The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kemahiran Membuat Nota - Muthmainna Binti Asmur Sabahdiansyah. BM SK4. GKEB1072

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1347-24-muthmainna, 2021-11-08 02:18:37

Kemahiran Membuat Nota (GKEB1072)

Kemahiran Membuat Nota - Muthmainna Binti Asmur Sabahdiansyah. BM SK4. GKEB1072

GKEB1072

Alat kemahiran berfikir
*peta i-think
Nama: Muthmainna binti Asmur sabahdiansyah

Kelas: BM SK4

Penghargaan

Puji syukur kepada Allah swt dengan nikmat dan limpah kurnia-Nya saya berjaya menyiapkan tugasan 2
GKEB1072 Kemahiran Belajar dengan jayanya. Jujur banyak kekangan yang dihadapi sepanjang
menyiapkan tugasan ini. Namun, ibu bapa serta keluarga sering memberi sokongan dan dorangan untuk
saya menyiapkan segala tugasan. Terima kasih banyak diucapkan kepada Puan Jaslinah Makantal sebagai
pensyarah saya yang banyak memberi tunuk ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa
juga, sekian terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan seperuangan yang banyak membantu untuk
menjawab persoalan-persoalan saya.

Kandungan Muka Surat

1.0 Pengenalan 1
2.0 Kepentingan Kemahiran Membuat Nota 2
3.0 Justifikasi memilih Kemahiran membuat Nota 3-4
4.0 Pemilihan alat kemahiran berfikir 5-14
5.0 Kesimpulan 15
6.0 Rujukan 16

1.0 Pengenalan

Menurut Wong Kit Wah et.al (2019), kemahiran membuat nota sangat penting dalam proses pembelajaran.
Penguasaan kemahiran membuat nota dapat memudahkan proses pembelajaran dan menguasai ilmu
tersebut serta membantu mengekalkan maklumat yang dipelajari dalam jangka masa yang panjang di
ingatan. Kemahiran ini dapat menjadi asas dalam mencapai cita-cita individu menjadi pelajar cemerlang
(Byla, 2016). Oleh itu, kemahiran membuat nota sangat penting dikuasai sebagai langkah persediaan
pembelajaran sepanjang hayat.

2.0 Kepentingan kemahiran membuat nota

1. Dapat menjimatkan masa untuk mengulang kaji ringkas dan berkesan terutama sekali disaat akhir
sebelum peperiksaan.

2. Dapat membezakan antara fakta penting dan isi sampingan. Hal ini dikatakan demikian, nota yang
dibuat adalah rumusan penting yang sebaiknya untuk dikuasai dan dihafal.

3. Mendapat kefahaman yang menyeluruh kerana sebelum membuat nota, kita harus membuat
pembacaan terlebih dahulu.

4. Memudahkan proses mengingat dengan nota yang menarik perhatian.

3.0 Justifikasi memilih kemahiran membuat nota

Ø Justifikasi saya memilih kemahiran membuat nota adalah kerana, bagi saya menguasai kemahiran ini
amatlah penting bagi seorang pelajar. Pelajar yang cemerlang akan mempunyai strategik yang mantap
untuk menjimatkan masa belajar tetapi mampu menguasai semua topik yang dipelajari. Sebagai contoh,
pelajar membuat nota ringkas mengikut kreativiti penulis. Nota ringkas yang dihasilkan dapat menjimatkan
masa untuk mengulang kaji ringkas dan sangat berkesan dimanfaatkan terutama sekali disaat akhir
sebelum peperiksaan. Jelaslah bahawa, nota ringkas dapat membantu pelajar jimatkan masa untuk
menguasai sesuatu topik.

Ø Selain itu, kemahiran membuat nota juga dapat membantu pelajar untuk membezakan antara isi penting
dan isi sampingan. Nota ringkas adalah merangkumi idea penting dan diselitkan hanya sedikit huraian. Hal
ini demikian, jika nota yang dihailkan terlalu panjang, pembaca akan hilang minat untuk membaca. Oleh itu,
nota yang dihasilkan haruslah ringkas dan padat untuk memudahkan pelajar membezakan isi penting dan
isi sampingan.

Ø Seterusnya,, justifikasi saya memilih kemahiran membuat nota adalah kemahiran ini dapat membantu
pelajar untuk memahami keseluruhan topik, kerana sebelum membuat nota, pelajar perlu membuat
pembacaan terlebih dahalu. Secara tidak langsung, pelajar dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan
dengan membuat pemcaan daripada pelbagai sumber lalu ringkaskan ia menjadai satu nota. Izharlah
bahawa, kemahiran membuat nota membantu pelajar untuk mendapat kefahaman secara menyeluruh
( Niqris, 2018).

Ø Akhir sekali, justifikasi saya memilih kemahiran kerana menurut Ashraf (2019), kemahiran membuat nota
dapat memudahkan pelajar dalam proses mengingat. Nota ringkas yang dihasilkan secara kreatif dan
padat dapat membantu pelajar untuk mengingat kedudukan idea serta kekal lama diingatan. Hal ini
dikatakan demikian kerana, pelajar lebih mudah mengingat sesuatu perkara yang menarik dengan
menggunakan pelbagai kaedah membuat nota. Oleh itu, kemahiran membuat nota sangat penting untuk
memudahkan pelajar mengingati sesuatu perkara.

4.0 Pemilihan Alat Kemahiran Berfikir

Saya memilih peta i-think sebagai produk alat kemahiran berfikir yang saya akan hasilkan. Peta i-think ialah
peta pemikiran yang diperkenalkan dalam program i-think untuk dijadikan alat berfikir. Alat berfikir peta
pemikiran ini dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visuall yang mudah untuk diguna pakai
dan difahami oleh semua golongan. Peta pemikiran ini boleh digunakan oleh murid yang berumul seawal 4
tahun. Antara 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan ialah:

1. Circle Map (Peta Bulatan)

Ø Digunakan untuk memberi sumbangsaran dan mempamerkan idea sedia ada
berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

Rujukan Buku Guru

Panas

Sumbang Hujan Cuaca Cerah
saran

Topik utama

Mendung

Internet Rakan

2. Bubble Map (Peta Buih)

Ø Digunakan untuk mengenal pasti atau menunjukkan kualiti. Jelasnya untuk memberikan

penerangan

Tangan Mulut

Anggota badan
manusia

Lutut Kaki

Bahu

3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)

Ø Digunakan untuk membanding beza sesuatu perkara.

Topik 1 Bulat Bentuk Topik 2
panjang/bujur
Manis

Warna Epal Pisang Warna
merah/hijau kuning
Buah- kulit tidak
Perbezaan Kulit boleh buahan boleh Perbezaan
dimakan
Persamaan dimakan

4. Tree Map (Peta Pokok)

Ø Digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea dengan membuat pengkelasan.

Topik utama

subtopik subtopik subtopik subtopik
Pecahan subtopik
Huraian

5. Brace Map (Peta Dakap)

Ø Digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej
keseluruhan objek manakala garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

Tajuk Utama

Perkara yang ingin Bahagian/komponen
dipecahkan dan yang lebih kecil
digariskannya

Bahagian/
pecahan utama

6. Flow Map (Peta Alir)

Ø Digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

7. Multi-Flaw Map (Peta Pelbagai Alir)

Ø Digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan antara sebab dan akibat.

Sebab/Punca Akibat/Kesan

Penjelasan

8. Bridge Map (Peta Titi)

Ø Digunakan untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor
perhubungan.

Faktor cara baca -
penghubung sama seperti

Hubungan
berkaitan

5.0 Kesimpulan

Peta pemikiran dapat memudahkan pengguna untuk memahami konsep, menganalisis
masalah dan mencari penyelesaian kerana penekanannya menggalakan pengguna
bekerja secara kolaboratif. Tambahan pula, pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh
pelajar untuk membuat nota ringkas yang berkesan serta kreatif.

6.0 Rujukan

Byla. (2016, Ogos 6). Kemahiran mengambil dan membuat nota. Kemahiran belajar.
http://belajaruntukmahirbelajar.blogspot.com/2016/08/kemahiran-mengambil-
dan-membuat-nota.html?m=1

Mr Ashraf. (2009, Mac 20). Info nota- kelebihan membuat nota. Dimensi Minda.
http://dimensiminda.blogspot.com/2009/03/info-nota-kelebihan-membuat-
nota.html?m=1

Wong, K. W., Norlia, M. E., Tan, A. L. & Ridza, A. N. A. R. 2019. Kemahiran Belajar. Oxford
Fajar Sdn. bhd.

Muhammad Niqris. (2018, September 16). Kepentingan membuat nota. Kemahiran belajar.
https://www.google.com.my/amp/s/kemahiranbelajar2018.home.blog/2018/09/16
/kepentingan-membuat-nota/amp/


Click to View FlipBook Version