The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Jie, 2021-01-19 05:30:18

FORMAT BM PT3

pdpr 1

PENATARAN FORMAT BAHASA MELAYU PT3

1. Mengandungi 3 kertas:

a) Kertas 1 – Ujian bertulis
b) Kertas 2 – Ujian bertulis
c) Kertas 3 – Ujian bertutur dan mendengar

KERTAS 1 (60 markah)
- Mengandungi 3 bahagian:

1. Bahagian A (objektif) – 20 markah

a) Sistem Bahasa - 13 soalan
- Ketepatan kata
- Kata banyak makna
- Kesalahan kata
- Kesalahan frasa
- Kesalahan ayat
- Ayat sama maksud
- peribahasa
b) Pemahaman Petikan – 7 soalan
- Petikan teks komsas - cerpen, sajak, pantun, syair, drama.
- Peribahasa juga boleh ditanya daripada petikan.

c) 1 soalan memperuntukkan 1 markah.

1. Bahagian B (Objektif pelbagai bentuk dan respon terhad) – 25 markah

a) Soalan 1 – Objektif pelbagai bentuk

- Sistem Bahasa: (5 markah)
i) Kesalahan Ejaan
ii) Kesalahan Bahasa
iii) Ayat
iv) Peribahasa

b) Soalan 2 – Respon Terhad
- Pemahaman Teks Komsas : prosa, puisi, grafik : (10 markah)
- Petikan teks juga boleh diambil dari luar petikan komsas.

c) Soalan 3 – Respon Terhad
- Novel : (10 markah)
- 1 soalan akan dikemukakan berdasarkan novel yang dipelajari sama
ada di tingkatan 1 atau tingkatan 2.

3. Bahagian C (Respon Terhad) – 15 markah
a) Dua soalan akan diberikan, murid perlu pilih satu soalan sahaja.
b) Ringkasan atau rumusan atau ulasan.

KERTAS 2 (40 markah)
- Mengandungi 2 bahagian:

1. Bahagian A (Respon Terhad) – 10 markah
- 1 soalan sahaja
- Penulisan karangan pendek.
- Isi atau idea diberi.
- Panjang huraian antara 50-80 patah perkataan.

2. Bahagian B (Respon Terbuka) – 30 markah
- 3 soalan diberi berdasarkan satu tema.
- Pilih salah satu daripada 3 soalan.
- Panjang huraian mesti lebih daripada 180 patah perkataan.
Jumlah markah: kertas 1 + kertas 2 = markah yang diperoleh
60 + 40 = 100

KERTAS 3 (50 MARKAH)

1. Ujian Bertutur (Lisan) – 30 markah
- Perbincangan dalam kumpulan, namun markah individu.
- 18 tema berdasarkan buku teks, pilih satu tajuk.
- Masa perbincangan 10-12 minit.

1. Ujian Mendengar – 20 markah
- Objektif aneka pilihan
- Objektif pelbagai bentuk
- 20 soalan diberikan.
- Calon diberi masa 20 saat untuk membaca soalan .
- Soalan tidak akan diperdengarkan. Soalan terdapat dalam
kertas ujian.
- Maklumat atau petikan dibaca dua kali sahaja.


Click to View FlipBook Version