TEMA: Kedatangan Kuasa Barat STANDARD KANDUNGAN: 8.2 Kebijaksanaan Raja Dan Pembesar Melayu menangani cabaran Barat Nama : AARTHI A/P KUMARAN
ISIKANDUNGAN TAJUK TUGASAN&PENGENALAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN JADUAL KERJA DIPLOMASI SULTAN ABU BAKAR SOALAN DAN JAWAPAN Apakah usaha pemerintah dalam Kesultanan Johor dan Kesultanan Terengganu dalam menghadapi cabaran Barat? 1. Sejauhmanakah usaha mereka berkesan dalam menghadapi cabaran Barat? 2. Jelaskan tuntutan Raja Melayu melalui Durbar. 3. Berikan cadangan untuk mempertahankan kedaulatan negara hari ini. 4. Bincangkan ciri kepemimpinan yang perlu ada pada setiap pemimpin negara kita demi memelihara kedaulatan dan membawa kemakmuran negara dan bangsa? 5. KESIMPULAN SUMBER KAJIAN/ RUJUKAN
PENGENALAN Raja-raja Melayu menggunakan pelbagai strategi bagi melindungi kepentingan bangsa dan kedaulatan negeri dalam menghadapi cabaran peluasan kuasa Barat. TAJUKTUGASAN 7.0 Campur tangan dan penjajahan kuasa barat
OBJEKTIFKAJIAN Membincangkan usaha pemerintah Kesultanan Johor dan Kesultanan Terengganu dalam menghadapi cabaran kuasa Barat. Menilai keberkesanan usaha pemerintah Kesultanan Johor dan Kesultanan Terengganu menghadapi cabaran Barat. Membincangkan kepentingan mempertahankan kedaulatan negara. Menganalisis ciri kepimpinan yang perlu ada pada pemimpin negara kita hari ini demi memelihara kedaulatan negara dan bangsa. Menjelaskan tuntutan Raja Melayu melalui Durbar
KAEDAHKAJIAN Kaedah Bertulis Kaedah Pemerhatian Kaedah Kajian Perpustakaan
BIL PERKARA TARIKH 1 PROSES AWAL Membina objektif kajian Mengenalpasti kaedah kajian Mengenalpasti sumber kajian ‘ 2 PERANCANGAN AWAL Tajuk tugasan Pengenalan 3 PELAPORAN Apakah usaha pemerintah dalam Kesultanan Johor dan Kesultanan Terengganu dalam menghadapi cabaran Barat? Sejauhmanakah usaha mereka berkesan dalam menghadapi cabaran Barat? Jelaskan tuntutan Raja Melayu melalui Durbar. Berikan cadangan untuk mempertahankan kedaulatan negara hari ini. Bincangkan ciri kepemimpinan yang perlu ada pada setiap pemimpin negara kita demi memelihara kedaulatan dan membawa kemakmuran negara dan bangsa. JADUALKERJA 20/1/2024 21/1/2024 21/1/2024 22/1/2024 22/1/2024 22/1/2024 23/1/2024 23/1/2024 23/1/2024 24/1/2024 24/1/2024
4 KESIMPULAN 5 RUJUKAN 3 PEMBENTANGAN 25/1/2024 26/1/2024 28/1/2024
SULTAN ABU BAKAR Mengadakan Hubungan Baik dengan Kerajaan Negeri-negeri Selat British mengekalkan kawasan Teluk Belanga di Singapura sebagai milik Kesultanan Johor. Baginda dan kerabatnya menetap di Singapura sehingga tahun 1889 sebelum berpindah ke Johor. Baginda dikurniakan gelaran Maharaja Johor pada tahun 1868. Meredakan tekanan Gabenor Negeri-Negeri Selat. Diberi kepercayaan menyelesaikan pertikaian di negerinegeri Melayu. Kunjungan ke England bertemu dengan Ratu Victoria Ahli dilantik oleh bagnda dalam kalangan pegawai British yang berpengaruh. Membantu menasihati baginda dalam hal pentadbiran. Menubuhkan Lembaga Penasihat Johor di London
Apakah usaha pemerintah dalam Kesultanan Johor dan Kesultanan Terengganu dalam menghadapi cabaran Barat? Terdapat 5 usaha pemerintah dalam Kesultanan Johor dan Kesultanan Terengganu dalam menghadapi cabaran Barat. Antaranya tuntutan raja melayu melalui durbar, diplomasi Sultan Abu Bakar Johor, Keengganan Pemerintah Negerinegeri Melayu Utara menerima Penasihat British, menggubal Undang-undang Tubuh,raja menerajui Pemodenan Negeri.
Sejauhmanakah usaha mereka berkesan dalam menghadapi cabaran Barat? Antaranya pemerintah tempatan memakmurkan negeri. Contohnya,Johor merupakan manifestasi kecekapan&keberkesanan pentadbiran untuk memakmurkan ekonomi. Tengku Menteri Ngah Ibrahim berusaha memajukan perlombongan bijih timah di Larut. Perdana Menteri Wan Muhammad Saman berjaya menjadikan Kedah sebagai negeri jelapang padi. Pelabuhan memperdagangkan bahan mentah, hasil hutan dan hasil laut. Sarawak pengeksport utama emas,antimoni dan sagu. Seterusnya, pemerintah tempatan melambatkan peluasan kuasa British . Contohnya, kawalan undang - undang tubuh tersebut terhadap kedaulatan negeri dinyatakan dengan tegas bahawa pemerintah tidak boleh menyerahkan negeri kepada kuasa asing. Kemajuan pendidikan. British kurang memberikan perhatian kepada pendidikan terutama pendidikan wanita kerana dianggap tidak memberikan pulangan ekonom kepada British. Selain itu, Penubuhan Rejimen Askar Melayu Diraja. Pegawai Tadbir Melayu .Penubuhan PTM untuk melatih orang Melayu menceburkan diri dalam pentadbiran negeri. Akhir sekali, pemerintah tempatan mempertahankan Institusi Beraja .
Jelaskan tuntutan Raja Melayu melalui Durbar. Raja - raja Melayu berperanan jurubicara, menzahirkan suara membela nasib dan melindungi kepentingan bangsa melalui Durbar. Antaranya, Durbar di Kuala Lumpur 1903, Sultan Perak mengkritik pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral dan mendesak dilaksanakan langkah mengembalikan kuasa kepada institusi raja. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan menuntut bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi Persekutuan. Seterusnya, Durbar di Pekan,Pahang 1932, Sultan Perak mendesak agar kuasa pemerintahan dikembalikan kepada Raja -raja Melayu dan Majlis Negeri dalam semua aspek pemerintahan negeri. Tambahan pula, Durbar di Klang, Selangor 1937, Sultan Pahang mendesak British memberikan perhatian kepada masalah orang Melayu yang tidak mempunya pekerjaan atau tanah. Durbar di Seri Menanti, Negeri Sembilan 1939 ,Sultan Selangor, mencadangkan penubuhan Malay Girls College yang sama tarafnya dengan Malay College Kuala Kangsar untuk meningkatkan pendidikan kaum wanita.
Berikan cadangan untuk mempertahankan kedaulatan negara hari ini. Sebagai cadangan saya ,terdapat beberapa cadangan untuk mempertahankan kedaulatan negara hari ini. Memupuk semangat partiotisme di kalangan rakyat : Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana mereka yang berusaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara. Usaha-usaha mereka untuk memajukan negara haruslah sentiasa disokong, bukannya dikritik.Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman yang memainkan peranan yang penting dalam memperjuangkan kemerdekaan negara haruslah diambil tahu dan dihargai. Tanpa pejuang seperti mereka, negara kita mungkin masih di tangan penjajah asing. Seterusnya,sentiasa bersifat setia dan sayang akan negaranya.Kita perlu taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara.Kita harus mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara.Kita perlu sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan negara serta cara mengatasinya.
Semangat kekitaan dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara.Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham untuk kesejahteraan hidup Malaysia. Tambahan pula, Bersifat produktif untuk memajukan negara . Contohnya, Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan taraf hidup mereka. Mereka harus bersifat berdikari dalam mengusahakan sesuatu tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada setiap masa. Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan dalam negara tanpa menjejaskan perpaduan negara. Misalnya apabila berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998, rakyat Malaysia telah bersatu-padu demi menghadapi cabaran yang dihadapi dan bergabung tenaga untuk memajukan ekonomi negara semula. Kita haruslah bekerjasama untuk memghadapi apa jua cabaran dalam negara dan sentiasa memastikan wujudnya perpaduan di kalangan rakyat. Perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah negara untuk menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama mengekalkan perpaduan di negara kita untuk kebaikkan semua.
Bincangkan ciri kepemimpinan yang perlu ada pada setiap pemimpin negara kita demi memelihara kedaulatan dan membawa kemakmuran negara dan bangsa? Antaranya, keberanian yang cukup dapat melaksanakan kepemimpinan yang bagus. Kawalan diri .Orang yang tidak dapat mengawal diri sendiri tidak akan dapat mengawal orang lain. Kebolehan mengawal diri menjadi contoh berkesan bagi para pengikut di bawah seorang pemimpin. Pengikut yang bijak dapat menilai ciri itu. Mereka akan cuba mengikut sikap yang terserlah pada pemimpin mereka. Kepemimpinan yang adil dan saksama dapat mengekalkan pengikut setia dan menerima penghormatan yang sepatutnya. Pemimpinan yang yakin dengan keputusan. Pemimpin yang berdolak-dalik dengan keputusan yang dibuat menunjukkkan keyakinan diri mereka yang rendah. kepemimpinan yang merancang dengan tepat. Pemimpin yang baik akan membuat perancangan secara teliti. Seterusnya mereka akan melaksanakan perancangan yang dibuat. Pemimpin harus menyumbang lebih, sikap ini seperti sumpahan bagi seorang pemimpin. Mereka harus membuat sesuatu perkara lebih daripada apa yang diharap oleh pengikut-pengikut mereka.Kepimpinan perlulah bersikap simpati dan memahami.
Dengan itu, pemimpinan yang peka dengan perincian.Selepas sesuatu perancangan disusun, pemimpin perlu peka kepada perincian-perincian yang perlu diteliti. Mereka tidak semestinya melakukan perincian itu sendiri, sebaliknya ia mungkin dilakukan oleh pihak lain. Mereka sedar akan hal-hal yang perlu dilihat dengan lebih lanjut supaya perlaksanaan tidak menjadi kucar-kacir. Akhir sekali, kepimpinan harus memikul tanggungjawab sepenuhnya.Pemimpin yang dihormati akan mengambil sikap bertanggungjawab atas kesilapan atau kekurangan yang dimiliki oleh mana-mana pengikut mereka. Sekiranya ada pengikut yang membuat kesilapan, ia adalah kesalahan pemimpin itu kerana tidak memastikan mereka melakukan kerja dengan baik. Kepemimpinan harus mudah bekerjasama.Seorang pemimpin harus faham akan sikap bekerjasama, serta mudah melaksanakannya pada bila-bila masa diperlukan. Mereka juga seharusnya menerapkan sikap itu.
KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, Kajiian kes ini dapat mengetahui kebijaksanaan RAJA DAN PEMBESAR MELAYU MENANGANI CABARAN BARAT. rajaraja melayu berpakat dan mengatur strategi bagi menangani cabaran barat. para pembesar melayu juga berusha melakukan pemodenan di negeri masing- masing. kesepakatan usaha raja dan pembesar tempatan ini amat penting dalam menangani cabaran kuasa barat.
SUMBERKAJIAN/RUJUKAN Buku teks tingkatan 3-Bab 8 kebijaksanaan raja dan pembesar melayu menangani cabaran barat 1. https://app.pandai.org/note/read /kssm-sj-09-08-01/kssm-f3-sj-08- 02-1/reaksi-pemerintah-negerinegeri-melayu-utara-dan-johorterhadap-tindakan-barat 2.
SEKIAN, TERIMA KASIH