The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Faktor-faktor pembentukan etika dan peradaban dalam pelbagai etnik di Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ena.farhanaa, 2023-05-15 10:15:59

CTU554 KERTAS KERJA

Faktor-faktor pembentukan etika dan peradaban dalam pelbagai etnik di Malaysia

FAKULTI PERAKAUNAN IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN (KEPUJIAN) ETIKA & PERADABAN II (CTU554) SESI MAC - OGOS 2023 FAKTOR - FAKTOR PEMBENTUKAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH : KUMPULAN 5 (JAC2206C) NAMA NO. PELAJAR NOOR NUSRAH BINTI ANUAR 2020495738 NUR AFIQAH BINTI ZULKARNAIN 2020878398 NUR AINA FARHANA BINTI ZAMRI 2020853954 NURUL SYAFIQAH BINTI SHAFIEI 2021862208 PENSYARAH : DR SYAZWANI ABD RAHIM Penilaian Kertas Kerja (30%) Markah Pengenalan Susunan Isi / Idea Analisa & Perbincangan Rumusan & Kesimpulan Etika Penulisan Bibliografi / Rujukan TOTAL 30


1.0 PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang etnik dan agama. Di Malaysia, terdapat tiga etnik utama iaitu Melayu, India dan Cina. Mereka mempunyai agama, kepercayaan dan bahasa ibunda mereka sendiri. Bagi mencapai status negara maju, Malaysia perlu menitikberatkan perpaduan antara rakyat. Kepelbagaian agama di Malaysia juga perlu diberi keutamaan bagi mengekalkan keharmonian etnik. Sebagai rakyat Malaysia, kepelbagaian ini membolehkan kita menyambut pelbagai jenis perayaan, sambutan dan kebudayaan serta dapat mengenali adat dan etika kumpulan etnik lain. Etika dan peradaban sangat penting dalam kehidupan seharian dan bergerak mengikut peredaran zaman. Penghayatan nilai etika dan tamadun di Malaysia boleh dikategorikan kepada 'Acuan Malaysia', berdasarkan perkembangan sejarahnya: yang bermula dari zaman Prakolonial, Kolonial, dan Pasca Kolonial. Etika didefinisikan sebagai prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia (Dipetik dari artikel: Penghayatan Etika dan Peradaban oleh Ateerah Razak, 1 Mac 2022). Peradaban pula ialah sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa, kemajuan sosial, dan kebudayaan sesuatu bangsa (Dipetik dari artikel: Penghayatan Etika dan Peradaban oleh Ateerah Razak, 1 Mac 2022). Di Malaysia, etika ditakrifkan sebagai peraturan dan adab dalam perlakuan formal dan tidak formal. Malaysia dijajah semasa era Kolonial. Etika diperkenalkan dalam bentuk bahasa yang baik, struktur pentadbiran yang teratur, dan tingkah laku yang sopan pada era ini. Seterusnya era Pasca Kolonial adalah era moden di mana variasi budaya dan etika Malaysia digabungkan secara langsung atau melalui teknologi. Kesannya, wujud kepelbagaian etika dan peradaban dalam urusan formal dan tidak formal di Malaysia. Contohnya, rakyat Malaysia diperkenalkan dengan campuran pelbagai bahasa etnik lain seperti Mandarin dan Tamil dalam kehidupan. Etika dan peradaban yang wujud di Malaysia membolehkan rakyat mengelakkan perselisihan faham dan mewujudkan keharmonian dan perpaduan antara etnik. Setiap individu haruslah menyedari bahawa etika dan peradaban yang diperkenalkan akan menjadi asas dalam pembentukan Malaysia. Setiap perubahan yang berlaku dalam masyarakat secara tidak langsung membawa kepada terbentuknya etika. Antara faktor pembentukan etika dan peradaban dalam 1


masyarakat pelbagai etnik di Malaysia ialah sistem kepercayaan dan agama, bahasa serumpun dan sistem tulisan, dan kewujudan sistem perundangan yang teratur di Malaysia. Permasalahan sesama etnik di Malaysia boleh berlaku apabila wujudnya kepelbagaian etnik. Isu seperti ini sering dibincangkan di peringkat umum termasuklah peringkat kebangsaan dan negara. Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang gagal sekiranya isu-isu seperti perkauman dan fitnah terhadap agama tidak ditangani dengan baik. Jika isu hubungan sesama etnik ini semakin berleluasa, maka sikap dan prasangka seseorang individu dari kalangan etnik yang berbeza boleh menimbulkan konflik yang besar sehingga boleh membawa kepada kerosakan harta benda dan pertumpahan darah (Dipetik dari artikel: Perpaduan Kaum di Malaysia oleh Huzaimah Ismail, 6 November 2017). Nilai etika dan moral yang tinggi perlu diterapkan dalam diri setiap individu bagi menangani masalah ini supaya negara dan rakyat Malaysia aman dan damai. Hal ini kerana individu yang beretika dapat membezakan perkara yang baik dan buruk serta mengelakkan diri daripada berlakunya isu yang boleh menyebabkan perselisihan faham. Oleh itu, adakah kepelbagaian etnik mempengaruhi pembentukan etika dan peradaban di Malaysia dan adakah etika dapat menyelesaikan permasalahan antara etnik merupakan pernyataan masalah yang terdapat dalam laporan ini. Berdasarkan laporan ini, terdapat faktor yang mempengaruhi pembentukan etika dan peradaban. OBJEKTIF KAJIAN I. Mengkaji maksud etika dan peradaban. II. Mengetahui dan memahami kepelbagaian etnik Malaysia. III. Mengenal pasti pembolehubah yang memberi kesan kepada pembentukan etika dan tamadun dalam masyarakat Malaysia yang berbilang etnik. IV. Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat pelbagai etnik di Malaysia. 2


ISI KANDUNGAN PERKARA M/S 1.0 PENGENALAN 1 - 2 2.0 FAKTOR 2.1 Sistem Kepercayaan dan Agama 2.2 Bahasa Serumpun dan Sistem Tulisan 2.3 Kewujudan Sistem Perundangan 4 - 5 5 - 6 7 3.0 KESAN 3.1 Keluarga 3.2 Masyarakat 3.3 Negara 8 8 9 4.0 CABARAN 4.1 Perbezaan dalam Unsur Kebudayaan 4.2 Isu Pemisahan dalam Sistem Pendidikan 4.3 Perbezaan Politik Gugat Semangat Perpaduan 10 11 12 5.0 CADANGAN 5.1 Media Massa dalam Memupuk Semangat Perpaduan 5.2 Perpaduan Melalui Pendidikan 5.3 Kepentingan Kestabilan Politik 13 14 15 6.0 KESIMPULAN 16 7.0 RUJUKAN 17 - 19 3


2.0 FAKTOR 2.1 Sistem Kepercayaan dan Agama Antara faktor pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat berbilang etnik ialah wujudnya sistem kepercayaan dan agama yang berbeza. Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum yang terdiri daripada kaum Melayu, India, dan Cina. Mereka mempunyai agama dan kepercayaan masing-masing yang berbeza seperti agama Islam, agama Buddha dan agama Kristian. Setiap individu yang berbilang etnik sudah semestinya akan mempunyai pegangan dan kepercayaannya yang tersendiri. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2017), agama ditakrifkan sebagai kepercayaan kepada Tuhan, sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintahnya. Sebagai contoh, sama seperti agama-agama lain yang ada di dunia, agama Islam juga mengajar umatnya untuk sentiasa berbuat baik dan mematuhi perintah dan ajaran yang dibawa. Agama dan kepercayaan yang dianuti oleh seseorang individu dapat mempengaruhi kehidupan yang harmoni dalam masyarakat berbilang etnik. Malahan, agama juga difahamkan mampu membimbing seseorang individu ke arah kehidupan yang lebih baik dan teratur. Hal ini kerana, sesuatu agama itu akan menuntut penganutnya untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Kesannya, etika dan peradaban menjadi lebih mudah untuk dibentuk dalam kepelbagaian masyarakat. Oleh kerana negara Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan agama serta kepercayaan, salah faham boleh tercetus antara seseorang individu dengan individu lain dan penghinaan terhadap agama lain juga mungkin boleh berlaku. Hal ini boleh berlaku apabila seseorang individu itu tidak beretika dan tidak menerapkan nilai moral dalam diri mereka. Bukan itu sahaja, penghinaan tersebut juga menunjukkan bahawa kurangnya sensitiviti dan sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Oleh sebab itu, setiap individu hendaklah memperbaiki diri mereka dengan menerapkan nilai-nilai etika dan moral yang tinggi dalam diri masing-masing supaya dapat memelihara kehormatan individu lain dan mengukuhkan perpaduan etnik di negara kita. Sikap sensitiviti antara individu perlulah dijaga dan diterapkan bagi mengelakkan perselisihan faham dari pelbagai sudut dan mengelakkan isu-isu seperti penghinaan terhadap agama lain. Sebagai contoh, agama Islam melarang umatnya menghina sesama manusia 4


atau agama lain (Surah Al-Hujurat : 11). Isu-isu seperti ini perlu dititikberatkan dalam diri setiap individu dalam sesuatu kaum supaya dapat dijadikan contoh teladan untuk generasi akan datang. Selain itu, salah satu cara dan strategi terbaik untuk mengelakkan salah faham antara etnik adalah dengan memastikan setiap individu menjaga tatasusila antara satu sama lain supaya keamanan dan perpaduan antara etnik dapat dipelihara. Sebagai sebuah negara yang menggunakan agama Islam sebagai agama rasmi dan kebanyakan penduduknya menganut agama Islam, rakyat Malaysia hendaklah berpegang teguh dengan ajaran dan perintah dari Allah yang melarang kita daripada mencetuskan perbalahan yang boleh membawa kepada terputusnya hubungan silaturahim antara individu. Ini menunjukkan bahawa semua agama di dunia menyuruh penganutnya untuk sentiasa bersikap baik antara satu sama lain. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah menghayati dan menjadikan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai satu contoh teladan untuk sentiasa menghormati etnik, agama dan kepercayaan individu lain di negara kita. Peristiwa ini menjadi titik hitam bagi negara kita dan merupakan kemuncak bagi permasalahan di antara etnik di Malaysia. Pertelingkahan antara kaum Melayu dan kaum Cina ini merupakan isu terburuk yang pernah dihadapi Malaysia sehingga menggugat perpaduan kaum (Dipetik dari artikel: Peristiwa 13 Mei 1969 dalam Berbagai Perspektif oleh Hasmi Yanuardi, 1 Januari 2023). Peristiwa seperti ini perlu dijadikan pengajaran dan iktibar bagi seluruh rakyat Malaysia dan memastikan agar peristiwa seperti ini tidak berulang lagi. 2.2 Bahasa Serumpun dan Sistem Tulisan Seterusnya, sebagai salah satu peringkat awal komunikasi, kemunculan bahasa serumpun dan sistem tulisan turut menjadi faktor pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat berbilang etnik. Sebagai contoh, Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantara dan bahasa rasmi negara Malaysia dan ianya lambang kewujudan negara. Dengan kemunculan sesuatu bahasa yang menjadi lambang interaksi antara etnik dan kumpulan etnik lain, wujudnya nilai etika dan peradaban dalam diri seseorang individu. Pada zaman dahulu, Bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa lingua franca iaitu bahasa yang harus dikuasai oleh setiap pedagang yang ingin berdagang bagi memudahkan mereka untuk berinteraksi. Sistem tulisan seperti tulisan Jawi juga banyak digunakan secara meluas pada zaman dahulu dan buktinya dapat dilihat dari peninggalan batu bersurat, hukum kanun Melaka dan undang-undang Melaka. 5


Perlembagaan Persekutuan Malaysia secara rasmi telah mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan berperanan sebagai bahasa kebangsaan dalam semua urusan rasmi. Oleh itu, semua rakyat Malaysia tidak mengira etnik, agama dan bangsa harus mengetahui dan mempelajari Bahasa Melayu. Ini kerana Bahasa Melayu sangat penting terutama bagi meningkatkan perpaduan nasional dan menjadi medium komunikasi yang berkesan bagi masyarakat berbilang etnik. Melalui Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan, kesepaduan rakyat dapat dibentuk dengan menerapkan nilai-nilai murni seperti yang ditetapkan di dalam matlamat pendidikan kebangsaan iaitu pembentukan masyarakat yang bersatu padu. Walaubagaimanapun, rakyat pelbagai etnik di Malaysia juga bebas menggunakan bahasa mereka sendiri untuk berkomunikasi seperti Bahasa Tamil digunakan oleh orang India dan Bahasa Mandarin oleh orang Cina. Selain daripada tiga bahasa tersebut, Bahasa Inggeris juga masih menjadi bahasa perdagangan yang dominan dan diajar di semua sekolah di Malaysia. Ini supaya segala urusan yang melibatkan hal-hal luar negara dapat diuruskan dengan mudah. Kerajaan Malaysia malahan menggalakkan rakyatnya untuk mempelajari dan menguasai pelbagai bahasa terutama untuk bidang pelancongan dan perdagangan antarabangsa. Kemunculan bahasa serumpun ini telah melahirkan masyarakat yang mampu berinteraksi dan bertutur antara satu sama lain walaupun berbeza etnik dan agama. Malaysia sangat unik kerana walaupun Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi negara, orang Melayu masih menghormati dan bertolak-ansur dengan etnik-etnik lain yang mempunyai bahasa ibunda mereka yang tersendiri. Contohnya, semasa musim perayaan, kita dapat melihat komunikasi antara rakyat berbilang etnik. Ada sesetengah individu yang mampu berkomunikasi dalam bahasa etnik lain dengan perkataan yang mudah difahami. Kesannya, komunikasi yang wujud ini dapat menjalinkan hubungan yang harmoni antara individu berbilang etnik dan budaya di Malaysia. Apabila komunikasi dijalankan dengan lancar, maka akan wujud persefahaman antara kedua-dua belah pihak. Hal ini selaras dalam mewujudkan kelestarian dan keharmonian dalam masyarakat berbilang etnik di Malaysia, yang menggunakan bahasa serumpun sebagai medium komunikasi yang berkesan. 6


2.3 Kewujudan Sistem Perundangan yang teratur dan Sistem Nilai serta Moral Faktor seterusnya dalam pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat berbilang etnik ialah wujudnya sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral. Kewujudan sistem perundangan amat penting bagi sesebuah negara kerana ia dapat memelihara keamanan negara dan menjamin kehidupan rakyat. Setiap negara di dunia mempunyai peraturan dan undang-undang tersendiri yang mesti dipatuhi. Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan undang-undang dan mesti dipatuhi oleh semua rakyat bagi memastikan rakyat hidup aman dan selamat serta dapat mencorakkan kemajuan negara. Sebagai contoh, Akta Fitnah (Akta 286) diwujudkan khas untuk mengawal setiap maklumat atau penulisan yang mengandungi unsur fitnah. Akta dalam sistem perundangan ini wujud kerana banyak maklumat pada zaman kini yang tidak tepat telah tersebar meluas dalam talian sehingga membawa kepada salah faham dan berita palsu (Diambil dari Laws of Malaysia, Act 286, Defamation Act 1957, 1 Januari 2006). Kesan adanya undang-undang dan kewujudan sistem perundangan yang teratur di sesebuah negara dapat membentuk nilai moral dan etika dalam diri seseorang individu dan menjadikannya bertamadun. Hal ini membuktikan bahawa rakyat mempunyai semangat cinta pada negara dan beretika dalam mematuhi undang-undang yang ditetapkan. Selain itu, undang-undang yang dikuatkuasakan juga dapat menghalang seseorang daripada melakukan perbuatan yang tidak terkawal seperti mencuri, merompak dan membunuh. Hal ini disebabkan wujudnya perasaan takut dalam diri individu untuk melakukan perbuatan yang tidak elok kerana diri berpengetahuan terhadap hukuman yang boleh dikenakan. Pembangunan sesebuah negara dan sebuah peradaban memerlukan undang-undang yang kukuh dan kuat. Sesebuah negara itu akan terpelihara dan terjamin sekiranya sistem perundangan dan undang-undang yang dikuatkuasakan bertepatan dengan prinsip dan nilai agama. Ahli Falsafah undang-undang Rom, Marcus Tullius Cicero pernah menyebut bahawa jika rakyat di sesebuah negara mempunyai nilai kepatuhan yang tinggi dalam undang-undang yang dikuatkuasakan, negara itu akan terlihat aman dan damai, dan rakyatnya bersatu padu. Dari sudut ini, dapat memberi gambaran bahawa hubungan sesama manusia, dan hubungan antara rakyat dengan negaranya akan gagal jika tiada undang-undang dan sistem perundangan yang teratur serta kurangnya sistem nilai dan moral dalam diri individu. 7


3.0 KESAN 3.1 Keluarga Ibu bapa bertanggungjawab mengajar anak-anak mereka tentang etika dan peradaban. Ini penting kerana ia membantu membina hubungan yang bahagia dan harmoni dalam keluarga dan masyarakat secara keseluruhan. Dengan meluangkan masa bersama anak-anak mereka, ibu bapa dapat memahami kehidupan mereka dengan lebih baik dan membantu mereka meneroka topik penting seperti pembelajaran, persahabatan dan hobi. Adab dan etika boleh dipelajari dalam suasana kekeluargaan kerana nilai dan etika positif diperturunkan dari generasi ke generasi. Keibubapaan seperti ini membantu membina personaliti individu dalam keluarga dan juga membantu mengembangkan adab dan tabiat bercakap yang baik. Adalah penting untuk ibu bapa menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak mereka di rumah dan di luar. Ini membantu membina budaya keluarga yang sihat dan positif. Kanak-kanak mudah belajar tentang etika melalui ibu bapa mereka dan ahli keluarga yang lain. Apabila ibu bapa menyokong dan menggalakkan anak-anak mereka, ikatan kekeluargaan dikukuhkan dan anak-anak lebih bahagia. Ini boleh membawa kepada rumah yang lebih harmoni dan generasi yang lebih berkualiti. Generasi berakhlak mulia yang serba boleh amat penting kerana ia dapat menyumbang kepada pembangunan negara. 3.2 Masyarakat Masyarakat berbilang etnik di Malaysia percaya bahawa masyarakat akan dapat mengurus perhubungan antara kumpulan manusia yang berbeza dengan cara yang bertamadun. Di Malaysia, terdapat hubungan yang kuat antara kaum dan agama. Ini akan membantu negara menjadi lebih harmoni dan maju ke hadapan di peringkat domestik dan antarabangsa. Masyarakat majmuk Malaysia berusaha untuk memastikan semua orang dihormati dan dilayan sama rata. Ini bermakna prasangka buruk terhadap kaum lain telah hilang, dan orang ramai menjadi lebih positif antara satu sama lain. 8


3.3 Negara Etika dan tamadun membantu sesebuah negara membangun dan mengekalkan keselamatan. Apabila sesebuah negara berjaya mewujudkan nilai-nilai ini, ia adalah baik untuk rakyat, masyarakat, dan negara secara keseluruhannya. Atas sebab ini, apabila kemajuan ekonomi dan sosial sesebuah negara boleh diukur berbanding dengan negara maju yang lain, ia merupakan satu pencapaian yang baik. Tetapi untuk sesebuah negara memberi impak positif dalam jangka masa panjang, ada perkara yang mesti dijaga, iaitu etika dan tamadun mesti dibangunkan. Ramai rakyat Malaysia sedang mencipta nama di luar negara. Maka kerana mereka inilah orang ramai tahu tentang Malaysia. Contohnya, Dr. Wan Wardatul Amani Wan Salim, ketua projek SmallSat NASA pada 2014. Selepas Perang Dunia Kedua, Malaysia dianggap sebagai negara miskin. Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju, termasuk menambah baik cara politik, pentadbiran, sains, teknologi dan kehidupan sosial. Selama 30 tahun rakyat Malaysia ambil untuk menunjukkan bahawa mereka boleh membuat perubahan yang nyata kepada pembangunan negara mereka. Fenomena globalisasi yang pesat merupakan cabaran utama yang dihadapi Malaysia, tetapi rakyat berazam untuk terus hidup dan maju ke hadapan. Apabila kerajaan mengendalikan sistem yang bersih dan teratur, orang ramai mempunyai kepercayaan yang cukup kepada pemimpin mereka untuk bekerjasama secara harmoni. Ini menjadikan manusia kurang cenderung kepada tingkah laku yang sombong dan sebaliknya mewujudkan masyarakat yang lebih bertamadun yang lebih bergantung antara satu sama lain. Konsep dunia tanpa sempadan menggalakkan orang ramai untuk menjadi lebih terbuka kepada cabaran persaingan. Nilai etika dan peradaban pelbagai masyarakat etnik menjadi inspirasi kepada pemimpin negara yang ingin melakukan perubahan yang lebih dramatik untuk meningkatkan kedudukan negara mereka di mata dunia. 9


4.0 CABARAN 4.1 Perbezaan Dalam Unsur Kebudayaan Perbezaan dalam unsur kebudayaan, adat istiadat dan ajaran agama boleh menjadi punca yang mungkin menyebabkan konflik. Ia bertindak di luar batasan undang-undang dan tidak wajar untuk dijadikan asbab untuk melemahkan semangat perpaduan serta kerapuhan dalam pembentukan dalam etika dan peradaban di Malaysia. Hasil kajian yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menunjukkan 80 peratus kandungan dan isu yang terdapat di media sosial berbaur perkauman. Ini dapat dibuktikan apabila rakyat Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Kesepaduan nasional sukar dikekalkan sekiranya kurang kefahaman mengenai sensitiviti antara kaum lain. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang menyatukan rakyat di negara ini. Namun begitu, penggunaan bahasa Melayu ini sukar dikekalkan kerana penduduk yang lebih mengutamakan bahasa asing dalam percakapan harian. Mereka menganggap percakapan dalam bahasa Melayu sudah lapuk dan tidak relevan. Selain itu, sesetengah penganut agama Hindu membina kuil tanpa kebenaran pihak berkuasa. Hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk lain terutama yang beragama Islam yang menjadi agama rasmi di Malaysia. Dalam masa yang sama, propaganda dan penyebaran maklumat yang tidak benar seperti penganut beragama Kristian yang merasakan agama Islam merupakan agama yang tidak bertamadun dan kejam sehingga dianggap sebagai pengganas. Malaysia juga mempunyai seni mempertahankan diri yang tersendiri seperti silat serta wayang kulit dan pelbagai barangan kraf perak, tembaga, sulaman dan batik. Permainan tradisional seperti wau yang merupakan satu layang-layang dengan reka bentuk yang rumit dan gasing yang sering dimainkan ketika musim penuaian. Perkara ini menjadi satu cabaran kerana penduduk di Malaysia kini memilih untuk bermain permainan secara atas talian berbanding melakukan aktiviti di luar rumah dan sudah mula lupa mengenai budaya yang ditinggalkan oleh nenek moyang. Disebabkan dunia yang semakin moden, segala budaya yang ditinggalkan sudah tidak di ambil kisah lagi. Setiap kaum ataupun masyarakat mempunyai budaya yang berbeza dari segi adat, tradisi dan norma masyarakat tertentu. Perbezaan ini menjadi rumit apabila setiap etnik hanya memperjuangkan bahasa dan kebudayaan sendiri. 10


4.2 Isu Pemisahan Dalam Sistem Pendidikan Di era globalisasi ini, untuk meningkatkan pengetahuan dan ilmu dalam kalangan masyarakat, sistem pendidikan perlu berfungsi dengan sebaik mungkin. Dasar pendidikan yang ditetapkan menjadi alat untuk merealisasikan perpaduan negara bukan sahaja untuk memberi kursus di sekolah. Sistem pendidikan di Malaysia merupakan tinggalan penjajah-penjajah Inggeris serta merupakan rancangan mereka untuk memecahbelahkan hubungan antara penduduk. Matlamat utama dalam menyatupadukan pelajar di peringkat awal dengan mewujudkan sekolah kebangsaan belum dapat dicapai. Hal ini kerana masih memegang pada sekolah mengikut kaum. Oleh sebab itu, menjadi masalah polarisasi antara pelajar-pelajar berbangsa Melayu, Cina mahupun India. Tambahan pula, sistem sekolah vernakular menjadi satu isu besar dalam pembentukan kesepaduan antara etnik di Malaysia. Pelajar dari pelbagai etnik dipisahkan dengan kewujudan sekolah-sekolah yang hanya mengutamakan sesuatu etnik. Oleh itu, lahirnya jurang antara orang yang berkemampuan dan miskin disebabkan tiada rasa simpati untuk saling membantu walaupun berlainan latar belakang keluarga. Sebagai contoh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dengan sebahagian besar pelajarnya terdiri daripada kaum Melayu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) untuk kaum Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) oleh kaum India. Hal yang demikian telah menghalang perpaduan yang perlu dipraktikkan di kalangan generasi muda. Setiap dasar hendaklah selari dengan tuntutan rakyat kerana Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk. 11


4.3 Perbezaan Pendapat Politik Gugat Semangat Perpaduan Politik merupakan salah satu sebab pembentukan budaya di mana mempengaruhi antara satu sama lain. Politik juga memainkan peranan yang penting dalam pembangunan budaya. Jika ia tidak dikawal dengan sebaik mungkin, akan mencabar perpaduan dan perasaan curiga antara satu sama lain. Para ulama Islam seperti Ibnu Maskawayh dan ramai lagi menulis kitab-kitab etika atau akhlak sebagai teras bagi kehidupan politik dan bernegara. Beliau telah menulis Tahzib al-Akhlaq, Al-Ghazali Ihya Ulumuddin, Ibnu Khaldun Muqaddimah, Al-Tusi Akhlaq Al-Nasiri, Al-Dawani Akhlaq Al-Jalali dan sebagainya. Selain itu, sesetengah parti politik sama ada yang menjadi kerajaan atau pembangkang sering menggunakan sentimen perkauman, bangsa dan agama dalam usaha untuk mendapatkan jawatan tertentu. Malaysia sebagai negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum sewajarnya mempraktikkan sikap saling menghormati dan toleransi. Kewujudan media sosial juga yang memberikan banyak maklumat dapat diakses oleh pelbagai pihak hanya dihujung jari. Proses maklumat yang pantas menyebabkan isu-isu sensitif kaum disebarkan dengan pantas walaupun tidak benar. Akibatnya, rusuhan kaum berlaku seperti peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969 yang berlaku di Malaysia suatu masa dahulu. Kekurangan nilai etika ahli-ahli politik di Malaysia sedang berleluasa pada masa kini. Jika tidak dibendung dengan segera ia akan mengundang padah dan malapetaka kepada agama, bangsa dan negara. Misalnya, pengambilan rasuah, khianat-mengkhianati, pecah amanah dan juga pelbagai kecurangan akhlak. Di samping itu, Aristotle mendefinisikan manusia sebagai ‘zoon politikon’ (haiwan politik). Beliau juga menulis karya berjudul Etika Nicomachea di mana menjelaskan bahawa sifat haiwan politik yang sering dikuasai oleh hawa nafsu berbanding menggunakan akal fikiran. 12


5.0 CADANGAN 5.1 Media Massa Dalam Memupuk Semangat Perpaduan Perpaduan nasional dan integrasi nasional merupakan isu kritikal bagi negara berbilang etnik dan budaya seperti Malaysia. Media massa, di mana maklumat diproses secara pantas dan liputan dapat disebarkan dengan laju, dan membantu dalam mengukuhkan perpaduan negara. Media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Melalui media sosial seperti Twitter, Instagram, Facebook di mana akses terhadap sesuatu maklumat sangat luas, individu boleh berkongsi tentang keunikan pelbagai etnik di negara kita. Berdasarkan Berita Harian “Peranan Media Massa dalam Menggalakkan Perpaduan dan Menjaga Keamanan”, media massa memainkan peranan penting dalam memupuk semangat perpaduan yang erat di kalangan rakyat, termasuk di Selangor, dan dalam mengekalkan keamanan yang berkekalan. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, Kerajaan Negeri menyarankan agar media arus perdana menyiarkan laporan yang positif, berwibawa dan seimbang serta peka terhadap sensitiviti agama, etnik dan bangsa lain. Sebagai contoh, keunikan perayaan oleh etnik-etnik unik seperti Baba Nyonya, Jawa dan Kadazandusun boleh diperkenalkan dan dikongsikan kepada orang ramai agar masyarakat dapat mempelajari lebih mendalam tentang etnik-etnik ini selain daripada tiga etnik utama iaitu Melayu, India dan Cina. Perkara ini dapat memupuk dan meningkatkan kesedaran tentang hubungan pelbagai etnik di negara kita. Mengambil contoh dari peristiwa banjir yang melanda di negeri Selangor pada tahun 2021, dapat dilihat bahawa masyarakat Malaysia tidak mengira etnik atau agama sama sama saling bantu-membantu untuk meringankan beban mangsa-mangsa banjir. Semua maklumat, butiran dan siaran seperti keadaan banjir dan keadaan mangsa semuanya dikongsi dalam talian di aplikasi Twitter sahaja. Tidak dinafikan, laman sosial Twitter adalah platform di mana kita boleh melihat rakyat Malaysia bersatu. Isu ini menunjukkan begitu banyak warna perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dan harus dilindungi sebaik mungkin. 13


5.2 Perpaduan Melalui Pendidikan Semua individu sudah pasti terbiasa bersosial dan bercakap dalam bahasa ibunda mereka. Setiap daripada mereka menimbulkan sedikit kejanggalan dalam tubuh individu yang membuatkan mereka ingin bercakap bahasa yang berbeza apabila berhubung dengan orang yang berlainan etnik. Kewujudan sekolah rendah mungkin menjadi salah satu faktor masalah ini. Bagaimanapun, perpecahan dalam sistem pendidikan perlu diselesaikan dengan lebih matang dan memerlukan kerjasama kaum yang padu. Perpaduan negara merupakan satu daripada lima matlamat dalam sistem pendidikan Malaysia. Menekankan sistem pendidikan yang merangkumi kepelbagaian dan membolehkan pelajar mengetahui nilai-nilai mereka sendiri. Contoh yang boleh dilakukan untuk menggalakkan perpaduan dalam kalangan pelajar ialah mengenal pasti tema yang berbeza, termasuk topik yang menyentuh isu dan matlamat perpaduan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, kurikulum pendidikan agama dan akhlak Islam telah diperkasakan bagi mendalami pemahaman nilai perpaduan, seiring dengan prinsip perpaduan etnik bagi mewujudkan hubungan harmoni antara rakyat berbilang etnik. Kesannya, hubungan rapat dapat dibina. Berdasarkan Berita Bernama, PendidikanAam boleh dibahagikan kepada dua kategori. Yang pertama adalah pendidikan formal dan yang kedua adalah pendidikan tidak formal. Pendidikan formal berlaku di sekolah dan institusi pendidikan, manakala pendidikan tidak formal berlaku melalui penglibatan ibu bapa, keluarga dan masyarakat. Perpaduan negara merupakan satu daripada lima matlamat dalam sistem pendidikan Malaysia. Tuntutan ini menekankan sistem pendidikan yang menyediakan pengalaman dan nilai bersama kepada kanak-kanak dengan menghormati kepelbagaian etnik dan budaya. Usaha menyatupadukan bangsa dan kumpulan etnik yang berbeza melalui pendidikan boleh memberi kesan positif pada masa hadapan. Tunjang utama amat penting kepada kita untuk menyediakan perancangan dan peluang bagi usaha-usaha yang sedang dijalankan ini demi kepentingan dan keselamatan negara kita. 14


5.3 Kepentingan Kestabilan Politik Menggunakan pendekatan statistik dan ekonomi seperti korelasi dan regresi, kestabilan politik memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara dan persekitaran politik yang stabil adalah faktor yang koheren untuk pembangunan negara. Ia membantu membina laluan yang konsisten dan berterusan. Oleh itu, kestabilan politik bukan sahaja menentukan keadaan ekonomi, tetapi juga mempengaruhi pembangunan sesebuah negara, dan juga merangkumi interaksi sosial di kalangan masyarakat dalam sesebuah negara. Memandangkan keadaan semasa rakyat Malaysia yang masih bergelut dengan masalah ekonomi selepas wabak Covid-19, adalah tidak wajar untuk ahli politik mempromosikan isu perkauman kerana ianya mungkin boleh membawa kepada tercemarnya nama baik negara dan rakyat Malaysia. Sementara itu, parti politik perlu melakukan yang terbaik untuk mengurangkan perbezaan fahaman politik dan lebih fokus untuk bersatu menyokong rakyat Malaysia dan bekerjasama dengan pelbagai kaum untuk membina semula keadaan ekonomi Malaysia. Kestabilan politik amat penting untuk negara, menurut Berita Harian. Ini kerana ekonomi terus berkembang dan memberi impak besar dalam membawa kemakmuran kepada rakyat. Oleh itu, Pengurus Pembangunan Perniagaan Putra Business School (PBS) Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latif berkata pilihan raya lebih awal perlu diadakan bagi mendapatkan mandat baharu daripada orang ramai. Untuk mengingati generasi lalu yang menyatukan Tanah Melayu dan Sabah, adalah penting agar semua lapisan masyarakat berhenti memikirkan tentang bangsa, warna kulit, agama, atau perbezaan lain. Pengasas Sarawak Malaysia kini merupakan sebuah negara pluralis yang mempunyai semangat perpaduan yang kukuh. Adalah tidak wajar bagi ahli politik bermain dengan isu perkauman atau membangkitkan isu sensitif yang hanya berfungsi untuk menyemarakkan kepentingan parti politik, tanpa menghiraukan kemungkinan akibat masa depan. 15


6.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, untuk menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik, semua orang perlu bekerjasama dan melakukan bahagian mereka. Adalah penting untuk memberi tumpuan kepada perkara yang menjadikan masyarakat kita lebih baik, seperti cara kita melayan satu sama lain dan saling menghormati. Kerajaan juga mempunyai peranan besar dalam memastikan rakyatnya mematuhi peraturan dan berusaha ke arah kemajuan. Apabila rakyat mempunyai kerajaan dan masyarakat yang baik, maka hidup aman dan selamat dapat dipelihara. Penting bagi setiap orang untuk bersikap baik dan menghormati orang dari semua kaum. Apabila kita semua bergaul dan melayan satu sama lain dengan baik, negara kita boleh menjadi tempat yang lebih baik. Kita harus mengajar semua orang untuk menjadi orang yang baik dan kuat, tidak kira dari mana mereka berasal atau apa yang mereka percaya. Di Malaysia, rakyat hidup bermasyarakat dalam pelbagai etnik, budaya dan agama. Oleh itu, sebagai manusia dan rakyat Malaysia, kita haruslah menyedari bahawa etika sangat penting kerana ia merupakan perbuatan dan nilai yang bermoral bagi melahirkan individu yang bertamadun dan berperibadi mulia. Seseorang yang mempunyai etika dan berpegang kepada etika dan adab yang baik dapat mengelakkan keruntuhan perpaduan sesama manusia dan menjalinkan hubungan yang baik. Sebagai manusia, kita harus menghormati etnik-etnik lain, budaya dan agama etnik lain bagi menjaga perpaduan. Contohnya, etika yang baik akan terbentuk sekiranya seseorang mengajak kita untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan diri daripada melakukan perkara kejahatan. Walaubagaimanapun, sekiranya seseorang mengajak kita untuk melakukan perkara yang tidak baik, etika yang ada dalam diri dapat membendung kita daripada terikut melakukan perbuatan tersebut. Justeru itu, etika sangat penting dan harus dipupuk dalam diri setiap individu. Akhir sekali, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita haruslah saling hormat-menghormati sesama sendiri dan menjaga hubungan dengan masyarakat agar etika dan peradaban yang baik dapat dibentuk dalam kalangan masyarakat di Malaysia. 16


7.0 RUJUKAN ARTIKEL Razak, Ateerah. (2022, Mac 1). Penghayatan Etika dan Peradaban oleh Ateerah Razak. Journal of Universiti Malaysia Kelantan, 7-8. Ismail, Huzaimah. (2017, November 6). Perpaduan Antara kaum di Malaysia. Journal of Akademi Pengajian Islam Kontemporari, 142-143. Hasmi Yanuardi. (2023, Januari 1). Peristiwa 13 Mei 1969 dalam Berbagai Perspektif. Journal of Pendidikan Sejarah Volume 12, 74-80. Laws of Malaysia. (2006, Januari 1). Act 286, Defamation Act 1957. The Commissioner of Law Revision Malaysia, 3-18. Sohaimi Esa, Mohamad. (2021, Mei 7). Evolusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban Bangsa Malaysia. International Journal of Education, 168-175 LAMAN WEB Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat. (2017). Maksud Agama. Diakses dari https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=agama pada 27 April 2023 Surah Al-Hujurat Ayat 11. Islam Melarang Umatnya Mencemuh dan Merendah-rendahkan Orang Lain. Diakses dari https://quran.com/ms/al-hujurat/11 pada 27 April 2023 MyGovernment. (2017). Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi Negara Malaysia. Diakses dari https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30118?language=my pada 27 April 2023 Editor Malaysia. (2020). Defisit Etika: Cabaran Peradaban Malaysia. Diakses dari https://editormalaysia.com/15587/ pada 30 April 2023 17


SURAT KHABAR Wan Mohd Hirwani. (2015, January 2014). Pembelajaran Etika Didik Generasi Muda Berakhlak. Berita Harian. Diakses dari https://www.bharian.com.my/amp/taxonomy/term/61/2015/01/29086/pembelajaran-etika-didik-g enerasi-muda-berakhlak pada 30 April 2023 Abdullah Mohamad. (2014, Disember 13). Generasi Baharu Wajar Dipupuk Integriti dan Etika. Berita Harian. Diakses dari https://www.bharian.com.my/amp/kolumnis/2014/12/23078/generasi-baharu-wajar-dipupuk-inte griti-etika pada 30 April 2023 A Aziz, Shamrahayu. (2014, Ogos 14). Perbezaan Politik Gugat Semangat Perpaduan Rakyat. Berita Harian. Diakses dari https://www.bharian.com.my/berita/politik/2017/07/478/perbezaan-politik-gugat-semangat-perpa duan-rakyat pada 27 April 2023. Mat Nor, Nor Aziah. (2021, Disember 16). TDM Lancar Buku Imbau Kejadian 13 Mei 1969. Diakses dari https://www.kosmo.com.my/2021/12/16/tdm-lancar-buku-imbau-kejadian-13-mei-1969/ pada 1 Mei 2023. Mat Ruzki, Rafidah. (2019, Ogos 21). Media massa berperanan pupuk perpaduan, kekal keamanan. Diakses dari https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/08/598515/media-massa-berperanan-pupuk-pe rpaduan-kekal-keamanan-amirudin pada 2 Mei 2023. Sulaiman, Zubir. (2020, September 3). Kestabilan Politik kukuh semula ekonomi negara. Diakses dari https://www.sinarharian.com.my/article/99442/berita/wawancara/kestabilan-politik-kukuh-semul a-ekonomi-negara pada 1 Mei 2023. 18


Baharin, Badlishah Sham dan Mohammad, Abdul Hamid (2021, September 26). Memupuk perpaduan melalui pendidikan. Diakses dari https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1985499 pada 1 Mei 2023. 19


Click to View FlipBook Version