BAHASA MELAYU KERTAS 1
TATABAHASA – KATA NAMA
LATIHAN 1
Bahagian A
Pilih jawapan yang sesuai.
1. Semua ahli jawatankuasa PIBG akan diberi _____ sebagai tanda penghargaan atas khidmat
bakti mereka.
A hadiah C ganjaran
B sumbangan D cenderamata
2. Sultan negeri itu telah membina _____ yang cantik untuk puteri kesayangan baginda di tepi
tasik itu.
A singgahsana C mahligai
B istana D peterana
3. Putrajaya ialah Bandar Pintar yang dijadikan pusat pentadbiran negara yang baharu.
A. B C
Tiada kesalahan.
D
4. Tiga helai sejadah ini saya beli di Madinah semasa mengerjakan ibadah Umrah.
AB C
Tiada kesalahan.
D
Bahagian B
1. Kenal pasti kesalahan ejaan dan betulkan kesalahan tersebut.
a) Teknoloji yang semakin berkembang maju kini perlu seiring dengan sahsiah
rakyat.
____________________________
b) Semua pencipta lagu yang terpilih ke pertandingan akhir dikehendaki hadir dalam
sidang akbar pada petang esok.
____________________________
c) Mariah menangis kerana kucing kesayangannya si tompok telah dilanggar oleh
kereta.
____________________________
Bahagian B
2. Kenal pasti kesalahan bahasa dan betulkan kesalahan tersebut.
a) “Buku Rekod Kemajuan ini hendaklah bapa kamu tandatangani sebelum hantar
kepada saya”, marah Cikgu Rita kepada Ayuni.
______________________________
b) Menteri Perdana telah mengadakan lawatan ke Singapura atas dasar Kerjasama ASEAN.
_____________________________
c) Imran membeli goreng pisang untuk hidangan pada petang itu.
_____________________________
d) Setiap bulan Puan Mary menggunakan hasil pendapatnya untuk perbelanjaan keluarga.
______________________________
RUJUK BUKU TEKS
MUKA SURAT 6
1. Kenal pasti dan senaraikan kata nama am, kata nama khas dan kata nama yang
mengalami pemajmukan yang terdapat dalam petikan buku teks muka surat 6.
Kata Nama Am Kata Nama Khas Kata Nama Majmuk
a) penyakit a) Kementerian Kesihatan Malaysia a) Rumah tangga
b) b) b)
c) c) b)
d) d)
e) e)
f)
2. Bina tiga ayat yang lengkap dari setiap kata nama yang telah disenaraikan itu. Ayat yang
dibina itu mestilah ayat anda sendiri bukan dari buku teks.
Kata Nama Am:
i) Encik Malik menghidapi penyakit kronik sejak setahun yang lalu.
ii)
iii)
Kata Nama Khas:
i) Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan virus Covid-19 sebagai
virus pandemik.
ii)
iii)
Kata Nama Majmuk:
i) Aina dan Riduan mendirikan rumah tangga setelah dua tahun mereka berkawan.
ii)
iii)