The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Jie, 2022-03-23 08:40:37

Bahagian C- Ulasan

ulasan

BM KERTAS 1
BAHAGIAN C

ULASAN

Kemukakan isi Ayat mesti jelas Isi mesti cukup
tersurat dan dan matang 3 isi
80-100 patah
tersirat yang perkataan Pelbagaikan kosa
relevan dengan kata
bahan

Gunakan tanda Minimumkan
baca dan kesalahan bahasa

penanda wacana dan ejaan
yang betul

Tip
menghasilkan
ulasan yang

cemerlang

Teknik membina ulasan

8. Ayat cadangan (AC) dan ayat harapan (AH)

Cara membina ulasan

Tema/pendahuluan ulasan Isi tersurat Isi tersirat [fikir]
berdasarkan bahan (isi dalam gambar) (contoh/huraian/kesan)

Amalan berbudi bahasa sangat Isi 1 Aktiviti bersalam-salaman setiap
penting dalam kalangan hari membolehkan ikatan kasih
masyarakat. Persis peribahasa Antara amalan berbudi bahasa ialah sayang antara keluarga bertambah
orang berbudi kita berbahasa. bersalam-salaman dengan anggota erat.
keluarga.
Isi 2 Apabila kita berterima kasih
kepada orang lain, akan timbul
Selain itu, kita perlu sentiasa perasaan saling menghargai.
mengucapkan terima kasih. Kesannya, lahirlah masyarakat
yang prihatin dan berbudi.

Isi 3 Sebagai contohnya, kita bercakap
dengan mereka menggunakan suara
Seterusnya, kita perlu menghormati yang sopan. Hal ini dapat
orang tua. mewujudkan perasaan hormat antara
orang muda dan warga emas.

Penutup Konklusinya, semua pihak harus
membudayakan amalan budi bahasa
agar wujudnya masyarakat Malaysia
yang penyayang.

Jawapan lengkap

Amalan berbudi bahasa sangat penting dalam kalangan masyarakat. Persis
peribahasa orang berbudi kita berbahasa. Antara amalan berbudi bahasa ialah
bersalam-salaman dengan anggota keluarga. Aktiviti bersalam-salaman setiap hari
membolehkan ikatan kasih sayang antara keluarga bertambah erat. Selain itu, kita
perlu sentiasa mengucapkan terima kasih. Apabila kita berterima kasih kepada orang
lain, akan timbul perasaan saling menghargai. Kesannya lahirlah masyarakat yang
prihatin dan berbudi. Seterusnya, kita perlu menghormati orang tua. Sebagai
contohnya, kita bercakap dengan mereka menggunakan suara yang sopan. Hal ini
dapat mewujudkan perasaan hormat antara orang muda dan warga emas.
Konklusinya, semua pihak harus membudayakan amalan budi bahasa agar wujudnya
masyarakat Malaysia yang penyayang.

[100 patah perkataan]

Latihan

Tema/pendahuluan ulasan Isi tersurat Isi tersirat [fikir]
berdasarkan bahan (isi dalam gambar) (contoh/huraian/kesan)

Guru merupakan insan yang Isi 1 Sebagai contohnya, melalui ilmu
banyak berjasa kepada setiap Sejarah yang dipelajari, kita
individu. Menurut cendekiawan, Sebab-sebab kita perlu menghormati dapat memupuk semangat
guru ibarat lilin yang membakar guru kerana guru mengajar kita patriotisme dan menghargai
diri. pelbagai ilmu yang bermanfaat. negara.

Isi 2
Selain itu, guru

Isi 3
Seterusnya, guru

penutup Konklusinya, semua pihak harus
menghormati guru agar

Jawapan lengkap

Guru merupakan insan yang banyak berjasa kepada setiap individu.
Menurut cendekiawan, guru ibarat lilin yang membakar diri. Sebab-sebab
kita perlu menghormati guru kerana guru mengajar kita pelbagai ilmu yang
bermanfaat. Sebagai contohnya, melalui ilmu Sejarah yang dipelajari, kita
dapat memupuk semangat patriotisme dan menghargai negara. Selain itu,
guru_________________________________________________________.Seterusnya,
____________________________________________________. Konklusinya, semua
pihak harus menghormati guru agar ______________________________________.

[100 patah perkataan]

Siapkan latihan membina ulasan. Selamat menjawab.


Click to View FlipBook Version