1. Karangan pendek atau karangan respons terhad sebaik-baiknya
ditulis dalam tiga perenggan:
a)Pendahuluan
b)Isi-isi
c)Penutup
2. Huraian perlu ditulis dalam 50 hingga 80 patah perkataan.
3. Huraian mesti menggunakan perkataan yang telah diberi.
4. Digalakkan memasukkan peribahasa yang sesuai.
Arahan soalan: Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Perkhemahan Unit Beruniform
peserta berkumpul – taklimat – bentuk kumpulan – dirikan khemah – aktiviti –
memasak – mencungkil bakat – pengurusan diri – berdikari – meningkatkan
disiplin – Latihan dalam Kumpulan (LDK) – bekerjasama - Bersurai
Contoh Jawapan
Pada minggu lepas, sekolah saya telah mengadakan perkhemahan Unit
Beruniform di tapak perkhemahan Teluk Senangin, Lumut Perak.
Apabila tiba di tapak perkhemahan, kami diminta berkumpul untuk
mendengar taklimat. Kami diarahkan membentuk kumpulan dan mendirikan
khemah bersama-sama bagai aur dengan tebing. Setelah itu, kami meneruskan
aktiviti memasak. Selain mencungkil bakat peserta dalam pelbagai aktiviti,
perkhemahan dapat melatih peserta dalam pengurusan diri, berdikari dan
membentuk kemahiran berfikir. Perkhemahan juga dapat meningkatkan disiplin
diri peserta. Sewaktu aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), semangat
bekerjasama dapat ditonjolkan.
Setelah seminggu di sana, kami bersurai. Banyak pengalaman yang
kami timba.
(80 patah perkataan)
Arahan soalan: Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan
pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Kebaikan Aktiviti Kokurikulum
aktiviti kokurikulum– aktiviti di luar bilik darjah – banyak kebaikan – mengisi
masa lapang – aktiviti berfaedah – masa tidak terbuang – meningkatkan
disiplin – menepati masa – berpakaian kemas – menyemai nilai-nilai murni –
berani – bekerjasama – mengukuhkan silaturahim dan perpaduan – Wajar
disertai oleh semua murid
Aktiviti kokurikulum merupakan salah satu aktiviti di luar bilik
darjah. Terdapat banyak kebaikan kokurikulum.
Antara kebaikannya, kokurikulum dapat mengisi masa lapang
dengan aktiviti yang berfaedah.