MEMBINA PERENGGAN ISI
MEMBINA PERENGGAN ISI
Kemahiran Menulis: 3.4.2 Menulis perenggan isi dengan
membina pelbagai ayat topik, ayat huraian,
ayat contoh dan ayat penegas secara
terancang.
1. Mengandungi 5-6 ayat
2. Terdiri daripada ayat topik (isi utama), ayat huraian,
ayat contoh dan ayat penegas (kesimpulan kecil
berkaitan isi).
3. Variasikan pelbagai ayat dengan menggunakan ayat
penyata, ayat tanya dan ayat seru.
4. Selitkan sekurang-kurangnya satu peribahasa yang
tepat.
5. Satu isi mesti dihurai dalam satu perenggan. – perlu
ada 3 isi (3 perenggan)
6. Jangan mencampurkan banyak isi dalam satu
perenggan.
Soalan 1 : Masyarakat Malaysia, terutamanya golongan
remaja semakin kurang minat membaca. Bincangkan
usaha-usaha yang perlu diambil untuk mengatasi isu ini.
Panjang huraian anda hendaklah melebihi 180 patah
perkataan.
Membaca bersama-sama
keluarga
Sikap diri sendiri
Peranan media massa
Isi 1 : peranan ibu bapa
Ayat 1 Ayat topik Antara usahanya ialah ibu bapa mengajak ahli
(isi 1) keluarga membaca bersama-sama
Ayat 2 Ayat huraian Hal ini kerana, ibu bapa membentuk budaya
membaca dalam kalangan anak-anak.
Ayat 3 Ayat huraian Mereka ibarat ‘role model’ kepada anak-anak
dengan menunjukkan amalan membaca ketika
di rumah. Apabila ibu bapa dan anak-anak
membaca bersama-sama, secara tidak langsung
ikatan kekeluargaan akan terjalin bak kata
pepatah sambal menyelam minum air.
Ayat 4 Ayat contoh Selain itu, ibu bapa juga digalakkan membeli
buku kepada anak-anak tidak kira sama ada
buku cerita, komik, ataupun buku akademik.
Ayat 5 Ayat penegas Jelaslah, ibu bapa dapat memainkan peranan
penting dalam memupuk minat membaca dalam
diri anak-anak.
Jawapan isi lengkap :
Antara usahanya ialah ibu bapa mengajak
ahli keluarga membaca bersama-sama. Hal ini
kerana, ibu bapa membentuk budaya
membaca dalam kalangan anak-anak. Mereka
ibarat ‘role model’ kepada anak-anak dengan
menunjukkan amalan membaca ketika di
rumah. Apabila ibu bapa dan anak-anak
membaca bersama-sama, secara tidak
langsung ikatan kekeluargaan akan terjalin bak
kata pepatah sambal menyelam minum air.
Selain itu, ibu bapa juga digalakkan membeli
buku kepada anak-anak tidak kira sama ada
buku cerita, komik, ataupun buku akademik.
Jelaslah, ibu bapa dapat memainkan peranan
penting dalam memupuk minat membaca
dalam diri anak-anak.
[80 patah perkataan]
Isi 2 : sikap diri sendiri
Ayat 1 Ayat topik Seterusnya, diri sendiri juga perlu
(isi 2) memainkan peranan dalam
memupuk minat membaca.
Ayat 2 Ayat Sebagai remaja yang bakal menjadi
huraian pewaris negara, setiap individu
seharusnya menjadikan membaca itu
sebagai amalan harian.
Ayat 3 Ayat Mereka sepatutnya membawa buku
huraian kemana-mana sahaja. Malahan,
remaja perlu membuka buku
walaupun ketika menunggu bas bagi
mengelakkan masa terbuang dengan
sia-sia kerana masa itu emas.
Ayat 4 Ayat contoh Di samping itu, remaja juga perlu
mengurangkan aktiviti bermain gajet
dan permainan video supaya minat
membaca itu bercambah dalam diri.
Ayat 5 Ayat Jelaslah, sebagai individu yang bakal
penegas menjadi pemimpin masa depan, setiap
remaja harus menanam minat
membaca.
Jawapan isi lengkap:
Seterusnya, diri sendiri juga perlu
memainkan peranan dalam memupuk minat
membaca. Sebagai remaja yang bakal menjadi
pewaris negara, setiap individu seharusnya
menjadikan membaca itu sebagai amalan
harian. Mereka sepatutnya membawa buku
kemana-mana sahaja. Malahan, remaja perlu
membuka buku walaupun ketika menunggu
bas bagi mengelakkan masa terbuang dengan
sia-sia kerana masa itu emas. Di samping itu,
remaja juga perlu mengurangkan aktiviti
bermain gajet dan permainan video supaya
minat membaca itu bercambah dalam diri.
Jelaslah, sebagai individu yang bakal menjadi
pemimpin masa depan, setiap remaja harus
menanam minat membaca.
[83 patah perkataan]
Isi 3: peranan media massa
Ayat 1 Ayat topik Di samping itu, pihak media massa
Ayat 2
(isi 3) juga memainkan peranan
menggalakkan minat membaca
dalam kalangan remaja.
Ayat huraian Media massa seperti akhbar, televisyen
dan radio harus mengadakan kempen
“Jom membaca”. Melalui kempen ini,
remaja akan lebih berminat untuk
membaca walaupun dalam tempoh 10
minit.
Ayat 3 Ayat huraian Media massa juga menyampaikan
iklan dengan menyiarkan pertandingan
membaca anjuran kerajaan. Mampukah
iklan ini menimbulkan minat membaca?
Ya, sudah tentu.
Ayat 4 Ayat contoh Misalnya, melalui pertandingan
membaca buku terbanyak, hadiah
lumayan yang ditawarkan akan menarik
minat remaja.
Ayat 5 Ayat Jelaslah, sudah terang lagi bersuluh
penegas media massa memainkan peranan yang
penting dalam memupuk budaya
membaca dalam kalangan generasi
kini.
Jawapan isi lengkap:
Di samping itu, pihak media massa juga
turut memainkan peranan menggalakkan minat
membaca. Media massa seperti akhbar,
televisyen dan radio harus mengadakan
kempen “Jom membaca”. Melalui kempen ini,
remaja akan lebih berminat untuk membaca
walaupun dalam tempoh 10 minit. Media
massa juga menyampaikan iklan dengan
menyiarkan pertandingan membaca anjuran
kerajaan. Mampukah iklan ini menimbulkan
minat membaca? Ya, sudah tentu. Misalnya,
melalui pertandingan membaca buku
terbanyak, hadiah lumayan yang ditawarkan
akan menarik minat remaja untuk membaca.
Jelaslah, sudah terang lagi bersuluh media
massa memainkan peranan penting bagi
memupuk budaya membaca dalam kalangan
generasi kini.
[90 patah perkataan]
LATIHAN MENGHURAI ISI
Soalan 1 : Secanggih manapun teknologi maklumat, namun
masyarakat masih memerlukan aktiviti gaya hidup sihat.
Bincangkan usaha-usaha untuk menggalakkan masyarakat
mengamalkan gaya hidup sihat.
beriadah Jaga kebersihan diri
pemakanan seimbang
Isi 1 :Aktiviti beriadah
Ayat 1 Ayat topik
(isi 1)
Ayat 2 Ayat huraian
Ayat 3 Ayat huraian
Ayat 4 Ayat contoh
Ayat 5 Ayat
penegas
Jawapan isi lengkap:
Isi 2 : menjaga kebersihan diri
Ayat 1 Ayat topik
(isi 2)
Ayat 2 Ayat huraian
Ayat 3 Ayat huraian
Ayat 4 Ayat contoh
Ayat 5 Ayat
penegas
Jawapan isi lengkap:
Isi 3 : pemakanan seimbang
Ayat 1 Ayat topik
(isi 3)
Ayat 2 Ayat huraian
Ayat 3 Ayat huraian
Ayat 4 Ayat contoh
Ayat 5 Ayat
penegas
Jawapan isi lengkap:
Isi 1 :
SEKIAN,
TERIMA KASIH