BUKU PROGRAM
WEBINAR GET INTO RUGBY
2021
ISI KANDUNGAN Muka surat
Bil Tajuk 3
4
1. Biodata Penceramah 5
2. Pengenalan 6
3 Matlamat 7
4 Objektif 8
5 Tentatif 9-21
6 Ahli Jawatankuasa
7 Modul
❖ Nama jurulatih:Muhammad Izzuddin Bin Azamudin BIODATA PENCERAMAH
❖ Jawatan:-Guru SKLS-Pengurus & Jurulatih Pasukan Subang Valley Koalas
❖ Pengalaman dalam sukan ragbi
▪ 16 - 17 = Player SMTI Panthers RC
▪ 18 - 23 = Player IPG Tech The Knight Picnic RC
▪ 23 - Now = Rugby Referee PPD Petaling Utama
❖ Sijil jurulatih-
▪ Bengkel Kejurulatihan Ragbi Rimau PPD PU 2015
▪ Bengkel Kepengadilan Ragbi PPD PU 2015
▪ Bengkel Kepengadilan Ragbi PPD PU 2021
▪ First Aid In Rugby 2021
❖ Pengalaman bawa pasukan ragbi
▪ Pengurus dan Jurulatih Subang Valley Koalas 2015 - Now (7 tahun)
❖ Pencapaian pasukan:
▪ 2020
1. 2nd Bowl - MSSD Petaling Utama U12
▪ 2019
1. 3rd Plate - MSSD Petaling Utama U122.
2. 3rd Plate - MSSD Petaling Utama U103.
3. 2nd Bowl - MPAJ 7's U104.
4. 1st Shield 1st Division - Putrajaya National 7's Junior
▪ 2018
1. 2nd Bowl - MSSD Petaling Utama U122.
2. 3rd Shield - MSSD Petaling Utama U10
▪ 2017
1. 3rd Shield - MSSD Petaling Utama U122.
2. 2nd Shield - MSSD Petaling Utama U123.
3. 2nd Bowl - Pulau Indah 7's U12
PENGENALAN
Program Get into Rugby yang dianjurkan oleh ahli
jawatankuasa kursus MPU2071 Pengurusan
Kokurikulum dengan kerjasama kelab ragbi SK Lembah
Subang ini disertai oleh para guru dan pelajar tahun 1
hingga tahun 6 SK Lembah Subang. Program ini akan
dijalankan pada 6 Julai 2021. Program ini bertujuan
untuk menjadi medan latihan menimba ilmu dari segi
taktikal dan teori dalam kemahiran sukan ragbi.
MATLAMAT
Program Get into Rugby ini dirancang bertujuan untuk
memberi pendedahan serta peluang kepada pelajar SK
Lembah Subang untuk mengetahui, mencuba dan
melibatkan diri dalam sukan ragbi. Aktiviti ini juga
sekaligus dapat memberi peluang kepada pelajar untuk
menunjukkan kemampuan dan kemahiran mereka selari
dengan misi kelab ragbi SK Lembah Subang iaitu ingin
mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan ragbi. Oleh hal
yang demikian, program ini terbuka kepada pelajar lelaki
dan perempuan yang berminat dan mempunyai potensi
untuk menceburi sukan ini. Untuk pencapaian terbaik
pasukan ragbi SK Lembah Subang adalah sebagai tempat
kedua bowl bagi MSSD Petaling Utama U12, tempat ketiga
plate bagi MSSD Petaling Utama U10, johan shield divisyen
pertama bagi Putrajaya National 7s Junor. Pencapaian ini
berterusan daripada 2017 hingga kini.
OBJEKTIF
1.Mempromosikan sukan ragbi kepada guru dan
pelajar SK Lembah Subang
2.Memperkenalkan teknik dan peraturan sukan
ragbi kepada pelajar dan guru SK Lembah
Subang
3.Memberi ruang dan peluang kepada pelajar
untuk menceburi sukan ragbi.
4.Mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan
ragbi
TENTATIF
Masa Aktiviti
3.50 petang : Pendaftaran Peserta
4.00 petang
: Ucapan pengerusi Majlis
4.15–5.00 petang Ucapan pengarah program
: Programl Get into Rugby bermula
Butiran program:
Sejarah sukan ragbi
Pakaian ragbi
Alatan yang digunakan dalam sukan ragbi
Kawasan permainan
Cara permainan
Kesalahan dan peraturan asas dalam ragbi
5.10 petang : Sesi soal jawab
5.20 petang : Kuiz ragbi
5.30 petang Pemberian e-sijil kepada semua peserta
: Bersurai
AHLI JAWATANKUASA
BIL JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
1 Pengarah Program ➢ Menyelaras dan mengurus semua perkara yang berkaitan dengan
Muhammad Dzilhaziq bin Bismy Zee
jawatankuasa yang terlibat.
2. Pengacara Majlis (Moderator) ➢ Memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar
Nur Adilah Izzati binti Mohamad Shari
➢ Mengacarakan dan menjadi moderator semasa program
3. Pendaftaran Peserta berlangsung mengikut protokol yang telah ditetapkan
Nur Alyaa Athirah binti Roslan
➢ Menyediakan link pendaftaran
4. Penyediaan Soalan Kuiz dan E-Sijil ➢ Mengendalikan pendaftaran peserta semasa program berlangsung
Nur Adilah Izzati binti Mohamad Shari
Muhammad Dzilhaziq bin Bismy Zee ➢ Menyediakan soalan kuiz kepada peserta dan mengendalikan kuiz
di akhir sesi webinar seperti yang ditetapkan.
5. Jurugambar dan teknikal
Nur Alyaa Athirah binti Roslan ➢ Menyediakan E-Sijil kepada para peserta yang berjaya mengikuti
program dan menjawab kuiz yang disediakan
6. Dokumentasi
Nur Adilah Izzati binti Mohamad Shari ➢ Menguruskan rakaman video/ gambar semasa program
berlangsung
7. Poster dan Buku Program
Muhammad Dzilhaziq bin Bismy Zee ➢ Menguruskan bahagian slaid supaya semuanya berjalan lancar
Nur Alyaa Athirah binti Roslan
➢ Menyediakan laporan postmortem dalam bentuk bertulis dan video
selepas program.
➢ Menghasilkan poster program dan menwar-warkan program
kepada peserta.
➢ Menyediakan buku program menggunakan flip dan memberi
kepada semua peserta sebelum program berlangsung
GET INTO RUGBY
PROGRAMME
SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAH
SUBANG
(SEKOLAH AMANAH KOHORT 2021)
ISI KANDUNGAN PROGRAM
1. Sejarah
2. Pakaian
3. Alatan
4. Kawasan permainan
5. Cara permainan
6. Kesalahan dan peraturan asas
SEJARAH SUKAN RAGBI
- Permainan ragbi bermula pada tahun 1823 di sebuah pekan kecil bernama
Rugby, England.
- Semasa perlawanan bola sepak di Sekolah Rugby, Webb Ellis secara
tidak sengaja tertangkap bola menggunakan tangan dan berlari menuju
ke arah gol.
- Rakan-rakan Ellis marah dengan perbuatan tersebut dan mengejarnya.
- Kejadian ini adalah idea terciptanya sukan ragbi menggunakan nama pekan
tersebut.
- University Cambrigde telah mengubah suai permainan ini, mempopularkan
dan membuat peraturan rasminya sendiri.
- Sebuah tugu peringatan telah dibina di pekan Rugby, England untuk
memperingati sejarah ini.
- Ragbi kini popular di seluruh dunia dan Rugby World Cup mempunyai nama
asal iaitu Webb Ellis Cup.
ASAS ALATAN
KESELAMATAN
HEADGEAR
MOUTH GUARD BODY ARMOUR
BOLA RAGBI
KAWASAN PERMAINAN
CARA PERMAINAN (MENYERANG)
1. Pasukan yang menyerang boleh membuat hantaran
kepada rakan sepasukan.
2. Hantaran boleh dilakukan tanpa touch daripada pihak
yang bertahan.
3. Misi menyerang adalah 1 iaitu membawa bola ke
kawasan gol pihak lawan untuk melakukan gol.
4. Hantaran hanya boleh dilakukan kepada rakan yang
berada di belakang pemain yang memegang bola
sahaja.
5. Jika bola dihantar kepada rakan yang berada di
hadapan, hukuman foward pass akan diberikan dan
bola akan berpindah milik kepada pihak yang bertahan
melalui scrum.
CARA PERMAINAN (PERTAHANAN)
1. Dalam peraturan ragbi rimau, pihak yang bertahan
perlu mematikan pemain dari pihak yang menyerang
dengan cara melakukan touch.
2. Touch hanya boleh dilakukan pada bahagian badan
sahaja seperti contoh di dalam gambar.
3. Apabila touch dilakukan, pemain yang membawa bola
perlu segera membuat hantaran kepada ahli pasukan.
4. Jika gagal berbuat demikian, hukuman long akan
diberikan dan bola akan berpindah milik kepada pihak
yang bertahan melalui penalty.
CARA PERMAINAN (GOL/TRY)
1. Dalam sukan ragbi, gol dipanggil sebagai try.
2. Pasukan yang menyerang perlu berlari membawa bola ke arah
kawasan gol pihak lawan untuk melakukan try.
3. Gol akan dikira berjaya apabila pemain berjaya menyentuhkan
bola ke atas tanah.
4. Dalam peraturan Ragbi Rimau, try terbahagi kepada dua iaitu
try dan super try.
5. Meletakkan bola dalam kawasan try akan memberikan 5 mata
manakala dalam kawasan super try akan memberikan 7 mata.
KESALAHAN & HUKUMAN ASAS (SCRUM)
Kesalahan asas yang boleh menyebabkan pasukan
menerima hukuman SCRUM ialah :
1. Foward Pass
Pemain yang memegang bola membuat
hantaran kepada ahli pasukan yang berada di
hadapannya.
1. Knock-On
Pemain yang memegang bola atau cuba
menangkap bola, menjatuhkan bola ke tanah
ke bahagian hadapan badannya.
KESALAHAN & HUKUMAN ASAS (LINE-OUT)
Kesalahan yang boleh menyebabkan
pasukan menerima hukuman LINE-OUT
ialah :
1. Bahagian tubuh pemain yang memegang
bola terkeluar melepasi garisan
padang.
1. Bola terbang atau melantun keluar
daripada padang.
KESALAHAN & HUKUMAN ASAS (PENALTY)
Kesalahan asas yang boleh menyebabkan pasukan
menerima hukuman PENALTY ialah :
1. Long
Pemain yang memegang bola telah disentuh oleh
pihak lawan dan lambat membuat hantaran kepada
ahli pasukannya.
1. Off-Side
Pemain yang bertahan tetapi tidak berada dalam
garisan pertahanan dan membuat sentuhan kepada
pemain yang membawa bola dari pasukan lawan.