The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syahida.amir, 2022-08-29 03:06:38

kertas penerangan pengenalan mikrometer

kp teori 2

PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN

KEMAHIRAN LANJUTAN ( CIAST )
PETI SURAT 7012 , JALAN PETANI 19/1
SEKSYEN 19, 40900 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA PROGRAM C259-006-2:2020 OPERASI PEMESINAN

TAHAP 2

KOD DAN TAJUK UNIT C259-006-2:2020-C05 MACHINED COMPONENT
KOMPETENSI ASSEMBLY OPERATION

NO. DAN PENYATAAN 1. INTERPRET COMPONENT ASSEMBLY TECHNICAL
AKTIVITI KERJA DRAWING

2. PREPARE COMPONENT ASSEMBLY HAND TOOLS
AND ACCESSORIES

3. PERFORM COMPONENT ASSEMBLY
4. INSPECT FINISHED ASSEMBLED PRODUCT

NO. KOD C259-006-2:2020-C05/KP(5/7) Muka Surat: 1/6

TAJUK:
PENGENALAN MIKROMETER

TUJUAN:
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
pelatih tentang definisi, bahagian, skala dan cara membaca mikrometer dengan lebih
teperinci.

PENERANGAN
Alat pengukuran yang digunakan untuk mengukur panjang atau tebal jasad yang kecil
dengan keperisian yang tinggi dan mikrometer biasanya terdapat dalam bentuk
angkup.

1. DEFINISI MIKROMETER
Mikrometer digunakan di dalam bengkel mesin untuk membuat ukuran jitu pada
benda kerja. Mikrometer juga adalah satu alat pengukur jitu yang digunakan untuk
mengukur nilai yang paling kecil dan tepat. Ukuran atau skala mikrometer terdapat
dalam nilai inci dan juga metrik. Skala mikrometer boleh didapati dalam nilai skala
0.01 mm. Mikrometer dilengkapi dengan skala vernier yang berfungsi untuk
mendapatkan bacaan yang lebih tepat.

Bidal Penganjak halus

Andas spindal

Laras
Bingkai
Rajah 1 : mikrometer

2. BAHAGIAN MIKROMETER

Bahagian Ciri-ciri

Andas • Andas berada dalam keadaan statik dimana ia
berada disebelah kiri spindal.

Bingkai • Berbentuk separuh bulatan ataupun bentuk ‘G’

Spindal • Spindal berbentuk bulat yang dilekatkan di bidal.
Laras Boleh bergerak ke permukaan andas.
Bidal
Penganjak halus • Bahagian tetap yang disambungkan dengan
bingkai. Mempunyai skala utama dalam ukuran
mm.

• Berada disebelah kanan laras. Mempunyai 50
senggatan yang sama dan setiap senggatan
bersamaan 0.01 mm.

• Terletak dibahagian hujung kanan mikrometer. Ia
digunakan untuk memastikan ketepatan dalam
pengukuran dan tekanan yang sekata.

3. Skala mikrometer

a) Skala dari 0  25 mm
i. Jarak spindal dengan andas tertutup rapat dengan itu bacaan pada
mikrometer adalah ‘0’

b) Skala dari 25 mm  50 mm
i. Walaupon angka berada di sifar tetapi ukuran bermula dari 25 mm.

c) Skala dari 50 mm  75 mm
i. Bacaan mikrometer bermula dari 50 mm.

d) Skala dari 75 mm  100 mm
i. Bacaan mikrometer bermula dari 75 mm.

e) Skala dari 100 mm  150 mm
i. Bacaan mikrometer bermula dari 100 mm.

4. CARA MEMBACA MIKROMETER
4.1) Baca senggatan terakhir pada laras atas yang dilalui oleh bidal dan di
darabkan dengan 1.0 mm.
4.2) Baca senggatan pada lawars bawah yang hampir dengan 1mm dan di
darabkan dengan 0.5 mm.
4.3) Baca senggatan pada bidal yang sejajar dengan garisan skala laras dan
didarabkan dengan 0.01mm.
4.4) Akhir sekali campurkan ketiga-tiga bacaan diatas. Jumlah nilai tersebut
merupakan bacaan yang diberi oleh mikrometer tersebut.
4.5) Contoh pengiraan membaca mikrometer:
i. Skala 0 mm  25mm

a. Skala utama laras atas : 4 mm
b. Skala utama laras bawah : 0.5 mm
c. Skala venier mikometer bidal : 0.11 mm
d. Bacaan sebenar : 4.61 mm

ii. Skala 25mm  50 mm

a. Skala utama laras atas : 31 mm
b. Skala utama laras bawah : 0.5 mm
c. Skala venier mikometer bidal : 0.34 mm
d. Bacaan sebenar : 31.84 mm

Soalan

i.

RUJUKAN

1. Jaafar Bin Haji Yahya. B. (2018). WORKSHOP PRATICE. Bahagian
kemahiran dan teknikal MARA.

2. Jaafar Sidek Mohd Ani (2018). METROLOGY. Jabatan Tool and Die
3. Hasnul73 (23.Jun.2011). Bab 4 pengukuran (mikrometer)

Link : https://pt.slideshare.net/hasnul73/bab-4-pengukuran-mikrometer


Click to View FlipBook Version