The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Jie, 2021-10-22 01:07:31

teknik menjawab pemahaman komsas

Antologi Baik Budi Indah Bahasa

KOMSAS TEKNIK MENJAWAB
SOALAN PEMAHAMAN

Mesti membaca bahan komsas
Perlu bandingkan 2 atau 3 bahan
Jawapan mesti dalam bentuk esei
Sentiasa rujuk markah semasa menjawab

Bahan 1 Bahan 2

Adikku sayang Sehelai kelopakmu gugur
Engkau masih muda Adalah titisan air mata bonda
Wajahmu manis cantik sekali Yang luruh dalam lipatan usia
Pasti ramai yang menaruh hati
Tidak salah engkau berkawan Merenung pada malam yang kematian angin
Asalkan tahu batasannya Pada laut yang kematian ombak
Jangan sampai engkau terlupa Seperti telah menutup
sasaran dan cita-cita Pintu kehidupan ini
Menjadi sepi dan lara
Ibu dan ayah menggantung harapan
Untuk melihat engkau berjaya Pada kemusnahan yang tak pernah dipinta
Menjadi orang yang berguna
Kepada agama, bangsa dan negara Sekuntum mawar
Adikku sayang Bukan melontar harum indahmu
Ingatlah selalu pesan abang
Supaya dirimu sentiasa selamat Di hujung lembah
Walau di mana sahaja engkau berada Tapi mengangkat seri mahkotamu

Ke puncak iman
-Sajak pada sekuntum mawar-

Soalan 1:
Berdasarkan bahan 1 dan 2, nyatakan perkara yang perlu dilakukan oleh seorang
gadis. (3 markah)

Jawapan:
Berdasarkan bahan 1 dan 2, perkara yang perlu dilakukan oleh seorang gadis
ialah menjaga batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Selain itu,
gadis juga perlu menjaga nama baik ibu bapa supaya mereka tidak kecewa
dan bersedih. Seterusnya, seorang gadis juga mesti menjaga maruah diri agar
tidak tercemar.

Soalan 2:
Berdasarkan bahan 2, nyatakan dua persoalan . (3 markah)

Jawapan:
Berdasarkan bahan 2, dua persoalannya ialah persoalan kesedihan ibu apabila
maruah anaknya tercemar. Sebagai contohnya, penyajak menyatakan ibu
bapa bersedih dan kecewa apabila mengetahui anaknya telah ternoda. Selain
itu, persoalan kepentingan memiliki iman yang teguh. Misalnya, penyajak
mahu anak gadis memiliki keimanan agar dapat menjaga maruah diri.

Soalan 3:
Pada pendapat anda, bagaimanakah untuk menjaga maruah diri agar tidak
tercemar? (4 markah)

Jawapan:
Pada pendapat saya, cara untuk menjaga maruah diri agar tidak tercemar ialah
memiliki tahap keimanan yang tinggi supaya diri tidak mudah terjebak
dengan kemaksiatan. Seterusnya, kita juga harus memilih rakan sebaya yang
baik tingkah laku supaya kita tidak terpengaruh dengan perkara-perkara
buruk. Selain itu, kita juga harus mendengar nasihat daripada ibu bapa
supaya dapat membezakan perkara baik dan buruk.


Click to View FlipBook Version