The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syedms0607, 2022-06-11 12:40:35

FOLIO BM TINGKATAN 4

FOLIO BM TINGKATAN 4

Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada
hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis. Dahlia
tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada hari
Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong
Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak Cikgu
Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani
punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang itu.

Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak,
Anggerik dan ayahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul
2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis.
Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat emaknya di
hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan
ditanya macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus
pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman ketika
di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor
Bahru.

BAB 6

Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu
abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah
menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya
bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat terpukul
dengan perkataan “ orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang melahirkan
emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap mengenai emak
Dahlia di balai raya. Dia memberitahu punca emak Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar
hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain pula akan terkena.
Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu tengah dengan tanda
pangkah supaya hantu tidak masuk rumah. Dahlia mengucap dua kalimah syahadah beberapa
kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala yang berlaku adalah ketentuan
Tuhan.

Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said telah hilang
dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia
telah menemui Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan daripada penduduk
kampung itu. Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh
pemuda itu membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali
tetapi malangnya Said telah tiada.

BAB 7

Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan kerana
selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas
itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal Aton.
Aton mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang
menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar
kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di
halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya
dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang
mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang semakin menyakitkan hatinya.
Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari musuh.

Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke Lim
memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca Dahlia
menangis setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi,
Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas kembali
peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam keadaan yang
lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya masa remaja
Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad
untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu,
Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha melingkari pokok kelapa
sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa diduga, ular itu
menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan Embong panik.

BAB 8
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar apabila
terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk membawa
Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok ke rumah
Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said.

Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan kata-
kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya. Melati
bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila.
Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak akan
menyenangkan kehidupan mereka.

Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong kehairanan
apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang ular itu. Embong
membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut untuk
menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia
ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi
memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan
kesanggupan Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup
mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda
Melayu bersama-sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.

BAB 9
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat
kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya
untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya ke
klinik.

Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah. Seman
memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang telah
dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga Leha
sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal usulnya. Seman mencadangkan agar
tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk
mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah
itu yang dapat dijual dengan harga RM15,000 .

BAB 10

Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama.
Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu
bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu
Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat
bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan.

Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya
ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah
Dahlia daripada Kavita yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan
bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.

BAB 11

Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka
berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin
membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal.
Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong
berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang bersekolah di
Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia
balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi Embong
mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di
Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak sanggup lagi

untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka berdua sangat
baik dan suka membantunya.

BAB 12

Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia
membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia
dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya.
Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya.
Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan
ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga
menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan.

Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16.
Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja
sementara di situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ.
Dahlia dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan
dikatakan Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia.
Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.

BAB 13

Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang
lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia
memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat.
Apabila Dahlia melihat ayahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara
sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula,
Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya
bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang
kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.

BAB 14

Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila
mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing

itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong
meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing
kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik
orang lain.

Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui keadaan
emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia kerana ibu bapanya
mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan kedatangan tetamu.
Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari yang ingin merisiknya.

BAB 15
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima
lamaran tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga.
Embong sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu
keluarga. Walau bagaimanapun, ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana
suaminya ke Kuala Lumpur. Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan
kepada ikatan Azhari dan Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat
pengajiannya. Akhirnya, Embong menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin
merisik diletakkan dia atas meja. Selepas itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat
di masjid. Semasa mandi, Embong telah dipatuk oleh seekor ular di pahanya.

BAB 16
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan ayahnya,

Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar
menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya.
Dahlia melarang hasrat Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka
untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP.

Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan Cikgu
Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa

menjalani latihan bola jaring. Kemudian, Cikgu Hisyam dan Kavita menziarahi abah
Dahlia. Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan nota-nota sepanjang
Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Pada petang itu,Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah memberitahu Dahlia
sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang demi seorang
keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan dijual
dan menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak
bersetuju dengan cadangan neneknya.

BAB 17
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya yang

banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih
dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat,
adiknya, Abu Bakar tidak boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari
yang ingin melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian,
Dahlia memeriksa dompet milik adiknya, dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam
dompet tersebut sedangkan adiknya tidak bekerja.

Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari terkejut apabila
dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana dipatuk
ular. Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang rancangannya
untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus
tinggal di situ mereka perlu membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak
dapat membuat sebarang keputusan.

BAB 18
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu

bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual.
Menurut Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia
menafikannya. Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang

sedangkan Nek Kiah tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan
berbincang tentang perkara itu dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga meminta agar
Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam penulisan karangan Bahasa Melayu kerana
anaknya lemah dalam penulisan sedangkan peperiksaan SRP akan menjelang tidak
lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran Tauke Lim itu. Dahlia terkejut
apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu Hisyam berhenti di
depan pondok bas tersebut.

BAB 19

Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus
bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan.
Namun begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan
adik-adiknya yang memerlukan penjagaannya.

Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur tanah di
kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia untuk
membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian,
Azhari pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari
mengenai hubungan Najib dan Dahlia.

Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah memandang serong akan
cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada pembelinya.
Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah.

BAB 20

Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual. Nek
Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada
Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong
menggunakan kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan
parang yang sedang dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam dan senang
hendak potong leher. Selepas itu, Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia memberitahu
ayahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan beban ayahnya. Akan tetapi,
Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga ke universiti.

Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga
tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat terus
tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-
sama.

BAB 21

Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai raya
untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan
malam nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut
menyumbangkan barang-barang untuk sambutan tersebut. Haji Sulaiman selaku ketua
kampung amat risau akan hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut
berada di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak
menyangka adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut.

Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji
Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton
telah menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu
telah hilang sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji
Sulaiman.

Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia
memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk
ayahnya dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.

BAB 22

Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang datang
daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja
rumah. Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.

Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang
hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik,
butiran pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada
orang yang berhasad dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan

barang-barang itu kepada Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu
Bakar membuangnya ke sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan
dendam.

Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-
mana di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek
Kiah dan didapati neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah
menghalaunya.

BAB 23

Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran Dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-
kawannya. Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia
dapat menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai
sahabat sahaja, tidak lebih daripada itu.

Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya telah pulang dari
hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya. Azhari juga ada bersama-sama ketika
itu. Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam
keadaan mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.

BAB 24

Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah
berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik.
Anak-anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya
ketika beliau sakit.

Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-
barang untuk berpindah ke balai raya. Embong dah ahli keluarganya turut berkemas
untuk berpindah ke balai raya.

Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar rungutan
penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang berlaku
itu ada hikmah yang tersendiri.

BAB 25

Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong
sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek
Kiah juga tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.

Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah
menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru
agar penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan prihatin akan
masalah jiran tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk kampung bersatu dan
bersama-sama menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup
bermasyarakat.

Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka telah
bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti.
Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga
dengan Tauke Lim. Dahlia amat terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim
mengusik Dahlia, rumah baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.

BAB 26

Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh
pertunangan mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat
peperiksaannya. Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan
keluarganya.

Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-
kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya.
Dahlia juga bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.

BAB 27

Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih
untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun.
Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor
berdasarkan pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan
belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.

Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan mereka. Dia
mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar
di Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.

BAB 28

Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan
tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas
pertunangannya. Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.

Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan –
kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke
Kuala Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari
belum juga sampai. Dahlia semakin risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk
bertolak ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung
kepada Dahlia sebanyak RM500 termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak
RM300.

Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer
dari kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca
kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai.
Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai songket berbenang emas
berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga .menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui
maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau
berada di mana-mana pun.

TIRANI KARYA BEB SABARIAH

PENGENALAN

- Novel Tirani hasil karya Beb Sabariah bukan sekadar novel yang sarat dengan
penceritaannya tetapi turut menyelitkan warna budaya dan resam masyarakat setempat
khususnya etnik sarawak.Keunikan etnik Sarawak diketengahkan oleh pengarang
menerusi usaha gigih watak utamanya, Waheeda untuk mempromosikan industri
pelancongan di Sarawak.

BIOGRAFI PENULIS
- Beb Sabariah atau nama penuhnya puan Hajah Bibi Sabariah binti Haji Abang
Awet.Beliau lahir di Kampung Hulu, Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak pada 7
November 1949. Beliau bersekolah dasar di Sekolah Melayu Pusa dan Sekolah Rendah
Enche BuyongKuching. Beliau ke sekolah menengah di Madrasah Melayu Kuching
sebelum ke SekolahMenengah Kerajaan Green Road Kuching. Beliau meneruskan
pendidikan ikhtisas di MaktabPerguruan Rajang Bintangor, Sarikei, Sarawak dan
Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim,Johor Bahru, Johor.Beliau mula aktif dalam
penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi dan rencana.

SIPNOSIS
Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang mahu menjadi cantik dan berhidung
mancung kerana hidungnya pesek. Gadis yang bernama Waheeda juga ingin mengecapi
kemajuan atas anma dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan
bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Waheeda telah
membuat kebetulan hidungnya yang kebetulan digigit monyet dengan melakukan pembedahan
rekonstruksi wajah untuk menjadi lebih cantik. Dengan kecantikan yang dibentuk, maka
datanglah kejayaan dalam kerjayanya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah
mempertemukan suaminya dengan anak rakan niaganya di Sarawak Datuk Yasser. Kecantikan
dan kejayaan yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga malah
merosakkan kehidupannya. Kecantikannya menyebabkan tugasnya bertambah berat dan
harapan prang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya.
Cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah

diceraikan oleh suaminya. Penceraian berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada
mewarisi kecantikannya dan ditambah rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya, Waheeda bertekad
untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di
Cameron Highland. kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah
menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhirnya mereka dipertemukan di
chalet tersebut. Namun, disudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa
kecantikan seseorang hanyalah satu Tirani.

SIPNOSIS SETIAP BAB

BAB 1

- Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang
kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu
obsess dengan kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang
menjadi ejekan kepada kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi.
Hatinya sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan
kawannya Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap
kawan-kawannya dapat diredakan.

BAB 2

- Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan
institusi pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais
seterusnya ke Dusun Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang
penting untuk dipamerkan bagi menggambarkan indentiti budaya masyarakat Sarawak
kepada rombongan yang hadir.Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda
berasa amat gembira. Namun disebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat
kecewa atas penampilan dirinya yang tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk
membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada ibunya, Raidah.
Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkankan kerana bercanggah dengan hukum
agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak melakukan apa yang
dihajatinya.Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi
kelam kabut. Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib

malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda.
Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan
oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda
telah bersetuju untuk melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran
di Singapura.

BAB 3

- Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda
(Prado). Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di
petronas telah pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya.
Pada awalnya, perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun
Abdul Rahman Yakob, keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana
dilanggar oleh tongkang pasir pada malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak
banyak berkata-kata hanya menyamput kata-kata ibunya sekali sekala. Waheeda
banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak bercerita tentang sejarah
jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang semuanya
mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum
tentang bandaraya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar
Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia.Mereka
sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat
wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai
perasaan katarsis.Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda
menuju kerumah Bazilah iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan tinggal
bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura
yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.

BAB 4

- Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan
bandaraya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi
niatnya bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok
semarak api yang sedang berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda
tentang kepalsuan fakta sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan

diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah.
Wheeda akan tinggal di salah sebuah bilik dirumah kepunyaan pakcik
Bazilah.Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa
mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia.
Keesokkan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr
Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doctor pakar pembedahan plastik di
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari
menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastic yang akan dilalui oleh Waheeda.
Pada masa yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk
melakukan pembetulan di kelopak matanya.

BAB 5

- Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mail yang menceritakan rawatan yang akan
dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira
10 jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan
sejenis makanan yang bernama ketupat lepas. Penyediaaan ketupat lepas ada kaitan
dengan kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh
Ghazi membeli tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas
itu kepada anaknya itu kononnya untuk menolak bala.Di rumah Bazilah, Waheeda
menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah sampai di Singapura. Waheeda
terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah
berada didepan pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh
Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah
juga memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya.

BAB 6

- Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi
ini diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr
Averroes (Dr.Rushdi). Di dalam bidik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang
dan rela menjalani pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut
mengambil masa selama 12 jam.Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya
dia ditemani oleh ibunya yang menunggu diluar bilik pembedahan. Waheeda
melangkah keluar dari SMC bersama-sama ibunya selepas membayar bil pembedahan
yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk

merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat
di rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh
Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa,
Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke
atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.

BAB 7

- Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda
bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakkan masa
dihabiskan dengan membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga
menghargai anugerah alam disitu. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti
pohon putat laut dan pohon ketapang yang mengingatkan Waheeda kepada kampong
halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk
memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya.Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr
Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr Averroes juga dikenali
sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr Rushdi. Mereka
bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.

BAB 8

Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah tirani
yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek.
Persoalan ini menjadi topik berbualan yang panjang antara mereka berdua.Pada malamnya,
sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan oleh Dr Rushdi
tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyo. Cerita Dr Rushdi juga mengingatkan
Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampong halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah
telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia
(MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya
bersama-sama rombongan tersebut.

BAB 9

- Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo
Resort telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan
Waheeda amat menyenangkan hati beberapa orang staff di situ seperti Lais, Anati dan
Kong. Dalam pada itu, Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih
teringat kerjanya di Tajau Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa.
Selepas Kong meninggalkan Waheeda di café, Waheeda sempat melihat seorang lelaki
yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya.Di rumah Bazilah, semasa
kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda sedar sejak kebelakangan ini,
Dr Zahari selalu dating ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-
akan tidak memperdulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda
berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mugkin
menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap
tirani itu memang benar. Dengan alas an ini, Waheeda mengambil keputusan untuk
berpindah ke Flamingo Resort.Dalam pada merangka program yang terbaik untuk
resort tersebut, Halloway datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam
pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort
dalam pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan.
Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila
Halloway memuji kecantikan Waheeda.Setelah Halloway beredar, Waheeda
berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan tersebut, Waheeda dan Zahid begitu
teruja dan hati mereka terus berbunga.

BAB 10

- Datuk Yasser berkinjung ke Sngapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan
untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser
banyak membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah
tentang Islam, rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya
kepada Zahid tentang kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada
ayahnya bahawa dia tidak suka tinggal di sana kerana beberap isu negative terhadap
Malaysia dan islam. Datuk Yasser berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam
itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada pengembangan perniagaan di Kuching,
SSeri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan perbincangan, rupa-

rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan Zahid.Selepas menikmati
makanan tengahari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid. S eterusnya
Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan Waheeda
dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada
kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat
gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.

BAB 11

- Fatimah menerima E=Mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah
menceritakan bahawa Zahid yang yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada
Datuk Yasser, tuan punya Sri Gading holding. Raidah sangat gembira mendengar berita
tersebut.Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International
disebarkan kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada
semua warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya
Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan
hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan
supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.

BAB 12

- Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibut. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelar
digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa
tugas yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamango. Waheeda tetap
menjalankan tugas yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada
keluarganya yang sibut mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.Di
Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa
bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid
terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam
perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun
Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir.

BAB 13

- Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaaah statistic
pelancongan yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan
Asean. Dia gembira kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat
Peranginannuya bernilai RM60juta. Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya
datangnya dari usaha Waheeda yang sangat bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau
Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin Hazirah, isterinya menyatakan
kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang nampaknya gelisah, berjalan
mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang
kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi.
Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan
baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara
Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati.

- Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis
kenduri doa selamat di rumah Dtuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh
Raidah diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan
ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di SMCuntuk
menerima rawatan.Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil
keputusan untuk pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir
marah kepada isterinya Raidah dan telah menembahkan kerungsingan kepada Raidah.
Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan
Ghazi yang mengetahu hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC
kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu
komplikasi. Walaubagaimanapun, proses tersebut Berjaya dilakukan oleh Dr
Rushidi.Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa
Waheeda berada di SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi
sudah selesai. Semasa meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda
dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila
Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji
deria bau dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami selsema yang agak
teruk. Zahid kembali tenang.

BAB 14

- Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan
daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas
sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi
tetamu Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangna majlis ini. Antaranya
pelancong dari Arab, inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat-istiadat Melayu Sarawak
dipamerkan dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan
pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak
dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana
Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan
jayanya. Lafas nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafas sahaja. Selepas acara
akad nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin
diperkenalkan kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan
ini berlangsung selama dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah
Matang. Datuk Yasser a.kan mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri
Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira

BAB 15

- Permandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran
Matang yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa
kelihatan mengapung awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki
banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada
di kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji permandangan di kawasan
tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan yang
menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi
Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang
kehidupannya semasa berada di luar Negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya
afsunnya boleh mencairkan hati wanita.Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo,
persepsi Zahid tentang cinta dan kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata
kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana sedangkan usia semakin
meningkat.Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh

antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya
serta keterampilan sentiasa meniti dibibirnya.

Bab 16

- Zahid membaca akhbar dibilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak
member gambaran negative kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara
tiba-tiba dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat
Negara ini pada tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan
pelancong-pelancong tersebut yang datang ke Sarawak nanti.Waheeda telah membaca
satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia jatuh ke nombor lapan dalam
kemajuan ekonomi domestik, khususnya sector pelancongan. Kemudian dia pula
mengambilsekeping wadahberkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan
daripada nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah terputus hubungan
dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di
sekolah dahulu.Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa
yang sama, zahid menanti isterinya, waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri
gading bersama-sama. Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-
masing menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing.Zahid telah
bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh
pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan
dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda
beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid.Zahid
perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya.
Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat.
Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya
mengendalikan perniagaan dengan baik. Datul Yasser akur dengan kehendak
menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau
Emas kerana Waheeda ingin berdikari.Waheeda cuba membandingkan perwatakan
Datuk Yasser dengan ayahnya. Dimana ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser
bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang
dimiliki oleh ayahnya.

BAB 17

- Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan
dirinya seolah-olah manusia individulistik apabila enggan menerima cadangan
penggabungan Seri Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina
empayar sendiri. Walaupun begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri
Gadinguntuk membantu.Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Dimana
masa santainya biasanya diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga,
Waheeda mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini
mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang dirinya. Raidah
cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya.Di samping itu, Waheeda masih
memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya. Cantik dicemburui,
hodoh pula dihina.Awal tengahari, Waheeda ke farmali di Mall Matang Jaya untuk
membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi
tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit
kepalanya. Mungkin Stress, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam
lagi.Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid
merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami,
Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid mengungkitlan insiden di Tajau
Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di SMC dahulupun masih dalam ingatan
Waheeda.Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama
suaminya. Waheeda sudahpun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal
malam itu, Waheeda baring di atas katil mengingatkan kenengan dalam kenangan yang
melingkari hidupnya.Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati
Waheeda supaya menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham
bahawa keresahan dan sensitivity hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.

BAB 18

- Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup
kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang
pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda
telah disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke
Seri Gading tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di
Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri

untuk menyambung jogging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji
kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti halen
of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi.Zahid melenting dihujung talian telefon
sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda.
Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas
dengan alasan untuk menonton bola.Nostalgia pada peringkat awal begitu romantic
bagi pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang
baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan
dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat suaminya yang
terlalu cemburu.Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin
menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya
lalai akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda
pasrah dengan laluan yang dihadapinya.Waheeda bangun sebelum mentari menyinari
bumi. Selepas bersenam kecil, waheeda ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda
bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari BERNAMA.
Mereka dating bersama team BRP bagi menyisat kes seorang menteri kanan yang
dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan
mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang disampaikan oleh
Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada petang itu,
Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.

BAB 19

- Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad ekslusif
Hospital Normah, raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda
menyatakan bahawa Zahid tidak dating. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu
mentuanya dating menziarahinya dengan membawa jambangan bunga pemberian
Zahid. Ibu mentuannya menyatakan Zahid sibuk kerana di hotelnya berlangsung
konvensyen antarabangsa.Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran
Waheeda teringat akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz,
ingkar dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku.
Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya.
Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar bagi meredakan perasaan

tersebut.Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang
bekerja di Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center
atau Sukma Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA
terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid
dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah
disampaikan oleh Nurjihan.Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel
mengenai ujian DNA yang diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia
membaca berulang kali demi untuk member kefahaman tentang ujian DNA. Dibilik
tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda.
Manakala rambut lebat seperti dengan . Hidungnya peset tidak sama dengan hidung
Waheeda danZahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda.
Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha
menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik
tidurnya.Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah
terburai oleh sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya
telah menenangkkan Waheeda.Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk menambahkan
luka dihati Waheeda.Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan
perubahan yang dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid
menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat
diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar
perubatan dan kaunseling.

BAB 20

- Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan
Waheeda di PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais
menjelaskan kepada Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak
CikAziz ke pusat rawatan tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah
diserang strok dan kedatangan mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan.
Lais menceritakan bahawa selepas bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa
saudaranya di chalet dan kebun strawberi di Cameron Highlands. Selepas
diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan perusahannya. Selepas keluar
dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan

Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron
Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil untuk
bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan
segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid
seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu
kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada Dr.Qamariah,
serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima kasih
serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung
lagi.Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di apartment
mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais
dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’
. Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.

BAB 21

- Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan
cucunya Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan
Chalet Iwana-Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia
diisytiharkan muflis kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya.
Ghazi dan Waheeda amat berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi;
alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands setejah pergi melihat sendiri
esok.Urusan mengambil alih berlaku dan urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar.
Dalam pada itu Waheeda menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands
kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas
dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh Ghazi dan
keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan
anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang
berjaya.

BAB 22

- Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh
tahun dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia

membacanya. Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang
diambilnya semasa dia menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras
masing-masing. Izzati hairan melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya
penyet tetapi hidung ibunya mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan
diri anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah
kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana
Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati
dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru kepada Chalet Iwana-
Iwani) telah berkembangmaju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar
negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan
curahan air dari gunung. Ketrampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti
apabila pada suatu pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga
emas yang mula mendaftar di chalet itu.

BAB 23

Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil menghirup
kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah hidupnya kepada
Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran
anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya
menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula
sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani. Lais sentiasa berada
di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman.Lais cuba
mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para pelancong yang
menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa dengan bersiar-
siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar perbualan
antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan
mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju
untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk
ke cafe. Zahid sempat bertembungan mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan
senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman
bahawa gadis di situ anggun.

BAB 24

- Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya
terpaku kepada gadis di cafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya.Senyuman,
wajah, bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-
olah entiti dirinya.dan gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang
pernah disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA
dulu sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan.Zahid memohon
agar Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di
Restoran Iwana.Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat lagi.
Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan
bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati
selama 20 tahun. Pertemua Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah,
kesal, sedih dan sayu seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun
Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang
sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya memaafkan ayahnya.

BIMASAKTI MENARI KARYA SRI RAHAYU MOHD YUSUP

PENGENALAN

Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini bertemakan kegigihan anak
muda dalam usaha melestarikan alam sekitar.

Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah gigih berusaha dan bersatu hati dalam
berjuang untuk melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan
mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang.

Mereka gigih berusaha untuk mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan
Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor untuk memastikan bintang-bintang dapat dicerap dan
kelip-kelip dapat dilihat oleh semua pengunjung. Pada masa yang sama Muhammad Taufik
sedang mengusahakan projek perumahan Ikhtiar Tekno Alam dengan membina rumah mesra
alam.

Walaupun usaha mereka ini mendapat bantahan dan tentangan yang hebat daripada pihak
tententu yang mempunyai kepentingan di tempat tersebut terutamanya Dato’ Johann Arlington
tetapi mereka tetap gigih meneruskan usaha ini.

BIOGRAFI PENULIS
Sri Rahayu Mohd Yusop adalah seorang penulis wanita dari Malaysia.
Pada 31 Oktober 2011, dalam majlis penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-
ExxonMobil 2010 (HSKU) Sri Rahayu bagi tahun keenam berturut-turut apabila karyanya
Bima Sakti Menari diumumkan sebagai pemenang tempat pertama. Sebagai pemenang, Sri
Rahayu membawa pulang wang tunai berjumlah RM7,000 dan hadiah iringan.HSKU kali ke-
26 ini dianjurkan sejak 1985 dan ia juga merupakan antara acara sempena program Sastera
Utusan 2011 yang turut memuatkan Malam Puisi Utusan 2011 pada 5 Oktober 2011.

SIPNOSIS
- Novel Bima Sakti Menari mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai
Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Hafsa dikunjungi oleh pelajar dari Jepun untuk
melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat
pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Beliau yang pada mulanya runsing
dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan
masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan
pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada
malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang
berlaku di Kuala Selangor.
- Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung
Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak
sungainya dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak

Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik
yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian
agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan
Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan
orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann
Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat
pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat
melaksanakan projek tersebut.
- Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim
mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul
Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul.
Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik
untuk berjumpa di stesen minyak Petronas. Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad
Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba menyelamatkan Muhammad Taufik dengan
membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor. Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan
daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak
polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan berjaya menembak
tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad Taufik
diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa
syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh
perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam
majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad
Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang
tua Nurul Hafsa

SIPNOSIS SETIAP BAB

BAB 1

- Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari
pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala
Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru

pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap
tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa
sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di
luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar
gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut
akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia
dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca
daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada
malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji
kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan
sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia
untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa
dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di
langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan
membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia
memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan
agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.

Bab 2 : WICHAM

- Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai
pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang
Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad
Taufik berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung
tersebut kerana dia benar-benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang
lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh
Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya, Muhammad taufik tinggal
berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian sosial
menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua muka. Mereka
mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik
menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang
diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat
beliau tentang projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan
oleh anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya

walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan
tugas beliau.

Bab 3 : SUNGAI RAHSIA

- Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran
kata-kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat
melihat kelip-kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada
abangnya, Budiman. Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip
dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji
Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat
kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung
Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi
Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan jumlah
berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan
hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran
serangga tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu.
Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh
kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya
dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang
sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui
suatu kawasan cabang sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat
kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian,
dia begitu kecewa kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh
mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil
memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak
fantasi. Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh
pencemaran cahaya dengan senyap.

BAB 4: BUDIMAN

- Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang
diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah
mereka, Haji Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul
Hafsah tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang
mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru Sains di

Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca
laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah.
Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji falak amatur
membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat
pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan
sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna
putih atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala
Selangor yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui
penduduk Kuala Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan
yang dinikmati jika tidak dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap
alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman
turut menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus
tercemar akibat pembangunan yang tidak terancang.

BAB 5: JIWA AYAHANDA

- Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu
kepulangan beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung
tempat projek rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik.
Sepanjang pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara
beliau dengan isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah
menghantar pesanan ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ.
Beliau berasa puas dapat membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah
melakukan yang terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad
Taufik, air muka beliau berubah apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam
telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika
mereka bersama dengan pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan
Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa
melepaskan isterinya kerana perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-masing,
namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi penyambung silaturahim
mereka berdua.

BAB 6: CITA-CITA

- Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan
Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap
kecerahan langit Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa
hanya dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan
Foziah memaklumkan tiada undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala
Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan
pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan
impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit
Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-peminat langit
seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan
abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang
remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta
mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah
pencemaran di Kuala Selangor daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak
boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk membawa adiknya
berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang
memagar sungai kecil di kawasan orang melihat kelip-kelip dan dialah juga yang
menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul
Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati adiknya agar
tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia untuk
berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor:
Kawasan Simpan Langit Gelap.

BAB 7: LELAKI KELIP-KELIP

- Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati.
Dia beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan
berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua
sampai di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki
muda sedang membuat kerja-kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah
peralatan pertanian kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut,
mindanya cuba mengingati kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat sepanjang
usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil

lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada masih
mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan
sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan
bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa
menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada sungai
Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya
membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan, terus ke
kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya apabila dia
mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat
kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti,
pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan
petempatan manusia dan cahaya rodaferris yang semuanya membawa ancaman kepada
populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip
mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi
kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut
memohon maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda
tersebut.

BAB 8: BEBAS GRID

- Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak
Budiman dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri
berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik
tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa
Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik
mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk
sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid
utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan
kesedaran bahawa apabila manusia kembali bergantung kepada alam semula jadi secara
terus, manusia akan menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh
Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju dengan
pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya, Budiman tersenyum melihat

gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar bahawa adiknya Nurul
Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting yang tidak boleh
dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan Nurul Hafsa
tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa
kembali kegelapan ke Kuala Selangor.

BAB 9: ZURIAT

- Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri
Muhaimin untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu
kawasan simpan langit gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan
profisional dan untuk menghalang kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri
Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah membuka ruang kepada mereka
untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir perbualan, Tan Sri Muhaimin
bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama ini merupakan
gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan Maryam.

BAB 10: SIDANG SEJUTA KELIP-KELIP

- MuhamMad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan
kemewahan ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu
didampingi oleh perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas
kemewahannya. Namun begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali
Muhamad Taufik yang sebenarnya. Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang
terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-keistimewaan yang ada pada dirinya.
Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial di Perpustakaan
Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang tentang pembentangan
tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi memantapkan
pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan mereka berdua
tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun akan
kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib
perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa
mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan

populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan mengembalikan
kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di peringkat
antarabangsa. Selesai perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke
rumahnya malam tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat
melihat kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.

BAB 11: LEWAT SATU MELINIUM

- Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung,
bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa
dan Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit
mendayung. Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada
skala dua. Sambil menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik
menerangkan kepada dua beradik itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa
saintifiknya pteroptyx tener. Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak
lalu menjadi satu gerombolan kelip-kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan
lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul Hafsa terkejut apabila dimaklumkan
Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa bersetuju dengan
permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan meneruskan pencerapan data populasi
kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad Taufik.

BAB 12: STRATEGI

- Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya
menggunakan pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai
daerah dan panel penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa
memulakan pembentangan dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan
Muhammad Taufik selesai membuat pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan
Dato’ Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti
cadangan mereka untuk mewartakan Kuala Selangor sebagai kawasan simpan langit
gelap yang pertama di negara ini.

BAB 13: DENDAM KEMBALI MEKAR
- Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann
Arlington- Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea
projek Kawasan Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal
itu bermakna dia tidak dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-
lampu daripada syarikat miliknya. Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya
mementingkan kekayaan. Dia merupakan musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila
Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami.
Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik akan membuat
pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli akademik,
ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta Johann
untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi
mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan
pendiriannya, dan rasa tamaknya.

BAB 14: GELAP DALAM TERANG

- Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang
diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk
memberi sokongan malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul
Hafsa dengan ditemani Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek
tersebut kepada yang hadir. Segala sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas
dan Menteri Besar sentiasa menyokong pandangan dan hujahannya. Pembentangan
pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis penggunaan lampu dan pencahayaan
yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk Johann dalam majlis tersebut.
Pada akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri
akan mengiklankan tender dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang
dengan dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang
tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan
mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.

BAB 15: KHIANAT

- Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke
rumahnya sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah
berasa terancam. Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari
kebelakangan terdapat tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun
demikian, dia hairan walaupun tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih
meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia
menerima berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi mencari Taufik dan
bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah di bahagian
rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar
Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu walaupun penyerang
mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka meninggalkan telefon
bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa. Pihak hospital
memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.

BAB 16: DUA KELIP-KELIP TERAKHIR DI DUNIA

- Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat
Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa
Muhammad Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang
menimpa anak mereka. Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka
berdua dan menceritakan keazaman Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh
berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar tentang keadaan
Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa melawat
Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman. Dia
memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia bersedia
jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu, temannya itu masih
berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam pertemuan
tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak
memakai selendang hitam bermanik Kristal.

BAB 17: JALAN YANG DITINGGALKAN

- Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya
berada di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati
beliau agar memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya
merupakan kejadian jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan.
Namun begitu, Muhammad Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu
perkara sebenar bahawa serangan tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif
serangan tersebut adalah untuk membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah
seterusnya menghalang projek kawasan Simpanan Langit Gelap akan dihentikan.
Setelah Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri Muhaimin melalui perbualan telefon,
keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita bahawa Kuala Selangor Akan
Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.

BAB 18: KERASUKAN

- Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja
mencerap populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap
Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan
menggunakan peralatan pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin
kepada mereka berdua. Ketika meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka
selepas melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan
ternampak Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-
tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki sebelum mulutnya dibalut dengan
pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan kain gelap.

BAB 19: SELENDANG HITAM MANIK KRISTAL

- Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang
ke Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam
bermanik kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang
memintanya berada di stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya
bertambah bibang apabila melihat kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa.
Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin menghentikan kereta di stesen petronas
ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan alasan ingin ke tandas. Tanpa

disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih seperti yang tercatat
dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam van tersebut
sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but kereta.
Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa
ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut,
dia cuba menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia
dipukul di rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.

BAB 20: NYAWA UNTUK NYAWA

- Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad
Taufik yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah
kerana tidak dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin
mencapai sesuatu yang boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal
sekalipun, mereka masih boleh melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan,
merogol atau membunuh mangsa. Dengan bantuan pemandu van sekolah yang
ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah membuat laporan polis. Haji
Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji Yassir menenangkan
Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan menyerahkan segalnya
kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita setiap jam di
semua stesen televisyen tempatan.

BAB 21: LEGASI BAJU BIRU

Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan
bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut.
Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri
Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang
dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika
tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan
sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan
telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang
terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut

untuk mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik
berjaya diselamatkan.

BAB 22: CINTA PEJUANG
- Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua
Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan
ringkas menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan
isteri ke pangkuan beliau. Musuh perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan.
Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa.
Dia telah mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya semenjak
hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik menyampaikan
hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tau Nurul Hafsa.
Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu mengemaskan kenduri yang
baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada Muhammad Taufik bertulis kita
ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.

SILIR DIKSINA KARYA NIZAR PAMAN

PENGENALAN

Lelaki bernama Abdullah bin Kayan begitu misteri dalam hidupnya.Sesungguhnya
Haiqal tidak pernah bertemu, apatah lagi mengenali lelaki itu.Konflik keluarga telah
membawa kepada penceraian, lalu memisahkan Haiqal dengan ayah kandungnya itu.
Sebuah manuskrip lama yang terbengkalai menyingkap rahsia yang sekian lama
terpendam.Haiqal membulatkan tekad walau sedar uminya pasti membantah.Dia perlu
ke kampung halaman arwah ayahnya.Misteri Abdullah bin Kayan perlu dirungkai

BIOGRAFI PENULIS

Nizar Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman dilahirkan pada 31 Ogos
1973 di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau

meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Kinta (MPKI), Jalan Dairy, Ipoh, Perak.
Pada tahun 2015, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa
Melayu Sekolah Rendah daripada Open University of Malaysia. Nizar Parman mula
menulis pada tahun 1995 semasa menuntut di MPKI. Beliau terdorong untuk menulis
setelah membaca dan mengkaji karya yang ditulis oleh Sasterawan Negara dan penulis
tersohor tanah air semasa menuntut di sana.

SIPNOSIS

- Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup
bersama ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang
didalmnya terdapat hasil penulisan ayah kandungnya.

- Teruja dengan kandungan nmanuskrip iyu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak
kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor.
Keputusannya untuk ke kampung arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya.
Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab tertentu.

- Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga
berpisah. Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah
Haiqal, Abdullah bin Kayan tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian,
keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap anaknya.

- Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya
melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup

seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan
untuk kesana.
- Novel Silir Daksina - Komsas Tingkatan 5Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal
disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana ayah
kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit demi sedikit Haiqal mula
mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk-penduduk
kampung di situ.
- Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang
yang amat mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah
kandungnya. Semenjak ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan
orang penting untuk memperkenalkan tarian zapin ini.
- Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan
zapin. Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi,
walid, dan adik tirinya turut memberikan sokongan. Dendam uminya terhadap
Abdullah bin Kayan telah melebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk
menyaksikan Haiqal menari.

SIPNOSIS SETIAP BAB
BAB 1

BAB 1: TERSINGKAP RAHSIA

- Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka
surat. Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan,
nama yang pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam
alam Abdullah Kayan l Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih
di sekolah tadika. Uminya membuka rahsia tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan
walid Haiqal bertanya tentang ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari
tempat tinggal mereka. Haiqal menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah
Kayan.

BAB 2: KISAH SEORANG TEMAN

- Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk.
Kawan sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM

sebaliknya membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal
meneruskan pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka
berkawan baik. Haikal memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip
ayahnya. lSambil mereka bersiar-siar di pantai, Haikal cuba menghayati pertemuan
cinta ayah dan ibunya.. Ratna tiba-tiba ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu
Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir
mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya juga belum tahu tentang
manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa beralamat
Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.

BAB 3: SENASKAH MANUSKRIP LAMA

- Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut
rentak tari penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian
zapin dan menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku
menawarkan perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa
Melayu. Aku sebenarnya teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila
teringat kepada Ai Ling. Aiman yang seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa
di rumah untuk menanda buku latihan pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya digunakan
untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim
tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh dan menjaga kebun
getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim datang dengan motorsikal
Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah dari kampung
halamannya kerana semua harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh abangnya
yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia
menoreh getah sementara petang digunakan untuk meraih hasil tani penduduk kampung
untuk dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah ekar tanah ayah
aku dan membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim rumahnya
diubah suai menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di
kampung aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti
Malaya dalam bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan
mengambil peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu. Ayah aku
menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya sendiri.Ayahnya sering membawa

Ai Ching dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat kepada Aiman. Semasa bersiap-
siap hendak ke sekolah. Tauke Lim muncul dan meminta tolong aku menumpangkan
Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana keretanya tidak dapat dihidupkan kerana
kehabisan bateri… Ai Ching diturunkan di tepi jalan besar untuk mengambil bas
sekolah ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan Seri
Purnama.Tauke Lim menganggap belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina tidak
penting. Yang penting anak-nanaknya belajar dengan rajin. Aku mencadangkan agar
Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu ayah dan ibunya
sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang- bayang Aiman di dalam pakaian
sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di dalam bilik
guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun Enamnya. Aku
tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai Ling yang diberitahu oleh
Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam.
Aku menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling. Walaupun aku
sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan arwah
ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak
selesa.

BAB 4: DESAKAN HATI

- Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan.
Haikal bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal
melonjak-lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana
tidak kenal akan sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan
halangan paling besaar iaitu uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu menghormati
uminya dan seingat Haikal hanya sekali dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju
dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar buntu. Dalam kekalutan perasaan, haikal
keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal memberitahu Ratna dia sudah
selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang dikarang ayahnya itu
ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila Aksara yang
digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu makna Aksara
yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa ayahnya.
Akan tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu

Ratna, berdasarkan manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang mengalami
kekecewaan. Seperti ada persamaan antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang
punulis yang menjadi johan peringkat daerah dan negeri. Namun hanya Ratna dan
cikgu-cikgu yang memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak pernah
berasa bangga akan pencapaiannya. Haikal mula menyedari kebencian umi kepada
ayahnya ada kaitan dengan dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk
berhadapan dengan umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya tentang
ayahnya.

BAB 5: RINDU

- Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada
bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal
mula terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai
berkhayal tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan
kehebatan ayahnya menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama
ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di Pasar
Payang dan impian uminya mahu Haikal mewarisi perniagaan itu kelak. Akhirnya,
Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan
dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa
yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali tentang kekecewaannya
untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia
menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal sedang menduduki peperiksaan
UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal
amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca
perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika bertanya
hal itu kepada umi.

BAB 6: SATU KETETAPAN

- Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong
keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal
dan ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya.

Walaupun pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya
tetap berkeras tidak membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk
pergi ke kampung halaman ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid
memahami perasaan Haiqal dan menyokong keputusannya secara diam-diam.

BAB 7: PERJALANAN YANG JAUH
- Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar
dan ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak
tawaran bapa tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi
mangsa kemarahan ibunya.

BAB 8: TIBA DI KAMPUNG
- Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung
Seri Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah
warung kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min,
Haiqal diminta menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan
rumah arwah ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal
oleh Wak Min. Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal ke rumah arwah
ayahnya.

BAB 9: PERTEMUAN
- Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di
halaman rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan
perasaannya yang gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut.
Tauke Ong memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan
tengah hari.

BAB 10: PUSARA

- Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk
memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke
kubur ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak
mengenangkan arwah ayahnya.

BAB 11: SUASANA BAHARU

- Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama
seminggu. Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan
oleh ayahnya kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap
menyerahkan segala urusan tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke
Ong kerana dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan ladang kelapa
sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara
menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak mempelajari mengenai kelapa sawit
daripada dua orang kampung yang mengambil upah memotong buah kelapa sawit iaitu
Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh seminggu di Kampung Seri
Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya Nurul Asiyah melalui
SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut. Antaranya ialah
Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu diajak
memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu
bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat melihat
suasana kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya.
Lazim telah menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.

BAB 12: RAHSIA BALAI RAYA

- Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat
keadaan balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya
itu yang kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu
dikatakan lebih terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan
penduduk kampung. Haiqal seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat
dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup
ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album besar yang

menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Haiqal
dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari zapin.
Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan
zapin Seri Purnama.

BAB 13: SINAR HARAPAN
- Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya
kampung Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh
Pak Cik Bakar. Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke
Ong.

BAB 14: MENCARI KESERASIAN
- Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-
sama dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.

BAB 15: TETAMU ISTIMEWA
- Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri
Purnama masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.

BAB 16: BERMULALAH EPISOD
- Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi
Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi
bersama dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama
untuk menyaksikan Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal
mengenai Ratna yang selama ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah
bertunang dengan seorang usahawan muda yang menjadi rakan kongsi dalam
perniagaannya.


Click to View FlipBook Version