The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tahap Kesepaduan yang dicapai melalui Kesepaduan Nasional

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Ain Bashir, 2023-11-28 09:22:46

Tahap Kesepaduan yang dicapai melalui Kesepaduan Nasional

Tahap Kesepaduan yang dicapai melalui Kesepaduan Nasional

MPU21032 Nurul Ain | Eony Emelinee | Nur Hazwani | Nur Hasyimah


i PRAKATA Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kami dapat menyelesaikan penulisan buku Tahap Kesepaduan Yang Dicapai Melalui Kesepaduan Nasional. Penghayatan Etika dan Peradaban merupakan kursus teras yang ditawarkan kepada para pelajar yang mengikuti program pengajian peringkat diploma di Politeknik Malaysia. Buku ini dihasilkan oleh kami yang berpengalaman dalam mengendalikan kursus ini. Buku ini ditulis berpandukan kesepaduan nasional. Buku ini mengandungi sembilan bab utama yang membincangkan setiap topik secara komprehensif. Pembaca didedahkan dengan konsep etika dari perspektif peradaban yang berbeza. Buku ini bertujuaan bagi mengenal pasti sistem, tahap perkembangan, kemajuan dan kebudayaan merentas y bangsa dalam mengukkuhkan kesepaduan sosial. Selain itu, perbincangan dan perbahasan berkaitan isu-isu kontemporari dalam aspek ekonomi, politik, sosial, budaya dan alam sekitar dari perspektif etika dan peradaban dapat melahirkan mahasiswa yang bermoral dan profesional. Buku ini diharapkan dapat memberi manfaat dan sumbangan ke arah membangunkan sebuah negara yang beretiks dan beradab. Dengan memiliki minda dan penghayatan etika dan peradaban yang baik akan menggalakkan masyarakat dalam menghayati kehidupan sosial secara beretika dan mengamalkan apa yang dipelajari dengan mengambil kira pelbagai isu semasa dalam negara. Usaha melestarikan penghayatan etika menjadi keutamaan kami bertepatan dengan keperluan membina peradaban Malaysia yang tinggi. Tahap Kesepaduan yang Dicapai melalui Kesepaduan Nasional


ii Objektif mengenal pasti tahap kesepaduan yang dicapai malalui kesepaduan nasional. Untuk membolehkan anda memahamin tahap kesepaduan yang dicapai. Memahami kesepaduan sosial (Definisi sosial). Memahami etos nasional dalam pemantapan kesepaduan nasional Malaysia. Tahap Kesepaduan yang Dicapai melalui Kesepaduan Nasional


Pengenalan Proses Penyatupaduan yang Diusahakan Matlamat Perpaduan yang Diidamkan Tahap Kesepaduan yang Dicapai ISI KANDUNGAN Tahap Kesepaduan yang Dicapai melalui Kesepaduan Nasional iii Detik Perpaduan 01 02-03 04-06 07-09 05


01 Pengenalan Kepelbagaian telah menimbulkan berbagai cabaran kepada sesebuah masyarakat seperti di Malaysia. Setiap komoniti mempunyai etika dan peradaban yang berbeza dan praktis kehidupan masing-masing. Namun, kesemuanya perlu hidup dalam masyarakat Malaysia. Tawar-menawar, perundingan dan melakukan meditasi telah memberikan keamanan, kestabilan dan keharmonian dalam Malaysia semenjak merdeka. Maka, wujudlah kesepaduan nasional yang didukung dan terusmenerus dimantapkan. Selain itu, Malaysia masih lagi sedang melalui proses berbentuk kesepaduan dan berusaha mencari jalan ke arah penyatupaduan. Kesemua ini berlaku kerana tiga prinsip iaitu tawar-menawar, perundingan dan pengantaraan. Pencapaian kita selama ini berasaskan platform integrasi yang telah dibina, ada yang berjaya dan ada yang gagal. Tetapi usaha untuk mencapai penyatupaduan tidak pernah berhenti. Keharmonian, kestabilan dan keamanan tetap menjadi santapan hidup seharian kita dalam usaha mengurus perbezaan dalam sesebuah masyarakat berbilang kaum. Tahap Kesepaduan yang Dicapai melalui Kesepaduan Nasional


Tahap Kesepaduan yang Dicapai melalui Kesepaduan Nasional 02 Mengukuhkan perpaduan dan intergrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, hormat-menghormati dan bertanggungjawab. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan. Kita sedang melalui proses berbentuk kesepaduan dan berusaha mencari jalan ke arah penyatupaduan. Kita melakukan tiga proses utama iaitu tawar-menawar (bargaining), perundingan (negotiation) dan pengantaraan (mediation). Selain itu, platform integrasi yang dibina; ada yang berjaya dan ada yang tidak berjaya merupakan pencapaian yang telah kita lakukan. Namun begitu, usaha untuk mencapai penyatupaduan tidak akan terhenti disitu. Perpaduan dianggap sebagai suatu hasrat yang diidamkan sukar diukur, dilihat secara nyata mahupun berkekalan. Selain itu, perpaduan juga ditakrifkan sebagai kesamaan dan kesatupaduan dalam proses membentuk identiti nasional. Hal ini boleh diketahui melalui slogan negara kita iaitu “Satu Bangsa, Satu Bahasa, Satu Negara”. Matlamat ini telah muncul semenjak berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 yang telah mencetuskan keresahan rakyat. Pada 10 Mac 2020, kerajaan telahpun mewujudkan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bagi menggalaskan tanggungjawab untuk menggerakkan agenda perpaduan negara yang lebih lancar, bersepadu dan tersusun. Objektif utama Kementerian Perpaduan Negara (KPN): 1. 2. 3. Matlamat Perpaduan yang Diidamkan


Tahap Kesepaduan yang Dicapai melalui Kesepaduan Nasional 03 Y.A.B. Tan Sri Dato’ Mahiaddin Md. Yasin, Perdana Menteri ke-8 melancarkan Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 secara maya di Facebook. Terdapat tiga aspirasi perpaduan dalam Rangka Tindakan (Blueprint) perpaduan. Matlamat Perpaduan yang Diidamkan ASPIRASI PERPADUAN SASARAN OUTCOME 2025 SASARAN OUTCOME 2030 IMPAK Identiti nasional Ekosistem perpaduan Patriotisme dan Demokrasi Skor 0.7 Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) #15 Tertinggi Global Peace INdex (GPI) Skor 0.8 indeks perpaduan Nasional (IPNas) #8 Tertinggi Global Peace Index (GPI) Kesepaduan Sosial dan Perpaduan Mampan


Tahap Kesepaduan yang Dicapai melalui Kesepaduan Nasional 04 Detik Perpaduan Street Wedding Majlis perkahwinan yang dilaksanakan di kawasan perumahan sudah menjadi satu budaya dan sohor kini (trending) dalam kalangan masyarakat Malaysia. Majlis tersebut tetap meriah dan berlangsung secara sedehana kerana masyarakat yang mempunyai sifat toleransi dan saling hormat-menghormati demi meneguhkan lagi ikatan persaudaraan dan perpaduan kaum. Seterusnya, unsur pluralisme dan penyatuan dibuktikan melalui perkahwinan apabila wujudnya ikatan antara masyarakat Baba Nyonya dengan masyarakat tempatan. Ikatan ini membawa proses asimilasi budaya seperti adat bersanding, bunga manggar dan bunga telur yang diadaptasi oleh masyarakat menerusi perkahwinan masyarakat tempatan dengan migran dari India suatu masa dahulu. Sukan Sukan dapat menyatukan masyarakat melalui penganjuran aktiviti sukan dan rekreasi kerana dalam setiap komuniti akan menggalakkan percampuran dan komunikasi antara masyarakat berbilang etnik dan pelbagai peringkat umur. Masyarakat tetap semangat kesukanan menyokong negara yang amat tinggi walaupun berbeza fahaman politik, agama dan bangsa. Contohnya, semua rakyat bersatu hati menyokong pasukan negara semasa pasukan bola sepak Harimau Malaya bertanding dalam apa jua perlawanan bola sepak perlabagai peringkat. Semasa Bulan Sukan Negara ini dijalankan, kaum Melayu, Cina dan India bersama-sama menyertai acara yang dianjurkan tidak kira di sekolah mahupun dalam komuniti setempat mereka. Dengan demikian, wujud kerjasama antara sama lain apabila bersukan sekali gus dapat mencapai kemenangan dalam sesuatu acara yang disertai. Definisi : Detik perpaduan ialah benda yang berlaku dalam dalam kehidupan seharian masyarakat. Adat dan budaya masyarakat Malaysia yang membawa ke detik perpaduan adalah seperti sukan, street wedding, Pandemik COVID-19 dan kesihatan. Baba dan Nyonya atau Peranakan Cina adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum


Pandemik COVID-19 Ketika negara dilanda cabaran dan musibah penilaran wabak COVID-19, semangat perpaduan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama tetap ada di situ. Bagi menyekat penularan COVID-19, seluruh rakyat Malaysia menunjukkan usaha mereka dengan semangat bersatu untuk membantu kerajaan dan barisan hadapan, menyebarkan mesej yang positif, menyokong usaha Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mematuhi semua prosedur operasi standard (standard operating procedure atau SOP) yang ditetapkan sekali gus menverminkan jiwa patriotik rakyat yang bersatu hati berjuang demi memerangi wabak serius ini. Kesihatan Kesihatan dan perpaduan pula dapat dikaitkan dengan kerjasama organisasi dalam bidang kesihatan untuk memastikan masyarakat dapat mengecap kehidupan yang aman dan harmoni tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa. Bidang perubatan melahirkan pakar dan kakitangan pelagai bangsa dan agama. Mereka berkongsi kepakaran dan kemahiran demi memastikan kesihatan masyatakat pada tahap optimim. Titik perpaduan dilihat dalam bidang kesihatan yang menjadi keutamaan kepada seluruh masyarakat. Sambutan Perayaan Sambutan perayaan yang diraikan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama berjaya membina pemahaman dan rasa hormaat dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Perayaan utama di Malaysia, iaitu Aidilfitri, Krismas, Deepavali dan Tahun Baru Cina ialah perayaan yang dapat memupuk keharmonian, keamanan dan perpaduan semua kaum. Sambutan perayaan ini sama sekali tidak akan menggugat perpaduan bangsa kerana setiap budaya dan agama mempunyai ciri-ciri tertentu. Tahap Kesepaduan yang Dicapai melalui Kesepaduan Nasional 05


Jenayah Semangat perpaduan perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat bafi mencegah segala aktiviti jenayah yang kini semakin berleluasa. Aktivit Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Kawasan Rukun Tertangga (KRT) yang dilakukan oleh masyarakat setempat mampu mengurangkan kadar jenayah. Tanggapan negatif yang mengaitkan penkenayah dengan sesuatu bangs merupakan satu sikapyang salah kerana setiap bangsa dan agama terdedah dengan apa jua jenayah. Setiap rakyat Malaysia mestilah patu kepada peraturan dna undang-undang yang telah ditetapkan kerana hukuman tidak memilih bangsa atas setiap kesalahan yang dilakukan. Agama Kepelbagaian agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia haruslah dihormati. Walaupun masyarakat Malaysia tidak menganut agama yang sama, tetapi mereka berkongsi negara, kemudahan dan keharmonian yang sama. Oleh sebab itu, perbezaan agama perlu dihargai demi mewujudkan sebuah negara yang lebi hebat dan teguh di landasan perpaduan pada masa yang akan datang. Prinsip yang perlu diamalkan masyarakat ialah semangat toleransi, perkongsian, elemen hormatmenghormati, dan menghargai perbezaan antara satu sama lain. Tahap Kesepaduan yang Dicapai melalui Kesepaduan Nasional 06


Tahap Kesepaduan yang Dicapai melalui Kesepaduan Nasional 07 Tahap Kesepaduan yang Dicapai a. Kesepaduan Nasional Kesepaduan sosial merupakan suatu fenomena sosial yang berlaku dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Kesepaduan sosial berlaku dan telah diterapkan dalam pendidikan di Malaysia pada hari ini melalui falsafah pendidikan negara, penerapan nilai murni, dan dasar-dasar kerajaan yang terangkum dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Kesepaduan sosial juga telah termaktub dalam objektif DSKP mata pelajaran Sejarah yang telah digunakan oleh guru-guru sejarah pada hari ini melalui KSSR dan KSSM. Kajian ini akan menjelaskan tentang kesepaduan sosial dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah dan melihat kesediaan guru serta sokongan sekolah. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dan menggunakan reka bentuk kajian kes. Pengkaji menggunakan temu bual mendalam bagi pengumpulan data kajian ini. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa kesediaan guru terhadap kesepaduan sosial dalam mata pelajaran Sejarah adalah di tahap sederhana melalui pengetahuan yang sedikit tentang penerapan kesepaduan sosial secara tidak langsung dan secara langsung. Sokongan sekolah terhadap kesepaduan sosial juga dapat dilihat melalui penganjuran program, kerja kursus yang disediakan untuk pelajar dan pelbagai lagi aktiviti yang dirancang bagi mengeratkan silaturrahim antara warga sekolah serta komuniti setempat. Namun begitu, hasil kajian ini mendapati bahawa program dan aktiviti yang dijalankan adalah bermusim dan tidak berterusan serta serius dalam menekankan kesepaduan sosial dalam kalangan pelajar.


Tahap Kesepaduan yang Dicapai melalui Kesepaduan Nasional 08 Tahap Kesepaduan yang Dicapai b. Defisit Sosial Defisit sosial bermakna kekurangan dalam konteks sosial yang memerlukan usaha penyatupaduan berterusan untuk meningkatkan tahap kesepaduan; Kekurangan ini disebabkan jurang perbezaan persepsidan pendapat dalam kalangan kelompok yang berbeza bermula dengan individu, keluarga dan masyarakat. Kita melalui IPNas telah mengenalpasti Defisit Sosialini yang diperoleh dari suara hati orang ramai melalui pertemuan dengan mereka. Pembentukan 'tapak integrasi' yang dibina berasaskan prinsip tawar-menawar, perundingan dan pengantaraan. Perlembagaan Persekutuan ialah mercu tanda tapak integrasi yang menjadi asas dan teras kesepaduan rakyat Malaysia. Penyatupaduan pula terjelma dalam pelbagai bentuk usaha yang perlu terus dilaksanakan untuk mencari penyelesaian defisit sosial dengan membina tapak integrasi di semua lapisan masyarakat. Kementerian Perpaduan Negara dari segi skop dan fungsi bertanggungjawab untuk meneruskan usaha penyatupaduan pada semua peringkat melalui pembinaan tapak integrasi untuk meringankan beban defisit sosial; memantau segala usaha mempertahan dan mengekal kesepaduan dengan mengseimbangkan antara perbezaan dan persamaan. Perpaduan yang diidamkan boleh dicapai dengan usaha terus menerus pemantauan kesepaduan dan pembinaan tapak integrasi sebagai instrumen utama penyatupaduan. Kerajaan sudah menyediakan tiga dokumen penting dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini untuk mengasaskan pemikiran baharu ini iaitu Pelan Perpaduan, Kesepaduan, Penyatupaduan 2015 (PPKP 2015); Indeks Perpaduan Nasional 2018 (IPNAS 2018) dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2020 (PTPN 2020) menggunakan instrumen tapak integrasi. Defisit sosial seperti etnisiti/kaum, agama, kelas sosial, pendidikan, bahasa, jurang generasi, gender, federalisme, ruang desa-bandar dan media. Dari setiap ruang defisit sosial ini, kita boleh membina program segera, misalnya dengan cara membabitkan lebih 8,000 kawasan rukun tetangga (KRT) di seluruh negara yang kini di bawah KPN yang sudah aktif dengan pelbagai kegiatan perpaduan. Inilah pemikiran baharu yang perlu diangkat KPN yang dibina kembali selepas pengumuman kabinet oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 9 Mac lalu, sekali gus mengisi pemahaman baharu seluruh negara mengenai perpaduan.


Tahap Kesepaduan yang Dicapai melalui Kesepaduan Nasional 09 Tahap Kesepaduan yang Dicapai Nilai Perasaan dan semangat Kepercayaan Identiti c. Etos Nasional Konsep etos dipopularkan oleh ahli falsafah Greek seperti Plutarch yang memfokuskan aspek pembangunan diri individu atau etos diri sendiri sebagai prasyarat asas untuk kepimpinan. Menurut The Oxford American Dictionary of Current English dan The concise Oxford English Dictionary, etos digambarkan sebagai “ characteristic spirit of a community” yang bermaksud sikap dan aspirasi masyarakat (Burchard, 2005). Etos ialah sifat ciri sesuatu bangsa, budaya, era dan lain-lain. Etos berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud perwatakan atau karakter. terdapat beberapa sarjana yang mempopularkan konsep etos iaitu Bar-Tal, Majid Al-Haj, Amitai Etzioni dan Neta Oren. Oleh itu, etos bangsa Malaysia perlu diambil kira bentuk hubungan etnik yang telah terjalin dalam masyarakat multientik selama ini. Selain itu, ia juga penentu kepada proses pembinaan negara bangsa (Mansor et al., 2006) Ciri-ciri unik etos nasional merangkumi empat dimensi utama, iaitu:


Tahap Kesepaduan yang Dicapai melalui Kesepaduan Nasional 10 Proses penyatupaduan yang Diusahakan Penyatupaduan ialah suatu usaha berterusan pada peringkat semua lapisan masyarakat, bukan sahaja sebelum mencapai kemerdekaan, malah hingga kini usaha ini tetap terus dilaksanakan demi menyelesaikan defisit sosial berwahanakan “Tapak Intergrasi” dan berprinsipkan “Tawar- menawar, Perundingan dan Pengantaraan”. Usaha ini tidak boleh dihentikan kerana sifat kepelbagaian mengundang potensi konflik terhadap hal ini.Dalam erti kata lain, Malaysia ialah “work-in-progress”, maka perlulah dijaga seperti menatang minyak yang penuh.Oleh sebab perpaduan ini sukar dan mengambil tempoh yang lama, maka segala usaha yang dilaksanakan hanya boleh membawakan kesepaduan sebagai tahap sebelum atau prasyarat kepada perpaduan. Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) diwujudkan bagi menghasilkan satu indeks pengukuran nasional yang dapat menunjukkan suatu tahap perpaduan (kepelbagaian) dalam kalangan rakyat Malaysia. Usaha proses penyatupaduan oleh kerajaan ialah dengan terbinanya satu model inregrasi kesepaduan nasional yang dinamakan sebagai Indeks Perpaduan Nasional 2018 (IPNas). Model ini menyenaraikan tiga perkara utama sebagai asas dalam menentukan indeks perpaduan iaitu PERPADUAN, KESEPADUAN, dan PENYATUPADUAN. IPNas merupakan rujukan untuk mencipta usaha membina tapak integrasi dengan menggunakan panduan Mengenalpasti Kategori Defisit Sosial untuk memperbaiki kekurangan tersebut. Defisit sosial dalam masyarakat adalah suatu kerencam yang tidak boleh dielakkan. Usaha membina tapak integrasi secara “top-down” dan “bottom down” perlu aktif dan proaktif menerusi peranan kerajaan dan rakyat.


Teras Utama Indeks Perpaduan Nasional 2018 (IPNas) Etnik - Tahap Keetnikan, Batas Etnik, Hubungan Sosial Rentas Etnik Malaysia ialah sebuah negar yang penduduknya terdiri daripada pekbagai etnik yang mengamalkan cara hidup yang tersendiri. Perbezaan ini dapat dilihat melalui bahasa, politik, ekonomi, tempat tinggal dan hubungan sosial. Masyarakat Malaysia terdiri daripada etnik Cina, India dan Melayu. Di Sabah dan Sarawak pula terdapat etnik Kadazan, Iban, Kayan, Bajau, Bidayuh dan banyak lagi. Mereka ini dianggap sebagai etnik bumiputera selain orang-orang Melayu termasuk orang asli. Tahap Kesepaduan yang Dicapai melalui Kesepaduan Nasional 11


Kesepaduan hanyalah prasyarat untuk mencapai perpaduan.Terdapat rangkaian kontradiksi yang perlu diselesaikan daripada kajian yang dibuat oleh KITA, UKM, dapat dikategorikan kontradiksi ini kepada 9 perkara utama iaitu : (a) etnisiti (b) agama (c) kelas sosial (d) pendidikan (e) bahasa (f) generasi, tua dan muda (g) gendner (h) politik federalisme (j) ruang, bandar dan desa 9 isu tersebut masing-masing mengandungi puluhan isu kecil dan remeh jika dibesarkan boleh menjadi punca kepada sesuatu perbalahan. Setiap kontradiksi ini terdapat cabaran khusus yang perlu ditangani sama ada yang telah berlaku atau hal yang baru muncul. Hal ini memang tidak dapat dielakkan dalam sesebuah masyarakat majmuk pelbagai etnik. Proses penyesalan bagi setiap kontradiksi ini, telah lama berlaku di Malayaia. Menerusi “formula BNM” iaitu Bargaining, Negitiation and Meidiation (Tawar-menawar,perundingan dan pengataraan). Prinsip dan ikhtiar “tawar-menawar,rundingan dan orang tengah” inilah yang mendasari proses penyatupaduan (reconeltiation) di Malaysia hingga kini. ALAT - PENYATUPADUAN- TAWAR MENAWAR,PERUNDINGAN DAN PENGANTARAAN Tahap Kesepaduan yang Dicapai melalui Kesepaduan Nasional 12


Alat penyatupaduan ialah satu formula dan usaha berterusan kepada seluruk lapisan masyarakat untuk menyelesaikan defisit sosial berwahanakan tapak integras tawar-menawar, perundingan dan pengantaraan. Tapak integrasi ialah anak kunci kesepaduan. Proses tapak integrasi berlaku melalui tindakan. TAPAK INTEGRASI ANAK KUNCI KESEPADUAN DARI ATAS KE BAWAH (a) kawasan rukun tetangga (KRT), bersifat kelompok strategik (b) wujud sejak 1970, bilangan +- 8500 seluruh negara (e) mekar dan matang daripada orientasi sekuriti hinggalah agen pembangunan BAWAH KE ATAS (a) Peranan NGO sebagai pengagih habuan pembangunan (b) NGO agen pemantauan pelaksanaan program untuk minoriti INISIATIF AKAR UMBI (a) “Street Wedding” atau Majlis Perkahwinan Rakyat berlangsung di seluruh negara pada setiap hujung minggu (b) Inisiatif kelompok akar umbi paling berkesan tanpa pelibatan langsung pemerintah Tahap Kesepaduan yang Dicapai melalui Kesepaduan Nasional 13


Tahap Kesepaduan yang Dicapai melalui Kesepaduan Nasional 14 Buku ini bertujuan bagi mengenal pasti sistem, tahap perkembangan, kemajuan dan kebudayaan merentas bangsa dalam mengukuhkan perpaduan sosial. Seterusnya, kami mengharapkan e-book ini dapat mendidik orang lain untuk melahirkan masyarakat yang bermoral, berjiwa besar, berakhlak mulia profesional dan semangat memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, masyarakat mestilah bersatu padu walaupun kaum dan agama yang berbeza agar negara aman dan harmoni. Oleh yang demikian, semua rakyat dan kerajaan harus bersama-sama memainkan peranan dalam meningkatkan perpaduan untuk membina sebuah bangsa yang terdiri dari rakyat yang bersilang kaum, yang hidup bersatupadu serta aman sentosa. Kerajaan dan pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu bijak dalam menentukan hala tuju dan dasar sesebuah negara untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara serta integrasi. Hal ini, kerana sebagai rakyat, kita telah diajar untuk mengikut jejak seorang pemimpin yang ada di negara kita. PENUTUP


Tahap Kesepaduan yang Dicapai melalui Kesepaduan Nasional 15 QUIZIZZ Aktiviti Pengukuhan


Tahap Kesepaduan yang Dicapai melalui Kesepaduan Nasional 16 Rujukan https://online.anyflip.com/sqpey/pyby/mobile/#goggle_vignette Buku Penghayatan Etika dan Peradaban ( muka surat 47) https://online.anyflip.com/uenk/qiyu/mobile/index.html https://eportfolio.utm.my/artefact/file/download.php? file=958777&view=247439&title=5.+Kesepaduan+Nasional.pdf&downloa d=1 https://fliphtml5.com/flobm/roao/basic


Wujudnya buku ini kerana kami ingin memberi mesej kepada rakyat bahawa kesepaduan sosial adalah sangat penting kerana tanpa kesepaduan sosial, negara kita tidak menjadi negara yang aman dan harmoni. Seterusnya, perbincangan dan perbahasaan berkaitan matlamat perpaduan yang diidamkan, tahap kesepaduan yang dicapai dan proses penyatupaduan yang telah diusahakan.


Click to View FlipBook Version