INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS
KERTAS KERJA
PROGRAM GET INTO RUGBY 2021
(SECARA DALAM TALIAN)
TARIKH:
6 JULAI 2021
ANJURAN:
AHLI JAWATANKUASA
KURSUS MPU2071 PENGURUSAN KOKURIKULUM
ANJURAN BERSAMA:
KELAB RAGBI SK LEMBAH SUBANG
1.0 PENDAHULUAN
Program Get into Rugby yang dianjurkan oleh ahli jawatankuasa kursus MPU2071 Pengurusan
Kokurikulum dengan kerjasama kelab ragbi SK Lembah Subang ini disertai oleh para guru dan
pelajar tahun 1 hingga tahun 6 SK Lembah Subang. Program ini akan dijalankan pada 6 Julai 2021.
Program ini bertujuan untuk menjadi medan latihan menimba ilmu dari segi taktikal dan teori
dalam kemahiran sukan ragbi.
2.0 MATLAMAT
Program Get into Rugby ini dirancang bertujuan untuk memberi pendedahan serta peluang
kepada pelajar SK Lembah Subang untuk mengetahui, mencuba dan melibatkan diri dalam sukan
ragbi. Aktiviti ini juga sekaligus dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan
kemampuan dan kemahiran mereka selari dengan misi kelab ragbi SK Lembah Subang iaitu ingin
mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan ragbi. Oleh hal yang demikian, program ini terbuka
kepada pelajar lelaki dan perempuan yang berminat dan mempunyai potensi untuk menceburi
sukan ini. Untuk pencapaian terbaik pasukan ragbi SK Lembah Subang adalah sebagai tempat
kedua bowl bagi MSSD Petaling Utama U12, tempat ketiga plate bagi MSSD Petaling Utama U10,
johan shield divisyen pertama bagi Putrajaya National 7s Junor. Pencapaian ini berterusan daripada
2017 hingga kini.
3.0 NAMA PROGRAM
Program Get into Rugby (Pengenalan sukan ragbi)
4.0 OBJEKTIF
4.1 Mempromosikan sukan ragbi kepada guru dan pelajar SK Lembah Subang
4.2 Memperkenalkan teknik dan peraturan sukan ragbi kepada pelajar dan guru SK Lembah
Subang
4.3 Memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk menceburi sukan ragbi.
4.4 Mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan ragbi
5.0 PERLAKSANAAN
5.1 SASARAN
Terbuka kepada guru dan pelajar SK Lembah Subang
5.2 TARIKH, HARI DAN TEMPAT
Tarikh : 6 Julai 2021
Hari : Selasa
Tempat : Google Meet.
6.0 PENGANJUR
Ahli jawatankuasa kursus MPU2071 Pengurusan Kokurikulum
7.0 YURAN PENDAFTARAN
Tiada
8.0 PENGISIAN PROGRAM
8.1 Pengenalan
8.2 Penerangan alatan
8.3 Penerangan peraturan-peraturan asas ragbi
8.4 Penerangan taktikal
8.5 Peranan rakan sepasukan
9.0 SENARAI JAWATANKUASA
10.0 KEWANGAN ANGGARAN (RM) JUMLAH JUMLAH
(RM) BESAR
BIL PERKARA Tiada
RM 80 x 1 - (RM)
1 Yuran Program Tiada 80 -
2 Cenderamata Penceramah -
3 E-sijil 80
JUMLAH KESELURUHAN
-
RM 80
11.0 PENUTUP
Adalah amat diharapkan agar program yang akan dijalankan ini mendapat sokongan
daripada semua pihak dalam mencapai matlamat yang digariskankan. Semoga program ini juga
dapat berkembang dan mendapat sambutan yang baik dariapada pelajar, guru dan semua pihak
yang terlibat. Di samping itu juga, melalui program ini diharapkan agar menjadi titik permulaan
kepada para pelajar untuk bergiat aktif dalam sukan sekaligus dapat meningkatkan tahap
kecergasan diri mereka. Segala kerjasama yang diberikan oleh semua pihak samada secara
langsung atau tidak, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Disediakan oleh : Disemak oleh :
------------------------------ --------------------------------
(NUR ADILAH IZZATI BT MOHAMAD SHARI) (PN NIK SUZANA BINTI NIK MAT)
Ahli Jawatankuasa, Pensyarah Kursus,
Kursus Pengurusan Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan
IPG Kampus Ilmu Khas, IPG Kampus Ilmu Khas
Tarikh: 29 JUN 2021 Tarikh:
Diluluskan oleh :
---------------------------------
(MUHAMMAD JUN BIN BASARUDDIN)
Pensyarah/ Penyelaras Kursus,
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan,
IPG Kampus Ilmu Khas
Tarikh :