The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Jie, 2020-11-24 03:41:58

BUKU SKRAP DIGITAL BM PBL

buku skrap digital merokok

OLEH MURID-MURID 2D1:

1. MOHAMMAD ARIF BIN MOHD SAUFI
2. MUHAMMAD NUR ADAM BIN HAIRUZAMAN
3. MUHAMMAD IRFAN BIN MOHD FAIZAL
4. AMIRUL AIMAN BIN MOHD AMIRRUL FIZAL
5. MOHAMMAD ZAHIN BIN HAMIDON

 Pada alaf yang semakin maju ini, isi-isu berkaitan
dengan tabiat merokok kerap diperkatakan.

 Tabiat merokok dalam kalangan rakyat kian meningkat
setiap hari.

 Terdapat pelbagai punca sikap merokok berleluasa,
misalnya pengaruh bapa yang merokok di hadapan
anak-anak.

 Tabiat ini tidak boleh dipandang enteng kerana banyak
menimbulkan impak yang negatif sama ada kepada diri
sendiri dan masyarakat.

 Justeru itu, usaha-usaha yang jitu juga harus digem-
bleng agar perbuatan merokok dapat diatasi.

ISI 1 : Menjejaskan kesihatan diri

 Tabiat merokok menjejaskan kesihatan diri sendiri.

 Apabila seseorang merokok, individu tersebut dengan
sengaja telah mendedahkan dirinya kepada pelbagai
penyakit kronik.

 Sebagai contoh, penyakit kanser paru-paru, kanser
mulut dan penyakit jantung.

 Malahan perokok aktif juga telah membahayakan
kesihatan orang lain, terutama ahli keluarga.

 Sebanyak 20% perokok pasif turut menghidapi penya-
kit kanser paru-paru dan kanser tekak.

 Merokok juga boleh menyebabkan angka kematian
meningkat.

ISI 2 : Pembaziran Wang

 Tabiat merokok boleh menyebabkan berlakunya pem-
baziran wang.

 Perokok aktif membelanjakan wang sehingga puluhan
ringgit sehari.

 Perbelanjaan sara hidup perokok akan bertambah.

 Wang yang telah dihabiskan sepatutnya digunakan un-
tuk keperluan perbelanjaan harian keluarga, seperti
membeli makanan yang berkhasiat.

 Kehabisan wang semata-mata membeli rokok juga
memberi kesan terhadap rumahtangga. Berlaku
pergaduhan antara suami isteri kerana masalah
kewangan.

 Sekiranya tidak merokok, wang tersebut boleh disim-
pan untuk kegunaan masa hadapan dan pada waktu
kecemasan.

ISI 3 : Pencemaran Alam sekitar

 Tabiat merokok boleh menyebabkan pencemaran alam
sekitar.

 Udara akan menjadi tercemar dengan asap rokok yang
dilepaskan merata-rata. Kesannya, orang yang
menghidu akan mudah terkena penyakit.

 Kawasan-kawasan awam juga kotor kerana perokok
membuang kotak rokok dan puntung rokok sesuka
hati.

 Perbuatan merokok juga boleh mendatangkan keba-
karan di sesuatu tempat. Misalnya, perokok tegar
membuang punting rokok ke dalam semak dan hutan
yang kering.

 Alam sekitar akan tercemar dengan asap rokok dan
asap kebakaran akibat merokok.

Isi 4 : Peranan diri sendiri

 Usaha perdana untuk mengatasi keinginan merokok
ialah diri sendiri.

 Individu yang merokok perlu menyimpan niat untuk ber-
henti merokok. Apabila bangun dari tidur harus membi-
sikkan pada diri sendiri untuk berhenti merokok.

 Salah satu caranya dengan membuat catatan tentang
keburukan merokok. Amalkan slogan “tak nak mero-
kok”

 Perokok juga wajar menjauhkan diri dari segala hal
yang menyebabkan keinginan untuk merokok.

 Setiap hari, perokok yang insaf seharusnya menyibuk-
kan diri dan mengamalkan gaya hidup sihat seperi ber-
senam, melakukan olahraga dan bercucuk tanam.

 Mereka juga boleh menggantikan kebiasaan merokok
dengan menguyah makanan berkhasiat seperti buah-
buahan.



 Peribahasa menegaskan mencegah lebih baik dari
mengubati.

Isi 5 : Peranan Kerajaan dan Media massa

 Pihak kerajaan dan media massa perlu memainkan
peranan penting dalam memastikan isu merokok dapat
diatasi.

 Kerajaan harus mengenakan tindakan undang-undang
yang lebih ketat kepada perokok dan penjual rokok.
Denda yang setimpal dengan kesalahan harus
dilaksanakan.

 Kerajaan juga boleh mengenakan denda kepada ibu
bapa yang membiarkan akan-anak bawah 18 tahun
membeli dan menghisap rokok.

 Media massa seperti televisyen, radio dan akhbar turut
berperanan dalam isu ini. Misalnya, menyiarkan iklan-
iklan keburukan merokok setiap dua jam sekali.

 Papan tanda bahaya merokok juga wajar diletakkan di
tempat-tempat yang mudah dilihat oleh masyarakat
seperti perhentian bas.

 Kerjasama antara dua agensi ini akan berhasil jika
saling bekerjasama bagai aur dengan tebing.

• Konklusinya, tabiat merokok ini harus dikawal dan
dibendung sejak dari akar umbi sebelum rokok menjadi
barah dalam kehidupan harian kita.

• Semua pihak , termasuk ibu bapa, masyarakat dan ke-
rajaan harus memainkan peranan.

• Apabila badan sihat, minda cerdas. Rakyat berkualiti
kehidupan juga sejahtera.

• Hidup Bahagia tanpa rokok.


Click to View FlipBook Version