The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Jie, 2020-12-14 23:25:46

Bahasa Melayu Tatabahasa

Kelas pdpr terakhir

Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling
sesuai.

1. I Akan pergi ke Ipoh saya pada petang ini.
II Ali menanyakan Ahmad ke mana dia hendak pergi.
III Cis! Berani engkau menderhakai raja.
IV Jika saya belajar dengan bersungguh-sungguh, akan berjaya saya dengan cemerlangnya.

A I dan II C II dan III
B III dan IV D I dan IV

2. I Tumbuk lada hitam dan bawang merah.
II Kemudian masukkan isi ikan bakar.
III Jangan ambil kulitnya.
IV Masukkan timun dan daun selasih yang telah dihiris.

A I dan II C I, III dan IV
B III dan IV D II, III dan IV

3. I Saya memegang watak sedih di mana saya memerlukan penghayatan yang bersungguh-
sungguh.

II Pokok Ciku hanya sesuai ditanam di kawasan Tropika yang mana iklimnya yang hangat dan
lembab.

III Cara yang manakah yang akan menjadi pilihan kamu untuk menyelesaikan masalah itu?

IV Sejak ibu bapa kamu pergi mengerjakan haji di Mekah, kamu tinggal di mana?

A I dan II C II dan III
B III dan IV D I dan IV

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Beliau merupakan calon wanita tunggal yang akan dipilih sebagai ________ pertama negara
yang akan mendarat di bulan.

A sasterawan C budayawan

B angkasawan D dermawan

2. Saya _______ masa untuk menyiapkan kerja kursus itu mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

A kekeringan C kemuflisan

B kesuntukan D kepupusan

3. Pihak universiti akan menjalankan ______ untuk mengetahui punca-punca berlakunya

selesema burung.

A pengkajian C penyelidikan

B pengajian D Pendidikan

4. Hasil pendapatan yang diperoleh daripada kerja kerasnya itu tidak _______ dengan usaha yang
telah dilakukan.

A setimpal C secukup

B sehaluan D segenap

5. Pak Kasim sedang ______ padi itu untuk mengasingkan hampanya.

A menampi C mengayak

B mendulang D mencedok

6. Budak itu terpaksa ______ air untuk menghilangkan dahaganya.

A mengulum C menelan

B melulur D meneguk

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Maksud peribahasa ‘kera di hutan disusui, anak di rumah mati tak makan” ialah
A memberikan keutamaan kepada orang lain berbanding dengan keluarga sendiri.
B tidak mengambil berat tanggungjawab yang diamanahkan.
C membuat sesuatu pekerjaan yang sia-sia atau tidak berfaedah.
D membiarkan sesuatu perkara berlaku tanpa mengambil sebarang tindakan.

2. Kekuatan penulis lebih hebat daripada kekuatan seorang pahlawan kerana
A siapa yang makan cili, dialah yang tersa pedasnya.
B terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
C mata pena lebih tajam dari mata pedang.
D kata itu kota.

3. Segala hajatnya tiba-tiba dipenuhi kerana selepas mendapat keputusan yang cemerlang, dia
dihadiahkan sebuah komputer riba oleh ayahnya. Peribahasa yang sesuai ialah
A bagai tikus jatuh ke beras.
B orang mengantuk disorongkan bantal.
C hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
D usaha tangga kejayaan.


Click to View FlipBook Version