Nama:MUHAMMAD IMRAN BIN GHAZALI
No.Matrik:066687
Program:Ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan(Kewangan Islam)dengan
kepujian
TAJUK:
Penghayatan rukun negara(Pergaulan bebas dalam kalangan remaja
meruntuhkan masa depan negara)
PENGENALAN
Perkataan 'Pergaulan bebas' itu sendiri sudah boleh difahami bagi mereka yang
berfikir.Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu,Dewan bahasa dan
pustaka,'Pergaulan’ bermaksud percampuran,persahabatan,hidup bergaul dan
kemasyarakatan.Manakala 'Bebas' bermaksud tidak terkongkong,terkurung ataupun
lepas.Ini bermakna istilah 'pergaulan bebas' adalah percampuran yang tidak
terkongkong atau lebih tepat percampuran dalam kalangan manusia TANPA terikat
dengan batas-batas agama,maruah dan undang-undang negara.Menurut Vanya
Karunia Mulia Putri(2020), pergaulan bebas sering terjadi dalam golongan remaja
kerana ingin memuaskan rasa ingin tahu dalam diri mereka tanpa berfikir panjang
kesan buruk yang bakal dihadapi kelak.Selain itu,berdasarkan Siti Mahani dan
Nazlinda(2015),remaja yang lahir ke dunia merupakan 'Generation NET' ataupun
lebih dikenali sebagai generasi Z iaitu generasi teknologi.Mereka telah didedahkan
dengan pelbagai alatan canggih sebelum dapat menuturkan perkataan lagi.Pelbagai
informasi yang dapat diakses tanpa sebarang halangan dan menyebabkan perasaan
ingin tahu membuak-buak dalam kalangan remaja kini lebih dahsyat dari
sebelumnya.
OBJEKTIF
Antara objektif utama daripada kajian ini ialah:
I-Mengetahui punca -punca atau faktor-faktor berlakunya pergaulan bebas
dalam kalangan remaja.
II-Mengenal pasti implikasi terhadap pergaulan bebas yang berleluasa dalam
kalangan remaja.
III-Mengkaji budaya yang akan ditonjolkan generasi akan datang dari aspek adab
dan tatasusila.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Perbincangan antara ahli untuk membahagikan tugas,mengetahui objektif utama
kajian dan kaedah yang perlu dilaksanakan untuk mengumpul maklumat dan
data,telah berlangsung pada 26 Oktober 2021,menerusi aplikasi WhatsApp.Telah
mencapai kata sepakat untuk menggunakan kaedah Googleform bagi tujuan
melakukan tinjauan terhadap masyarakat berkenaan pendedahan dan kepekaan
mereka terhadap isu pergaulan bebas.Temubual menerusi Google Meet juga telah
dijalankan pada 29 November 2021 pada jam 9 hingga 10 pagi bersama Profesor
Madya Dr Muhamad Fazil bin Ahmad bagi mendapatkan pandangan beliau terhadap
masalah pergaulan bebas ini.Tinjauan yang dilakukan menerusi Google Form yang
dijalankan pada 16 November 2021 telah mendapat respond daripada masyarakat
sebanyak 172 responden.Antara soalan yang di bincangkan semasa menjalankan
temubual bersama Profesor Madya Dr Muhammad Fazil bin Ahmad ialah
pandangan beliau terhadap hukuman yang sewajarnya dikenakan bagi mereka yang
terlibat dengan pergaulan bebas.Beliau mengulaskan bahawa Hukuman layaklah
ditentukan berdasarkan undang-undang negara dan agana,dimana ianya dijatuhkan
berdasarkan budi bicara ahli-ahli yang bertanggungjawab dan profesional dalam
mengendalikan hal tersebut.
KESIMPULAN
Daripada kajian ini,berharap agar masyarakat menjadi lebih peka terhadap masalah
dan isu semasa yang berlaku disekeliling mereka dan berganding bahu untuk
menyelesaikan masalah-masalah tersebut,tertumanya masalah pergaulan bebas
yang sering berlaku dalam kalangan remaja agar dapat melahirkan pemimpin yang
dapat mengemudi negara ke arah yang lebih baik dan sejahtera rakyatnya.
RUJUKAN
1-Vanya Karunia Mulia Putri(2020)Pengertian,Ciri-ciri dan Faktor penyebab
pergaulan
bebas.https://www.kompas.com/skola/read/2020/10/22/133000569/pengertian-ciri-
ciri-dan-faktor-penyebab-pergaulan-bebas
2-Siti Mahani dan Nazlinda(2015)Generasi Z : Tenaga kerja baru dan
cabarannya.https://docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/2015/Generasi_Z.pdf
3-https://prpm.dbp.gov.my
NAMA : WANI MUSLIHAH BINTI SHAMSUL BAHRAEN
NO MATRIK : BMAL21068244
PROGRAM : ISM PENTADBIRAN PERNIAGAAN(KEWANGAN ISLAM)DENGAN
KEPUJIAN
TOPIK : PENGHAYATAN RUKUN NEGARA
PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN REMAJA MERUNTUHKAN MASA
DEPAN NEGARA
PENGENALAN
Pergaulan bebas merupakan salah satu penyakit yang melanda umat Islam di
Malaysia pada hari ini dan menjadi norma pada pandangan masyarakat.Dari segi
istilah,pergaulan ertinya proses bergaul manakala bebas ertinya terlepas dari
ikatan.Jadi pergaulan bebas bermaksud proses bergaul dengan orang lain terlepas
dari ikatan yang mengatur pergaulan.Masalah ini semakin merunsingkan demikian
kerana kebanyakkan remaja masa kini dipengaruhi oleh rakan sebaya,kurangnya
didikan agama dan budaya barat yang semakin menular.Kesannya banyak kes zina
dan salah laku seks yang berlaku melibatkan golongan remaja.Menurut Akta Polis
Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata,dalam tempoh 3 bulan pertama tahun
ini,lima kes direkodkan membabitkan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-
kanak manakala sepanjang 2020,69 kes dilaporkan.
OBJEKTIF
Mengetahui punca -punca atau faktor-faktor berlakunya pergaulan bebas
dalam kalangan remaja.
Mengenal pasti implikasi terhadap pergaulan bebas yang berleluasa dalam
kalangan remaja.
Mengkaji budaya yang akan ditonjolkan generasi akan datang dari aspek
adab dan tatasusila.
ANALISIS PERBINCANGAN
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan melalui sesi temu bual,segala maklumat
telah dikumpul.Umum mengetahui bahawa masyarakat kini khususnya golongan
remaja didedahkan dengan teknologi canggih dan terpengaruh dengan budaya
barat.Boleh dikatakan masyarakat kini lebih meminati hiburan berbanding slot agama
dan wacana ilmu.Disebabkan oleh itu,masyarakat Islam didedahkan dengan perkara
yang tidak bermoral sehingga mencemarkan pemikiran ke arah negatif.Sebagai
contohnya, banyak drama dan filem yang memaparkan pergaulan bebas,aksi-aksi
ganas dan tidak sopan yang sememangnya tidak wajar ditonton oleh remaja bawah
umur 18 tahun.Kesannya akan mempengaruhi penampilan dan akhlak yang
bertentangan dengan syariat serta meningkatkan kecenderungan seseorang itu untuk
melakukan perilaku negatif.Oleh itu,remaja perlulah menitikberatkan tentang
cara pemakaian dan batas pergaulan menerusi alam realiti mahupun alam maya.
Justeru itu, ibu bapa memainkan peranan penting untuk mengawal penggunaan
telefon pintar anak-anak supaya masalah ini dapat dibendung.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa golongan remaja pada hari ini
terjerumus dalam masalah pergaulan bebas disebabkan faktor persekitaran
sekeliling,pengaruh rakan sebaya dan budaya barat yang ditonjolkan dalam media
sosial.Daripada kajian yang telah dijalankan,beberapa cadangan telah dikemukakan
untuk membanteras masalah ini.Pertama,ibu bapa perlulah memberikan didikan
agama kepada anak-anak dari kecil supaya tidak terpesong dengan budaya
barat.Seterusnya,peranan media dengan memaparkan lebih banyak drama dan
kuliah motivasi bagi ibu bapa dan remaja bagi membantu menyebarkan kesedaran
kepada masyarakat.Justeru itu,semua pihak perlu berganding bahu mencegah
masalah pergaulan bebas supaya tidak terus berleluasa pada generasi akan datang.
RUJUKAN
1. Nur Najwa Solehah Binti Hasan Ashaari, Siti Norhafiza Sumadi, Nur Aqilah
Salleh, Naziera Izzaty Ismail, Nurul Ain Hayati Adenan, Mohd Razimi
Husin(2019).Masalah Pergaulan Bebas dalam Kalangan Remaja Sekolah,
International Journal of Humanities, Management and Social Science 2 (1), 38-
50
2. Wan Norina Wan Hamat(2017).Pengaruh Media Massa Terhadap Penampilan
Akhlak Pelajar Islam Politeknik Malaysia, Online Journal of Islamic Education 1
(1)
3. Nuraliawati Sabri(2021,25 Mac).Jenayah seksual dalam kalangan pelajar lebih
terancang,Harian Metro.
NAMA : AINUN KHAIRIAH BINTI SUDIN
NO MATRIK : 066619
PROGRAM : BBAIF1B
TOPIK : PENGHAYATAN RUKUN NEGARA ( PERGAULAN BEBAS DALAM
KALANGAN REMAJA MERUNTUHKAN MASA DEPAN NEGARA )
Berdasarkan kajian berkaitan pergaulan bebas dalam kalangan remaja yang
telah dijalankan, banyak maklumat yang diperoleh secara langsung dan tidak
langsung daripada wawancara yang dijalankan dan maklum balas dari orang awam.
Pergaulan bebas merupakan salah satu bentuk perilaku yang menyimpang yang
melewati batas dari kewajiban, tuntutan, aturan, syarat, dan perasaan malu. Tuhan
menciptakan manusia iaitu lelaki dan perempuan secara umumnya mereka
mempunyai daya tarikan antara satu sama lain. Pada dasarnya, manusia tidak dapat
hidup sendiri, maka mereka ditakdirkan untuk hidup berpasangan apabila tiba
masanya. Ianya menjadi satu masalah dimana pergaulan antara lelaki dan
perempuan yang tiada batasnya yang kian hari terpengaruh dengan budaya barat.
OBJEKTIF :
Mengkaji punca dan kesan yang berlaku dalam pergaulan bebas
Menganalisis sejauh mana pemahaman pelajar memahami etika
pergaulan dalam Islam
Manambah baik ilmu pengatahuan berkaitan masalah dalam pergaulan
dengan mengadakan wawancara
Kajian ini tertumpu kepada golongan remaja kerana ianya sangat jelas pada
masa kini golongan tersebut sangat terdedah dengan perkara negatif sejurus
menimbulkan banyak masalah yang dapat mencemarkan imej negara. Untuk
memastikan kajian berjalan lancar, tiga metod kajian telah dibuat dengan
menggunakan pltatfom Google Meet, pengumpulan data melalui maklum balas
orang awam dari Google Form dan mengadakan wawancara bersama Prof. Madya
Dr. Muhamad Fazil bin Ahmad dengan menyediakan lima soalan. Melalui
wawancara yang merupakan sumber primer bagi mendapatkan maklumat berkaitan
isu kajian, beliau banyak memberi maklumat termasuklah menerangkan dengan
lebih mendalam berkaitan pergaulan bebas dan memberikan pandangan terhadap
isu tersebut. Selain itu, beliau menegaskan bahawa pergaulan bebas telah lama
terjadi bezanya remaja sekarang lebih terdedah kerana mereka hidup di zaman
teknologi. Penularan gaya hidup barat telah menjadi ikutan oleh generasi muda
sekarang. Ikhtilat adalah percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan
mahram dalam pertemuan rasmi atau sekadar berbual kosong. Secara tidak
langsung, ia akan mendorong kepada maksiat dan syaitan akan bersungguh-
sungguh menyesatkan umat Islam untuk kearah zina. Turut dinyatakan juga bahawa
perkahwinan pada usia muda banyak mendapat perhatian kerana ingin mengelak
daripada perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Paling utama adalah faham akan
tanggungjawab supaya tidak menjejaskan masa hadapan. Seterusnya, ibu bapa
juga turut mamainkan peranan yang penting dalam memantau anak-anak dalam
bergaul dan ibu bapa tidak boleh disalahkan sepenuhnya sekiranya berlakunya
masalah kerana tahap pengawasan berbeza mengikut peredaran umur malah.
Anak-anak juga harus sedar dan faham tentang semua larangan yang ditegaskan
oleh ibu bapa supaya perkara buruk seperti buli, dadah dan gejala vandalisme tidak
berlaku.
Sepanjang menjalankan kajian, banyak cabaran yang dihadapi seperti banyak
maklumat di internet dari sumber yang tidak sah. Dalam pada itu, pengkaji tidak
dapat berhubung secara berkala dan bersemuka untuk berbincang kerana
pandemik. Menggunakan kemudahan aplikasi yang ada, kajian dapat dijalankan
melalui Whatsapp dan Google Meet. Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan
bahawa masalah berkaitan capaian internet tidak dapat dielakkan. Oleh itu, langkah
yang inisiatif telah diambil bagi menyempurnakan tugasan dan berjalan lancar.
Kajian ini penting untuk meninjau sejauh mana masyarakat mengambil berat tentang
pergaulan bebas.
Kesimpulannya, semua pihak perlulah memainkan peranan mereka
sebaiknya dalam mengatasi masalah ini kerana jika pergaulan bebas antara lelaki
dan perempuan ini tidak dicegah, kemungkinan masalah yang lagi besar akan
menimpa individu, masyarakat serta mampu memburukkan nama agama Islam
mahupun negara. Daripada kajian, kita lihat pergaulan bebas ini memberikan impak
yang negatif berbanding daripada positif dalam kehidupan seseorang terutamanya
tertumpu kepada remaja kerana pergaulan bebas ini boleh menyebabkan
terjerumusnya ke arah zina.
Rujukan :
1. Vanya Karunia Mulia Putri (2020). Pengertian, Ciri-Ciri dan Faktor Penyebab
Pergaulan Bebas
from https://www.kompas.com/skola/read/2020/10/22/133000569/pengertian-
ciri-ciri-dan-faktor-penyebab-pergaulan-bebas?page=all
NAMA : SITI NAZIHATUL IFFAH BINTI YAAKUB
NO. MATRIK : 068287
PROGRAM : ISM PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEWANGAN ISLAM) DENGAN
KEPUJIAN
TOPIK : PENGHAYATAN RUKUN NEGARA
TAJUK UTAMA : PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN REMAJA
MERUNTUHKAN MASA DEPAN NEGARA
PENGENALAN
Berdasarkan kajian yang bertajuk ‘Pergaulan bebas dalam kalangan remaja
meruntuhkan masa depan negara’ yang telah dijalankan . Pergaulan berarti
kehidupan berteman atau bermasyarakat. Bebas pula adalah lepas dan tidak
terhalang, sehingga dapat berbicara, bergerak, dan berbuat sesuatu dengan leluasa,
tanpa terikat oleh aturan. Jadi dapat di simpulkan bahwa arti pergaulan bebas adalah
sebuah perilaku pertemanan yang tidak terikat oleh aturan dan norma-norma sosial
yang berlaku di masyarakat. Pergaulan bebas ini sering menular kerana kurangnya
didikan agama . Remaja bergaul bebas tanpa mengira jantina menyebabkan generasi
muda yang melihatnya terpengaruh serta memberi impak negatif dan seterusnya
mendorong untuk terus terdedah dengan pergaulan bebas. Seperti yang boleh dilihat
di Malaysia, remaja terlalu mengikut trend terkini sehinggakan lalai dan alpa dengan
dan tidak lagi meneliti halal haram setiap sesuatu yang ingin dilakukan. Oleh itu,
kesedaran yang maksimum perlulah dititikberatkan sejak dari kecil supaya ianya tidak
merosakkan kehidupan seseorang dan sejurus tidak meruntuhkan masa depan
negara.
OBJEKTIF
Kajian kerja lapangan yang dijalankan ini bertujuan
Mengetahui punca atau faktor-faktor berlakunya pergaulan bebas dalam
kalangan remaja.
Mengenal pasti implikasi terhadap pergaulan bebas yang berleluasa dalam
kalangan remaja.
Mengkaji budaya yang akan ditonjolkan generasi akan datang dari aspek adab
dan tatasusila.
ANALISIS PERBINCANGAN
Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan melalui sesi temu bual responden serta
maklumat yang didapati, Umum mengetahui bahawa budaya pergaulan bebas ini
telah berlaku sejak dari zaman dahulu lagi. Faktor-faktor berlakunya pergaulan bebas
dalam kalangan remaja juga bergantung kepada masa dan peredaran zaman. Budaya
pergaulan bebas ini sering berlaku dalam kalangan remaja kerana remaja tercari-cari
cara kehidupan. Proses transaksi berlaku daripada kehidupan kanak-kanak kepada
dewasa. Jadi remaja tercari-cari identiti diri sendiri. Bezanya remaja zaman sekarang
mudah terdedah kepada masalah ini,kerana mereka hidup pada zaman teknologi. Jadi
faktor remaja zaman sekarang mudah terjebak dengan budaya pergaulan bebas
adalah majoritinya melalui media sosial. Pada hari ini, segalanya boleh diakses di
hujung jari sahaja. Bergantung kepada seseorang remaja itu bagi memilih yang terbaik
untuk dirinya. Selain itu,kurangnya interaksi antara remaja dengan orang sekeliling.
Remaja mempunyai dua dunia ataupun juga disebut alam, iaitu dunia realiti dan dunia
maya. Perilaku dan identiti juga adalah berbeza antara kedua-dua dunia tersebut,
berpandukan kepada kekuatan akhlak dan moral masing-masing. Tak dinafikan juga,
remaja mudah terdedah kepada budaya asing dari dunia luar seakan mengikut trend
terkini, sedangkan ianya bercanggah dari ketetapan syarak dan agama.
KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, dapat disimpulkan bahawa golongan
dikenali sebagai remaja ini merupakan seseorang yang sedang berada di dalam fasa
peralihan dimana berlakunya perubahan menuju kematangan. Jadi golongan remaja
sering dikaitkan dengan isu pergaulan bebas kerana lebih cenderung untuk mencuba
sesuatu yang baharu. Semua pihak sewajarnya mengambil inisiatif bagi
menitikberatkan isu pergaulan bebas supaya ianya tidak merosakkan kehidupan
seseorang remaja. Sebagai contoh, tindakan yang sewajarnya perlu dilaksanakan
oleh bahagian penguatkuasaan dalam mengenalpasti punca dan mengambil langkah
untuk menangani gejala tersebut. Selain itu, institusi kekeluargaan juga perlu
memainkan peranan penting dalam mengekang isu ini dengan memberi didikan
agama yang sewajarnya supaya kelak remaja tersebut mampu membezakan yang
baik dan buruk dan seterusnya menjadikan seseorang remaja itu mampu memelihara
maruah diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.
RUJUKAN
1. Sendy Agus Setyawan, Muhammad Akbar Maulana Gustaf, Enggar Dias
Pambudi, M Fatkhurrozi, S Anwar (2019). Seminar Nasional Hukum
Universitas Semarang 5 (2), 163-186
2. Nur Najwa Solehah Binti Hasan Ashaari, Siti Norhafiza Sumadi, Nur Aqilah
Salleh, Naziera Izzaty Ismail, Nurul Ain Hayati Adenan, Mohd Razimi
Husin(2019). Masalah Pergaulan Bebas dalam Kalangan Remaja Sekolah,
International Journal of Humanities, Management and Social Science 2 (1), 38-
50
3. NAZHAR BIN ABDUL KARIM (2014). PERANAN DAN FUNGSI BAHAGIAN
PENGUATKUASAAN DALAM MENANGANI GEJALA MAKSIAT, SHAH ALAM
SELANGOR, 7
NAMA: NUR AQIDAH BINTI MD RAZI
NO. MATRIK: BMAL21066899
PROGRAM PENGAJIAN: ISM PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEWANGAN ISLAM)
DENGAN KEPUJIAN
TOPIK : PENGHAYATAN RUKUN NEGARA
TAJUK UTAMA : PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN REMAJA MERUNTUHKAN
MASA DEPAN NEGARA
Pendahuluan
Pada era globalisasi tanpa limitasi ini, budaya pergaulan bebas sudah menjadi kebiasaan
kepada masyarakat terutamanya golongan remaja. Pergaulan bermaksud percampuran
manakala bebas bermaksud tidak terkongkong, tidak terikat atau terbatas oleh peraturan-
peraturan (Depdikbud RI, Kamus besar Bahasa Indonesia 307). Perkembangan teknologi
sekarang ini telah banyak memberi pengaruh buruk bagi remaja sehingga menyebabkan
terjadinya masalah sosial remaja. Menurut Hendro Setyo Wahyudi dan Mita Puspita
Sukmasar, kemajuan teknologi telah mempengaruhi gaya hidup dan pola pemikiran
masyarakat, terutamanya di kalangan remaja. Usia remaja merupakan tahap dimana
seseorang individu mengalami peralihan dari satu tahap ke tahap berikutnya dan mengalami
perubahan dari segi emosi, tubuh, minat, perilaku, dan juga mempunyai banyak masalah
(Hurlock, dalam Roy, 2011).
Objektif kajian
Objektif bagi kajian yang dijalankan ini ialah mengetahui punca-punca atau faktor-faktor
berlakunya pergaulan bebas. Selain itu, mengenal pasti implikasi terhadap pergaulan bebas
yang berleluasa dalam kalangan remaja. Seterusnya, mengkaji budaya yang akan ditonjolkan
generasi akan datang dari aspek adab dan tatasusila.
Analisis/Perbincangan
Data yang dikumpul semasa menjalankan kajian ini adalah hasil daripada kaji selidik
dan temu bual yang dijalankan. Kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul data ini
dijalankan di atas talian. Kaedah kaji selidik yang dijalankan adalah menggunakan pautan
Google Form dan diedarkan kepada responden melalui aplikasi Whatsapp manakala kaedah
temu bual pula menggunakan platform Google Meet. Terdapat 14 soalan yang dikemukakan
dalam kaji selidik tersebut, lima daripadanya adalah berkaitan tentang maklumat peribadi
responden seperti nama, umur, jantina, bangsa dan agama manakala yang selebihnya
berkaitan dengan tajuk kajian. Seramai 172 orang telah memberi maklum balas kepada kaji
selidik yang dijalankan. Kebanyakkan responden terdiri daripada golongan remaja yang
berumur 19 tahun hingga umur 21 tahun. Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada
kaji selidik, kebanyakkan responden sangat bersetuju bahawa pergaulan bebas dalam
kalangan remaja sedang berleluasa pada zaman kini. Seterusnya, kebanyakkan responden
menyatakan punca berlakunya pergaulan bebas adalah disebabkan oleh pengaruh rakan
sebaya, pengaruh media sosial dan kurangnya didikan agama. Selain itu, kebanyakkan
responden berpendapat bahawa kesan daripada pergaulan bebas adalah berlakunya
keruntuhan akhlak. Berdasarkan pandangan responden, langkah-langkah untuk mengatasi
masalah pergaulan bebas adalah kawalan terhadap media sosial, memilih kawan yang baik
dan membina hubungan yang berkualiti antara keluarga. Sepanjang penyelidikan dijalankan,
terdapat beberapa kelebihan yang dapat dikenal pasti seperti mampu untuk bekerjasama dan
bertoleransi diantara ahli kumpulan bagi menyiapkan kajian ini. Terdapat juga
beberapa kelemahan dan kekurangan seperti sukar untuk mendapatkan informan. Hal
ini berlaku kerana, tarikh dan masa untuk menjalankan sesi temu bual perlu mengikut
masa lapang informen.
Kesimpulan
Kesimpulannya, masalah pergaulan bebas perlu diatasi supaya tidak terjadi
kepada generasi akan datang. Semua pihak perlu memantapkan lagi pengetahuan
tentang kesan-kesan berlakunya pergaulan bebas supaya tidak terjerumus dengan
perkara-perkara yang tidak baik. Harapan daripada kajian yang telah dibuat ialah
berharap agar masalah pergaulan bebas dapat diatasi dan semua pihak harus
memainkan peranan masing-masing dan bukannya menuding jari kepada orang lain.
Hasil daripada kajian yang dijalankan ini telah menunjukkan bahawa objektif kajian
telah dicapai.
Rujukan
Siti Suhaida, H. Jamaluddin Hos, Ambo Upe (2018) - PERGAULAN BEBAS DI
KALANGAN PELAJAR (Studi Kasus di Desa Masaloka Kecamatan Kepulauan
Masaloka Raya Kabupaten Bombana) https://media.neliti.com/
media/publications/247103-pergaulan-bebas-di-kalangan-pelajar-stud-
9f5076ad.pdf
Nur Najwa Solehah Binti Hasan Ashaari, Siti Norhafiza Binti Sumadi, Nur Aqilah
Binti Salleh, Naziera Izzaty Binti Ismail, Nurul Ain Hayati Binti Adenan, Mohd
Razimi Bin Husin (2019) - Masalah Pergaulan Bebas dalam Kalangan Remaja
*Faculty of Human Development, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia.
https://lamintang.org/journal/index.php/ij-humass/article/view/21/18
Ezra Tari, Talizaro Tafonao (2019) - Tinjauan Teologis-Sosiologis terhadap
Pergaulan Bebas Remaja - Sekolah Tinggi Agama Kristen Negeri Kupang,
Sekolah Tinggi Teologi KADESI Yogyakarta. https://core.ac.uk/download/pdf
/267992618.pdf
Nama : Nur Izzah Binti Zainal Abidin
No Matrik : 066979
Program : Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam)
TOPIK : PENGHAYATAN RUKUN NEGARA
TAJUK UTAMA : PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN REMAJA
MERUNTUHKAN MASA DEPAN NEGARA
Pengenalan
E-sulam merupakan tugasan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang
isu semasa dan undang-undang. Topik yang diberi melalui tugasan e-sulam ini
berdasarkan penghayatan rukun negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan dan
kesopanan dan kesusilaan. Melalui topik ini, tajuk tugasan yang dikaji ialah pergaulan
bebas di kalangan remaja meruntuhkan masa depan negara. Pergaulan bebas di
kalangan remaja merupakan satu isu yang sangat penting di negara ini. Seperti yang
diketahui, remaja merupakan generasi yang akan mewarisi negara. Jika remaja tidak
mempunyai sifat berwibawa maka rosaklah masa depan sesebuah negara. Pergaulan
bebas menurut hukum Islam ialah merupakan satu bentuk pergaulan secara bebas
yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi secara sunyi atau terbuka. Bentuk
pergaulan seperti ini telah ditolak oleh Islam sejak kedatangan Rasulullah SAW yang
berpandukan Al Quran dan Sunnah. Pergaulan bebas juga terjerumus kepada gejala
buli, vandalisme dan dadah.
Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui punca-punca atau faktor – faktor
berlakunya pergaulan bebas di kalangan remaja. Selain itu, kajian ini juga dilakukan
untuk mengenal pasti implikasi terhadap pergaulan bebas yang berleluasa dalam
kalangan remaja. Seterusnya, untuk mengkaji budaya yang akan ditonjolkan generasi
akan datang dari aspek adab dan tatasusila.
Analisis dan Perbincangan
Kaedah dan pentaksiran data ini diperoleh melalui kaedah soal selidik menggunakan
Google Form dan temu bual bersama pensyarah Unisza. Melalui data yang diperoleh
melalui Google Form, satu set soal selidik yang mengandungi 9 soalan sebanyak 172
orang terlibat dalam kaji selidik ini iaitu terdiri daripada remaja yang beragama Islam
dan bangsa Melayu. Manakala temu bual bersama pensyarah IPT iaitu pensyarah
Unisza melibatkan 5 soalan. Tugasan yang bertajuk pergaulan bebas meruntuhkan
masa depan negara ini sangat releven dengan isu semasa memandangkan di dalam
dunia globalisasi ini ia menjadi satu cabaran untuk membimbing remaja agar mereka
menjadi insan yang bermoral seperti yang terkandung di dalam rukun negara.
Rata-rata responden yang telah dikaji selidik mendapati majoriti bersetuju pada zaman
teknologi ini menyebabkan para remaja terjerumus dengan pergaulan bebas
berbanding zaman dahulu. Responden mengatakan media sosial yang wujud pada
zaman teknologi ini menyebabkan remaja mudah terikut-ikut dan terdedah kepada
pelbagai maklumat. Walaupun pengetahuan dan maklumat mudah didapati melalui
media sosial, tetapi tidak semuanya sesuai untuk diketahui oleh remaja. Masalah
keruntuhan akhlak ini berlaku kerana berpunca dari maklumat tanpa sempadan yang
tidak ditapis yang diperolehi oleh remaja. Disebabkan kandungan yang tidak bertapis
ini, remaja akan terpengaruh dengan keseronokan yang dipertontonkan serta
mengambil keputusan untuk berpasangan dan terlibat dalam pergaulan bebas.
Kelemahan dan kelebihan
Selain itu, terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan sepanjang tugasan e-sulam
ini dijalankan. Salah satu kelebihannya ialah mengeratkan talian persahabatan
diantara ahli kumpulan.Hal ini kerana tugasan ini memerlukan ahli kumpulan saling
bertukar pendapat dan pelbagai idea yang dicurahkan telah disambut baik oleh setiap
ahli kumpulan. Seterusnya, tugasan ini juga dapat meningkatkan pengetahuan
tentang penggunaan teknologi semasa. Seperti yang diketahui, sebelum ini e-sulam
dilaksanakan secara bersemuka tetapi sejak norma baharu tugasan e-sulam ini telah
menggunakan medium secara maya seperti penggunaan Google Form yang
memerlukan responden mengisi di laman web. Namun begitu, tugasan e-sulam ini
juga mempunyai kelemahan antaranya ialah kekurangan responden dari pelbagai
agama dan bangsa. Tugasan ini juga menjadi sukar kerana bukan mudah untuk
mencari responden yang terdiri dari pelbagai latarbelakang seperti bangsa Cina dan
India. Walaupun begitu, kekurangan ini tidak menjejaskan statistik data yang
diperolehi.
Kesimpulan
Kesimpulan yang diperoleh hasil dari tinjauan ini ialah pelbagai faktor yang
menyebabkan berlakunya gejala pergaulan bebas. Hal ini menjadi salah satu cabaran
untuk semua orang untuk membimbing para remaja agar mereka menjadi seorang
insan yang berakhlak mulia dan bermoral seperti yang terkandung di dalam rukun
negara. Oleh itu, semua pihak hendaklah menggabungkan tenaga bagi menangani
pergaulan bebas ini dari menjadi kudis bagi sesebuah negara. Hasil kajian ini telah
menunjukkan bahawa objektif yang diperolehi telah tercapai.
Sumber Rujukan
1 ) Ashaari, Nur Najwa Solehah Binti Hasan, et al.
"Masalah Pergaulan Bebas dalam Kalangan Remaja Sekolah." International Journal
of Humanities, Management and Social Science 2.1 (2019): 38-50.
2) Rahim, Rahimin Affandi Abd.
"Krisis Remaja dan Media Massa di Malaysia: Suatu Tinjauan Dari Perspektif
Islam." Jurnal Usuluddin 10 (1999): 125-134.
NAMA: NUR AMANINA BINTI NORAZAM
NO MATRIK: 065474
PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN
(KEWANGAN ISLAM) DENGAN KEPUJIAN
TOPIK: PENGHAYATAN RUKUN NEGARA
PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN REMAJA MERUNTUHKAN MASA
DEPAN NEGARA
PENGENALAN
Umum mengetahui bahawa pergaulan bebas dalam kalangan remaja masa kini
amatlah membimbangkan. Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, pergaulan
ditakrifkan sebagai perihal bergaul, percampuran atau persahabatan. Manakala
bebas pula adalah tidak terhalang, tidak terkongkong, tidak terkurung, lepas dan
leluasa. Oleh itu, pergaulan bebas ini adalah suatu perilaku yang tidak terikat oleh
apa-apa, melanggar norma agama dan merupakan perilaku yang negatif. Pergaulan
bebas ini terjadi kemungkinan berpunca daripada pengaruh budaya barat, pengaruh
rakan sebaya dan aplikasi-aplikasi yang penuh dengan keseronokan dunia.
Kesannya, lahirnya anak-anak luar nikah, pengambilan dadah dan penyebaran
penyakit-penyakit yang membawa maut.
OBJEKTIF
Mengetahui punca-punca atau faktor-faktor berlakunya pergaulan bebas dalam
kalangan remaja.
Mengenal pasti implikasi terhadap pergaulan bebas yang berleluasa dalam
kalangan remaja.
Mengkaji budaya yang akan ditonjolkan generasi akan datang dari aspek adab
dan tatasusila.
ANALISIS DAN CADANGAN
Kajian kerja lapangan yang dilakukan telah menggunakan dua kaedah dalam proses
pengumpulan data iaitu melalui kaedah soal selidik dan temu bual. Bagi kaedah soal
selidik, satu pautan ‘google form’ telah diedarkan kepada komuniti pilihan iaitu
kalangan remaja berumur 13 hingga 21 tahun dan seramai 172 orang responden telah
menjawabnya. Manakala, kaedah temu bual pula dijalankan melalui platform ‘google
meet’ bersama dengan seorang pensyarah akademik Universiti Sultan Zainal Abidin
iaitu Profesor Madya Dr Muhamad Fazli Bin Ahmad pada 29 November 2021. Antara
soalan yang dikemukan dalam borang soal selidik adalah berkenaan tenatng
kefahaman mereka akan pergaulan bebas berserta contoh-contoh pergaulan bebas
yang sering dilakukan oleh remaja masa kini. Berdasarkan jawapan-jawapan yang
diterima oleh responden daripada borang soal selidik tersebut, majoriti daripada
mereka faham akan maksud pergaulan bebas. Mereka akui bahawa pergaulan bebas
adalah suatu bentuk pergaulan antara lelaki dan perempuan tanpa ada batas dan
hubungan yang halal sehingga menimbulkan fitnah. Contoh-contoh pergaulan bebas
berdasarkan jawapan responden adalah, melepak, melakukan seks bebas, merempit,
berparti dan terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pergaulan bebas ini dapat dibendung jika ibu bapa dapat
memberikan perhatian yang penuh kepada anak-anak mereka. Ibu bapa perlu
memberikan kesedaran kepada anak-anak mereka tentang kesan daripada
terpengaruh dengan portal-portal media yang tidak berfaedah dan memberi pengaruh
negatif dalam kehidupan seharian. Selain itu, pihak sekolah mahupun universiti juga
berperanan dalam memberikan pendedahan tentang masalah pergaulan bebas dalam
kalangan remaja. Mengadakan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa
akademik dapat membantu bagi mengekang penularan masalah gejala sosial ini.
Pihak kerajaan juga bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah pergaulan
bebas ini dengan membentuk undang-undang yang khusus untuk menangani hal ini.
Oleh itu, semua pihak berperanan penting dalam menangani masalah pergaulan
bebas dalam kalangan remaja ini dan bersama-sama membentuk modal insan yang
berguna pada masa hadapan.
RUJUKAN
1. Ashaari, N. N. S. B. H., Sumadi, S. N., Salleh, N. A., Ismail, N. I., Adenan, N.
A. H., & Husin, M. R. (2019). Masalah Pergaulan Bebas dalam Kalangan
Remaja Sekolah. International Journal of Humanities, Management and Social
Science, 2(1), 38-50.
2. Utami, W. H., Sofiyanti, I., Apriani, T. A., Sartika, D. A., Yulia, Y., Triyani, I., ...
& Novita, R. T. (2021, December). Penyebab Terjadinya Pergaulan Bebas di
Kalangan Remaja. In CALL FOR PAPER SEMINAR NASIONAL KEBIDANAN
(pp. 30-37).
3. Tari, E., & Tafonao, T. (2019). Tinjauan Teologis-Sosiologis terhadap
Pergaulan Bebas Remaja. DUNAMIS: Jurnal Teologi dan Pendidikan Kristiani,
3(2), 199-211.
NAMA: NORHAIRATUN WAFAA BINTI ABDUL RAZIS
NO. PELAJAR: 065367
PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN
(KEWANGAN ISLAM) DENGAN KEPUJIAN
Topik:
Penghayatan rukun negara (Pergaulan bebas dalam kalangan remaja meruntuhkan
masa depan negara)
PENGENALAN
Pergaulan bebas remaja pada zaman ini menjadi sebuah isu sosial yang meresahkan
dan membimbangkan masyarakat. Melalui kemajuan dan perkembangan ilmu
pengetahuan pada era globalisasi ini, pergaulan bebas dalam kalangan remaja
semakin meningkat. Pergaulan dapat didefinisikan sebagai proses bergaul,
percampuran, persahabatan, dan kemasyarakatan. Manakala, bebas pula bermaksud
tidak terhalang, terganggu dan sebagainya sehingga membolehkan remaja bergerak,
berbicara dan melakukan sesuatu perkara secara berleluasa yang tidak terikat atau
terbatas dengan aturan-aturan tertentu. Pergaulan bebas merupakan satu bentuk
perbuatan yang melewati batas kewajipan serta melanggar norma agama, maruah
dan undang-undang agama. Antara contoh pergaulan bebas yang berlaku dalam
kalangan remaja di era digital ini ialah kehamilan di luar nikah, penggunaan ubat
terlarang seperti dadah, pornografi dan sebagainya.
OBJEKTIF
I. Mengetahui punca-punca atau faktor-faktor berlakunya pergaulan bebas dalam
kalangan remaja.
II. Mengenal pasti implikasi terhadap pergaulan bebas yang berleluasa dalam
kalangan remaja.
III. Mengkaji budaya yang akan ditonjolkan generasi akan datang dari aspek adab
dan tatasusila.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Kaedah-kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat adalah melalui kaji
selidik dan temubual. Kaedah kaji selidik dijalankan adalah mengunakan pautan
Google Form yang diedarkan kepada komuniti pilihan iaitu remaja yang berusia dalam
lingkungan 13 hingga 21 tahun. Hal ini demikian kerana golongan ini mudah
terpengaruh dan mempunyai sifat ingin tahu serta mahu mencuba sesuatu yang baru
sehingga terlibat dalam aktiviti pergaulan bebas. Kaedah temubual telah dijalankan
melalui aplikasi Google Meet yang berlangsung pada tarikh 29 November 2021
selama satu jam bersama Profesor Madya Dr Muhamad Fazil Bin Ahmad. Antara
soalan yang dikemukakan ialah berkaitan pandangan beliau terhadap kurangnya
perhatian daripada ibu bapa terhadap anak-anak sehingga terlibat dalam masalah
pergaulan bebas. Beliau berpendapat bahawa ibu bapa tidak sewajarnya
dipersalahkan sepenuhnya. Hal ini demikian kerana semakin dewasa remaja itu
mereka lebih cenderung untuk berkongsi masalah atau rahsia mereka dengan rakan
mereka berbanding ibu bapa. Selain itu juga, semakin dewasa remaja itu, pemantauan
daripada ibu bapa semakin berkurangan kerana ibu bapa berfikiran bahawa anak-
anak mereka mampu berdikari. Remaja itu sendiri tidak suka dikongkong oleh ibu
bapa mereka kerana mereka ingin merasa bebas untuk melakukan apa sahaja yang
mereka ingin lakukan tanpa berfikir bahawa perkara tersebut baik atau sebaliknya.
Sepanjang penyelidikan dijalankan terdapat beberapa kelebihan yang diperoleh
antaranya ialah kerjasama antara ahli kumpulan dapat terjalin, sikap tolenrasi antara
ahli kumpulan bagi menyiapkan tugasan masing-masing dan kemahiran untuk
menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab terjalin. Selain itu,
terdapat juga kelemahan yang dikenal pasti semasa menjalankan kajian ini seperti
kekangan masa untuk menjalankan temubual kerana tarikh dan masa untuk
menjalankan temubual perlu mengikut kelapangan informen.
KESIMPULAN
Konklusinya, masalah pergaulan bebas dalam kalangan remaja perlulah diatasi agar
generasi akan datang tidak terlibat dengan pergaulan bebas. Selain itu, ibu bapa
memainkan peranan yang penting dalam membanteras masalah pergaulan bebas
dengan sentiasa mengawasi dan mengikuti perkembangan diri anak-anak agar tidak
terjebak dengan pergaulan bebas yang boleh meruntuhkan masa depan remaja itu
sendiri. Semua pihak memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah
pergaulan bebas dalam kalangan remaja di negara ini. Hal ini demikian kerana remaja
merupakan aset terpenting negara yang akan memacu kejayaan negara pada masa
hadapan. Remaja yang berkualiti dapat menjadi barisan kepimpinan negara yang
mampu membuat negara maju kehadapan seiring dengan peredaran masa.
RUJUKAN
1. Tari, E., & Tafonao, T. (2019). Tinjauan Teologis-Sosiologis terhadap
Pergaulan Bebas Remaja. DUNAMIS: Jurnal Teologi dan Pendidikan
Kristiani, 3(2), 199-211.
2. Ashaari, N. N. S. B. H., Sumadi, S. N., Salleh, N. A., Ismail, N. I., Adenan, N.
A. H., & Husin, M. R. (2019). Masalah Pergaulan Bebas dalam Kalangan
Remaja Sekolah. International Journal of Humanities, Management and
Social Science, 2(1), 38-50.
3. Jasmi, K. A. (2017). Masalah Seksual dalam Kalangan Remaja dan
Penyelesaiannya
NAMA: NIK HAKIMI IQMAL BIN MOHD KAMAL
NO. PELAJAR: 066584
PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN
(KEWANGAN ISLAM) DENGAN KEPUJIAN
Topik:
Penghayatan Rukun Negara (Pergaulan Bebas dalam Kalangan Remaja
Meruntuhkan Masa Depan Negara)
PENGENALAN
Golongan remaja merupakan mereka yang berusia 10 hingga 19 tahun. Mereka
merupakan 25% daripada populasi penduduk Malaysia. Para remaja melalui proses
peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa, iaitu transisi usia yang penuh
dengan cabaran. Dewasa ini, isu pergaulan bebas dalam kalangan remaja sering
meniti dari bibir ke bibir masyarakat dan sering terpampang di akhbar mahupun media
sosial. Pergaulan bebas adalah salah bentuk perilaku menyimpang yang melewati
batas dari kewajiban, tuntutan, aturan, syarat dan perasaan malu. Melalui peredaran
zaman yang penuh dengan kemajuan teknologi kini, golongan remaja akan lebih
mudah terikut dengan masalah gejala sosial ini. Pelbagai pihak di setiap lapisan
masyarakat memandang isu ini sebagai satu masalah yang perlu ditangani secara
holistik kerana remaja merupakan generasi yang akan mewarisi negara. Jika kita tidak
dapat melahirkan generasi akan datang yang berwibawa maka pincanglah masa
depan negara yang kita cintai ini. Pemuda adalah generasi masa depan yang dengan
tangannya diharapkan dapat mengubah bangsa menuju bangsa yang bermoral dan
beradab serta bangsa yang mempunyai peradaban yang maju (Muhammad Rajab ;
2012).
OBJEKTIF
Antara objektif dalam projek e-SULAM ini ialah:
I. Mengetahui punca atau faktor-faktor berlakunya pergaulan bebas dalam
kalangan remaja.
II. Mengenal pasti implikasi terhadap pergaulan bebas yang berleluasa dalam
kalangan remaja.
III. Mengkaji budaya yang akan ditonjolkan generasi akan dating dari aspek adab
dan tatasusila.
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Kaedah-kaedah yang digunakan untuk proses pengumpulan data dalam menjalankan
Projek e-Sulam ini ialah kaedah soal selidik dan juga kaedah temu bual. Proses soal
selidik ini dijalankan secara atas talian melalui pautan ‘Google Forms’ dan
memfokuskan kepada responden dalam golongan remaja yang berusia 13 hingga 21
tahun. Menerusi tinjauan ini, sebanyak 172 responden telah memberi maklum balas
mengenai topik pergaulan bebas tersebut. Sebanyak 76.7% daripada bilangan
responden terdiri daripada kalangan wanita manakala baki 23.3% adalah lelaki.
Majoriti daripada 172 bilangan responden tersebut berumur 19 hingga 21
tahun.Antara soalan yang dikemukakan dalam tinjauan atau soal selidik tersebut ialah
soalan bedasarkan situasi di mana responden perlu memilih tindakan yang akan
mereka lakukan berdasarkan situasi yang diberi. Menerusi soalan tersebut, didapati
majoriti responden akan menegur tentang keburukan pergaulan bebas kepada rakan
mereka yang melepak bersama seseorang yang berlainan jantina sama ada di tempat
kejadian ataupun pada masa yang lain. Selain itu, sebanyak 81.4% bilangan
responden akan bertindak untuk tidak mengendahkan mesej yang diterima daripada
orang yang tidak dikenali manakala 18.6% responden akan membalas mesej tersebut.
Hal ini dapat menunjukkan terdapat segelintir remaja yang mudah terpengaruh dalam
permulaan masalah gejala sosial tersebut. Bagi proses temu bual pula, ia turut
dijalankan secara atas talian melalui aplikasi ‘Google Meet’. Temu bual tersebut telah
dijalankan pada 29 November 2021 pada pukul 9.00 pagi selama 1 jam bersama
Profesor Madya Dr Muhamad Fazil Bin Muhamad. Sepanjang proses pengumpulan
data dijalankan, terdapat banyak kelebihan yang diperoleh seperti semangat
kerjasama antara kumpulan dan membina kesedaran diri terhadap gejala pergaulan
bebas. Terdapat juga kelemahan dalam proses pengumpulan data ini seperti
kekangan masa dan tempat serta masalah rangkaian Internet yang serba sedikit
menghalang proses ini berjalan dengan lancar.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pelbagai pihak di lapisan masyarakat perlu berganding bahu bagi
membanteras masalah pergaulan bebas dalam kalangan remaja. Diharapkan
masalah pergaulan bebas dalam kalangan remaja pada masa kini dapat diatasi bagi
melahirkan generasi yang berwibawa pada masa akan datang dan mengekalkan
keamanan serta kemakmuran negara.
RUJUKAN
Normadiniatul Shida Bt Mohd Haidin (2017). Cabaran Menangani Masalah
Pergaulan Bebas Remaja. Cabaran Menangani Masalah Pergaulan Bebas
Remaja - PORTAL MyHEALTH. Kementerian Kesihatan Malaysia.
Choi Ming Mei (2013). Isu Gejala Sosial Pergaulan Bebas dalam Kalangan
Remaja. ~~KESANTUNAN Manggambarkan Keperibadian ^_^: ISU GEJALA
SOSIAL : PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN REMAJA
Masalah Remaja (2013) Masalah Remaja: Pergaulan Bebas
(remajadimalaysia.blogspot.com)