilik tersebut dan memegang anaknya. Dia langsung tidak bertanya khabar tentang isterinya yang sudah penat melahirkan anak itu. “Abang, kita dapat anak lelaki bang.” kata Leha. “Eh, kenapa anak ini tidak mempunyai tangan kiri ni Leha? Anak ni cacat ke Leha? jawab la Leha.” tanya Samad dengan marahnya. 7
Leha menangis teresak-esak. “Sabar ye bang, ini semua takdir dari tuhan.” jawab Leha. “Saya tahu la takdir tetapi apa masalah dengan anak ini Leha?” desak Samad. “Sebenarnya sebentar tadi doktor beritahu bahawa anak kita tidak mempunyai tangan kiri bang.” jawab Leha. “Tidak! Aku tak percaya. Anak aku tidak cacat. Leha, anak kita tidak cacatkan.” jerit Samad. Samad seperti dirasuk hantu. Dia tidak boleh menerima kenyataan bahawa anaknya cacat. 8
Sudah beberapa hari Leha berada di hospital, akhirnya dia dibenarkan pulang ke rumah. “Abang, abang nak bagi nama apa dekat anak kita ni bang?” tanya Leha. “Letak saja kudung.” jawab Samad. Leha terkejut mendengar kata-kata Samad itu. 9
“Tergamak abang nak beri nama kudung dekat anak kita bang. Hina sangat ke anak ini bang? Ini pemberian tuhan, kita kena terima kenyataan dan bersyukur bang.” kata Leha dengan kecewanya. Leha terus memeluk anaknya itu dan berkata “ibu namakan anak ibu ini dengan nama Amin. Ibu mendoakan anak ibu ini supaya menjadi anak yang baik.” 10
Beberapa tahun kemudian, Amin membesar dengan sihat dan baiknya. Dia sekarang sudah berumur 11 tahun. Namun Samad masih membenci anaknya itu dan memanggilnya dengan gelaran kudung. Samad langsung tidak berbual dengan anaknya. 11
Pada suatu hari, Samad membeli joran ikan yang baharu. Samad meletakkan joran tersebut di atas meja. Disebabkan Amin tidak pernah melihat joran tersebut, dia berasa teruja dan memegang joran tersebut. 12
“Pangg…” tiba-tiba Samad datang lalu menampar pipi anaknya itu. “Anak tak kenang budi, aku jaga kau yang kudung ni dari kecil, ini balasan kau. Kau dah kudung pun nak jadi pencuri lagi. Kau nak curi joran aku kan!” jerkah Samad kepada Amin. 13
“Tidak ayah, Amin nak tengok sahaja joran itu ayah. Joran tu nampak cantik, Amin suka. Amin tak curi joran ayah.” jawab Amin sambil menangis. Pipinya terasa sakit akibat penampar yang kuat dari ayahnya. 14
Leha terus keluar dari billik dan memarahi suaminya. “Apa yang abang buat ini. Tidak mungkin Amin hendak mencuri joran abang. Dia nak buat apa dengan joran itu!” marah Leha kepada suaminya. 15
“Ha eloklah, kamu manjakan anak kudung kamu ni sampai jadi pencuri dalam rumah sendiri.” balas Samad. Leha menggelengkan kepalanya. 16 “Ibu dan ayah, Amin minta maaf. Maafkan Amin sebab dilahirkan kudung.” kata Amin sambil menangis.
Leha terus memeluk anaknya itu dan berkata “ibu tidak pernah menyesal ada anak seperti kamu Amin. Kamu sudah cukup sempurna di mata ibu.” “Abang, suatu hari nanti Amin pasti akan menolong abang ketika abang berada dalam kesusahan dan saat itu abang pasti akan menyesal dengan sikap abang ini.” kata Leha kepada Samad. 17
Keesokan harinya, Leha melihat Amin termenung di depan pintu rumah. “Apa yang anak ibu sedang fikirkan ini?” tanya Leha. “Amin rasa macam nak pergilah ibu.” jawab Amin. “Pergi mana Amin. Jangan buat ibu risau.” balas Leha. 18
“Anak ibu merajuk ya.” gurau ibunya. “Tak ada la ibu, Amin rasa nak pergi sungai teman ayah memancing ikan. Mesti ayah bosan seorang diri kat sungai itu.” jawab Amin. “Baiklah hati-hati Amin. Semalam hujan lebat. Sudah Tentu air sungai deras.” pesan ibunya. 19
Ketika sampai di sungai, Amin melihat ayahnya yang sedang memancing ikan di atas batu sungai yang besar. “Ayah, Amin datang ni nak teman ayah memancing” jerit Amin dari jauh dengan gembiranya. 20
Samad terus berpusing ke belakang apabila mendengar suara Amin, namun malangnya dia tergelincir dan kakinya luka terhentak batu besar itu. 21
Samad jatuh ke dalam sungai dan hampir lemas. Amin yang melihat ayahnya terus melompat ke dalam sungai untuk menyelamatkan ayahnya. “Ayah, pegang bahu Amin, ayah.” Amin berjaya membawa ayahnya ke tebing sungai. 22
Tiba-tiba sebatang kayu besar yang hanyut telah menghentak kepala Amin. Amin hampir jatuh ke dalam sungai kembali, namun sempat ditarik oleh ayahnya. 23
Kepala Amin dipenuhi darah. Samad meriba anaknya itu. “Ayah minta maaf. Selama ini ayah benci dan hina Amin sebab cacat, tetapi hari ini Amin tetap selamatkan ayah. Maafkan ayah, Amin” kata Samad sambil memeluk anaknya itu. “Amin dah maafkan ayah. Amin tak marah pun ayah. Amin sayang ayah dan ibu.” 24
Pendarahan di kepala Amin semakin parah. “Ayah, kepala Amin sakit sangat. Amin dah tak mampu untuk bertahan ayah. Amin minta maaf ayah sebab tak mampu nak jadi sempurna macam orang lain.” kata Amin dengan lesunya. 25
“Amin, jangan tinggalkan ayah Amin. Ayah sudah menyesal Amin.” kata Samad sambil menangis. Akhirnya, Amin meninggal dunia disebabkan kehilangan banyak darah. -TAMAT26
PENGAJARAN Kita mestilah sentiasa bersyukur dan menghargai pemberian Tuhan. 1. Kita hendaklah menghindarkan diri daripada menghina orang lain. 2.
GLOSARI Perkataan Maksud Dikurniakan Diberikan Bersalin Melahirkan anak Takdir Teresak-esak Ketentuan Allah Tersedu-sedu Cacat Keadaan kurang sempurna
“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.” Itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan buku cerita yang ditulis ini. Buku ini juga menggunakan beberapa elemen yang dapat menarik perhatian pembaca. Antaranya ialah: Saiz huruf yang besar dan jelas Ilustrasi-ilustrasi yang berwarna dan menarik Bahasa yang mudah Nilai-nilai murni dan pengajaran yang dapat dijadikan teladan. amsyaazhar Hubungi saya di: