The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BULAN KEBANGSAAN SKHSOM 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ieka_wizard, 2021-09-22 04:45:12

SKHSOM 2021

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BULAN KEBANGSAAN SKHSOM 2021

SK HO SENG ONG METHODIST

M A J L I S PERASMIAN PENUTUP

BULAN KEBANGSAAN

PERINGKAT SEKOLAH

23hb SEPTEMBER 2021
10:00 pagi

DISEMPURNAKAN OLEH

EN. ZAHEREIN BIN RAHMAT
TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
PPD KINTA UTARA

SEKAPUR SIREH







Asalamualaikum, selamat sejahtera dan salam Malaysia Prihatin,

Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya kita dapat
melaksanakan Program Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat SK Ho Seng Ong
Methodist tahun 2021 dengan jayanya. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada
semua ahli jawatankuasa yang diterajui oleh Penolong Kanan Kokurikulum, semua guru,
kakitangan dan murid-murid serta para ibu bapa. Sebagai makluman, Sambutan Bulan
Kebangsaan peringkat sekolah telah bermula pada 16 Ogos 2021.

Sesungguhnya, aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan kesemuanya berpaksikan kepada satu
matlamat iaitu menyemai semangat patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan kita
sebagai warga negara.Sebagai warganegara, kita seharusnya berasa bertuah menjadi
sebahagian daripada rakyat negara yang berdaulat dan merdeka kerana kita dapat
mengecap kehidupan dalam suasana aman, makmur dan harmoni.

Walaupun semua aktiviti dan pertandingan dilaksanakan secara maya disebabkan PKP
(Covid-19), tetapi penglibatan para guru , AJK Pibg ,ibu bapa dan murid-murid dalam
setiap aktiviti atau pertandingan yang telah diadakan amat membanggakan Tahniah
diucapkan.

Sebagai mengakhiri ucapan, sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima
kasih dan tahniah kepada jawatankuasa induk serta semua yang terlibat. Diharapkan
kerjasama baik ini akan berterusan dan menjadi budaya sekolah kita ibarat telur
sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya.

Sekian, terima kasih.

AZIZAH BINTI SALLEH
Guru Besar SKHSOM.
















Click to View FlipBook Version