The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan PdP Pendidikan Kewangan KSSM Matematik T4 16112020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SHAROL NIZAM BIN ABD AZIZ Moe, 2023-11-21 20:41:16

Panduan PdP Pendidikan Kewangan KSSM Matematik T4 16112020

Panduan PdP Pendidikan Kewangan KSSM Matematik T4 16112020

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran PENDIDIKAN KEWANGAN KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4 Peneraju Pendidikan Negara Bahagian Pembangunan Kurikulum


PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KEWANGAN KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4 Bahagian Pembangunan Kurikulum


Terbitan 2020 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. Disediakan oleh: Unit Matematik dan Matematik Tambahan Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum


KANDUNGAN Rukun Negara…………………………………………………………………….................... v Falsafah Pendidikan Kebangsaan………………………………………………………….. vi Definisi Kurikulum Kebangsaan……………………………………………………………. vii Kata Aluan………………………………………………………………………………………….. ix Pendahuluan………………………………………………………………………………………. 1 Standard Kandungan 10.1: Perancangan dan Pengurusan Kewangan 3 Standard Pembelajaran 10.1.1……………………………………………………………. 4 Standard Pembelajaran 10.1.2……………………………………………………………. 10 Pembelajaran Berasaskan Projek…………………………………………………………… 19 Lampiran……………………………………………………………………………………………. 21 Jawapan Lembaran Tugasan………………………………………………………………… 23 Panel Penulis………………………………………………………………………………………. 29


v RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN


vi FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara” Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)


vii DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN 3. Kurikulum Kebangsaan (1)Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 [PU(A)531/97.]


viii


ix KATA ALUAN Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Bahagian Pembangunan Kurikulum dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), telah berjaya menghasilkan Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Kewangan bagi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Matematik. Bahan ini diharap dapat menjadi panduan dan pencetus idea kepada guru dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan pendidikan kewangan di sekolah. Pembangunan panduan pengajaran dan pembelajaran (PdP) ini sejajar dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyokong usaha BNM memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran literasi kewangan dalam kalangan masyarakat di semua peringkat. Panduan PdP ini mengandungi contoh PdP bagi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran tertentu, bertujuan membangunkan pelbagai kecekapan kognitif, afektif dan sosial, serta memupuk kemahiran mengurus kewangan dalam kalangan murid. Panduan PdP ini juga memberi peluang dan pendedahan kepada murid untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan kewangan dalam konteks dunia sebenar. Aktiviti yang disediakan dapat membentuk murid menjadi pemikir dan pengurus kewangan yang matang dan kreatif, ahli pasukan yang bekerjasama dan pemimpin yang tegas serta mempunyai visi yang jelas. Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada panel penulis dan semua pihak yang terlibat dalam pembinaan Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Kewangan ini. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada semua pihak dalam usaha meningkatkan kualiti PdP. Sekian, terima kasih. DATIN SRI HAJAH NOR ZAMANI BINTI ABDOL HAMID Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum 2020


1 PENDAHULUAN Pendidikan kewangan merupakan salah satu elemen merentas kurikulum yang diterapkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bertujuan memberikan pendedahan kepada murid tentang kepentingan membuat keputusan kewangan yang bijak bagi menjamin kesejahteraan kewangan individu, masyarakat dan negara. Definisi Pendidikan Kewangan Pendidikan kewangan merupakan satu proses yang membolehkan pengguna kewangan meningkatkan pemahaman mereka mengenai produk, konsep dan risiko kewangan dan melalui maklumat, panduan dan/ atau nasihat yang betul, dapat membangunkan kemahiran dan keyakinan untuk menjadi lebih arif mengenai risiko dan peluang serta dapat membuat pilihan yang bijak, mengetahui saluran bagi mendapatkan bantuan, dan mengambil tindakan yang berkesan untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan mereka. Rujukan: Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (Organisation for Economic Co-operation and Development) Pelbagai kajian yang dibuat mengesahkan kepentingan pendidikan kewangan di awal usia kanakkanak kerana ia mempunyai impak positif, membentuk dan menggalakkan tingkah laku kewangan sihat pada masa hadapan. Penggunaan wang secara bijak, perbelanjaan dan simpanan yang mampu membentuk asas kemahiran kewangan perlu diberi keutamaan memandangkan kedudukan dan tahap literasi kewangan rakyat Malaysia pada masa kini yang agak rendah. Dapatan kajian oleh Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan kadar peningkatan trend golongan muda yang diisytiharkan muflis adalah sangat membimbangkan. Faktor utama yang dikenal pasti ialah kurang pengetahuan dan disiplin dalam mengurus kewangan. Kebanyakan generasi muda mula berhutang ketika mereka berada di institusi pengajian tinggi dan di awal pekerjaan. Kekurangan pengetahuan kewangan mengakibatkan kesilapan dalam percaturan perbelanjaan. Paling merisaukan apabila terdapat dalam kalangan mereka yang sanggup berhutang semata-mata ingin memenuhi tuntutan gaya hidup masa kini dan mereka sering berbelanja di luar kemampuan.


2 Selain itu statistik dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mendedahkan bahawa ramai rakyat Malaysia terjebak dalam penipuan dan penyalahgunaan kewangan. Trend ini akan memberikan kesan yang tidak baik terhadap ekonomi dan kesejahteraan rakyat dan negara umumnya. Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Kewangan bagi KSSM Matematik ini diharap dapat membantu guru menjalankan aktiviti PdP yang berkesan dan bermakna bagi memupuk kemahiran dan literasi kewangan dalam kalangan murid. Elemen Pendidikan Kewangan yang ditulis secara eksplisit dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik KSSM merangkumi empat tajuk di bawah Matematik Pengguna iaitu: Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Kewangan ini mengandungi tiga bahagian utama iaitu: 1. Cadangan Aktiviti 2. Lembaran Tugasan 3. Pembelajaran Berasaskan Projek Guru boleh menjalankan aktiviti PdP yang dicadangkan mengikut kreativiti, keperluan dan keupayaan murid. Simpanan dan Pelaburan, Kredit dan Hutang Contents Here Contents Here Contents Here Pengurusan Kewangan Simpanan dan Pelaburan, Kredit dan Hutang Insurans Percukaian 2 3 4 1


3 BIDANG PEMBELAJARAN: Nombor dan Operasi TAJUK: 10.0 Matematik Pengguna: Pengurusan Kewangan STANDARD KANDUNGAN: 10.1 Perancangan dan Pengurusan Kewangan


4 Standard Pembelajaran: 10.1.1 Menghuraikan proses pengurusan kewangan yang berkesan. Aktiviti 1a) Senario: Kebanyakan remaja mempunyai impian yang besar, sama ada untuk membeli telefon pintar, melanjutkan pelajaran atau memiliki sebuah kereta. 1. Murid diminta untuk menyenaraikan tiga impian yang berkaitan dengan pengurusan kewangan yang ingin dicapai pada lembaran yang telah disediakan. 2. Seorang murid dipilih untuk berkongsi impian yang telah disenaraikan kepada rakan-rakan yang lain. 3. Murid membezakan impian tersebut adalah keperluan atau kehendak dengan bimbingan guru. Murid dapat memahami bahawa keperluan perlu diutamakan berbanding kehendak. 4. Berdasarkan impian yang telah disenaraikan, murid perlu menulis tempoh masa yang diperuntukkan dan jumlah wang yang diperlukan untuk mencapai impian tersebut. Murid dapat memahami bahawa impian yang memerlukan kewangan yang sedikit memerlukan masa yang singkat untuk dicapai. 5. Murid merancang secara ringkas bagaimana untuk mencapai impian tersebut. 6. Berdasarkan aktiviti yang dijalankan, murid dapat menyatakan refleksi berkaitan: a) Apakah proses pengurusan kewangan yang berkesan? b) Bagaimanakah proses tersebut boleh mempengaruhi kehidupan seseorang individu? 7. Murid dapat memahami bahawa aktiviti tersebut adalah berkaitan proses pengurusan kewangan yang berkesan: a) Menetapkan matlamat b) Menilai kedudukan kewangan c) Mewujudkan pelan kewangan d) Melaksanakan pelan kewangan e) Mengkaji semula dan menyemak kemajuan Lembaran Tugasan 1a(i) dan 1a(ii)


5 Aktiviti 1b) Senario: Pemilihan keperluan atau kehendak mengikut individu. 1. Murid meneliti dan mengenal pasti item berdasarkan keperluan dan kehendak semasa situasi sesat di dalam hutan. 2. Setelah item ditetapkan, murid perlu memilih lima item yang bersesuaian dan memberi justifikasi pemilihan item tersebut. Aktiviti 1c) Senario: Menetapkan dan mengutamakan matlamat kewangan berdasarkan keperluan dan kehendak. 1. Murid menyenaraikan keperluan dan kehendak yang ingin dicapai dalam tempoh jangka masa pendek dan panjang. Senarai keperluan dan kehendak yang dinyatakan perlu melibatkan pengurusan kewangan. 2. Murid menetapkan dan mengutamakan keperluan dan kehendak yang bersesuaian berdasarkan senarai mengikut matlamat pengurusan kewangan. 3. Murid membanding beza matlamat jangka pendek dan jangka panjang dengan rakan. Lembaran Tugasan 1b) Lembaran Tugasan 1c)


6 Lembaran Tugasan 1a(i) SP 10.1.1 Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berpasangan. Situasi: Anda ingin memiliki sebuah telefon pintar berjenama yang berharga RM699.00. Lengkapkan langkah di bawah. Langkah 1 Tetapkan matlamat anda. Langkah 2 Tetapkan tempoh masa untuk mencapai matlamat. Langkah 3 Tentukan jumlah wang yang perlu dimiliki. Langkah 4 Tentukan jumlah wang yang perlu disimpan setiap bulan. Langkah 5 Nyatakan langkah yang bersesuaian untuk mencapai matlamat simpanan bulanan.


7 Lembaran Tugasan 1a(ii) SP 10.1.1 Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berpasangan. Situasi: Anda diberi dua pilihan sama ada ingin membeli kasut sukan berjenama yang berharga RM459 atau telefon pintar berharga RM580. Lengkapkan langkah di bawah dengan membuat perbandingan antara dua keinginan tersebut. Kemudian, buat pilihan yang bukan sahaja mampu dicapai daripada segi kos, tetapi penting untuk dimiliki. Langkah 6 Kehendak yang mana satukah anda korbankan untuk mencapai matlamat anda. Langkah 1 Tetapkan matlamat anda. Langkah 2 Tetapkan tempoh masa untuk mencapai matlamat. Langkah 3 Tentukan jumlah wang yang perlu dimiliki. Langkah 4 Tentukan jumlah wang yang perlu disimpan setiap bulan. Langkah 5 Nyatakan langkah yang bersesuaian untuk mencapai matlamat simpanan bulanan.


8 Lembaran Tugasan 1b) SP 10.1.1 Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berpasangan. Situasi: Bayangkan anda tersesat di dalam hutan tanpa sebarang bekalan dan alatan. Dalam situasi ini, sekiranya anda diberi senarai item, tentukan sama ada ianya keperluan atau kehendak. 1. Tuliskan P bagi “Keperluan” dan H bagi “Kehendak” di ruang yang disediakan di sebelah setiap item. Perkara P/H Perkara P/H Perkara P/H Lampu Picit Coklat Telefon Bimbit Buku Komik Aiskrim Makanan Segera Air Berkabornat Nasi Berlauk Peti Kecemasan Baju Lengan Panjang dan Seluar Panjang Kertas dan Pen/Pensil Tuala Payung Wang Selimut Tali Cermin Mata Hitam Topi Baju Kemeja Kompas dan Peta Kasut 2. Kenal pasti lima item keperluan dan berikan justifikasi keperluan bagi setiap item tersebut. a. Item:_______________________ Justifikasi: ________________________________ b. Item: _______________________ Justifikasi: ________________________________ c. Item: _______________________ Justifikasi: ________________________________ d. Item: _______________________ Justifikasi: ________________________________ e. Item: _______________________ Justifikasi: ________________________________


9 Lembaran Tugasan 1c) SP 10.1.1 Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara individu. 1. Senaraikan keperluan dan kehendak anda yang melibatkan pengurusan kewangan. a. __________________________ b. __________________________ c. __________________________ d. __________________________ e. __________________________ 2. Berdasarkan senarai yang dinyatakan di bahagian atas, pilih keutamaan anda mengikut matlamat pengurusan kewangan jangka pendek dan jangka panjang. Matlamat Jangka Pendek (Dalam masa 1 bulan) Matlamat: Sasaran: RM_____________ Tarikh Sasaran: ________________ Amaun Simpanan Harian: RM______________ Matlamat Jangka Panjang (Lebih daripada 1 tahun) Matlamat: Sasaran: RM_____________ Tarikh Sasaran: ________________ Amaun Simpanan Bulanan: RM______________


10 Standard Pembelajaran: 10.1.2 Membina dan membentang pelan kewangan peribadi untuk mencapai matlamat kewangan jangka pendek dan jangka panjang, dan seterusnya menilai kebolehlaksanaan pelan kewangan tersebut. Aktiviti 1 Senario: Memahami dan merancang matlamat kewangan. 1. Murid menyenaraikan matlamat kewangan yang ingin dicapai berserta tempoh masa dan jumlah wang yang diperlukan. 2. Murid mengenal pasti jangka masa yang diperlukan untuk mencapai matlamat. Seterusnya murid merancang simpanan untuk mencapai matlamat yang telah dipilih. 3. Setelah merancang simpanan, murid merancang perbelanjaan bulanan supaya matlamat kewangan dapat dicapai. Aktiviti 2 1. Bincangkan perancangan dan pengurusan kewangan berdasarkan konsep SMART. 2. Bahagikan murid kepada enam kumpulan dan berikan senario yang berbeza. 3. Peruntukkan masa lima minit kepada setiap kumpulan. Murid merancang untuk mencapai matlamat kewangan berdasarkan konsep SMART bagi senario yang diberikan kepada kumpulan mereka. 4. Laksanakan Round Table bagi membolehkan murid melengkapkan jadual berdasarkan senario yang lain. 5. Berdasarkan aktiviti SMART yang telah dijalankan, minta setiap kumpulan untuk memilih satu senario, dan seterusnya membina serta merancang pelan kewangan yang lengkap. 6. Minta beberapa kumpulan untuk membentangkan dapatan yang diperolehi. Galakkan murid untuk turut sama berbincang dan memberikan pandangan. Lembaran Tugasan 1a), 1b) dan 1c) Lembaran Tugasan 2a(i), 2a(ii), 2b) dan Lampiran 2


11 Lembaran Tugasan 1a) SP 10.1.2 Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berkumpulan. Senaraikan matlamat kewangan yang ingin anda capai. Bagi memastikan matlamat kewangan tersebut dapat dicapai, anda perlu merancang dengan teliti. Lengkapkan ruang kosong dalam jadual yang disediakan di bawah. Matlamat (Terangkan secara ringkas) Jangka masa Tarikh permulaan Tarikh berakhir Jumlah yang diperlukan (RM) Jumlah yang diperlukan setiap hari (RM)


12 Lembaran Tugasan 1b) SP 10.1.2 Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berkumpulan. Untuk masa hadapan yang selesa, adalah penting bagi kita untuk merancang matlamat kewangan. Amaun matlamat kewangan serta jangka masa simpanan akan menentukan jumlah simpanan yang anda perlu buat setiap hari, minggu atau bulan. Tentukan matlamat kewangan jangka pendek dan jangka panjang anda. Berdasarkan matlamat tersebut, tentukan berapakah amaun matlamat kewangan berkenaan. Tentukan jumlah simpanan mingguan yang boleh anda buat. Tentukan jangka masa (minggu) yang anda perlukan untuk menyimpan bagi mencapai matlamat kewangan tersebut. 1. Apakah matlamat kewangan yang ingin anda capai? _________________________________________________________________________ 2. Berapakah amaun sasaran anda? _________________________________________________________________________ 3. Berapakah jumlah wang yang perlu anda simpan setiap minggu? _________________________________________________________________________ 1. Apakah matlamat kewangan yang ingin anda capai? _________________________________________________________________________ 2. Berapakah amaun sasaran anda? _________________________________________________________________________ 3. Berapakah jumlah wang yang perlu anda simpan setiap minggu? _________________________________________________________________________ Jangka Masa Pendek (1 Bulan) Jangka Masa Panjang (Lebih Setahun) Pengiraan: Pengiraan:


13 Lembaran Tugasan 1c) SP 10.1.2 Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berkumpulan. Merancang simpanan dan perbelanjaan anda. Pendapatan bulanan Item Jumlah (RM) Wang Saku Wang Ganjaran (Hadiah, Angpau) Jumlah Pendapatan Sebulan Simpanan (10% daripada pendapatan) Perbelanjaan bulanan Item Jumlah (RM) Filem, Muzik & Hiburan Pakaian & Aksesori Makanan Ringan Pengangkutan Kelengkapan Sekolah Jumlah Perbelanjaan Sebulan Keputusan Jumlah Pendapatan (RM) Jumlah Perbelanjaan (RM) Lebihan (RM) * Simpanan perlu diasingkan sebanyak 10% daripada pendapatan sebelum membuat perbelanjaan. * Lebihan boleh disimpan / dilabur/ dibelanjakan.


14 Lembaran Tugasan 2a(i) SP 10.1.2 Arahan: Laksanakan aktiviti ini secara berkumpulan dengan mengaplikasikan konsep SMART. Senario 1 Encik Bakar mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran anaknya Ali yang kini berusia 13 tahun ke institusi pengajian tinggi awam selepas tamat persekolahan. Oleh itu, beliau merancang untuk menguruskan pelan kewangan yang mana kos pengajian bagi peringkat diploma adalah sebanyak RM15,000.00. Pada pendapat anda, apakah strategi pengurusan kewangan yang terbaik buat Encik Bakar agar dapat mengumpul sejumlah wang bagi membiayai pengajian anaknya? Senario 2 Datuk dan nenek Ah Chong berada di Beijing, China. Mereka mempelawa cucunya untuk melawat mereka pada cuti sekolah bulan Disember nanti. Ah Chong perlu menyediakan wang untuk membeli tiket penerbangan pergi dan pulang bagi memenuhi pelawaan datuk dan neneknya. Setakat ini, Ah Chong mempunyai RM200.00 yang diperolehi daripada angpau pada Tahun Baharu Cina. Bagaimanakah Ah Chong boleh memperoleh wang yang mencukupi bagi merealisasikan impiannya? Senario 3 Ahmad telah terpilih mewakili sekolahnya dalam perlawanan bola sepak yang akan diadakan pada bulan Julai nanti. Kasut bola yang dimiliki oleh Ahmad telah lusuh dan perlu diganti dengan yang baharu. Dia mempunyai masa selama 4 bulan untuk memiliki kasut tersebut. Harga sepasang kasut bola yang bagus di pasaran adalah dalam lingkungan RM150.00. Bagaimanakah Ahmad dapat mengumpul wang bagi mencapai matlamat tersebut dalam masa yang ditetapkan?


15 Senario 4 Sekolah anda telah memperoleh sumbangan dana sebanyak RM1,200.00 daripada sebuah syarikat telekomunikasi bagi membina sebuah taman mini dalam kawasan sekolah. Kelas anda perlu menyediakan rekabentuk taman serta memilih pokok yang akan ditanam di taman mini tersebut. Projek ini perlu disiapkan dalam tempoh 3 bulan. Bagaimanakah kelas anda dapat merekabentuk taman mini yang menarik dengan kos yang bersesuaian? Senario 5 Komputer riba adalah satu keperluan bagi pelajar di universiti seperti Aminah. Setiap semester, Aminah menerima pembiayaan pinjaman pendidikan sebanyak RM3,500.00. Wang saku yang diberikan oleh bapanya adalah sebanyak RM250.00 sebulan. Bantu Aminah untuk memilih komputer riba yang bersesuaian dengan menggunakan pelan pengurusan kewangan yang betul. Senario 6 Amin seorang graduan yang baru bekerja selama setahun di sebuah syarikat korporat di ibu negara. Amin berazam untuk memiliki sebuah kereta bagi memudahkan pergerakannya ke tempat kerja. Dengan pendapatan RM4,300.00 sebulan, Amin perlu menguruskan pelan kewangannya supaya dia dapat mengumpul wang pendahuluan sebanyak RM8,000.00 dalam masa 12 bulan. Bantu Amin dalam menguruskan pelan kewangannya.


16 Lembaran Tugasan 2a(ii) SP 10.1.2 Arahan: Baca senario yang diberikan kepada kumpulan anda dengan teliti. Lengkapkan jadual dibawah berdasarkan konsep SMART untuk merancang dan menguruskan kewangan bagi mencapai matlamat kewangan senario tersebut. Senario S=Specific M=Measureable A=Attainable R=Realistic T=Time Bound 1 2 3 4 5 6


17 Lembaran Tugasan 2b) SP 10.1.2 Arahan: Pilih satu senario. Bina dan rancang pelan kewangan yang lengkap bagi mencapai matlamat kewangan senario terebut. Senario S=Specific M=Measureable A=Attainable R=Realistic T=Time Bound Pendapatan Sebulan: Perbelanjaan Sebulan: Simpanan Setiap Minggu/ Bulan: Matlamat kewangan dapat dicapai pada minggu/ bulan ke- ________________________________


18 Lampiran 2 SP 10.1.2 Konsep SMART dalam menguruskan pelan kewangan yang berkesan. Sesuatu matlamat kewangan yang ditetapkan mesti khusus. Sesuatu matlamat kewangan yang ditetapkan mesti boleh diukur dengan nilai wang. Sesuatu matlamat kewangan yang ditetapkan mesti boleh dicapai. Sesuatu matlamat kewangan yang ditetapkan mesti realistik dan berkait dengan diri sendiri. Sesuatu matlamat kewangan yang ditetapkan mesti mempunyai tempoh masa tertentu. S=Specific M=Measurable A=Attainable R=Realistic T=Time bound


19 Pembelajaran Berasaskan Projek Isu Semua murid mempunyai impian untuk memiliki barang keperluan mengikut kehendak masing-masing. Kebanyakan murid mendapat wang saku daripada ibu bapa atau penjaga. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir murid yang tidak langsung memperolehi wang saku, namun mendapat bantuan daripada kerajaan atau badan bukan kerajaan. Tahap kesedaran dan kefahaman berkaitan pengurusan kewangan dalam kalangan murid yang masih rendah menyebabkan murid sukar merancang dan menguruskan kewangan secara bijaksana. Tujuan Kerja projek ini bertujuan mendidik murid agar dapat menetapkan matlamat kewangan yang hendak dicapai (jangka pendek/ jangka panjang) dan melaksanakan perancangan serta pengurusan kewangan termasuk pelan kewangan berdasarkan konsep SMART. Melalui kerja projek ini murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan yang baik serta berjaya merealisasikan matlamat kewangan mereka. Tema Impian Hidupku Tajuk *Bersesuaian dengan matlamat kewangan yang hendak dicapai. Tempoh Cadangan satu bulan untuk matlamat kewangan jangka pendek. **Cadangan satu tahun untuk matlamat kewangan jangka panjang. (Bagi matlamat kewangan jangka panjang, penilaian kebolehlaksanaan pelan kewangan tidak perlu dijalankan).


20 Tempoh Pelaksanaan Satu Bulan Kaedah Pelaksanaan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek boleh dilaksanakan di dalam dan di luar bilik darjah, secara individu atau berpasangan. Kandungan 1. Matlamat Kewangan Jangka Pendek a) Tajuk b) Proses Pengurusan Kewangan i) Menetapkan matlamat (SMART). ii) Menilai kedudukan kewangan. iii) Mewujudkan pelan kewangan. iv) Melaksanakan pelan kewangan. v) Mengkaji semula dan menyemak kemajuan. c) Refleksi 2. Matlamat Kewangan Jangka Panjang a) Tajuk b) Proses Pengurusan Kewangan i) Menetapkan matlamat (SMART). ii) Menilai kedudukan kewangan. iii) Mewujudkan pelan kewangan. c) Refleksi Penilaian Kerja projek dinilai berdasarkan rubrik yang dibina. ***Cadangan borang log pemerhatian dan rubrik penilaian seperti di Lampiran.


21 LAMPIRAN Penilaian Projek Log Pemerhatian Individu atau Log Pemerhatian Kumpulan Guru boleh mencatatkan pemikiran matematik, kefahaman konsep, kemahiran dan refleksi berkaitan murid secara individu atau berkumpulan. Catatan pemerhatian digunakan sebagai rekod kemajuan dalam pembelajaran murid. Contoh: Kefahaman masalah, prosedur, pengiraan, tahap pemikiran, keupayaan menaakul, membuat perkaitan, membuat perwakilan dan mengkomunikasikan proses dan dapatan. Nama Murid / Ahli Kumpulan: Projek: Tarikh Ulasan


22 LAMPIRAN Rubrik Penilaian Nama Murid / Ahli Kumpulan: Projek: Cadangan Soalan Penilaian Apakah masalah yang cuba diselesaikan? Bagaimana anda boleh menerangkan kepada rakan lain? Apakah yang perlu dicari sebelum anda boleh memperoleh sesuatu penyelesaian? Bagaimana fakta masalah berhubungkait? Bagaimana suatu fakta berkait dengan yang lain? Apakah data yang diperlukan/tidak diperlukan? Mengapa? Apakah strategi yang mungkin dapat menyelesaikan masalah ini? Apakah strategi yang bersesuaian? Bagaimana anda berkongsi kefahaman tentang masalah kepada ahli kumpulan? Bagaimana kumpulan anda membahagi tugasan bagi menyelesaikan masalah ini? Bagaimana kumpulan anda berkerjasama secara efektif? Apakah penyelesaian yang bersesuaian dengan masalah yang dinyatakan? Bagaimana anda menjustifikasi penyelesaian akhir? Hasil / Tindakan / Tingkah Laku Markah Penyelesaian Memuaskan Penyelesaian adalah sah dan praktikal. 25 Justifikasi Keputusan Murid mengkomunikasikan dapatan serta menjustifikasi keputusan melalui pembentangan, laporan bertulis atau perbincangan. Murid menyokong keputusan dengan hujah yang bernas. 15 Kaedah Murid berupaya menganalisis dan menstrukturkan maklumat dengan menggunakan teknologi. 15 Ketepatan Penaakulan dan pengiraan adalah logik dan tepat. 15 Kreativiti Murid mempamerkan pemikiran kreatif dan kritis. 10 Kegigihan Murid menunjukkan kegigihan sepanjang projek. 10 Kerjasama dalam Kumpulan Murid bekerja bersama, berkongsi idea, dan mendengar idea rakan. Mereka menunjukkan kesediaan membantu satu sama lain. 10


23 JAWAPAN LEMBARAN TUGASAN LT1a(i) SP10.1.1 Langkah 1 Ingin memiliki sebuah telefon pintar berjenama yang canggih dan terkini. Langkah 2 Tempoh masa diambil 10 bulan. Langkah 3 RM699.00 Langkah 4 RM69.90 per bulan RM17.50 per minggu Langkah 5 Menyimpan sekurang-kurangnya RM2.50 per hari daripada wang saku yang diterima. Melakukan kerja sambilan pada waktu cuti sekolah atau hujung minggu. LT1a(ii) SP10.1.1 *Terima jawapan yang munasabah dengan justifikasi. Sampel Jawapan: Langkah 1 1. Membeli kasut sukan. 2. Membeli telefon pintar. Langkah 2 Tempoh masa diambil 4 bulan. Langkah 3 1. Kasut sukan = RM459 2. Telefon pintar = RM580 Langkah 4 1. Kasut sukan: Sebulan: RM459 / 4 = RM114.75 Sehari: RM3.83 2. Telefon pintar: Sebulan: RM580 / 4 = RM145 Sehari: RM4.84 Langkah 5 Perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM8.67 sehari untuk kedua-dua matlamat. Melakukan kerja sampingan untuk menambah duit simpanan. Langkah 6 Mengorbankan telefon pintar kerana harganya lebih mahal dan sudah mempunyai telefon pintar yang masih boleh digunakan.


24 LT1b) SP10.1.1 1. Perkara P/H Perkara P/H Perkara P/H Lampu Picit P Coklat H Telefon Bimbit H Buku Komik H Aiskrim H Makanan Segera H Air Berkabornat H Nasi Berlauk H Peti Kecemasan P Baju Lengan Panjang dan Seluar Panjang P Kertas dan Pen/ Pensil H Tuala H Payung P Wang H Selimut P Tali P Cermin Mata Hitam H Topi P Baju Kemeja H Kompas dan Peta P Kasut P 2. LT1c) SP10.1.1 1. Keperluan dan Kehendak a. Keperluan sekolah (alat tulis, buku rujukan dll) b. Telefon pintar c. Makanan d. Pakaian e. Tambang pengangkutan (kad touch n go) Item Justifikasi Lampu picit Membantu dalam pergerakan di dalam hutan Kompas dan peta Sebagai panduan untuk mencari jalan keluar atau tempat yang selamat Baju lengan panjang dan seluar panjang Melindungi tubuh badan dari gigitan serangga Peti kecemasan Digunakan untuk mengubati luka-luka ringan Tali Digunakan untuk mengikat barang, alatan untuk mendaki dan menyangkut khemah.


25 2. Matlamat Jangka Pendek (Dalam masa 1 bulan) Matlamat: Tambang pengangkutan (kad touch n go) Sasaran: RM50.00 Tempoh sasaran: Setiap hujung bulan Amaun harian: RM1.70 sehari Tambang pergi dan balik ke sekolah = (RM1.60 x 5 hari = RM8.00) Tambang pergi dan balik ke pusat tuisyen = (RM3.00 x 1 hari = RM3.00) Jumlah keseluruhan perbelanjaan = (RM8.00 + RM3.00) x 4 minggu = RM44.00 3. Matlamat Jangka Panjang (Lebih daripada 1 tahun) Matlamat: Telefon pintar berjenama Sasaran: RM800.00 Tempoh sasaran: 24 bulan Amaun bulanan: RM33.35 Bagi mencapai matlamat ini, murid perlu menyimpan sebanyak RM1.12/sehari. LT1a) SP10.1.2 Matlamat (Terangkan secara ringkas) Jenis jangka masa Tarikh permulaan Tarikh berakhir Jumlah yang diperlukan (RM) Jumlah yang diperlukan setiap hari (RM) Belanja ibu makan malam sempena Hari Lahir. 1 bulan 1 Mac 31 Mac RM40 RM1.30 Membeli kasut sukan 4 bulan 1 Mei 31 Ogos RM280 RM2.30 Mengumpul wang pendahuluan kereta 5 tahun November 2020 November 2025 RM5,000 RM2.80


26 LT1b) SP10.1.2 Jangka Masa Pendek (1 Bulan) Jangka Masa Panjang (Lebih Setahun) 1. Belanja ibu makan malam sempena Hari Lahir. 2. RM40. 3. RM9.10 Pengiraan: Perbelanjaan sepatutnya = RM40 Simpanan sehari = RM40 / 31 hari = RM1.30 Simpanan seminggu = RM1.30 × 7 = RM9.10 1. Mengumpul wang pendahuluan kereta. 2. RM5,000 3. RM19.60 Pengiraan: Perbelanjaan sepatutnya = RM5,000 Simpanan sehari = RM5,000 / 1825 hari = RM2.80 Simpanan seminggu = RM2.80 × 7 = RM19.60 LT1c) SP10.1.2 Keputusan Jumlah Pendapatan (RM) RM400 Jumlah Perbelanjaan (RM) RM278 Lebihan (RM) RM82 Pendapatan bulanan Item Jumlah (RM) Wang Saku RM300 Wang Ganjaran (Hadiah, Angpau) RM100 Jumlah Pendapatan Sebulan RM400 Simpanan (10% daripada pendapatan) RM40 Perbelanjaan bulanan Item Jumlah (RM) Filem, Muzik & Hiburan RM40 Pakaian & Aksesori RM20 Makanan Ringan RM120 Pengangkutan RM48 Kelengkapan Sekolah RM50 Jumlah Perbelanjaan Sebulan RM278


27 LT2a(ii) SP10.1.2 *Terima jawapan yang munasabah dengan justifikasi. Sampel Jawapan: Senario S=Specific M=Measureable A=Attainable R=Realistic T=Time Bound 1 Encik Bakar ingin melanjutkan pelajaran anaknya di peringkat diploma ke IPTA. Kos yang diperlukan adalah sebanyak RM15,000.00 (Yuran pengajian, buku rujukan, makanan, tempat penginapan dll). Encik Bakar perlu menyimpan sebanyak RM250.00 sebulan selama 5 tahun. Bagi mencapai matlamat tersebut, Encik Bakar perlu menguruskan kewangannya dengan menyimpan RM250.00 sebulan selama 5 tahun. Dalam tempoh 5 tahun, Encik Bakar perlu mendapatkan RM15,000.00 bagi menampung perbelanjaan anaknya ketika melanjutkan pelajaran. 2 Ah Chong ingin melawat datuk dan neneknya di China. Tiket penerbangan pergi dan balik ke China pada bulan Disember adalah RM912.00 Ah Chong perlu menyimpan RM80.00 sebulan selama 9 bulan dan ditambah dengan RM200.00 yang diperolehinya semasa perayaan yang lalu. Ah Chong perlu meningkatkan tahap kewangannya dalam tempoh 9 bulan agar dapat menyimpan RM80.00 setiap bulan. Pada bulan Disember, Ah Chong perlu memperolehi RM912.00 bagi membolehkannya melawat datuk dan neneknya. 3 Ahmad ingin membeli sepasang kasut bola untuk perlawanan yang akan datang. Harga bagi sepasang kasut bola yang bagus adalah RM150.00 Ahmad perlu menyimpan sebanyak RM5.40 sehari selama 4 bulan. Ahmad perlu meningkatkan tahap kewangan sebanyak RM5.40 sehari agar dapat membeli sepasang kasut bola dalam masa 4 bulan. Sebelum perlawanan bola berlangsung pada bulan Julai nanti, Ahmad harus berjaya mengumpul RM150.00 agar dapat membeli kasut yang diinginkan. 4 Kelas 3 Pluto perlu menyiapkan taman mini sekolah. Modal tersedia adalah sebanyak RM1,200.00 Kelas 3 Pluto perlu membelanjakan RM1,200.00 bagi menyiapkan projek taman mini dalam tempoh 3 bulan. Kelas 3 Pluto perlu menguruskan kewangan dengan bijak agar projek taman mini dapat disiapkan pada tempoh yang telah ditetapkan. Projek taman mini perlu disiapkan dalam tempoh 3 bulan dengan menggunakan modal sebanyak RM1,200.00 yang telah disumbangkan.


28 Senario S=Specific M=Measureable A=Attainable R=Realistic T=Time Bound 5 Aminah ingin membeli sebuah komputer riba pada semester yang pertama. Harga untuk sebuah komputer riba adalah RM1,776.00 Bapa Aminah memberi RM250.00 setiap bulan dan baki wang pinjamannya setiap semester adalah sebanyak RM800.00 Aminah perlu menyimpan wang sebanyak RM1,7776.00 pada semester pertama hasil dari baki wang pinjaman dan wang saku dari bapanya Pada akhir bulan semester pertama, Aminah perlu mempunyai RM1,776.00 untuk membeli sebuah komputer riba. 6 Amin ingin memiliki sebuah kereta pada tahun 2021. Kos yang diperlukan adalah RM8,000.00 bagi wang pendahuluan. Amin perlu membuat simpanan sebanyak RM670.00 sebulan. Amin perlu menyimpan sebanyak RM670.00 setiap bulan selama 12 bulan untuk wang pendahuluan. Pada bulan 12 2020, Amin perlu mendapatkan RM8,00.00 sebagai wang pendahuluan bagi memiliki sebuah kereta. LT2b) SP10.1.2 *Terima jawapan yang munasabah dengan justifikasi.


29 PANEL PENULIS 1.1. Dr. Rusilawati binti Othman Bahagian Pembangunan Kurikulum 2.2. Rosita binti Mat Zain Bahagian Pembangunan Kurikulum 3.3. Noraida binti Md. Idrus Bahagian Pembangunan Kurikulum 4.4. Wong Sui Yong Bahagian Pembangunan Kurikulum 5.5. Alyenda binti Ab. Aziz Bahagian Pembangunan Kurikulum 6. Noor Aliza binti Nordin Bahagian Pembangunan Kurikulum 7. Dr. Roslinda binti Rosli Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor 8. Dr. Faizah binti Md Ghazali Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan 9. Zanariah binti Mahyun Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Johor 10. Norfaizah binti Zainal Abidin SMK Pandan Mewah, Selangor TURUT MENYUMBANG 1. Rugayyah binti Harun Bank Negara Malaysia 2. Sunita binti Sulaiman Bank Negara Malaysia


30


31


32 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4 – 8 Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E 62604 Putrajaya Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-88889917 http://www.moe.gov.my/bpk


Click to View FlipBook Version