The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Jie, 2021-06-11 08:22:11

KARANGAN TERBUKA- pendahuluan

membina pendahuluan

KARANGAN RESPONS TERBUKA : JENIS
PENDAPAT / PERBINCANGAN / FAKTA

Kemahiran Menulis: 3.4.3 Menulis perenggan
pendahuluan menggunakan bahasa yang
gramatis.

1. Mengandungi 4- 5 ayat.
2. Terdiri daripada ayat isu / topik, ayat huraian

dan ayat kehendak soalan.
3. Variasikan ayat dengan menggunakan

pelbagai jenis ayat sama ada ayat penyata
atau ayat tanya.
4. Digalakkan memasukkan satu peribahasa
yang sesuai.

Contoh pendahuluan yang cemerlang.

Soalan 1 : Masyarakat Malaysia, terutamanya golongan
remaja semakin kurang minat membaca. Bincangkan

usaha-usaha yang perlu diambil untuk mengatasi isu ini.

Panjang huraian anda hendaklah melebihi 180 patah
perkataan.

Ayat Ayat isu / Marcapada, masyarakat Malaysia lebih-lebih

1 topik lagi golongan remaja semakin tidak berminat

untuk membaca. (umum)

Ayat Ayat huraian Hal ini kerana, bagi mereka membaca merupakan
2
1 sikap yang lapuk dan kolot malahan beranggapan

masa yang ada seolah-olah terbuang begitu

sahaja. (sebab)

Ayat Ayat huraian Apa yang menyedihkan lagi, remaja kini lebih
3 2 berminat terhadap gajet-gajet sehingga sanggup

menghabiskan masa berbelas-belas jam dengan
bermain permainan e-sukan dan melayari youtube.
(sebab)

Ayat Ayat huraian Namun, tanpa remaja sedari, membaca itu ibarat
4 3 jambatan ilmu kerana dengan membaca seseorang

itu dapat menimba pelbagai pengetahuan.
(kebaikan)

Ayat Ayat Timbul persoalan di minda kita, apakah usaha-
5 kehendak usaha yang harus diambil untuk mengatasi situasi
kurang minat membaca ini? (usaha)
soalan

Jawapan pendahuluan lengkap:

Marcapada, masyarakat Malaysia lebih-lebih lagi
golongan remaja semakin tidak berminat untuk
membaca. Hal ini kerana, bagi mereka membaca
merupakan sikap yang lapuk dan kolot malahan
beranggapan masa yang ada seolah-olah terbuang
begitu sahaja. Apa yang menyedihkan lagi, remaja kini
lebih berminat terhadap gajet-gajet sehingga sanggup
menghabiskan masa berbelas-belas jam dengan bermain
permainan e-sukan dan melayari youtube. Namun, tanpa
remaja sedari, membaca itu ibarat jambatan ilmu
kerana dengan membaca seseorang itu dapat menimba
pelbagai pengetahuan. Timbul persoalan di minda kita,
apakah usaha-usaha yang harus diambil untuk
mengatasi situasi kurang minat membaca ini?

[88 patah perkataan]

Soalan 2 : Saban tahun kemalangan jalan raya semakin
meningkat. Bincangkan cara-cara yang perlu diambil untuk

mengatasi isu ini. Panjang huraian anda hendaklah melebihi 180
patah perkataan.

Ayat 1 Ayat isu / Mutakhir ini, media massa kerap memaparkan
topik isu kemalangan jalan raya yang kian
meningkat pada setiap tahun. (umum)

Ayat 2 Ayat huraian 1 Hal ini kerana, sikap pemandu dan pengguna
jalan raya yang cuai dan mementingkan diri
sendiri seperti enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing. (sebab)

Ayat 3 Ayat huraian 2 Apa yang menyedihkan lagi, angka kematian
juga turut meningkat, terutamanya pada musim
perayaan sehingga membimbangkan banyak
pihak.

(kesan)

Ayat 4 Ayat huraian 3 Sekiranya isu kemalangan ini tidak diambil berat
oleh rakyat Malaysia, sudah pasti bilangan
penduduk negara semakin berkurangan. (kesan)

Ayat 5 Ayat kehendak Timbul persoalan di fikiran kita, apakah cara-cara

soalan yang harus diambil untuk mengatasi kemalangan

jalan raya ini? (usaha)

Jawapan pendahuluan lengkap:

Mutakhir ini, media massa kerap memaparkan isu
kemalangan jalan raya yang kian meningkat pada setiap
tahun. Hal ini kerana, sikap pemandu dan pengguna
jalan raya yang cuai dan mementingkan diri sendiri seperti
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing. Apa yang menyedihkan lagi, angka kematian
juga turut meningkat, terutamanya pada musim perayaan
sehingga membimbangkan banyak pihak. Sekiranya isu
kemalangan ini tidak diambil berat oleh rakyat Malaysia,
sudah pasti bilangan penduduk negara semakin
berkurangan. Timbul persoalan di fikiran kita, apakah
cara-cara yang harus diambil untuk mengatasi
kemalangan jalan raya ini?

[80 patah perkataan ]

LATIHAN MEMBINA PENDAHULUAN

Soalan 1 : Secanggih manapun teknologi maklumat, namun
masyarakat masih memerlukan aktiviti gaya hidup sihat.
Bincangkan usaha-usaha untuk menggalakkan masyarakat
mengamalkan gaya hidup sihat.

Ayat Ayat isu /
1 topik
Ayat Ayat huraian 1
2
Ayat Ayat huraian 2
3
Ayat Ayat huraian 3
4
Ayat Ayat
5 kehendak

soalan

Jawapan pendahuluan lengkap:

Soalan 2 : Terdapat segelintir pelajar dikatakan sebagai tidak
berdisiplin dan banyak menimbulkan masalah bukan sahaja
kepada pihak sekolah malahan kepada keluarga. Bincangkan
cara-cara mengatasi masalah ini.

Ayat Ayat isu /
1 topik
Ayat Ayat huraian 1
2
Ayat Ayat huraian 2
3
Ayat Ayat huraian 3
4
Ayat Ayat
5 kehendak

soalan

Jawapan pendahuluan lengkap:

Marcapada,
Dasawarsa,
Mutakhir ini,
Kini,
Pada era teknologi maklumat,
Pada era siber yang kian maju,
Sejak belakangan ini,
Menjelang zaman yang semakin canggih,
Pada alaf 21 ini,
Pada zaman kontemporari,


Click to View FlipBook Version