Selamat Datang SK CONVENT (2)BUKIT NANAS SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI WARGA SK KAPIT KE JALAN BUKIT NANAS 50250 KUALA LUMPUR WBB0049 03-20783824 CBN2 cbn2people cbn2people
SK CONVENT (2) BUKIT NANAS (CBN2) merupakan salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi yang terletak di dalam Zon Keramat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sekolah ini adalah sekolah ‘missionary’ yang merupakan Sekolah Bantuan Modal yang sangat aktif di dalam semua bidang termasuklah aktiviti harian sekolah mahupun pada luar waktu persekolahan. PUAN NORHANIZA BINTI MOHAMAD DAHALAN GURU BESAR SK CONVENT (2) BUKIT NANAS Sekolah yang telah berusia lebih 120 tahun ini menyimpan pelbagai kisah pahit manis para pelajar, guru-guru mahupun kakitangan dalam mengekalkan kemasyhuran nama SK Convent (2) Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Sekolah ini telah berjaya mendapat Anugerah Tawaran Baru Guru Besar ( Bai’ah) selama empat tahun berturutturut sejak tahun 2010 hingga 2013, Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2013 bagi Fasa 7 dan kemuncak pencapaian telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi Fasa 7 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2017. Sekolah ini menerima kemasukan murid daripada latar belakang pendidikan dan sosio-budaya dan ekonomi yang berbeza-beza serta datang dari seluruh pelusuk Lembah Klang. Tahap pencapaian murid boleh dikategorikan kepada kumpulan cemerlang, sederhana dan lemah. Kumpulan murid yang lemah akan disenaraikan untuk mengikuti kelas pemulihan di Bilik Tunas Ilmu.
PERINCIAN GURU & STAF MENGIKUT GRED
VISI MISI
LAGU SEKOLAH CBN Sinar bintang hidupku Bercahaya di sanubari Sering bergemerlapan Pancar sinar untuk semua CBN Ingatankan bersemi Kerana kau penyuluh hidup Tunjukkan harapan teguh CBN, bintang abadiku Dengarlah suara semangat waja Kami insan CBN kini Teruskan cita dan usaha Tulus dengan fadilah Azam dengan bakti Dengarlah suara semangat waja Kami insan CBN kini Bakal pemudi harapan negara Kerana CBN kau tercinta CBN The shining star of my life You will always glow within me And through me you will shine forth A new light others will follow CBN With us your memory will stay You will always light the way Show us our strength and our hope CBN, our star forever more So hear our song sung with spirits strong We the girls of CBN today Will lift up our motto and strive to be Simple in virtue Steadfast in duty So hear our song sung with spirits strong We the girls of CBN today The youth of tomorrow we promise to be true For CBN we love you.