Volume 21 Mei 2022
--------------------------------------------------------------------------------------
Buletin PELAJAR UMT RAIH
Ko-Q Hepa NAIB JOHAN IPROCOM 2022
------------------------------------- oleh : Zaizulhizma binti Salleh
Sidang Redaksi
Penasihat :
PROFESOR MADYA DR. HAFIZ BIN ZAKARIYA
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Ketua Editor :
ABDULLAH SYUKRI BIN M.SALEH
Timbalan Pendaftar Pejabat Hal Ehwal Pelajar
Editor:
HAINANY IDAYU BINTI YAZID
Ketua Pusat Pembangunan Holistik dan Kaunseling Pelajar
SITI NORIAM BINTI YAAKOB
Ketua Pusat Sukan dan Rekreasi
BADRUHISHAM BIN DARUS
Ketua Pusat Kebudayaan dan Kesenian
HAZNIYATI BINTI HASSAN sesi bergambar pemenang bersama naib canselor umt
Penolong Pendaftar Kanan, Kolej Kediaman
Kumpulan NS Betta Lau yang mewakili Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya
ZAIZULHIZMA BINTI SALLEH meraih tempat kedua dalam penganjuran program Idea, Product and Commercial
Penolong Pendaftar, Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (IPROCOM) selepas tewas kepada kumpulan Fingersnap Enterprise yang berasal
dari utara Malaysia.
ENGKU NURUL AIMA TENGKU AMRI Kumpulan ini diwakili oleh Muhammad Nur Najmie bin Mohamad Naser dan dibantu
Penolong Pendaftar, Kolej Kediaman oleh mentor beliau Dr Ivan Koh Chong Chu yang tanpa jemu memberi tunjuk ajar.
Produk yang dihasilkan adalah menternak ikan laga dari pelbagai jenis untuk pasaran
Pereka tempatan. Melalui pelbagai rintangan sewaktu mengikuti program ini sehingga
terlibat kemalangan kecil sewaktu ingin menghadiri program tidak mematahkan
MUHAMMAD ADLI BIN HASHIM semangat beliau untuk meneruskan sehingga akhirnya. Alhamdulillah dengan usaha
Pereka Pusat Komunikasi Korporat dan berkat kesabaran beliau telah berjaya ke peringkat akhir.
Pada peringkat akhir tersebut, sebanyak 17 pasukan telah berjaya ke peringkat ini
Urus setia yang berlangsung pada 26 Mac 2022 di UMT Convention Centre. Kesemua peserta
WAN AZURA BINTI WAN MAMAT
Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Pejabat Hal Ehwal Pelajar
HEPA
Volume 21 Mei 2022
-------------------------------------------------------------------------------------
Najmie sewaktu membentangkan projek beliau peserta pada sesi pembentangan
Juri
membentangkan perniagaan dan produk mereka di hadapan
juri dalam tempoh masa 3 minit diikuti 2 minit sesi soal
jawab.
Universiti Malaysia Terengganu melalui Pusat Keusahawanan
dan Kerjaya (CEC) telah dilantik sebagai penyelaras bagi
penganjuran program kolaborasi KPT-MEDAC, Idea, Product
and Commercial (I-ProCom). Program berimpak tinggi ini
turut berkolaborasi bersama agensi di bawah Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) (kini
dikenali sebagai KUSKEP) iaitu Institut Keusahawanan
Negara (INSKEN) dan Centre for Entrepreneur Development
and Research (CEDAR) selaku pembimbing dan penyedia
latihan. I-ProCom secara langsung membantu usahawan
pelajar memulakan dan mengkomersialkan produk inovasi
yang dihasilkan serta mendapat peluang pengembangan
perniagaan. Program ini turut memberi nilai tambah kepada
mentor melalui bimbingan dan latihan. Seramai 222 pelajar
dan 44 mentor daripada 20 Universiti Awam, tiga (3)
Politeknik serta enam (6) Kolej Komuniti seluruh Malaysia
dengan penyertaan 142 perniagaan pelajar. Sebanyak empat
(4) fasa telah diikuti oleh pelajar dan mentor iaitu No2Know,
Bootcamp, Ready to Market dan Big Stage. Semua peserta
telah menunjukkan bakat keusahawanan yang sangat
membanggakan.
Justeru pelaksanaan program di bawah kerjasama Strategik
KPT – MEDAC ini amat wajar diteruskan demi meningkatkan
ramai pelajar yang menjadi usahawan seterusnya dapat
menyokong Dasar Keusahawanan Negara 2030.
Volume 21 Mei 2022
--------------------------------------------------------------------------------------
UMT TIDAK PULANG DENGAN
TANGAN KOSONG DI KARNIVAL
SUKAN MASUM’22
oleh : Siti Zainab binti Mat Zin
UMP GAMBANG, Pahang: Kontigen UMT menamatkan
saingan Karnival Sukan MASUM Fasa 1, 2022 yang telah
diadakan pada 24 sehingga 27 Mac 2022 yang lalu dengan
menduduki ranking ke 14 daripada 20 universiti awam yang
bertanding.
Sepanjang tempoh Karnival Sukan MASUM tersebut,
kontigen UMT turut berjaya meraih satu (1) pingat gangsa
menerusi Azamuddin bin Mansor (S63718) dan Nur Balqis
binti Biamin (A1507) bagi acara Memanah untuk Kategori
Individu Campuran (OR).
Melalui pertandingan catur yang telah dilaksanakan secara
dalam talian pasukan UMT berada pada ranking ke 12
daripada 16 pasukan yang bertanding. Manakala bagi acara
individu UMT berjaya berada di ranking ke 12 daripada 94
individu yang bertanding.
Seterusnya bagi acara Taekwondo, untuk kategori Poomsae
UMT hanya mampu berpuas hati berada di peringkat
kumpulan sahaja.
Volume 21 Mei 2022
-------------------------------------------------------------------------------------
PASUKAN BOLA TAMPAR
WANITA KEKALKAN KECEMERLANGAN
oleh : Siti Zainab binti Mat Zin Terkini pada 25 Mac 2022, Pasukan Bola Tampar Wanita
UMT sekali lagi muncul juara pada Kejohanan Bola Tampar
Setiu, Terengganu : “Sentiasa pulang dengan kejayaan”. Tertutup Piala YB Parlimen Setiu 2022. Sebanyak enam
Itulah slogan yang boleh diberikan kepada Pasukan Bola belas pasukan wanita dari pelbagai agensi telah menyertai
Tampar Wanita UMT. Sentiasa mencari ruang dan peluang pertandingan ini.
untuk menguji tahap pencapaian dan kemahiran pasukan Juara pada kejohanan pada kali ini, pulang membawa wang
ini. Tiada erti berputus asa dalam usaha meningkatkan mutu tunai berjumlah RM700.00, medal dan trofi kemenangan.
permainan masing-masing.
Volume 21 Mei 2022
--------------------------------------------------------------------------------------
PASUKAN FUTSAL UMT RAIH TEMPAT
KE-3 KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA
oleh : Mohd Syafiq Aizat Abd Aziz
Dua Pasukan Futsal Pelajar Universiti Malaysia Terengganu
telah menyertai Kejohanan Futsal Terbuka Anjuran Majlis
Belia Kerteh 03 dengan Kerjasama Shinju Ultimate Sport
and Event pada 19 Mac 2022 bertempat di Kompleks Sukan
Komuniti Felda Kerteh 03 sebagai persediaan menghadapi
Kejohanan Futsal IPT 2022 yang akan berlangsung pada
Mac, Jun dan Julai 2022.
Sebanyak 54 pasukan bertanding yang menghimpunkan
pasukan-pasukan futsal amatur seluruh Terengganu telah
menyertai kejohanan ini bagi merebut hadiah wang tunai
dan piala yang berjumlah RM 5,500 secara keseluruhan.
Pasukan UMT B telah berjaya meraih tempat ke-3 seterusnya
membawa pulang wang tunai sebanyak RM 500 manakala
UMT A telah tewas di peringkat Suku Akhir. Pasukan Chek
Project telah menjadi Juara dan membawa pulang hadiah
sebanyak RM 3,000.
Volume 21 Mei 2022
-------------------------------------------------------------------------------------
KAMPUS
KEMBALI CERIA
oleh : Abdullah Syukri bin M. Saleh
Menurut beliau lagi, pelajar yang tidak boleh divaksin atas
Kampus UMT kembali ceria setelah agak suram selama sebab kesihatan perlu mengemukakan surat pengesahan
hampir 2 tahun apabila 8,062 orang pelajar UMT telah daripada Pegawai Perubatan Bertauliah dan dikehendaki
kembali ke kampus pada 13 Mac 2022 bagi meneruskan menjalani Ujian Pengesanan COVID-19 menggunakan
pengajian mereka pada Semester II Sesi 2021/2022. Walau kaedah RTK-Ag (saliva) di Pusat Kesihatan Universiti setiap
bagaimanapun, pelajar tahun 1 bagi beberapa program minggu sepanjang berada di kampus. Pelajar yang tidak
pengajian dikecualikan daripada hadir ke kampus namun mengambil vaksin atas pilihan sendiri atau tidak lengkap
masih boleh meneruskan aktiviti pembelajaran secara dalam divaksin COVID-19 juga dikehendaki menjalani Ujian
talian di rumah masing-masing. Pengesanan COVID-19 menggunakan kaedah RTK-Ag
(saliva) di Pusat Kesihatan Universiti setiap minggu dengan
Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar pembiayaan sendiri.
dan Alumni) UMT, Prof. Madya Dr. Hafiz Zakariya, pihak Bagi pelajar antarabangsa pula, pelajar yang lengkap
pengurusan Universiti telah menetapkan pelajar yang divaksin sahaja dibenarkan kembali ke kampus. Selain itu,
lengkap divaksin atau tidak lengkap divaksin COVID-19 Universiti juga telah menyediakan satu Blok Ibnu Abas di
dibenarkan kembali ke kampus, namun pelajar yang tidak Kolej Kediaman untuk tujuan isolasi pelajar yang positif
boleh divaksin atas sebab kesihatan atau pelajar yang tidak COVID-19.
mengambil vaksin atas pilihan sendiri atau pelajar yang
tidak lengkap divaksin diwajibkan membuat Ujian RT-PCR
COVID-19 dan berkeputusan negatif dalam tempoh tiga
(3) hari sebelum kembali ke kampus dengan pembiayaan
sendiri.
Volume 21 Mei 2022
--------------------------------------------------------------------------------------
38 STAF HEPA TERIMA
PENGIKTIRAFAN
oleh : Abdullah Syukri bin M. Saleh
Seramai 38 orang staf HEPA telah diraikan untuk menerima yang bersara wajib pada 1 Mei 2022. Beliau telah berkhidmat
Anugerah Apresiasi Staf HEPA UMT 2021 dalam Majlis selama 26 tahun dalam perkhidmatan awam.
Apresiasi Staf 2021 dan Sanjungan Budi 2022 yang
telah diadakan pada 24 Mac 2022 bertempat di Dewan
Persidangan UMTCC.
Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni) UMT, Prof. Madya Dr. Hafiz Zakariya, sebagai
permulaansebanyak11kategorianugerahtelahdiperkenalkan
sebagai tanda penghargaan pihak pengurusan HEPA kepada
staf dan jabatan yang berkualiti, dinamik dan berprestasi
tinggi dalam mencapai ekspektasi tugasan yang telah
diamanahkan pada setiap tahun terutamanya dalam aktiviti
pengurusan dan pembangunan pelajar, kesukarelawanan,
penerbitan, khidmat komuniti, kesukanan, kebudayaan dan
kesenian, inovatif dan kreatif, dan persekitaran berkualiti.
Menurut beliau lagi, penyampaian anugerah ini akan
meningkatkan motivasi kerja di kalangan warga HEPA
untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang ke
arah merealisasikan misi UMT. Selain itu, beliau turut
menyatakan kekuatan dan kejayaan mana-mana organisasi
termasuk HEPA amat bergantung kepada budaya kerja
berpasukan dan ia adalah bahagian paling penting dalam
setiap organisasi. Keupayaan dan kehebatan kreativiti
individu sering membawa kepada hasil terbaik jika ia berjaya
disatukan bersama.
Dalam majlis tersebut juga, pihak pengurusan HEPA
turut menyampaikan penghargaan kepada Prof. Dato’ Dr.
Saharuddin bin Abdul Hamid, Pengarah Pusat Alumni UMT
Volume 21 Mei 2022
-------------------------------------------------------------------------------------
AGIHAN KIT 24&25April2022–EdaranKitRamadhan&Syawal
RAMADHAN
SYAWAL
oleh : Fatimah Adilah binti Abd Ghani
Agihan Kit Ramadhan Syawal merupakan satu tradisi Pusat
Alumni bagi menyantuni Alumni Staf Universiti Malaysia
Terengganu. Program ini merupakan program wajib
tahunan yang diadakan pada bulan Ramadhan setiap tahun
serta memeriahkan sambutan Syawal. Setelah hampir 2
tahun tradisi ini tidak dapat diteruskan lantaran pandemik
covid-19 melanda di seluruh dunia rata-rata semua negara
terkesan amnya di Malaysia, pada tahun 2022 ini tradisi ini
dapat diteruskan lagi dengan pengagihan kit ramadhan buat
semua alumni staf.
Seramai 299 orang alumni staf yang kini berkhidmat di
Universiti Malaysia Terengganu tidak kira di jabatan atau pusat
tanggungjawab mana, telah menerima manfaat pengagihan
kit Ramadhan ini. Pengagihan ini dilakukan pada minggu
terakhir Ramadhan dan pada tahun ini ianya berlangsung
selama 2 hari bermula pada 24 April 2022 sehingga 25
April 2022. Inisiatif pemberian kit ini bermula tahun 2018
dengan pemberian kurma, kuih raya, sampul duit raya dan
kad raya bagi memupuk semangat ‘Menabur Budi Menuai
Bakti’ serta memenuhi teras ‘Keterlihatan Alumni’ yang
dapat memberikan impak positif kepada komuniti Alumni
UMT dan juga kepada UMT khasnya. Program sebelum ini
mendapat maklumbalas yang sangat positif dalam kalangan
Alumni staf UMT.
Volume 21 Mei 2022
--------------------------------------------------------------------------------------
WEBINAR BUSINESS2U
“HERO TO CEO”
oleh : Wan Mohomad Amirul Hafiz bin W A Bakar
Program kolaborasi bersama I’Study, graduan dan
Petikan akhbar Berita Harian pada 8 Februari 2022 mahasiswa UMT ini memberi pendedahan kepada peserta
menyatakan bahawa kadar pengangguran di Malaysia untuk mempelajari teknik dalam bidang pendidikan awal
semakin berkurang. Ini adalah kerana kebanyakkan graduan kanak-kanak. Pendedahan ini membuka peluang kepada
hari ini memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya. para peserta untuk menceburi bidang pengusaha pusat
Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) merupakan tunjang pengajian dan tuisyen. Webinar ini telah disampaikan oleh
utama dalam mencorakkan keusahawanan pada pelajar dan Puan Ira Darwas yang juga merupakan Alumni UMT yang
graduan di UMT. Penganjuran Webinar Business2U “Hero to telah berjaya dalam bidang ini.
CEO” yang telah diadakan pada 28 Februari 2022 menerusi
aplikasi Zoom telah menerima 100 orang penyertaan.
Volume 21 Mei 2022
-------------------------------------------------------------------------------------
BADAN SIHAT, MINDA
CERDAS @ KKLK
oleh : Muhammad Ashraff Aiman bin Roslan
One Stop Center: Inisiatif Riadah Luar Kampus merupakan
satu langkah yang diambil oleh Kolej Kediaman Luar
Kampus bagi memenuhi keperluan pelajar luar kampus
untuk bersukan. Badan sihat, minda cerdas merupakan
moto yang diutamakan bagi memberi ruang kepada pelajar
luar kampus yang mempunyai limitasi untuk bersukan.
Justeru, Kolej Kediaman Luar Kampus telah mengadakan
aktiviti sukan seperti santai futsal dan badminton yang
dilaksanakan secara berkala, sekali pada setiap bulan di lokasi
zon pelajar yang mempunyai taburan paling ramai iaitu di
zon C (Kampung Tok Jembal). Program ini telah dijalankan
dengan mendapat sambutan yang sangat baik oleh pelajar
luar kampus. Seramai 95 orang pelajar luar kampus telah
menyertai aktiviti santai futsal yang membolehkan pelajar
bermain tanpa sebarang bayaran dikenakan. Ruang sukan
disewa oleh Kolej Kediaman Luar Kampus dan pelajar perlu
hadir serta mendaftarkan diri dengan mengimbas QR Code
untuk capaian Google form bagi membolehkan data rumah
sewa dan maklumat pelajar luar kampus diperolehi. Inisiatif
ini sangat baik dan akan diteruskan lagi kerana memberi
impak positif kepada reaksi, jasmani dan rohani pelajar
yang telah lama tidak berpeluang untuk bersukan kerana
Pandemik Covid-19.
Volume 21 Mei 2022
--------------------------------------------------------------------------------------
AKADEMI BOLING PADANG UMT JAYAKAN
‘PROGRAM MENCARI BINTANG BOLING
PADANG’ BAGI STAF & PELAJAR UMT
29 – 30 MAC 2022, KOMPLEKS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
oleh : Akademi Boling Padang UMT
Syukur alhamdulillah, pada 29 dan 30 Mac
2022 yang lalu, Akademi Boling Padang
UMT telah mengadakan ‘Program Mencari
Bintang Boling Padang’ Bagi Staf & Pelajar
bertempat di Gelanggang Boling Padang,
Kompleks Sukan Tengku Muhammad
Ismail, UMT.
Program yang diadakan untuk mencungkil
bakat-bakatbaharudarikalangankakitangan
dan juga pelajar UMT. Penganjuran
program ini mendapat sambutan yang
sangat baik apabila seramai 48 orang
telah mendaftarkan nama bagi menyertai
program selama dua (2) hari ini.
Akademi Boling Padang UMT mengucapkan
ribuan terima kasih atas sokongan dan
kerjasama yang telah diberikan oleh semua
pihak terutama sekali Pihak Pengurusan
Tertinggi UMT, Pusat Sukan dan Rekreasi
UMT, barisan ahli jawatankuasa program
serta semua peserta yang terlibat dalam
program ini.
Semoga hasrat dan objektif yang ditetapkan
dapat dicapai dan ‘BINTANG-BINTANG’
Boling Padang baharu akan menyinari
dunia Boling Padang UMT nanti.
Volume 21 Mei 2022
-------------------------------------------------------------------------------------
BICARA ALUMNI MPP UMT
SIRI 1/2022
oleh : Norul Hanizan binti Hazin
NAMA PROGRAM PENGAJIAN INSTITUSI
25 April 2022 : Pusat Alumni telah mengadakan program AMIRUL ASYRAF PHD (BIDANG UNIVERSITI
Bicara Alumni Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia BIN MOHD ROSHINI PENYELIDIKAN): MALAYSIA
Terengganu Siri 1/2022 secara atas talian di Cisco Webex NUTRISI MAKANAN TERENGGANU
dan live facebook Pusat Alumni yang mengupas tajuk UDANG
“MPP, Belajar dan Realitinya”. Panel-panel tersebut UNIVERSITI
merupakan Alumni MPP yang melanjutkan pelajaran NURUL NADHIRAH SARJANA SAINS MALAYSIA
di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Seramai 203 BINTI RUSLAN PENYELIDIKAN TERENGGANU
orang telah menyertai program ini yang terdiri daripada (BIOTEKNOLOGI) UNIVERSITI SULTAN
pelajar UMT, pelajar luar, Alumni UMT dan juga staf UMT. ZAINAL ABIDIN
Perkongsian dari para panel amat menarik minat peserta MOHAMMAD SARJANA SAINS
dalam bertanyakan soalan dan menjadikan panel sebagai ZULKARNAIN BIN
contoh kepada seluruhnya. MOHD DALI
Volume 21 Mei 2022
--------------------------------------------------------------------------------------
ATLET STAF BOLING PADANG UMT
BUKTI KEUPAYAAN DIRI DI MAKSAK
oleh : Siti Zainab binti Mat Zin
Kejohanan Boling Padang MAKSAK Peringkat Negeri
Terengganu ini telah disertai oleh seramai 36 orang atlet lelaki
dan 16 orang atlet wanita yang terdiri dari pelbagai agensi
kerajaan. UMT telah menghantar seramai 7 orang atlet lelaki
dan 5 orang atlet wanita untuk menyertai kejohanan ini.
Tahniah diucapkan kepada Puan Fadlina binti Yusof daripada
Fakulti Perikanan dan Sains Makanan kerana telah berjaya
mara ke peringkat Suku Akhir dan menduduki tempat ke-5
keseluruhan dalam kejohanan edisi 2022 ini.
Tahniah juga diucapkan kepada beberapa orang atlet lelaki
yang telah memberikan saingan sengit kepada pihak lawan
dan berjaya melepasi peringkat kumpulan untuk berentap di
pusingan kalah mati Top 16.
Volume 21 Mei 2022
-------------------------------------------------------------------------------------
UMT GERAK SKUAD BANJIR KE KUALA
BERANG, AGIH SUMBANGAN
oleh : Shafie bin Umardi mangsa banjir termasuk bekalan 75 kotak air minuman, 25
kotak pelbagai keperluan harian serta 1500 kit sumbangan.
Pada 01-02 Mac 2022, HEPA sebagai urusetia Misi Bantuan & Dalam ucapan YAB Perdana Menteri di dalam majlis yang
Sukarelawan Bencana Pasca Banjir UMT telah menggerakkan diadakan di Pusat Gerakan Banjir, Hulu Terengganu juga
Misi Bantuan Pasca Banjir yang disertai oleh kira-kira 100 berharap penglibatan Sukarelawan UMT dengan misi
orang sukarelawan dalam kalangan kakitangan dan pelajar sebegini, dapat mengeratkan hubungan universiti dengan
UMT. Misi kali ini tertumpu di Kampung Menerong dan komuniti seterusnya menyemai rasa tanggungjawab serta
Sekitar Kuala Berang, Hulu Terengganu melibatkan sekolah, memupuk nilai murni dalam kalangan para pelajar dan
masjid dan rumah penduduk kampung yang terjejas teruk. juga kakitangan. Beliau turut merakamkan ucapan terima
Operasi bantuan pada fasa kali ini yang diketuai oleh Encik kasih kepada Naib Canselor serta Pengurusan UMT yang
Mohd Salleh bin Bain berjaya menjalankan kerja-kerja bersama-sama dalam menyumbang barangan bantuan
pembersihan di lokasi yang telah dikenal pasti khususnya kepada mangsa banjir.
rumah-rumah mangsa yang terkesan. Syabas diucapkan kepada Team Sukarelawan UMT.
Simbolik penyerahan bantuan daripada pihak UMT telah
disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri
Ismail Sabri Yaakob berupa kewangan dan barangan kepada
Volume 21 Mei 2022
--------------------------------------------------------------------------------------
Volume 21 Mei 2022
-------------------------------------------------------------------------------------
CAKNA BELAJAR 1.0:
“BELAJAR SEMPOI, RESULT GEMPAK!!!”
oleh : Puan Nor Fatin Asyikin binti Zamri Webex (520 orang) dan FB Live (57 orang). Perkongsian
oleh panel jemputan istimewa iaitu Encik Muhammad Asyraf
Setiap individu yang bergelar pelajar, impian utama tentunya Afif bin Ramli, merupakan Eksekutif TNB Global Business
ingin mendapatkan keputusan yang cemerlang. Oleh itu, Solutions yang juga Penerima Anugerah Diraja UMT 2017
Seksyen Kaunseling dan Pembangunan Kendiri (PPHKP) telah berjaya merungkai segala persoalan dalam kalangan
HEPA, UMT telah mengadakan satu program yang mengajak pelajar. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk
siswa-siswi UMT untuk bersama-sama menghadiri Webinar memberikan pendedahan kepada pelajar strategi atau cara
Cakna Belajar 1.0: Belajar Sempoi, Result Gempak. belajar yang betul untuk menjadi pelajar cemerlang. Selain
Program ini telah dijalankan pada 27 Mac 2022, Ahad jam ini juga memberikan kefahaman kepada pelajar mengenai
8.30 malam menerusi platform Cisco Webex dan FB Live pengurusan diri yang efektif untuk menjadi pelajar cemerlang
Seksyen Kaunseling dan Pembangunan Kendiri. Seramai serta cara yang sesuai bagi mendapatkan keputusan yang
577 orang peserta telah menyertai program dikendalikan gempak dalam peperiksaan.
oleh Cik Nurhazira binti Mohamad Nordin, kaunselor pelatih
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini melalui Cisco
Volume 21 Mei 2022
--------------------------------------------------------------------------------------
DANSA SERIBU WARNA EVOLUSI BAHARU
oleh : Mohd Shareezad bin Abdul Satad
Canselor UMT dan juga Prof. Madya Dr. Hafiz bin Zakaria
Seribu warna gerak seiring, tingkah tersusun momen Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.
yang cukup meriah tercipta dalam Dansawarna Evolusi Dansa Seribu Warna telah diberi nafas baru dalam aspek
Baru. Program yang telah dilaksanakan pada 27 Mac 2022 gerak dan evolusi muzik yang menggabungkan elemen
bertempat di Sanggar Siswa, HEPA bermula jam 7.30 pagi tradisional dan moden. Perpaduan antara warga yang hadir
telah berjaya mengumpulkan 200 orang dalam kalangan terbina ampuh dan inilah mesej jelas bahawa senaman
keluarga UMT melibatkan kaum Melayu, Cina, India, juga bukan sekadar mengeluarkan peluh tapi tempat untuk kita
melibatkan etnik Sabah dan Sarawak. Selain itu, warga berimaginasi dan membina semangat untuk terus cekal
staf turut berpeluang untuk mencuba acuan baru senaman dalam menjalankan tugas seharian.
yang berkonsepkan gerak tari yang santai dan penuh variasi
ini. Program Dansa Seribu Warna diserikan lagi dengan
kehadiran YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mazlan bin Abdul Ghafar Naib
Volume 21 Mei 2022
-------------------------------------------------------------------------------------
VIRTUAL REGATTA GRAND FINAL UMT
TERENGGANU E-SAILING LEAGUE 2021
oleh : Noor Hidayah Mat Isa
TERENGGANU 20 Mac 2022. Seramai 252 peserta yang
terdiri daripada pelayar-pelayar negeri di seluruh Malaysia,
pelajar sekolah menengah dan rendah, pelajar IPTA dan
IPTS serta orang awam telah menyertai Virtual Regatta
Grand Final UMT Terengganu e-Sailing League 2021.
Kejohanan ini merupakan kejohanan bersiri yang telah
bermula pada tahun lalu iaitu Jun 2020 di platform rasmi
pelayaran maya, iaitu Virtual Regatta.Com. Kejohanan ini
merupakan kejohanan sukan elektronik pelayaran peringkat
kebangsaan yang julung kalinya diadakan di Malaysia.
E-Sailing bukanlah sekadar permainan video maya biasa
tetapi ia membina keyakinan pelayar untuk berlumba,
meningkatkan pemahaman undang-undang pertandingan,
mempraktikkan strategi dan tektikal pertandingan serta
mengeratkan hubungan di antara pelayar. Kejohanan
ini adalah anjuran daripada Pusat Latihan Pelayaran
(PLP), Universiti Malaysia Terengganu dengan kerjasama
Terengganu Windsurfing Sailing Association (TWSA).
Walaubagaimanapun, dari 252 orang hanya 10 orang peserta
telah terpilih dan layak ke Grand Final 2021. Pemenang
keseluruhan tempat pertama bagi kejohanan tahun 2021
telah dimenangai oleh Muhammad Shaifullah Bin Ali dari
negeri Selangor dengan kutipan sebanyak 16 mata.
Volume 21 Mei 2022
--------------------------------------------------------------------------------------
PROGRAM JENGAH SAHUR IMARAH RAMADHAN
oleh : Muhammad Shahrul Azmi bin Hasan
KUALA NERUS : Pastinya seluruh
warganegara Malaysia yang beragama islam
berlumba-lumba untuk mengaut ganjaran
pahala yang berlipat kali ganda pada bulan
Ramadhan yang lalu sepertimana yang telah
dijanjikan Allah S.W.T di dalam Al-Quran
ayat 18 surah Al-Hadid yang membawa
maksud “Sesungguhnya orang-orang yang
bersedekah baik laki-laki maupun perempuan
dan meminjamkan kepada Allah pinjaman
yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan
(ganjarannya) kepada mereka; dan bagi
mereka pahala yang banyak.”’ Warga Pusat
Kebudayaan dan Kesenian (PBS) juga tidak
melepaskan peluang untuk mengimarahkan
kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini
dengan melaksanakan program “Jengah
Sahur” yang telah berjaya direalisasikan pada
28 April 2022 dengan penglibatan daripada
wakil MPPUMT dan kelab AKASIA.
Program yang bercirikan “University Social
Responsibility” (USR) ini adalah bertujuan
untuk menyantuni serta memberikan
penghargaan kepada individu yang selama
ini bergiat aktif dalam mendokong aktiviti seni
dan budaya di Negeri Terengganu. Antara
yang turut diraikan yang mana telah banyak
menyumbang dalam pembangunan seni dan
budaya di UMT ialah Tn. Hj. Ramli Ibrahim,
Tn. Hj. Mustafa Mohd, Tn. Hj. Marzuki Ali,
Pn. Hafsah Jusoh, Pn. Zaharah Abd Hamid,
Hjh. Wan Salmah Sulaiman serta beberapa
individu lagi. Misi yang bermula jam 10.00
malam hingga jam 2.00 pagi ini telah berjaya
mengagihkan sumbangan kepada 10 orang
individu/tokoh yang berbentuk hamper bahan
mentah seperti beras, minyak, gula, bihun
termasuk bungkusan lauk-pauk yang telah
sedia dimasak untuk bersahur.
Volume 21 Mei 2022
-------------------------------------------------------------------------------------
JEJAK ALUMNI @ PENUBUHAN
CHAPTER ALUMNI ZON SELATAN
oleh : Muhamad Fakhri bin Alias
Pusat Alumni, HEPA meneruskan lagi dengan pengesanan
alumni melalui program Jejak Alumni @ Penubuhan Chapter
Alumni Zon Selatan pada 24 April 2022 bertempat di Fives
Hotel, Johor. Melalui program ini seramai 17 orang alumni
UMT Zon Selatan telah Berjaya dihimpunkan dalam sesi
perkongsian pengalaman yang berkonsepkan santai. Selain
itu juga program ini memberi ruang kepada alumni yang
hadir untuk beramah mesra bersama rakan – rakan alumni.
Seramai 11 orang Jawatankuasa Penaja Alumni Chapter Zon
Selatan sepertimana berikut :
BIL NAMA PROGRAM TAHUN JAWATAN
KONVO Pengerusi
1. Muhammad Naili Jazli Sarjana Muda Pengurusan 2015
Bin Mohd Jamsari (Maritim)
2. Azlan Syah Bin Karib Sarjana Muda Pengurusan 2017 Timbalan
(Maritim) 2020 Pengerusi
Setiausaha
3. Aida Adha Binti Osman Sarjana Muda Pengurusan
@ Mohd Nordin (Maritim) Dengan Kepujian
4. Nur Khadijah Binti Sarjana Muda Pengurusan 2014 Penolong
Hassan (Pengajian Polisi) 2013 Setiausaha
Bendahari
5. Siti Nurulsalwah Binti Sarjana Muda Ekonomi
Mohamad Nasir (Sumber Alam)
6. Nawal Ezamira Binti Sarjana Muda Ekonomi 2014 Penolong
Anuar (Sumber Alam) Bendahari
7. Muhammad Lukman Sarjana Muda Sains Gunaan 2018 Exco 24 April 2022 – Jejak Alumni @ Penubuhan Chapter Zon Selatan
Bin Muhammad Zahari (Perikanan)
8. Nor Hazilah Binti Abu Sarjana Muda Pengurusan 2015 Exco Pusat Alumni, HEPA dan Persatuan Alumni UMT akan
Samah (Maritim) sentiasa cakna dan prihatin kepada warga Alumni bagi
2014 Exco mendekati mereka agar hubungan sentiasa terjalin untuk
9. Nurul Asyikin Binti Sarjana Muda Pengurusan pembangunan universiti. Pusat Alumni juga berharap agar
Zailani (Pengajian Polisi) 2017 Exco melalui program ini akan lebih ramai para alumni yang telah
2016 Exco berjaya di luar sana kembali menyumbang kepada alma-
10. Mohd Razif Bin Radzali Sarjana Muda Perakaunan mater.
11. Muhammad Lokman Sarjana Muda Pengurusan
Al Hafiz Bin Amran Pelancongan
Volume 21 Mei 2022
--------------------------------------------------------------------------------------
OUTREACH : JOM JUMPA KAUNSELOR
oleh : Helmi Azhar
Seksyen Kaunseling dan Pembangunan Kendiri telah Art Therapy, Expressive Art Therapy, Clay Therapy, Sand
mengambil inisiatif untuk menjalankan satu program Therapy dan Puppet Therapy. Selain itu, para pelajar juga
Outreach, Jom Jumpa Kaunselor bagi memperkenalkan berpeluang untuk menjawab ujian psikologi yang seperti
perkhidmatan kaunseling yang disediakan kepada pelajar Inventori Personaliti Warna, Inventori Minat Kerjaya, Teknik
UMT. Belajar serta tips kecemerlangan di samping mencuba
Program yang dilaksanakan secara berkala pada setiap permainan uji minda dan psikologi. Para pelajar serta
tahun ini telah dijalankan pada 30 dan 31 Mac 2022 yang pengunjung turut diberi bimbingan oleh pegawai psikologi
bertempat di Kolej Kediaman Syeikh Abdul Malik yang sepanjang melaksanakan aktiviti tersebut.
mensasarkan pelajar UMT yang berada di Kolej Kediaman Melalui penganjuran program ini semoga warga pelajar
atau yang tinggal di luar bagi mendapatkan info terkini UMT mendapat maklumat yang jelas tentang perkhidmatan
program-program serta hebahan perkhidmatan kaunseling. kaunseling yang disediakan dan mendapat manfaat
Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang Outreach yang sepanjang berada di kampus bagi mencapai kecemerlangan
telah dihadiri kira-kira 300 orang pengunjung ini seperti akademik serta kesejahteraan emosi dan mental.
Volume 21 Mei 2022
-------------------------------------------------------------------------------------
Volume 21 Mei 2022
--------------------------------------------------------------------------------------
ALUMNI UMT SERTAI KONVENSYEN
USAHAWAN ALUMNI, UNIVERSITI AWAM
oleh : Noorullaily binti Saffain
BIL NAMA ALUMNI NAMA SYARIKAT NAMA JAWATAN TAHUN PROGRAM
Pada 26-27 Mac 2022 telah PRODUK Pengurus GRADUASI PENGAJIAN
berlangsungnya Konvensyen 1. Tengku Nuriah binti TNR Integrated Enterprise Makanan Pengarah 2011 Sarjana
Usahawan Alumni Universiti Tengku Abdul Rahman Tradisional Pengurus Pengurusan
1998 (Zon Pantai
Awam anjuran UMK, USIM, Peralatan Pengurus 2008 Bersepadu)
UITM, UUM dan UNIMAS yang 2. Burhanuddin bin Kimia Bacelor
bertempat di Universiti Malaysia Ahmad Chembio Technology Sdn Bhd Cermin 2012 Sains (Sains
Berlampu Samudera)
Kelantan (UMK). Konvensyen ini 3. Khairuzzaman Izaan Eleven March Enterprise Srikandi Sarjana Muda
juga merupakan program tahunan bin Sawari (Produk Pengurusan
Majlis Alumni Universiti Awam Home Deco) (Maritim)
(MALUMNI) adalah platform Bina Legasi
terbaik bagi alumni universiti Sdn Bhd Sarjana Muda
awam berkongsi idea, pengalaman 4. Anwar Lutfi bin Mohd Anwar Management Services (Penubuhan Perakaunan
Ghazali Syarikat sdn
Bhd)
dan amalan terbaik dalam memberi
sumbangan kepada universiti dan
masyarakat umumnya. Seramai 4
orang usahawan alumni UMT telah menyertai
konvensyen tersebut dan telah mempamerkan
produk masing-masing kepada seluruh
universiti awam.
Melalui konvensyen tersebut, Pusat Alumni
melihat ini sebagai satu langkah yang baik bagi
mengumpul semua alumni usahawan UMT
yang berada di seluruh negara sebagai satu
usaha memperkasakan serta menubuhkan
Chapter Alumni Usahawan UMT.
Sehubungan itu, Pusat Alumni UMT amat
berbangga dengan pencapaian yang telah
diperolehi oleh semua usahawan alumni
yang berjaya dalam bidang masing-masing.
Pusat Alumni juga merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
semua peserta yang terlibat dalam program
Konvensyen Usahawan Alumni Universiti
Awam.
Volume 21 Mei 2022
-------------------------------------------------------------------------------------
PUASA, PEMIKIRAN & PERASAAN : BAGAIMANA
MENGURUS EMOSI PASCA PANDEMIK
oleh : Cik Aisyah Afifah binti Razali
Emosi dan mental merupakan aspek
kesihatan yang sangat penting dan
perlu dititikberatkan oleh setiap
lapisan masyarakat dalam melalui
pasca pandemik COVID-19. Tekanan
psikologikal boleh digambarkan sebagai
satu perasaan dan emosi yang tidak
menyenangkan. Perkara ini boleh
mempengaruhi cara pemikiran, tingkah
laku, aktiviti harian dan kefungsian hidup
seseorang individu. Justeru itu, Seksyen
Kaunseling dan Pembangunan Kendiri
(PPHKP) HEPA telah menjalankan
program WEBCARE 7.0 yang bertajuk
Puasa, Pemikiran & Perasaan: Bagaimana
Mengurus Emosi Pasca Pandemik.
Penganjuran program berbentuk
perbincangan cara-cara mengurus emosi
serta kaedah meningkatkan kawalan
kendiri pasca pandemik.
Penampilan panel jemputan En. Mohd
Azizan bin Hassin, Eksekutif Hasil /
Kaunselor di Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN) dengan gandingan moderator
berpengalaman, En. Wan Muhammad
Naziq bin Che Nor menceriakan lagi
suasana perbincangan. Program yang
bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00
tengah hari yang mana terbuka kepada
semua pelajar termasuk kakitangan UMT,
kaunselor berdaftar serta orang awam
berlangsung menerusi platform Cisco
Webex dan FB Live Seksyen Kaunseling
dan Pembangunan Kendiri telah dihadiri
seramai 241 orang.
Volume 21 Mei 2022
--------------------------------------------------------------------------------------
BICARA MINDA ISTIMEWA:
“APA KHABAR DIRI SAYA”
oleh : Cik Nurhazira binti Mohamad Nordin
Individu yang istimewa merupakan golongan yang perlu
diberi perhatian sewajarnya kerana secara zahirnya
keupayaanya mereka tidak sama seperti manusia normal,
namun dari segi personaliti dan emosi masih sama seperti
manusia normal yang lain. Oleh itu, Seksyen Kaunseling
dan Pembangunan Kendiri (PPHKP) HEPA UMT telah
mengadakan satu program yang mengajak Warga UMT
serta masyarakat luar untuk bersama-sama menghadiri
satu Bicara Minda Istimewa yang dikendalikan oleh panel
jemputan iaitu Ahmad Syakir bin Hashim selaku Timbalan
Koordinator NGO Pertubuhan Belia Insan Malaysia.
Program ini telah dijalankan pada 22 Mac 2022, jam 8.30
malam menerusi medium atas talian, Cisco Webex dan
FB Live Seksyen Kaunseling dan Pembangunan Kendiri.
Seramai 609 peserta yang telah menyertai melalui Cisco
Webex (281 orang) dan FB Live (328) orang. Program yang
dikendalikan oleh En. Wan Muhammad Naziq bin Che Nor
selaku Pegawai Psikologi Universiti Malaysia Terengganu
(UMT) berjaya memberi pendedahan kepada pelajar dan
masyarakat tentang kelebihan individu istimewa supaya
mereka juga mempunyai nilai yang sama rata dengan
individu lain.
Volume 21 Mei 2022
-------------------------------------------------------------------------------------
“KEJUTKAN SINGA DALAM DIRIMU”
oleh : Wan Muhammad Naziq bin Che Nor
Penganjuran program yang dilaksanakan secara berkala oleh panel dalam kalangan kaunselor pelatih juga iaitu Puan Nor Fatin
Seksyen Kaunseling dan Pembangunan Kendiri (PPHKP) HEPA Asyikin. Program telah diadakan secara atas talian melalui FB Live
iaitu perkongsian Talk @ 30 minutes yang bertemakan “Kejutkan & Cisco Webex dengan penyertaan pelajar seramai 355 orang.
Singa dalam Dirimu”, memberi fokus kepada kepentingan Program yang bertujuan untuk memberikan pendedahan dan
motivasi kepada para pelajar. kefahaman khasnya kepada para pelajar dalam memahami nilai
Program ini telah diadakan pada 25 Mac 2022 (Jumaat), bermula diri tentang kehidupan serta membangkitkan semangat motivasi
jam 9 malam yang telah dikendalikan oleh Moderator Cik Nurhazira ini mendapat sambutan yang sangat baik dan berjalan dengan
iaitu Kaunselor Pelatih di Seksyen Kaunseling dengan penampilan lancar.
Volume 21 Mei 2022
--------------------------------------------------------------------------------------
oleh : Norul Hanizan binti Hazin MAIKA’ 21
Alumni merupakan aset penting tidak ternilai harganya yang yang juga merupakan Presiden, Persatuan Alumni UMT.
menjamin kelestarian masa depan sesebuah universiti. Pada Pencalonan bagi MAIKA ’21 adalah terbuka kepada semua alumni
prinsipnya, UMT memberikan perhatian yang serius dalam UPMT/KUT/KUSTEM/UMT mengikut syarat serta kategori yang
memperkasa jaringan alumni UMT untuk masa depan yang lebih ditetapkan. Hebahan penyertaan telah dibuat pada 4 Oktober 2021
cemerlang. dan Pusat Alumni telah menerima sebanyak 23 permohonan
Majlis Anugerah Ikon Alumni 2021 (MAIKA `21) merupakan penyertaan tersebut. Terdapat lima (5) kategori iaitu Ikon Alumni
program anjuran Pusat Alumni, HEPA julung kalinya diadakan bagi Unggul (Utama), Ikon Alumni Akademik, Ikon Alumni Usahawan,
memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada alumni-alumni Ikon Alumni Industri dan Ikon Alumni Pengurusan Awam.
UMT yang cemerlang dan berjaya dalam bidang masing-masing. Penilaian dan pemilihan penerima Anugerah Ikon Alumni UMT
MAIKA `21 telah diadakan pada 31 Mac 2022 bertempat di Dewan diadili oleh Jawatankuasa Penilai Anugerah Ikon Alumni UMT
Sultan Mizan, UMT dan turut diserikan lagi dengan kehadiran Naib 2021 pada 10 Januari 2022. Ikon Alumni yang terpilih bagi setiap
Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr. Mazlan Bin Abd Ghaffar. Majlis kategori anugerah menerima sijil, plak dan hadiah wang tunai.
perasmian telah disempurnakan oleh En. Mohd Khairul Hakimi Senarai pemenang bagi Anugerah Ikon Alumni UMT 2021 adalah
Bin Mohd Nawi, Ahli Lembaga Pengarah Universiti (wakil Alumni) seperti berikut :
BIL NAMA ALUMNI ANUGERAH JAWATAN NAMA SYARIKAT TAHUN PROGRAM PENGAJIAN
1. Hajah Saripah binti Embong Ikon Alumni Unggul (Utama) Guru SMA (Atas) Sultan Zainal GRADUASI Sarjana Muda Sains Makanan
Abidin Kuala Terengganu 2005 (Perkhidmatan Makanan Dan
Pemakanan)
2. Prof Madya Dr. Mohd Zul Ikon Alumni Akademik Pensyarah Universiti Malaysia Ijazah : 2003 Sarjana Muda Sains (Sains Kimia)
Helmi bin Rozaini Terengganu PhD : 2017 Ph.d. (Penyelidikan) Bioteknologi
Ikon Alumni Pengurusan Awam Pegawai Sains Jabatan Kimia Malaysia Ijazah : 2001 Sarjana Muda Sains (Kepujian)
3. Puan Li Hui Ling Master : 2012 Sarjana (Penyelidikan) Sains Kimia
4. Puan Nur Zahirah binti Ikon Alumni Industri Ketua Pegawai KPJ Sentosa Kuala 2016 Sarjana Muda Pengurusan
Shahrudin Pemasaran Lumpur (Pemasaran)
5. Puan Wan Sabariah bin Shuib Ikon Alumni Usahawan Pengarah / Ketua Nature Profusion Sdn Bhd 2007 Sarjana Muda Sains Makanan
Pegawai Operasi (Perkhidmatan Makanan Dan
Pemakanan)
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Anugerah Ikon Alumni UMT ini dan ribuan terima kasih di atas penyertaan yang cukup
memberangsangkan walaupun anugerah ini julung kali diadakan.
Volume 21 Mei 2022
-------------------------------------------------------------------------------------
Volume 21 Mei 2022
--------------------------------------------------------------------------------------
MAJLIS DIALOG DAN
BERBUKA PUASA BERSAMA
ALUMNI USAHAWAN UMT
oleh : Noorullaily binti Saffain
BIL NAMA JAWATAN NAMA PERNIAGAAN/
Baru-baru ini telah berlangsungnya Majlis 1. En. Anwar Lutfi Bin Mohd Ghazali PENGERUSI SYARIKAT
Dialog Dan Berbuka Puasa Bersama Alumni Pengurus/Anwar
Usahawan UMT yang diadakan pada 23 April Management Services
2022bertempatdiDewanPersidangan,UMTCC,
UMT. Ianya diadakan rentetan daripada program 2. En. Khairuzzaman Izaan Bin Sawari TIMBALAN PENGERUSI Pengurus/Eleven March
Konvensyen Alumni Usahawan Universiti Enterprise
Awam yang telah diadakan pada 26 - 27 Mac
2022. Program ini telah mengumpul seramai 3. YM. Tengku Nuriah Binti Tengku Abdul Rahman SETIAUSAHA Pengurus/TNR Integrated
24 orang alumni usahawan UMT dan berjaya Enterprise
melantik seramai 7 orang Jawatankuasa Penaja
Chapter Usahawan Alumni UMT. Program ini 4. YBhg. Prof. Madya ChM. Dr. Mohd Zul Helmi BENDAHARI Pengarah Urusan/Eastar
adalah salah satu platform pembuka bicara Bin Rozaini Biotech Sdn Bhd
antara universiti dengan alumni usahawan
dalam teras penyumbangan kembali alumni 5. En. Muhamad Ridhwan Bin Musa EXCO 1 Pengurus/Ledakan Digital
kepada Alma-mater. Hasrat utama adalah untuk 6. Pn. Nur Suhaina Binti Zakaria EXCO 2 Sdn. Bhd
mengadakan Konvensyen Alumni Usahawan 7. En. Mohd Hafiz Bin Purhanudin EXCO 3 Pegawai Pemasaran/
Universiti Malaysia Terengganu pada akhir Chembio Technology Sdn
tahun nanti. Pusat Alumni UMT memfokuskan Bhd
dua inisiatif baharu dalam memperkasakan Pengurus Cawangan/
jaringan bersama alumni iaitu ; Oblong Port UMT
a) Mewujudkan serta memperkasakan
Rakan Usahawan – Industri – Alumni
b) Penyumbangan kembali alumni
kepada universiti
Volume 21 Mei 2022
-------------------------------------------------------------------------------------
Volume 21 Mei 2022
--------------------------------------------------------------------------------------
NEXT STEP TOWARDS A CAREER
oleh : Mohamad Iqbal Dzulqarnain bin Rosli
“Next Step Towards
a Career” merupakan
program diyakini dapat
membantu para graduan.
Objektif utama yang ingin
dicapai oleh Career Path
Club (CPC) melalui program
ini ialah memberikan
panduan tentang langkah
pertama yang boleh diambil
oleh graduan sebaik sahaja
bergelar graduan iaitu
mengenal pasti kerjaya yang
sesuai dengan kemahiran
dan bidang yang diceburi
oleh graduan. Selain itu,
program ini juga bertujuan
untuk memberikan
pengetahuan kepada
Mahasiswa/i Universiti
Malaysia Terengganu dalam
kemahiran penting yang
dilihat oleh majikan.
Program yang dianjurkan oleh Career Path Club (CPC) ini
telah menjemput seorang panel, Tuan Haji Rahim bin Haji
Haron yang merupakan seorang Kaunselor berdaftar selama
20 tahun, dan mempunyai pengalaman yang cukup luas.
Program ini turut menjemput dan mendapat sambutan yang
memberangsangkan daripada semua Majlis Tertinggi dan
Majlis Exco, Sekretariat dan ahli-ahli aktif Career Path Club
(CPC).
Dengan jumlah peserta melebihi angka 350 orang, program
ini telah berjalan dengan jayanya dan pelbagai output
menarik telah berjaya disampaikan kepada para peserta
yang menyertai program ini melalui di aplikasi webex.
Volume 21 Mei 2022
-------------------------------------------------------------------------------------
TIPS & TRICKS
FOR
LINKEDIN
BEGINNER
oleh : Nur Alyaa Farhana binti Mohd Zain
Sabtu, April 9, 2022 – “Tips & Tricks
For LinkedIn Beginner” merupakan
satu program yang amat penting bagi
membantu para graduan dari segi
peluang kerjaya di luar sana. Objektif
program ini adalah bertujuan untuk
memberikan pendedahan umum kepada
para peserta dalam membina platform
LinkedIn dengan lebih berkesan. Tujuan
program ini diadakan adalah untuk para
graduan memanfaatkan penggunaan
LinkedIn dalam mencari pekerjaan
yang sesuai dengan bidang pengajian
masing-masing.
Dengan jumlah peserta yang melebihi
angka 610 orang, program ini telah
berjalan dengan jayanya dan semestinya
ia juga telah mencapai objektif program
ini. Walaupun program ini hanya
dilakukan secara atas talian iaitu
menggunakan aplikasi webex, namun
program ini tetap dapat sambungan
yang memberangsangkan. Career
Path Club (CPC) sangat komited dan
amat berdedikasi dalam menganjurkan
program yang dapat membantu para
graduan untuk mendapatkan kerjaya
yang bersesuaian.
Volume 21 Mei 2022
--------------------------------------------------------------------------------------
MAJLIS PENGHARGAAN DAN WATIKAH
PELANTIKAN MPP UMT SESI 2021/2022
oleh : Mohd Salleh bin Bain
Pada 27 Mac 2022, Pusat Pembangunan
Holistik dan Kaunseling Pelajar (PPHKP)
UMT telah mengadakan majlis penghargaan
Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan
Pelajar (PMPP) UMT sesi 2021/2022
dan watikah pelantikan MPP UMT sesi
2021/2022 bertempat di Raia Hotel, Kuala
Nerus, Terengganu. Majlis ini turut dihadiri
oleh pegawai utama universiti, pegawai
HEPA dan jawatankuasa pelajar pemilihan
majlis perwakilan pelajar sesi 2021/2022.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg.
Prof. Dato’ Dr. Mazlan bin Abd Ghaffar, Naib
Canselor UMT.
YBhg. Dato’ Naib Canselor UMT
mengambil kesempatan mengucapkan
syabas dan tahniah kepada PPHKP yang
merupakan urus setia induk PMPP,
barisan Jawatankuasa Pelaksana PMPP,
barisan Jawatankuasa Pelajar PMPP,
dengan kerjasama daripada Fakulti-
fakulti kerana telah melaksanakan tugas
dan tanggungjawab untuk memastikan
Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar berjalan
dengan baik walaupun pelajar tiada di
dalam kampus pada ketika ini. YBhg. Dato’
Naib Canselor UMT juga turut merakamkan
ucapan ribuan terima kasih kepada
kepimpinan mantan Majlis Perwakilan
Pelajar Sesi 2020/2021 yang telah diterajui
oleh saudari Rahni binti Rahman bersama
barisan Exco beliau.
Volume 21 Mei 2022
-------------------------------------------------------------------------------------
WEBINAR BICARA PENGAKAP SIRI 2
“PENGENALAN KEPADA ASAS PELAYARAN”
oleh : Noor Hidayah Mat Isa Program ini juga, berkonsepkan perkongsian ilmu
berkenaan Asas Pelayaran dimana ia menumpukan kepada
Seramai 1000 orang peserta yang terdiri daripada pengakap beberapa aspek antaranya pengenalan kelas bot, nama pada
di seluruh Malaysia, pelajar-pelajar dan orang awam telah bahagian bot dan layar, asas pengendalian perahu layar,
menyertai Webinar Bicara Pengakap siri 2 “Pengenalan asas keselamatan dan larangan sebelum berlayar. Selain
kepada Asas Pelayaran” yang dianjurkan oleh Persekutuan itu, perkongsian pengalaman daripada panel jemputan juga
Pengakap Malaysia Negeri Terengganu dengan kerjasama menarik minat peserta sepanjang program berlangsung.
Pusat Latihan Pelayaran, Universiti Malaysia Terengganu.
Program ini dilaksanakan secara dalam talian menggunakan
platform Facebook Live.
Volume 21 Mei 2022
--------------------------------------------------------------------------------------
ATLET STAF MENANG BERGAYA DI
KEJOHANAN BOLING TENPIN MAKSAK
oleh : Siti Zainab Mat Zin
Pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan
Informatik UMT iaitu Dr. Che Mohd Imran Che Taib telah
berjaya memenangi Naib Johan Keseluruhan serta Johan
Blok 6 dalam Kejohanan Boling Tenpin anjuran Majlis
Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK)
Terengganu yang berlangsung pada 22 hingga 24 Mac 2022.
Dalam kejohanan tersebut, persaingan sememangnya sengit
kerana rata-rata atlet yang bertanding adalah bekas pemain
Boling Tenpin SUKMA Terengganu serta pemain interstate
dan MAKSAK Terengganu. Beliau telah berjaya mendapat
kedudukan kedua daripada 186 pemain dengan perbezaan
hanya 5 jatuhan pin dengan Johan untuk Blok 6 dan ini
merupakan satu pencapaian yang sangat hebat. Beliau
telah membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai.
Beliau juga bakal terpilih mewakili Terengganu ke Kejohanan
MAKSAK Kebangsaan 2022 yang akan dilaksanakan pada
bulan Mei 2022.
Volume 21 Mei 2022
-------------------------------------------------------------------------------------
BERANI BERUBAH, BUAT SAMPAI JADI
oleh : Noor Najmiah Ali
Ramadhan adalah bulan latihan emosi dan spiritual bagi
umat Islam. Sempena menyambut kedatangan bulan
Ramadhan, Pusat Pembangunan Holistik dan Kaunseling
Pelajar (PPHKP) UMT telah menganjurkan program Chit
Chat With Counsellor 6.0 dengan tajuk ‘BERANI BERUBAH,
BUAT SAMPAI JADI’. Program yang berbentuk sembang
santai ini dilaksanakan secara berkala bagi memberi
pendedahan kepada pelajar melatih diri untuk melakukan
perubahan sikap dan tingkahlaku bagi membentuk jati diri
yang lebih cemerlang.
Program ini telah dijalankan secara dalam talian menerusi
platform Cisco Webex dan FB Live Seksyen Kaunseling
dan Pembangunan Kendiri pada 19 April 2022 jam 10.00
pagi. Ia telah disertai oleh 128 orang pelajar dan kakitangan
UMT. Panel jemputan bagi program ini ialah Encik Wan Nor
Ahmad Syaifuddin, Pegawai Psikologi Pejabat Pendaftar
UMT manakala moderator program adalah Puan Nor Fatin
Asyikin, Kaunselor Pelatih PPHKP.
Volume 21 Mei 2022
--------------------------------------------------------------------------------------
2,500 PELAJAR MERIAHKAN
IFTAR PERDANA MPPUMT 2022
oleh : Mohd Salleh Bain
Seramai 2,500 orang pelajar telah hadir
memeriahkan Majlis Iftar Perdana pada
12 April 2022 bersamaan 10 Ramadan
1443H bertempat di Pusat Islam Sultan
Mahmud UMT. Majlis ini dianjurkan oleh
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT Sesi
2021/2022 dengan kerjasama Pejabat Hal
Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan Pusat
Islam Sultan Mahmud UMT. Majlis ini juga
dilaksanakan seiring dengan program Iftar
Ramadhan yang diadakan pada setiap hari di
Masjid UMT.
Menurut Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr.
Mazlan Abd. Ghaffar, majlis ini merupakan
acara tahunan UMT bagi menyantuni pelajar-
pelajar berbuka puasa di bulan Ramadhan.
Pada setiap hari di bulan Ramadhan, Masjid
UMT akan menyediakan 800 juadah berbuka
puasa secara percuma kepada pelajar dan
pada hari ini Universiti menyediakan juadah
berbuka puasa kepada 2,500 orang pelajar.
Menurut beliau lagi, buat pertama kalinya pada
Ramadhan tahun ini, semua pelajar diminta
membawa bekas makanan masing-masing
bagi mendapatkan juadah iftar secara percuma
di Masjid UMT. Inisiatif ini selaras dengan
usaha menyokong kempen ‘Selamatkan
Bumi’ yang dapat mengurangkan penggunaan
plastik sekali gus memupuk kesedaran pelajar
mengenai kesan buruk bahan berkenaan
kepada kemusnahan ekosistem alam.
Volume 21 Mei 2022
-------------------------------------------------------------------------------------
Volume 21 Mei 2022
--------------------------------------------------------------------------------------
PASANGAN BOLING PADANG UMT
LAYAK KE PERINGKAT SUKU AKHIR
oleh : Siti Zainab Mat Zin
Pasangan Boling Padang UMT iaitu Encik Aswardy Hamzah
dan Puan Mazlina Mohd Razaki telah berjaya layak ke
perlawanan peringkat Top 8 (Suku Akhir) dalam Kejohanan
Lawn Bowls Open Pairs KPT - USIM 2022 yang diadakan
pada 25 Februari hingga 2 Mac 2022 bertempat di Kompleks
Sukan Arena Emas, Taman Impian Emas, Johor.
Kejohanan ini telah disertai oleh 41 pasukan di bawah
Kategori Terbuka dan 27 pasukan di bawah Kategori IPT/
Sekolah daripada seluruh pelusuk Malaysia termasuklah
pasukan negara Malaysia. Selaku Naib Johan dalam
kumpulan setelah berjaya menewaskan pairs Kelab Johor
(Top 32) dan pairs Malaysia (Top 16), akhirnya pairs UMT
tewas di peringkat Suku Akhir dengan pairs Malaysia yang
juga JUARA keseluruhan kejohanan.
Volume 21 Mei 2022
-------------------------------------------------------------------------------------
PENDEDAHAN TATACARA PENGANJURAN
oleh : Rosnida binti Abd Ghani AKTIVITI KELAB PELAJAR
Seramai 332 orang pelajar yang merupakan Ahli Jawatankuasa
Tertinggi dalam 109 persatuan atau kelab pelajar yang aktif di bawah
Pusat Pembangunan Holistik dan Kaunseling Pelajar (PPHKP) UMT
telah mengikuti Bengkel Tatacara dan Kewangan Kelab yang diadakan
pada 1 hingga 2 April 2022, bertempat di Auditorium Mahyuddin,
Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial UMT.
Penganjuran bengkel ini bertujuan memberikan penerangan dan
pendedahan ilmu kepada semua Presiden, Setiausaha dan Bendahari
kelab atau persatuan mengenai tatacara penganjuran dan pengurusan
kewangan aktiviti pelajar di UMT. Selain itu, penganjuran bengkel ini
dapat membina jaringan kerjasama dan persefahaman antara kelab
atau persatuan pelajar bagi melaksanakan program pelajar yang
berimpak tinggi selaras dengan Pelan Strategik UMT dan Matlamat
Pembangunan Mapan (Sustanainable Development Goal - SDG).
Volume 21 Mei 2022
--------------------------------------------------------------------------------------