The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Jie, 2021-06-27 13:08:12

TATABAHASA -Kata Kerja Transitif

tingkatan 2

PDPR 3.0

TATABAHASA

KATA KERJA TRANSITIF

5.1.4. Memahami dan menggunakan kata kerja transitif dengan betul mengikut konteks.

1. Kata kerja transitif bermaksud kata kerja yang menggunakan
kata nama atau frasa nama sebagai objek.

2. Kata kerja transitif mengandungi dua jenis:
a) Kata kerja transitif aktif
b) kata kerja transitif pasif

1. Kata kerja transitif aktif (KKTa) merupakan kata kerja yang mengandungi imbuhan
meN-

2. Imbuhan meN- merujuk pada imbuhan me, mem, men, menge, dan memper

3. Formula KKTa = Subjek (Frasa Nama) + KKTa + objek + penerang

4. Contoh ayat:
a) Ayah mempertikaikan keputusan anaknya kerana tidak logik.
b) Encik Suraj mengecat rumah baharunya dengan warna kuning.
c) Mimi membaca buku agama agar dapat menambahkan ilmu.
d) Dia makan nasi goreng kerana terlalu lapar.

1. Kata kerja transitif pasif (KKTp) merupakan kata kerja yang mengandungi
imbuhan di- kemudian boleh diikuti dengan kata sendi oleh.

2. Penggunaan imbuhan di- hanya diterbalikkan daripada imbuhan meN-.
3. Formula KKTp = Objek + KKTp (di-) + oleh = subjek (FN) + penerang.

3. Contoh ayat:
a) Keputusan anaknya dipertikaikan oleh ayah kerana tidak logik.
b) Rumah baharunya dicat oleh Encik Suraj dengan warna kuning.
c) Buku agama dibaca oleh Mimi agar dapat menambahkan ilmu.
d) Nasi goreng dimakannya kerana terlalu lapar. ATAU Nasi goreng

dimakan oleh dia kerana terlalu lapar.

RUJUK
BUKU TEKS BM TINGKATAN 2

MUKA SURAT 186





Sekian,
Terima kasih


Click to View FlipBook Version