The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Jie, 2021-07-06 11:07:04

SAJAK PADA SEKUNTUM MAWAR

sajak mawar

PDPR 3.0
KOMSAS

SAJAK PADA SEKUNTUM MAWAR

MAKSUD RANGKAP
Rangkap 1
Penyajak berkata bahawa seseorang gadis yang hilang maruahnya pasti akan menyebabkan air
mata ibu bapanya menitis dan bersedih sepanjang masa. Kehilangan maruah juga akan
menghantui kehidupan anak gadis sekali gus menjejaskan maruah ahli keluarga.
Rangkap 2
Seseorang gadis yang telah hilang maruah diri bagaikan hancur masa depannya. Hal ini kerana
tiada sesiapa yang akan menerimanya lagi. Oleh sebab itu, hidup gadis yang kehilangan maruah
akan dirundung sepi dan sedih kerana masa depannya telah musnah.
Rangkap 3
Maruah diri seseorang gadis bukan hanya terletak pada kecantikan luaran semata-mata.
Kecantikan yang sebenarnya melibatkan keimanan dan kesuciannya. Oleh itu, anak gadis mesti
menjaga kesucian diri supaya tidak dipandang rendah oleh masyarakat.

TEMA
Sajak ini bertemakan kepentingan seseorang gadis memelihara maruah diri agar tidak ternoda.
Sebagai contohnya, penyajak mengingatkan kita bahawa kehilangan maruah diri anak gadis bukan
sahaja menyebabkan dirinya hilang masa depan, tetapi juga menyebabkan ahli keluarga
berdukacita.

PERSOALAN
1. Persoalan kesedihan ibu apabila maruah anak tercemar.

Misalnya, ibu bapa berasa sedih apabila mengenangkannasib anak gadisnya yang ternoda.

2. Persoalan kepentingan memiliki iman yang teguh.
Sebagai contohnya, penyajak mahu kita memiliki keimanan yang teguh agar dapat menjaga

maruah diri.

GAYA BAHASA
1. Asonansi (perulangan bunyi vokal)

Sebagai contoh, adalah titis air mata bonda (perulangan vokal a)
2. Aliterasi (perulangan bunyi konsonan)

Sebagai contohnya, merenung pada malam yang kematian angin ( perulangan konsonan m)

NILAI
1. Nilai kasih sayang

Misalnya, seorang ibu begitu menyayangi anaknya dan mahu anaknya menjaga maruah diri.
2. Nilai baik hati

sebagai contohnya, penyajak menggambarkan seorang ibu berusaha untuk menjadi yang baik
kepada anak gadisnya.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita.

Misalnya, seorang ibu begitu menyayangi anaknya dan mahu anaknya menjaga maruah diri.

2. Kita mestilah menjadi yang terbaik untuk ahli keluarga.
sebagai contohnya, penyajak menggambarkan seorang ibu berusaha untuk menjadi yang baik

kepada anak gadisnya.




Click to View FlipBook Version