KARANGAN PENDEK
CONTOH SOALAN: Berdasarkan maklumat yang disediakan, tuis sebuah karangan pendek
yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Manfaat mempelajari seni pertahanan diri
Seni pertahanan diri – wajar dipelajari – terutamanya
golongan wanita – kes jenayah semakin menjadi-jadi –
dapat mempertahankan diri – membentuk disiplin diri –
mengeluarkan peluh – mendapat kenalan baharu –
memperoleh pelbagai kebaikan – persepsi negatif tentang
seni pertahanan diri – perlu dibuang
CONTOH JAWAPAN:
Marcapada, aktiviti seni pertahanan diri wajar dipelajari oleh semua
masyarakat, terutamanya golongan wanita. Dalam keadaan kes jenayah semakin
menjadi-jadi terdapat banyak manfaatnya.
Antaranya, kita dapat mempertahankan diri dari serangan penjenayah pada bila-
bila masa . Selain itu, kita dapat membentuk disiplin diri. Hal ini kerana, seni
pertahanan diri mementingkan masa kerana masa itu emas. Seterusnya, seni
pertahanan diri juga membolehkan kita mengeluarkan peluh serta mendapat kenalan
baharu.
Kesimpulannya, kita wajar mempelajari seni pertahanan diri kerana memperoleh
pelbagai kebaikan. Harapan kita agar persepsi negatif tentang seni pertahanan diri
perlu dibuang.
(84 patah perkataan)
LATIHAN : Berdasarkan maklumat yang disediakan, tuis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Faktor-faktor gejala rasuah
Gejala rasuah makin berleluasa – banyak faktor –
berlakunya gejala ini – ingin hidup mewah dengan jalan
mudah – kurang pengetahuan agama – kelemahan
kepemimpinan dan pengurusan organisasi – kurang
pemantauan – penguatkuasaan undang-undang lemah –
rasuah wabak social – mesti dibanteras hingga akar umbi
Jawapan:
SILA SIAPKAN JAWAPAN LATIHAN
DAN HANTAR KE PADLET